5 Ogo 2015

[BERGAMBAR] "Derma RM2.6 Bilion" Jadi Bahan Jenaka & SIndiran Terbesar 2015

Mufti, aktivis dan netizen sindir isu derma RM2.6 bilion

Laman sosial seperti Facebook dan Twitter dipenuhi dengan pelbagai sindiran yang mengajak orang ramai saling menderma wang ke dalam akaun peribadi masing-masing.

Ia ekoran pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sumbangan derma.

Individu berpengaruh seperti Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin misalnya memuatnaik status Facebook menyatakan semakin ramai rakyat Malaysia ingin menderma.

“Baca media sosial jelas semangat rakyat Malaysia hendak menderma dengan jumlah yang luar biasa…tahniah semua !!!,” tulisnya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad pula meyindir supaya lembaga zakat berusaha lebih keras untuk mengutip derma lebih RM1 bilion.

“Lembaga Zakat seluruh negara perlu berkerja lebih gigih supaya dapat menebus malu mereka.

“Rukun Islam yang wajib pun belum dapat dikutip melebihi RM1 bilion. Orang lain boleh kutip derma hingga RM2.6 bilion. Tak malu ke?,” sindirnya di Facebook.

Manakala anak kepada bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohamad, Marina Mahathir pula berkongsi sebuah pautan statistik yang mendedahkan jumlah sumbangan derma yang dikutip oleh parti politik di United Kingdom pada suku pertama tahun 2015 yang hanya mencecah RM182 juta.

“Pada kadar nilai hari ini, jumlah derma kepada semua parti politik di UK pada suku pertama 2015 (hanya beberapa lama sebelum mereka menghadapi pilihanraya umum) mencecah RM182 juta. Parti Conservative sahaja memperoleh kira-kira RM92 juta. Agaknya our contacts are better kot?,” sindirnya.

Pautan yang dikongsi iaitu electoralcommission.org.uk mendedahkan secara terperinci jumlah derma yang diterima sejak tahun 2001.

Di samping itu, tinjauan FMT juga mendapati kebanyakan netizen yang tidak percaya dana itu sebagai sumbangan derma meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kata-kata sindiran yang berbentuk kutukan dan lucu selain mempersoal identiti penderma itu.

“Maybank Acc: 564548128148. Untung-untung bangun pagi nanti dah ada RM2.6 bilion dalam akaun sumbangan dari penderma rahsia. Selamat malam!,” tulis Oh Media.

“Pergh derma ja RM2.6 bilion. Siapa-siapa yang nak tolong aku dermakan dekat akaun maybank aku 164557144444. Aku layak trima zakat kerana banyak hutang dan selalu bermusafir,” tulis Nizam Kedai Buku pula.

“Kalau penderma rahsia..macam mana dia boleh tahu no akaun Najib..ishh3…,” tulis Insan Yang Hina.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengesahkan RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan perderma dan bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -FMT


Netizen guna #derma sindir isu RM2.6 bilion

ISU berkaitan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi bahkan ada yang menjadikannya bahan 'troll' di media sosial.

Menggunakan #derma, pengguna di laman mikro Twitter dan Facebook yang nyata tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan berkaitan dana itu meluahkan perasaan tidak senang di laman sosial masing-masing.

"Ada ke orang #derma dekat aku ni #2.6 bilion. Bank hadkan pengeluaran," tulis pengguna Twitter menggunakan akaun Jyundoo.

Seorang lagi pemilik akaun Twitter menggunakan nama Ira Fazir Ishak mencatat, "patut la dekat Malaysia ramai yang suka minta derma. PM Malaysia suka pun terima #derma".

Pemilik akaun johortilldeath pula secara sinis menulis, "trending minggu ni #derma... derma pada masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, OKU lebih berkat dan afdal..".

Di laman sosial Facebook pula, netizen menyifatkan dana RM2.6 bilion itu sebagai derma dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai 'lawak'.

Malah ramai berkongsi gambar seorang lelaki menyerupai seorang pengemis yang berada di mesin juruwang automatik (ATM) dengan dialog, "Ya ALLAH! Siapa derma RM2.6 bilion ni? Terima kasih".

Dalam perkembangan terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.

SPRM menerusi kenyataan medianya berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan," katanya.
-SH












IKLAN BERBAYAR







23 ulasan:

  1. satu hari nanti mungkin tiada lagi istilah rasuah dan yang ada hanya derma...... maka pada asalnya rasuah yang bersifat haram tidak lagi menjadi haram dalam kehidupan manusia.....amat menakutkan

    BalasPadam
  2. Sekarang ini SPRM sudah boleh dibubarkan kerana perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi sebab sesiapa yang ditangkap menerima rasuah selepas ini akan memberi alasan wang tersebut didermakan oleh orang lain maka tidak boleh didakwa. Negara kita akan menduduki rangking tertinggi dunia sebagai negara yang tidak mengamalkan rasuah mengalahkan Indonesia dan Zimbabwe.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah

    Rakyat Orang Orang MELAYU sudah mula BER FIKIR

    PRU14 akan jadi Milik Rakyat

    MAT BAHALOL memang BAHALOL

    BalasPadam
  4. Ada sapa2 boleh dermakan aaya RM2.62 Billion?Tolonglah saya nak pakai duit.Nanti bank in ke dlm account saya k.TQ gais.

    BalasPadam



  5. Apabila PR bertanding dlm pru yang lepas-lepas, pemimpin UMNO menuduh PR mendapat bantuan kewangan dari negara asing. Pendekata, PR telah menjual negara kepada kuasa asing dan apabila PR berkuasa, kuasa asing akan menentukan arah negara dan membolot semua hasil negara.

    Najib tidak boleh mengatakan penderma tersebut dari luar negaa seperti negara go-head go-stand yang berjiran dengan negara setan.

    Oleh itu, penderma tersebut mesti lah dari dalam negara. Tetapi orang yang mampu derma berapa kerat sebab jumlah nya billion. Kalau setakat jutawan mana mungkin mampu derma sampai billion-billion.

    Apa pun Najib ada lah Perdana Menteri Malaysia yang paling kaya. Dan kita patut berbangga apalagi yang kaya adalah orang melayu bukan orang cina. Itu kata maçai UMNO yang dalam akaun berbaki RM 26.00 je.

    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  6. Tak logik, Najib ada lah pemimpin yang berjiwa besar.

    Tidak ada pemimpin yang bodoh sebodoh itu untuk memasukkan wang berbillion ke akaun nya sendiri.

    Macam ini lah PAS jika memerintah bahkan lebih teruk dari Najib. Kalau orang dah buat salah pun di bela apalagi sendiri buat salah.

    BalasPadam



  7. Najib betul-betul buat malu keluarga Tun Razak. Jauh si ayah dengan si anak. Nama Tun Razak telah di cemari kerana apabila orang sebut jasa Tun Razak, nama Najib juga akan di kaitkan.

    Yang mampu memberi derma 2.6 billion ini agak-agak nya ialah warga FELDA kot.

    BalasPadam


  8. Siapa pegang jawatan Bendahari UMNO ?
    Eluk lah letak jawatan sebab tidak mendapat kepercayaan dari Presiden.


    BalasPadam
  9. Ada hikmahnye apa yg berlaku membuka mata org melayu yg ramai membabi buta sokong umno

    BalasPadam
  10. Salam,

    Apa kata Najib pada tahun 2012?

    Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=HrwIjjwmWNo

    kah kah

    BalasPadam
  11. Nasihat aku ada baiknye najib terus jd pm smpi pru14 sbb peluang utk pr lawan bn terang2 salah,kalau ganti muhyidin atau pemimpin bn yg lain agak susah juga nk lawan bn sbb dh ganti pm yg bersih sikit.so najib kipidap don gibab sokong najib :)

    BalasPadam
  12. Org kg dan org felda yg buta hati tetap akan sokong umno punya. Percayalah mereka dan keturunan ini adalah masyarakat terpinggir yg masih mengharap DERMA umno.

    BalasPadam
  13. Aku tak perlu kerja lagi dapat 2.6. hari2 aku gi bank je keluar simpanan 5000 gaji aku 350,000 sebulan selama 1424 tahun. hahah

    BalasPadam
  14. PERKATAAN 'DERMA' AKAN DIHARAMKAN TK LAMA LAGI

    KERANA IA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.

    DULU KARTUN MENGANCAM NEGARA


    ACTUALLY BUKAN WANG DERMA, TAPI NAJIB TELAH MENYIMPAN SEJAK
    DALAM PERUT IBU LAGI.

    BalasPadam


  15. Derma dengan sedekah hampir-hampir membawa makna yang sama.

    Derma diberi atas sebab-sebab tertentu pada masa-masa dan tempuh tertentu dengan jumlah yang tertentu.

    Sedekah ialah untuk keperluan hari-hari dengan jumlah yang sedikit cuma sekarang peminta sedekah duduk dari pagi sampai petang untuk dapatkan banyak hasil sedekah.

    Jika Najib tidak memberi sebab-sebab mengapa dia dapat derma sebanyak itu bermakna Najib adalah peminta sedekah !

    Rasanya lebih baik di sebut perasuah dari peminta sedekah.

    BalasPadam
  16. Selepas ini confirm yang Malaysia menjadi satu-satunya negara dalam dunia ini yang ZERO RASUAH! Negara contoh sedunia. Syabas SPRM dan jangan lupa untuk menukar SPRM kepada SPDM pula.

    BalasPadam
  17. Minta maaf SPRM tak tahu nak jawab

    BalasPadam
  18. YG PENTING MEMANG SAH LAH ADA 2.6B DLM AKAUN PERIBADI ORG TU.

    MAKNANYA APA YG MUHYIDIN CKP DLM VIDEO TU BENDA BETUL LAH

    MAKA APA SEBAB DIA DIPECAT? BERCAKAP BENAR KENA PECAT.


    SUDAH CUAK NK BAGI DERMA KAT MANA2 TONG DERMA...

    CURIGA SEMUA DERMA TU AKAN MASUK KE AKAUN PERIBADI ORG ITU JUGA AKHIRNYA

    BUDAK2 MYNMAR YG MINTA SEDEKAH TEPI JALAN KOT2 BOSS DIA ORG TU KOT

    BalasPadam
  19. Tuan GB,
    Saya quote dari Blog Tuan Syed Akhbar Ali,
    ' If exposing a crime is considered a crime, then you are ruled by criminals.' Itulah yg terjadi sekarang ini. Yang patriotik (termasuk bukan Melayu) dikira sebagai penjenayah, yang penyamun berbillion2 dikatakan pemimpin yg pertahankan bangsa, agama dan negara.

    Org kata, 'There is no such thing as a free lunch'. PM kita baru2 ni buktikan itu dah silap... beliau pernah menerima 2.6 ribu juta 'free lunches' dari penderma paling hebat/menakjubkan di dunia ( jumlah yang diketahui-lah). Dgn PM yg berkebolehan luar biasa ini, patutlah Tuan Haji Hadi, Haron Din etc. semua sokong.

    BalasPadam
  20. KITA MINTA DIDEDAHKAN SENARAI PENDERMA2 2.6B ITU.

    SUPAYA RAKYAT BOLEH MEMINTA DERMA DPD MEREKA YG SGT DERMAWAN ITU UTK BANTU ANAK2 YATIM DAN MEREKA YG MEMERLUKAN DLM NEGARA. TERMASUK MANGSA BANJIR YG PERLU MENGGANTIKAN KHEMAH MEREKA SEBELUM RAYA HAJI INI.

    KALAU ANAK YATIM SERUPA NAJIB PUN BOLEH MENDAPAT 2.6M, SUDAH TENTU RAKYAT YG DAIF BOLEH DAPAT SETARA ITU JUGA.

    TERIMA KASIH KPD DERMAWAN2 TERSEBUT.

    JASA MU DIKENANG.

    YG PASTI IALAH DAP SGT JAHAT.

    BalasPadam
  21. Tidak pernah terlintas dalam benak pemikiran saya ada seorang insan yang terlalu pemurah sehingga menghulur derma sebanyak RM2.6b (RM2,600juta) kepada seorang hamba Allah yang bernama Najib Tun Razak. Wang derma yang sebanyak itu tidak diberikan secara bersemuka. Wang tersebut dibank in sahaja menerusi akaun PM kita. Sungguh bertuah manusia yang bernama Najib.

    Persoalannya, sehingga kini Najib tidak menamakan siapakah penderma tersebut. Secara sinis warga nitezen menamakan penderma tersebut sebagai Wan Emdibi, rakyat Malaysia berketurunan Melayu Kelantan. Hebat juga Melayu ini, bilionair dan dermawan dan berpegang teguh kepada ajaran agama (mengeluarkan zakat). Seandainya RM2.6b zakat yang dikeluarkan bermakna insan yang bernama Wan Emdibi ini memiliki harta sebanyak RM104b (dengan andaian kadar zakat harta 2.5 % daripada keseluruhan harta). Namun begitu, Wan Emdibi pula tidak tersenarai dalam carta 10 orang terkaya di Malaysia. Robert Kuok usahawan yang terkaya di Malaysia pun hanya memiliki harta sejumlah RM45b.

    Banyak persoalan yang dapat dilontarkan oleh rakyat Malaysia mengenai transaksi wang yang sebanyak ini ke dalam akaun Najib. Setelah beberapa siri tangkapan kepada pegawai tinggi kerajaan, kenaikan pangkat timbalan menteri kepada beberapa ahli parlimen dan perlucutan jawatan Muhyidin sebagai TPM dan Shafie Afdal sebagai menteri, maka terpacul dari mulut pegawai SPRM bahawa wang tersebut adalah wang derma. Tidak masuk akal wang derma tersebut memungkinkan Muhyidin dan Shafie tersingkir dari barisan kabinet BN. "Mungkin ada udang di sebalik batu", itulah sepotang ayat yang sering dilontarkan oleh masyarakat Malaysia berhubung dengan skandal wang derma RM2.6b.

    BalasPadam


  22. SLOGAN YANG DI SYORKAN UNTUK 31 OGOS TAHUN INI IALAH :

    MERDEKA 2.6

    HeHeHe ..


    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  23. SPRM perlu ditukar kpd SPDM= Suruhanjaya Penyiasatan Derma Malaysia...pasal kat Malaysia nie mana ada dah Rasuah...yg ada cuma Derma...lepas siasat derma SPDM ucap tahniah & boleh balik tidur...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.