17 Jul 2015

TITM Mohon Maaf Tapi Kami Sudah Nekad Tinggalkan Parti... InsyaAllah

Timbalan presiden PAS mohon maaf, rayu ahli jangan tinggalkan parti

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada semua ahli PAS atas krisis yang sedang dihadapi parti itu sekarang ini dan memujuk mereka agar tidak meninggalkan parti.

Timbalan presiden PAS itu berkata, ahli-ahli tidak perlu meninggalkan parti kerana pemimpin yang tidak mereka sukai akan pergi juga satu hari nanti.

"Kepada ahli-ahli parti, saya mewakili barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu dan lama memohon maaf atas krisis yang sedang dihadapi parti pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemimpin datang dan pergi. Yang ada hari ini akan pergi jua satu hari nanti."

Kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menubuhkan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) – medium sementara sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan sebuah parti baharu .

Tuan Ibrahim dalam ucapan sempena hari raya itu berkata, hari raya tahun ini berbeza dengan yang sudah-sudah.

"Hari Raya ini cukup berbeza kerana negara hari ini berada di dalam persimpangan dan rakyat pula terjerut di tengah-tengahnya. Hari ini Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah."

Menurut Tuan Ibrahim yang berada dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS lalu, negara berdepan dengan kelemahan nilai ringgit dan ketidakyakinan pelabur kesan daripada kemelut politik.

Kepimpinan negara pula, katanya, menghadapi masalah integriti, tuduhan rasuah dan tidak amanah dalam kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji dan lain-lain.

"Institusi-institusi kerajaan berdepan dengan masalah defisit kepercayaan rakyat dan kredibiliti, termasuklah Bank Negara, hanya kerana kemelut 1MDB. Tugas mereka umpama kertas membalut api."

Di tengah-tengah kemelut ini, katanya, terjadilah pula insiden Low Yat yang cuba diambil kesempatan sesetengah pihak untuk menghidupkan api perkauman yang dahsyat.

"Khazanah negara termahal iaitu kepelbagaian dan keharmonian rakyatnya cuba diroboh sekadar cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang sedang melanda negara."

Menurut Tuan Ibrahim, ketika Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah, parti-parti pembangkang turut berpecah.

"Kerjasama yang terjalin sejak 2008 kini goyah dan tidak menentu. Apapun kerja melawan kezaliman dipercayai akan terus dipergiatkan sehingga PRU14.

"Kita tetap sahabat, walaupun bukan ahli keluarga," katanya dilihat cuba memujuk agar kerjasama boleh terus terjalin di kalangan parti pembangkang ketika PAS berpecah dua. -TMI

ULASAN GB

SSetelah difitnah, dimaki, dihalau.... tiba-tiba kini memohon maaf dan meminta jangan tinggalkan parti...

Kalau tak der apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Apakah sudah sampai ke telinga Tuan Ibrahim bahawa gelombang besar-besaran ahli-ahli PAS akan meninggal parti di seluruh negara pada Syawal ini?

Tuan presiden baru kata, parti baharu tidak akan kekal lama. Cuma dua tahun katanya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi menuduh Gerakan Harapan Baru sebagai pengkhianat. Zaharuddin Mohammad, menantu Presiden pula menyelar Rafizi yang menyokong GHB sebagai kurang ajar... kini Tuan Ibrahim merayu jangan tinggalkan PAS. Untuk apa Tuan? Untuk kumpulan ulama terus mencaci maki kami?

Semua sudah pun bersiap sedia, talipinggang keselamatan sudah pun berikat... hanya menunggu semboyan berbunyi untuk kenderaan baharu kami bergerak ke hadapan...

Jika ada sekelumit kejujuran dan keikhlasan di dalam perjuangan PAS, insyaAllah kita akan bertemu di puncak kebenaran dan keadilan... kerana kami Harapan Baharu ada di sana dan menuju ke Putrajaya bersama sahabat setia kami di dalam Pakatan 2.0.





53 ulasan:


  1. قال الإمام ابن الجوزي رحمه الله : ( تأملت التحاسد بين العلماء ، فرأيت منشأه من حب الدنيا ، فإن علماء الآخرة يتوادون ولا يتحاسدون ،

    Imam Ibnul Jauzi rahimahulloh berkata: "Saya memperhatikan gejolak hasad diantara para Ulama', kemudian saya melihat bahwa sebab utamanya adalah cinta kepada dunia. Adapun Ulama' akhirat mereka saling berkasih sayang dan tidak saling hasad".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada hari baik di bulan baik ini kami mempelawa tuan ibrahim bergabung dengan kami, bersama2 kita bina wadah baru ghb. Tuan ibrahim masih dihormati lagi dikasihi sebahagian besar ummat islam di negara kita. Tuan ibrahim dijemput dan dipersilakan segeralah bergabung menjadi tunggak kekuatan baru ummsh yakni ghb.

      Sesungguhnya kami juga terharu dan terdetik kehibaan dengan ungkapan ampun dan maaf dari diri tuan. Kami melihat tuan masih berdiri sebagai hambaNya yang soleh dan sanggup meminta maaf dan kami pun maafkan.

      Marilah kita maafkan tuan ibrahim seraya mempelawa beliau menjadi sahabat kita, pimpinan kita dan umpama ayah kita bermanja seperti dulu2.

      Sambutlah salam aidil fitri dari seluruh sahabat di ghb kepada tuan ibrahim bin tuan man. Semoga kasih sayang yang tidak putus ini menjadi asbab kemenangan kita.

      Sama2 kita, maaf zahir dan batin

      Padam
  2. Sempena aildilfitri esok, saya pun ingin memohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa dan terguris hati. Mohon maaf kerana saya enggan turut sama dalam agenda UG, kerana nilai perjuangan itu lebih besar daripada jawatan, elaun dan saham. Kepada geng Din Ayam, bergembiralah kamu sementara ada sedikit waktu ini, kerana GHB akan meneruskan kerja murni PAS sebelum di'hijack' dengan ulama dunia.

    Kepada rakan-rakan blog GB, selamat hari raya. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  3. Lebih elok TITM nasehat tuan presiden dan menantunya berundur dulu sebelum menyeru ahli PAS yang akan menyertai GHB sebab perasit dalam PAS sekarang ialah presiden dan menantunya yang telah jadi liability pada PAS

    BalasPadam
  4. Terima kasihla jika ungkapan pemimpin datang dan pergi tu menjadi alasan...baik kita sokong je najib terus jadi PM. Sbb one day dia akan pergi jua...

    BalasPadam
  5. setakat ini yg aku nampak hanya titm dan ustaz idris ahmad yang merayu golongan yang disingkirkan jgn tinggalkan pas yg lain macam bersorak kegembiraan apabila geng ini berjaya disingkirkan. ye lah geng jebon dsbnyakan

    BalasPadam
  6. Salam semua:

    Saya salute pada TITM, Sekurang-kurangnya mengingsafi keatas perbuatannya yg lalu,dan kita bersimpati padanya apabila kalangan groupnya sendiri mengkhianati beliau di kawasan temerluh,Tapi bagaimana pemimpin-pemimpin PAS yg lain terutama Heavyweight yg kat atas 2 orang tu!!
    Hari ini menantu Hj.Hadi telah mengeluarkan perkataan yg tak enak didengar pada setiausaha agung PKR dengan perkataan "Kurang Ajar".Adakah akhlak yg sebegini diajar oleh ulamak-ulamak PAS kepada anak buahnya.Kita nak tanya sikit pada Zaharuddin, adakah rafizi kata apa2 pada PAS bila pemimpin PKR dihina semahu-mhunya??adakah rafizi kata apa2 bila PAS tikam PKR di banyak tempat2 DUN PKR bertanding,adakah rafizi kata apa2 bila DSAI (Idola rafizi)di herdik sesuka hati oleh president PAS, Last but not Least ada tak rafizi ganggu dia dan exco-exco PAS yg tak ada maruah dan malu masih lagi bertengek nak menumpang PKR,Dia saorang setiausaha agong parti,perkataannya adalah lidah parti PKR.President PKR dah sahkan PR dah tiada lagi.

    Sukahatilah dia nak sokong siapa,dia adalah salah saorang pejuang rakyat dan mengenali kawan-kawannya di dalam GHB adalaHh pejuang sejati rakyat,salahkah dia bersama-sama pejuang-pejuang rakyat hendak meperbaiki Pakatan Rakyat, supaya boleh menjadi lebih AMANAH,PROGRESSIVE dan PEDULIKAN RAKYAT.

    Maaflah TITM ,saya rasa PAS adalah lebih elok buatlah kerja seperti yg Tuan "KONFIRASIKAN" 3 tahun dahulu.Janganlah buang masa,sebab nanti tuan akan dibenci oleh President/Mursydul AM,Zuhdi,Zaharuddin dan yg sewaktu dgnnya: kerana mereka inilah yg menguasai PAS sekarang,TERUSTERANG SAYA KATAKAN,ANDAIKATA GHB Berpatah balik kepada PAS, saya rasa mereka takkan ada masa untuk bersama rakyat,kerana apa???Mereka terpaksa berdepan dgn mereka2 yg berkuasa dlm parti ini yg cuba "MEMETISEJUKKAN MEREKA"sedangkan semasa ada kuasa dlm PAS ,mereka ditikam dari belakang,inikan pula mereka tak ada kuasa,mereka memlih parti baru kerana memperjuangkan rakyat secara total ,tidak ada masa mempunyai masaalah dalaman parti,.DISAMPING MEMEMBAWA AKIDAH DAN AKHLAK YG DIREDHAI ALLAH.

    Selamat hariraya maaf zahir Bathin
    WASSALAM.

    BalasPadam
  7. Saya sayangi pas yg dahulu semasa di bawah kendalian arwah tgna tetapi kini tidak lagi. Sikap tghh amat menyakitkan hati kerana tindakan yg tidak sepatutnya ditunjukkan kpd ahli sendiri dgn melontarkan kata fitnah,nista serta memburuk2kan org lain dan sewaktu dgnnya. "Selamat Tinggal PAS", semoga kamu semua yg masih di dalamnya dirahmati Allah swt. Saya akan menaiki bahtera yang baharu nanti insyaAllah..

    BalasPadam
  8. TITM, bisik2kan ke telinga tuang presideng yg tuang presideng lah punca krisis dlm PAS. Suruh la dia letakkan jawatan, dn lps tu pergi la jadi nelayan

    BalasPadam
  9. Isk Isk.....tunggulah pemimpin PERGI dulu.....barulah lah difikir2kan nak join semula.....

    BalasPadam
  10. Musuh berwarna biru tahu mereka teramat lemah. Mereka berada dalam situasi yg amat genting. Pemimpin atasan mereka terpalit dgn pelbagai isu berskala besar. Untuk itu mereka perlu laku sesuatu supaya PR turut lemah dan rosak. Langkah pertama mereka berjaya dgn menyumbat anwar kedalam penjara. Namun mereka belum mampu melebar senyum kerana PR masih stabil. Lalu agen mereka menyusup masuk dan menjarumi pemikiran "ostak" yg memang kurang cerdik berpolitik ( spt mokhtar senik) Mereka mengalunkan lagu islam liberal. Mereka menjaja istilah pas sudah mjadi tunggang dap yang kemudiannya diratib sama oleh golongan ularmak dlm pas. Melihat keadaan ini sudah berjaya, umno menjolok dgn isu hudud ( yg entah kena ) . Natijah dari kebodohan golongan ularmak PR sudah mati dgn pas terbelah dua. Perancangan musuh berwarna biru berjaya. Jng menyesal tuan ibrahim. Semua ini kerana ketidakcerdikan puak cai yg dengki melihat puak profedional berada di barisan depan.

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya .Maaf Zahir Batin. Pulang ke kampung, promosikan GHB kpd sanak saudara, rakan taulan, ipar duai.

    BalasPadam
  12. Kemaafan memang mudah diucapkan tetapi penghinaan sesuatu yg melukakan dimana kesannya kesakitan & parut. Hanya mereka yg tiada perasaan kasih sayang saja yg sanggup menghina org lain terutama sesama Islam. Mengaku pewaris nabi tetapi akhlak tak ikut nabi. Biarlah GHB dgn agenda membela rakyat bersama PR 2.0 daripada bersama parti yg bertanding tak mahu menang hanya reda Allah.

    Selamat hariraya kpd pembaca GB semua. Maaf zahir & batin. Semoga kita tetap bersama GHB menuju ke putrajaya, InsyaAllah.

    BalasPadam
  13. hadi awe ore yg penuh dgn sifat riak
    bye bye semua geng geng ulamak lahanat
    ego dgn ilmu tak seberapa
    tambah tambah dgn geng geng pas ganu
    kami tok sir pas ganu natang

    BalasPadam
  14. Ok lah kita maafkan lah. Tapi boleh ke kita kembalikan maruah PAS yang telah remuk hancur?

    Dulu PAS Kota Bharu cadang jawatan Presiden, Tuan dengan selamba bodoh menolak nya. Kalau Tuan terima untuk bertanding Insya Allah PAS ada harapan untuk di perbetulkan.

    Sekarang Tuan mengaku tersalah langkah dan mohon maaf sedang kan kita yang kodi ini pun telah nampak PAS menuju kehancuran sejak isu MB Selangor. Jadi kesalahan dan kesilapan yang mana yang Tuan mohon maaf dari kita?

    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  15. Hj hadi akan tertinta dlm sejarah bangsa dgn
    1. Menjadi penyebab berlakunya solat 2 imam dan memulau kenduri org umno. ( peristiwa banggol peradong )
    2. Penyebab pas terbelah dua ( peristiwa undian pascai )
    Rumusannya hj hadicai perlu berundur jika beliau bermaruah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelemahan terserlah bila 2 negeri terlepas pd BN.

      Padam
  16. Dari 1998 saya berjuang brsama Pas...habis PRK saya jelajahi..bawa kawan2 berkampung di PRK..tapi kerna tuduhan dan penghinaan serta melabel sebelum Muktamar bahkan setelah Muktamar..jelas ini bukan sepatutnya perangai para ulama'...so,saya lepas raya ni...saya akan melangkah bersama sama GHB...GoodBye To PAS...seruan Pas For All telah hilang di telan mereka yg menciptkan sendiri..

    BalasPadam
  17. Bagi ahli-ahli Pas yang masih ada akhlak mulia dan berprinsip, tinggalkan saja Pas dan hijrahlah ke GHB bersama-sama pemimpin-pemimpin yang berkaliber, dinamis dan ikhlas dalam perjuangan. Saf pimpinan baru Pas ni, tak ada aura, harap kopiah dan sarban je lah berbanding tokoh-tokoh yang telah dijatuhkan, mereka memiliki berbagai kebolihan dan kelebihan....kebanyakan mereka merupakan 'crowd pullers'. Teruskan perjuangan bersama Gerakan Harapan Baru !

    BalasPadam
  18. Baru bersembang sakan dengan otai otai pas kampung sempena hari raya. Alhaamdulillah 85 persen akan bersama ghb. Allahuakbar.

    BalasPadam
  19. tuan berahim

    tuan sorang yg minta maaf. yg NAJIBRINAS dlm PAS tkde hati pun nk minta maaf. sebb mereka memang berniat sungguh2 nk menyinggir profesional dgn restu presideng

    GHB bukan berasaskan merajuk, sebb merajuk boleh dipujuk. bukan mcm merajuk budak2 tkdapat main mercun, bukan merajuk tk dpt baju raya

    ini soal perjuangan. lagi lama bersama PAS, lagi karam. GHB tkde masa nk merajuk merintih berdendang duka. kedukaan ialah kerana PAS sudah hancur dn ianya dijadikan semangat utk tubuh parti baru.

    menantung tuang presideng marah rafizi sokong GHB kenapa? UGPAS dah label PKR sekular, maknanya mereka anggap PKR bukan islam dr segi perjuangan. ini tuduhan berat. yg UGPAS berbaik dn sokong presideng korap umno tk kurang ajar pulak?

    umno harap PAS bawa bahtera ke dlm umno bersama semua kelasinya tp rumahnya PAS akan tinggal reban ayam kosong penuh tahi ayam dan bulu ayam, tinggal din ayam saja.

    umno mahu pemimpin2 wibawa yg telah menarik rakyat semua bangsa dn agama itu di'neutral'kan oleh UGPAS dn dibawa ke dlm umno. tp mereka gagal, maka PAS selepas ini bukan lagi yg umno hendakkan. sapa nk reban kosong dpd ayam2 sihat dn tajam tajinya.

    so jgn haraplah UG dapat full payment dpd umno. merengek je lah ditepi reban.

    raya lah puas2 kali ini. anak bulan syawal sudah kelihatan tp bulan PAS sudah kelam ditelan awan2 hitam.

    SELAMAT HARI RAYA TERAKHIR UTK TUAN PRESIDENG

    BalasPadam
  20. Kalau Rafizi kurang ajar, saya rasa Din Ayam kurang akhlak, kurang moral dan kurang harga diri. Din Ayam harus mencermin diri sendiri dan tahu dimana kedudukan dirinya. Siapa Din Ayam. Individu yang tiada sumbangan terhadap mana-mana organisasi hatta PAS sekalipun. Apa jasa Din Ayam terhadap PR. Apa peranan Din Ayam dalam sejarah panjang perjuangan PAS. Sejarah hanya mengingati Din Ayam adalah gunting dalam lipatan, perosak jemaah, sanggup melakukannya apa saja demi mengejar jawatan ( kes Kota Damansara ) dan yang paling ketara Din Ayam adalah watak utama dalam menjerumuskan PAS ketahap paling paria.

    BalasPadam
  21. Aku nekad bersama PAS setelah PAS memutuskan hubungan dengan parti sekuklar anti-Islam DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bahagia setelah mula bermukah dengan ubn.

      Padam
    2. sedar tak kamu tu harapan NAJIB !

      Padam
  22. Mintak maaflah Datuk, dulu saya sangat2 mengagumi Datuk, tetapi selepas Datuk terpilih dengan cara undi CAI, entah kenapa saya pandang wajah Datuk macam dah tak seri lagi....

    BalasPadam
  23. Tuang TITM, Mu ni dok atas pagar(katalah neutral/berkecuali) boleh diterima puak pro/kontra. Jika mu ikhlas tinggalkan pus (nanah) tu dan bergabunglah ngan GHB dan aku percaya mu boleh kembalikan keyakinan semula pada pus selepas mu tarik `org yg berpengaruh ngan mu sertai GHB. Ketika itu pus tersungkur dan mu boleh ambik semula pas bersama org orang yg ikhlas bagi menyucikan pas. Jika ini mu x leh korbankan, mu apa kurangnya ngan puak cai ?

    BalasPadam
  24. Saya rasa akhirnya TITM terpaksa meninggalkan PAS. Kenyataan yg di buat tidk selaras dengan geng OLARMAK yg lain. Kesian TITM terkonteng2 dlm PAS. Saya dapat rasakan betapa rasa kecewanya TITM atas sikap OLARMAK2 dlm PAS yg tidak meraikan pendapat ahli.

    BalasPadam
  25. Kami tak ada masalah untuk maafkan. Kami juga nak ucapkan selamat hari raya serta ucapan SELAMAT TINGGAL PAS

    BalasPadam
  26. Tuan

    Saya sangat2 kecewa dgn apa yg berlaku sekarang. Saya rasa semua ahli sayangkan PAS tetapi bukan semua ahli sukakan pemimpin. Begitu lah juga dgn Negara Malaysia. Semua rakyat kasih Dan sayangkan negara Malaysia tetapi tidak semua rakyat sukakan pemerintahnya.

    Sebenarnya. keadaan yg berlaku sekarang dapat dielakkan sekiranya peminpin PAS berpandangan jauh, bukankah PAS Kota Bharu telah merintiskan laluan. tetapi oleh sebab keegoan TGHH Dan penyokong nya terima saja keadaan sekarang.

    TGHH telah ternyata gagal sebagai peminpin. Apa yg telah berlaku di Terengganu Dan Kedah? Dan berkemungkinan perkara yg sama akan berlaku di Kelantan Dan Selangor. dlm PRU14 nanti

    Tuan

    Untuk mengimarahkan Masjid pun kita kena ada kuasa apalah lagi untuk memerintah Dan memakmurkan Negara. tetapi dgn apa yg berlaku sekarang jangan bermimpilah untuk memerintah negara

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah.. inilah seorang pemimpin yg benar2 berhemah tinggi .. walaupun diri tidak bersalah namun begitu sanggup merendah diri memohon maaf.. inilah hamba Allah yg sebenar2 sejati.. tidak silap perwakilan memilih beliau..

    Sebaliknya pula oleh golongan yg nak menubuhkan parti baru.. terang2 melakukan kesalahan tapi masih perasan kononnya empunya diri masih diperlukan parti lalu tergamak utk kekal dlm parti... nak mengaku salah pun tidak dan nak mohon maaf jauh sekali.. tepat sekali perwakilan tidak memilih mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takkan tak faham2 TITM dah kecut, PAS Pahang dah nak jadi reban ayam....

      Padam
    2. TTIM da kena hijack bru nak tahu langit tinggi rendah..at least tidaklah bodoh sombong

      Padam
    3. kamu terlalu bengap nak faham yg titm dah sedar bahawa dia dikelilingi oleh org2 yg tak berwibawa dan kaki ampu. menyesal tp dah terlambat

      Padam
    4. Secara peribadi, mulut TITM tak boleh dipercayai.... aku pernah ada di dalam satu majlis, dia guna nama TGNA konon tok guru nak ulama memegang jawatan presiden dan timbalan presiden. Bila pecah berita rupanya kenyataan tersebut telah diputar belit oleh orang ini, hakikatnya TGNA mahu orang berilmu dan beragama menjadi pemimpin.... pada tahun itu Mat Sabu diangkat menjadi Timbalan Presiden.

      Padam
  28. TITM adalah seorang peminpin yg berwibawa tetapi Oleh sebab bersama2 dgn geng UG kewibawaan beliau telah padam. Begitu juga dgn nasib Sdr Anuar Ibrahim, kerana tersalah lakukan dgn menyertai UMNO

    Walau bagaimana pun alhamdulillah beliau kembali kepangkal jalan

    BalasPadam
  29. Saya bukan ahli PAS tapi tak pernah miss utk undi PAS yg mana adunnya MB Kelate sendiri. Tapi kali ini memang penuh rasa kecewa dgn pembawakan TGHH dlm PAS selepas pemergiaan TGNA yg menjadi check and balance dlm PAS.
    Kami digelar kafir..syiah..penjilat...barua..jebon..tolol sekular...munafik..anjing..serigala..
    Maafkan kami...kami terpaksa beralih ke GHB..insyaAllah niatnya sama..perjuangannya juga sama.

    BalasPadam



  30. INI ularrrrrrr

    ITU pon ularrrrrrr

    Woit, mrk itu semua ularrrr

    INI ularrrrrr sudah "BELIT" mahu mintak maaf

    Jap lagi ddlm KHUTBAH eidul'Fitri, ITU satu ularrrr lg pon mintak maaf jugak

    KHUTBAH manusia ka @ KHUTBAH dr Imam Jin dlm botol ka...ini ularrrr pon mau maaf jugak


    Apa

    Apa ada hal

    Ularrrr mintak maaf kan?

    Kasi dorang smua maaf laa NO problemkan!?




    TAPI

    Tapi kan..

    Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn SAMPAI kena patuk dgn itu ularrr 2 kali!

    Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn SAMPAI masuk itu LOBANG "bangkai"-FITNAH 2 kali jugak!

    Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn jadi bodoh-TOLOL-bahalol lg mau CAYA sama itu ularrrr!

    ITU ularrrr smua kita musti 'HANTAM' kasi mampos dorang punya"TOLOL-siku-LUTOT" kaw2laa!!


    Woit!

    Woit woit!!

    ITU ularrrr smua mana ada 'AKAL'...dorang sume betul7TOLOL-tahap-siku-LUTOT laa!!!


    Gua

    Gua mau tanya satu soalan..

    Klu lu orang jumpa ularrrr & ularrrrMAK, yg mana satu lu org HANTAM/pukul dulu?

    Klu lu org jumpa ularrrr & ularrrMAK, yg mana lu org mau kasi "mampooss" dulu??

    I rest my case myGOD.....wsslam.


    BalasPadam
  31. Dato TITM tidak sesuai duduk dalam PAS.

    Dato TITM harus bersama wadah baru yang lebih inklusif dari duduk dalam parti kampong.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  32. Ha..haa Terlepas juga kau Wan Rosli kat sini,Kau berada dimana-mana,Mereka-mereka yg tinggal dalam PAS tu taada satu sen pun mereka dapat,apa lagi reject lah mereka.Kenapa takut sangat nak tendang,mereka cuma tunggu parti baharu sahaja diluluskan oleh ROS Lepastu automatiklah ahli mereka terlucut, sepatutnya kamu mempersoalkan geng-geng kamu tu!!yg masih tertenggek di selangor tu!!sekurang2nya abg mat dan kawan-kawannya ada maruah melepaskan jawatan yg begaji tinggi,mana pergi perjuangan keislaman geng-geng kamu,muka tak tahu malu,kata orng munafik,babilah,yahudilah...Tetapi ahklak dan perangai geng-kamu lebih kurang itulah....Okay selamat hari-rayA zahir bathin..selamat tinggal PAS..

    BalasPadam
  33. aNOM:july 17, 2015 at 3:45 AM

    tAKADA SIAPA NAK Larang kamu bersama PAS,Bersama Mulah style imam khomenie,lepasni kamu akan berkawan dgn MCA,MIC dan ramai lagi kawan2 yg hendakkan hudud.Alhamdulil lega,orng macam kamu tidak bersama GHB, kalau tidak budaya mengeboooooo daan fitnah label-menglabel dibawa sekali.

    BalasPadam
  34. dihari yang mulia ni aku memyusun jari nan 10 memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada saff kepimpinan parti pas hingga kepada ahli akar umbi.walaupun aku belum istiharkan lagi untuk keluar parti pas,tapi aku rasa takkan lama aku akan bersama kepimpinan ulama yang mempunyai dendam kesumat terhadap golongan progesif.sebelum tubuhnya wadah baharu GHB akan diberi namanya yang baharu isyaallah kekal bertahan menghadapi ujian dari para pendendam.maka disaat itu aku akan lari tinggalkan pas yang akan keseorangan.

    BalasPadam
  35. Kami bekas penyokong dan pengundi PAS bertekad untuk menguburkan PAS Pda PRU 14.Biar puak ulamak yang sombong dan riak ini tau langit tinggi rendah.Ulamak lah konon.

    BalasPadam
  36. Begitulah manusia. Sentiasa diuji oleh Allah s.w.t. Ramai orang boleh menahan derita, menempoh kemiskinan, merasa penat jerih mencari rezeki dan menghadapi pelbagai kerenah musuh yang berkuasa. Namun tidak ramai yang akan berjaya berpegang kepada akhlak, bergayut kepada kesucian iman dan mengambil iktibar dari kesusahan yang lalu bila diberi sedikit kuasa, sedikit daki dunia, sedikit masa bersama wanita yang tidaklah begitu cantik dan sedikit penyokong yang tidak dijamin berkekalan. Baik profesor, nelayan pantai, penjual petai, guru sekolah, imam masjid negeri, pengutip kertas dan kotak terbuang, sarjana ugama atau yang mengaku ulamak, semuanya sama. Belum tentu boleh tahan ujian dari Allah s.w.t. Semuanya terpapar dalam muktamar PAS yang lalu.

    BalasPadam
  37. Segalanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Wadah baharu Gerakan Harapan Baru telah dibentuk oleh kumpulan G18. G18 telah tewas dan dimalukan melalui grand design dalam muktamar Pas 2015 yang lalu. Kumpulan profesional dan progresif Pas ini terlalu banyak jasanya kepada Pas. Mereka inilah yag menjuarai isu-isu masyarakat. Demontrasi jalanan, balai dan lock up polis, mahkamah dan penjara menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.

    Bukan sahaja mereka ditewaskan melalui "cai presiden" namun mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan liar dan kejian. Terakhir, Mat Sabu dan Sallahudin Ayub dilabel sebagai pengkhinat oleh Ketua Penerangah Pas Pusat, Nasaruddin Tanatawi. Lain pula nada TITM Timbalan Presiden Pas yang memujuk agar ahli-ahli agar tidak pergi menininggalkan Pas. Bagi beliau memimpin datang dan pergi. Beliau mengandaikan barisan pemimpin Pas yang tidak digemari hari ini lambat-laun akan bersara atau meninggal dunia. Persoalannnya bilakah mereka akan berbuat demikian.

    Malaysia sedang mengalami kegawatan kepimpinan. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Razak gagal mengharmonikan negara bahkan diuar-uarkan dengan isu rasuah, ketirisan dan pembunuhan, dan terbaru isu perkauman Low Yat. Dalam suasana kerajaaan BN mulai rapuh, Pakatan Rakyat pula tidak menampakkan kekuatan. Gelagat Pas yang tidak boleh dipercayai menyebabkan PR juga mengalami proses kerapuhan. Pas sudah menikam PR dari belakang dengan bermain mata dengan Umno melalui isu retorik hukum hududnya. Pakatan Rakyat sudah menemui jalan buntu apabila Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

    Langkah awal penubuhan NGO, Gerakan Harapan Baru dan yang sekali gus akan didaftarkan sebagai parti politik adalah satu langkah yang bijak untuk kebaikan rakyat Malaysia. Pimpinan PKR (kecuali kelompok Azmin) dan DAP sememangnya mahu menyingkirkan Pas dari PR. Langkar menyingkirkan Pas dalam PR mengakibatkan kelompangan parti yang bersandarkan Islam. Justeru, kehadiran parti baharu terbit dari GHB adalah sangat-sangat sesuai pada masanya untuk persedian PRU 14. Nasihat Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tidak relevan. Selamat tinggal Pas. Semoga maju jaya GHB.

    BalasPadam
  38. Akhirnya..yang tinggal dalam PAS hanya yang bodoh-bodoh shj,sudah jadi serupa Umno.

    BalasPadam
  39. Maafkan?..... Tiada masalah tuan.... Dah maafkan pun..... Tapi untuk tinggalkan PAS ...itu hak kami sebagai manusia.... Kamu tahu manusia tu apa????

    BalasPadam
  40. ee...apo yg wan rosli cakap tu...xpahamla saya

    BalasPadam
  41. Lepas Raya ni Mari kita pakat naik kereta baru, plate no GHB, kereta lama dengan plate PAS dah rosak, larat ke nak tolak :-)

    BalasPadam
  42. Kita tunggu fatwa tak undi pas masuk neraka. Tungguuuu.

    BalasPadam
  43. Satu bentuk pujukan yang hanya layak didengar walau maafnya boleh diterima. TAPI nak percaya TAK BOLEH. Memang tugas TITM memujuk dan memainkan watak yang berbaik dengan semua pihak. Banyak sudah tanda-tanda dan kemungkinan yang beliau adalah part of the geng ulama game.

    Terlaju perahu boleh diundur, terlajak kata apa pun boleh binasa.

    TITM and the geng, kamu buatlah kerja kamu dengan cara kamu bagi memenangkan Islam. Biarlah GBH buat kerja mereka bagi memenangkan Islam. Hentikanlah fitnah dan kata-kata nista. Suruh keluar mereka dah keluar, tubuh parti insyaAllah diusahakan dan akan berlaku. Apa lagi yang puak kamu mahukan. Duduk berdiam, mendengar dan patuh kepada yang rendah akhlaknya; itu yang dimahukan???

    Kalau kamu betul ikhlas, kamu usahakan yang terbaik buat Islam dan umatnya.

    Mulakan dengan menyelesaikan tanggungjawab kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS untuk menyediakan rumah yang dijanjikan bagi MANGSA-MANGSA BANJIR yang masih tinggal dalam KHEMAH, di KEM TENTERA dan PUSAT PLKN. Itukan lebih baik, atau marilah bersama dengan Harapan Baharu.

    BalasPadam
  44. Tanpa profesional dlm Pas pun Masih ada 2watak dlm pas.
    Biarkan dengan sadiwara pas ,
    Rakyat tetap dgn parti baru , perjuangan menentang kezaliman .
    Mari Kita tengok yg president pas Bahawa parti baru tak tahan 2 tahun atau pas tak tahan 6 bulan,

    BalasPadam
  45. Aduiii. Macam takde keyakinan saja. Macam meroyan. Macam sawan. Atau memang betul-betul meroyan dan sawan. Parti PAS dah bersih, semua agen DAP dah dihalau, semua jebon dah ditendang keluar, apa lagi ostad-ostad ni hendak? Bukan kah sekarang senang buat kerja sebab pengacau sudah tidak ada. Bukankah sekarang dah boleh jumpa UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan. Apasal tak buat? Mengapa lembab sangat. Mengapa tidak bertindak pantas? Macam dirasuk setan je asyik meracau. Bila meracau fikiran pun tidak menentu lepas tu tugas parti dan tugas kerjaan pun terabai. Yang nyatanya ramai diantara dalam golongan ulamak tu memang bodoh-bodoh dan bingai belaka. Kecuali beberapa ulamak itu pun Allah s.w.t dah panggil balik kerana Allah sangat sayangkan mereka berbanding kita yang berada disekeliling mereka dahulu!! Sibuk dengan hal orang yang kamu tak suka sedangkan PAS sepatutnya berjuang untuk kesejahteraan rakyat, untuk memajukan negara, untuk keselamatan umah. Rupanya ulamak-ulamak gagah dalam masjid, surau dan pondok sahaja. Tahu bagi kuliah ugama tetapi praktikal zero. Tahu kutip derma tapi perakaunan pocik!!. Macam ada mirip Taliban je. Nasib baiklah Allah s.w.t selamatkan kita. Kalau PAS jadi pemerintah mungkin lagi teruk dari Pol Pot!!! Rakan seperjuangan dan separti boleh dihalau kalau orang lain tentu kena sembelih punya!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.