Surat terbuka buat GHB, harapan kepada harapan baharu – Za’im Yusoff
Tuan pengasas Gerakan Harapan Baru (GHB),
Sebetulnya tulisan ini ialah hasil perbincangan dan sumbang saran rakan-rakan seangkatan yang pernah bergelumang dengan kepelbagaian jemaah, parti dan wadah; anak-anak muda yang sebetulnya sudah merasakan masa depan Malaysia semakin nazak disesakkan kebobrokan insan dari peringkat paling atas sampailah peringkat paling bawah, di tanah tumpahnya darah, Malaysia yang bertuah inilah.
Jujurnya, selepas melihat keberanian tuan melawan arus saat GHB tercetus, ia sekali gus menumbuhkan harapan kembali.
Hayat wajib diteruskan selagi maut belum membilah tenggorok. Justeru, GHB dilihat sebagai talian hayat kepada harapan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.
Tuan,
Ya, ada dalam kalangan rakan-rakan kita menganggap Tuan sebagai golongan kecewa tetapi dengan tercetusnya GHB, kami melihat tuan sebagai golongan pemimpin yang tidak pernah berputus asa.
Menjadi kelaziman spesies makhluk ciptaan Tuhan, selagi hidup, selagi itu berjuang mencari ruang dan peluang untuk terus maju dan berkembang, berpindah dan berhijrah apabila langkahnya diempang mahupun ditempangkan oleh musuh yang mungkin tidak sengaja berseteru.
Kami maklum sekiranya jawatan yang tuan kejar, dengan mudah-mudahnya tuan boleh berhijrah mengerumuninya daripada ketumbukan pemerintah; namun tuan memilih jalan yang benar-benar susah; membina GHB daripada titik terendah semata-mata untuk memastikan hayat perjuangan rakyat pasca Pilihan Raya Umum 2013 tidak tersekat. Dari itu, tahniah!
Namun tuan, di sini apalah sudi kiranya mendengar sedikit sebanyak sumbang saran kami, harapan kami terhadap GHB ini agar harapan yang dijanjikan bukan harapan palsu namun harapan yang menjadi realiti demi masa depan ibu pertiwi.
Tuan,
Kami menerima maklum bahawa GHB adalah berteraskan Islam dengan mengedepankan prinsip amanah, progresif dan peduli.
Pertamanya, kami berpesan kepada tuan untuk jujur dengan agama, jujur dengan Islam. Sudah berapa banyak kita menyaksikan bagaimana nas-nas Tuhan dikhadamkan untuk kepentingan peribadi juga organisasi hingga mencekup mulut rakyat jelata daripada berbeza pandangan.
Sebaliknya, tuan jikalau jujur dengan Islam haruslah tuan menjadi khadam kepada nas-nas dengan kefahaman yang bukan sahaja mendalam bahkan juga meluas agar Rahmat Islam itu merentas setiap agama mahupun ras.
Kami khuatir kalau-kalau tuan tergelincir memainkan api perkauman dan keagamaan sedangkan yang kita perlukan daripada tuan adalah untuk benar-benar menguruskan perbezaan kepelbagaian kaum dan agama. Apatah lagi, agama dan kaum tidak pernah bersalah – jika tidak masakan perlembagaan negara kita mengiktiraf kepelbagaian agama dan kaum sejak Malaysia lahir lagi.
Kami perlukan tuan menukarkan kepelbagaian ini kepada kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa dan bukannya kepelbagaian sebagai jalan untuk bersengketa.
Bagi muafakat pakatan yang baru, pastikan tuan bukan sekadar mengisi vakum kekosongan perjuangan Islam sebaliknya tuanlah yang menjadi penyatu semisal sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jangan sesekali berulasan sesuatu yang pihak GHB belum mendapat kepastian lantaran pantasnya kenyataan selalunya mencantas diri sendiri, tetapi tidaklah pula terlalu naif sehingga terlepas memberikan maklum balas khususnya hal-hal berkaitan sentimen keagamaan dan perkauman.
Tuan membawa Islam. Islam sudah masyhur dengan kepelbagaian aliran dalam bermacam-macam segi. Jadilah pemimpin yang menyatukan ummah dan berjiwa seluas langit selebar bumi.
Serahkan urusan hukum hakam ibadah terutama yang menjadi status quo masyarakat semisal persoalan mazhab kepada para ulama.
Dalam hal-hal fekah, yang kami impikan adalah untuk tuan mengingatkan kami supaya bertakwa di dalam khutbah dan menjadi imam solat berjemaah.
Di akhirnya, biarlah GHB dilihat sebagai agen penyatu; tempat orang-orang Islam dan bukan Islam menumpang naungan rahmatNya.
Tuan,
Kembalikan ahli politik ke fungsi asal penciptaan insan. Ahli politik sebagai khalifah. Ahli politik yang memakai sifat-sifat Allah dengan mendahulukan rahmat berbanding amarah sekalipun amarah sesekali perlu itupun untuk hal-hal tertentu yang benar-benar mengganggu perjalanan sesebuah negara.
Kita mahukan ahli politik sebagai khalifah yang tidak menjadikan keredaan Allah sebagai semata-mata lapikkan alasan sebaliknya seorang ahli politik sebagai khalifah itu berusaha secara istiqamah dan profesional bahawa keredaan Allah kepada pemimpin adalah apabila pemimpin menjalankan pembaikan kepada negara mahupun dunia. Pembaikan yang digerakkan oleh gerak Sunnatullah dan tindak Syariatullah yang tidak pernah dijuzuk-juzukkan.
Oleh itu, mengakulah andai tuan lemah dalam bidang yang tuan bukan berkeahlian. Sebagai pemimpin, tugas tuan untuk memimpin dan mengurus bukannya membimbing dan mencetuskan penyelesaian atas hal-hal yang tuan tidak pakar.
Dalam apa juga bidang, polisi, dasar dan pendekatan, wajibkanlah diri-diri tuan merujuk kepada yang berkeahlian sekalipun mereka datang daripada kelompok musuh politik tuan. Tidak perlulah tuan menapis fikrah, cukuplah tuan menapis hujah dan bekerjasama dengan ahlinya sekalipun mereka naif siasah.
Mulakanlah perbincangan dengan mereka, “hari ini mari kita berbincang demi kepentingan rakyat dan masa depan negara”. Jika tuan mengikut kehendak dan ego sendiri, tuan ternyata zalim lantaran hanya dengan menjalankan pendapat golongan berkeahlian sahajalah, tuan melangsaikan amanah kepimpinan.
Beringatlah, pemimpin adil pemimpin dijulang, pemimpin zalim pemimpin dibuang. Di sini, jangan sesekali bertolak ansur dengan nilai integriti. Sekiranya ditakdirkan ada dalam kalangan tuan terpalit dek isu integriti, dengan besar hati, undurlah tanpa perlu menunggu memorandum mahupun demonstrasi rakyat.
Justeru, politik sesekali tidak boleh dilihat sebagai jalan saraan kehidupan tuan; sebaliknya politik ialah peluang untuk tuan berkhidmat kepada hamba Allah sebelum tuan menemuiNya selepas jujur memimpin.
Tuan,
Jadikan keberadaan GHB sebagai sebuah parti politik yang berbeza. Bukan sekadar mengulangi skrip-skrip perjuangan isu rakyat semata-mata tetapi juga bertindak membina kapasiti polisi dan tatacara bernegara dalam bidang-bidang kritikal dan major negara.
Hal ini tidak mampu lahir andai tiada budaya ilmu dalam kalangan ahli GHB nanti. Kita tidak mahu mengeluarkan dokumen itu dan ini, negara dengan label begitu jenama begini namun isi-isinya sekadar kelongsong yang kosong.
Jadilah pembangkang yang bukan hanya tahu membangkang dengan menyenaraikan lambakan masalah tetapi paling mustahak menjadi suara alternatif yang memberi jalan keluar kepada kemelut suasana. Jalan keluar yang proaktif yang jelas bukan sekadar hamburan semata-mata nas.
Kami maklum dalam kalangan tuan ramai yang berkeahlian dan rajin menulis pandangan dan pemikiran. Teruskan budaya keilmuan ini kerana sebenarnya tugas kita bukan sekadar membina negara malah sebuah tamadun juga dan tiada ketamadunan tanpa asas keilmuan yang kukuh dan ampuh.
Tuan,
Akhirnya Tuan, politik ialah jalan khidmat yang mendekatkan Tuan kepada syurga dan menjauhkan Tuan daripada neraka jika benar tujuan dan perjalanannya.
Tinggalkan sahaja mereka yang berdendam lantaran orang yang berdendam tidak lebih hanyalah sesosok jasad yang sedang minum racunnya sendiri namun mengharapkan orang di sebelahnya mati.
Pandanglah setiap daripada rakyat tuan termasuk musuh politik tuan dengan pandangan Rahmat; bahawa setiap yang buruk boleh berubah – hal ini semestinya memerlukan jiwa yang besar dalam gerak duduk dan tindak tanduk kepimpinan tuan sekalian.
Kita tidak mempunyai banyak masa untuk bergaduh dan mencipta musuh. Lantaran, untuk membina perjuangan itu pun memerlukan seluruh saat dalam kehidupan yang entah berapa lagi bakinya. Mulakanlah dengan kejujuran, kami anak-anak muda Insya Allah bakal sama bergandingan.
Kami akhirkan pesanan ini dengan cuplikan puisi Pak Samad, pejuang sasterawan rakyat, yang menggambarkan nekad harapan kami yang kuat:
Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
Jika kita senantiasa mensyukuri anugerah Allah
Dan bumi akan subur, makmur dan mewah
Jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.
Kami bukan sekadar harap-harap. Ini sebenar-benar pengharapan.

Takbir..takbir...takbir...
BalasPadamhasil nukilan terbaik untuk peringatan bersama....ini yang kami inginkan...
Kalau Pas bertakbir.. GHB pulak? Bertakbir jugak ye.. GHB dengan GB kan tak jauh.. he he
PadamBicara dulu biarkan berlalu.... Usah didendami mereka..... Buktikan GHB wadah yang lebih baik
BalasPadamGerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan dibarisi oleh barisan tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno. Senerio ini adalah satu perkembangan baik tatkala rakyat tercari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang sedang melanda tanah air kini. Umno / BN terlalu lemah, Pakatan Rakyat juga lemah disebabkan Pas telah dengan rasminya memutuskan tahaluf siyasi dengan Dap. Lantaran kerajaan lemah, dan pembangkah pun lemah, maka yang paling terkesan ialah rakyat marhaen.
BalasPadamTokoh-tokoh GHB inilah yang memperjuangkan isu rakyat selama ini. Rekod perjuangan mereka untuk membawa perubahan kepada kepincangan BN adalah lebih lama dari barisan kepimpinan Pas pasca muktamar. Pimpinan Pas kini hanya mampu memberikan pidato yang berapi-api namun permasalahan rakyat tidak menemui penghujungnya. Pas kini dilihat seperti parti chauvanist Melayu. Buktinya Presiden Pas TGHA pernah membuat kenyataan bahawa pembangunan negara mestilah berteraskan perpaduan Melayu. Kenyataan beliau ini bila dihalusi, menampakkan Pas dan Umno sudah mempunyai aliran pemikiran yang sama. Apa yang membezakan, Pas menggunakan Agama dan Umno menggunakan kebangsaan Melayu. Pada hakikatnya, dan tidak dapat disangkal lagi bahawa Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan setiap bangsa berkongsi kuasa.
Jika Umno terus berkuasa dan Pas diberi sedikit mandat, maka Malaysia menuju kepada negara yang tiada keadilan kaum. Parti yang menang bangsa akan dapat semua dan parti yag kalah dalam pilihan raya bangsanya hilang semua. Jika ini berlaku, Malaysia pastinya akan mengalami ketegangan kaum. GHB apabila didaftarkan sebagai parti siasah kelak dikatakan menjadi parti inklusif sama seperti PKR. Semua bangsa boleh menganggotai wadah baharu ini asalkan bersetuju dengan prinsip perjuangan Islamiknya. DAP juga parti inklusif kerana ada seorang adun dan dua ahli parlimen mereka berkerunan Melayu. Sememangnya, parti baharu dari NGO GHP ini dilihat sebagai payung yang semua bangsa boleh bernaung di bawahnya. Diharapkan GHB boleh dijadikan wadah orang Islam dan bukan Islam tumpang bernaungan di bawah Rahmat-Nya.
TITM harap dapat joint GHB yang inklusif.
BalasPadamTQ...
Dalam hujung usia begini, berilah suatu harapan baru kepada kami yang merata ini. Kami tidak mengharapkan apa apa untuk peribadi kami walau sesen pun malah kami sanggup apa yang kami mampu. Kami sudah letih dengan tragedi lalu yang parah. Kami mengharapkan sesuatu yang bernilai untuk anak cucu kami sebelum kami pergi. Berilah kami satu GERAKAN HARAPAN BARU yang meyakinkan kami. Kami sudah payah dengan kerenah kerenah lalu yang sangat sangat mengecewakan. Ubatilah perasaan kami yang sangat terluka ini dengan satu GERAKAN HARAPAN BARU.Salam edul fitri.
BalasPadamSemoga Allah swt permudahkan GHB. Harapan rakyat agar tidak dizalimi, malah dilindungi. Jadilah juru bicara rakyat dalam perjuangan hidup yang semakin sukar di tanah air yang bertuah ini. Jangan hancurkan harapan yang besar. Agar berjaya jua, doa ku ini buat GHB. Aameen. Wassalam.
BalasPadamHarapan rakyat hanya boleh tercapai dan menjadi realiti dengan menjadikan harapan Za'im dan termasuk lah menjadikan harapan semua penyokong GHB terhadap harapan baharu sebagai satu azimat.
Untuk itu G18 memerlukan juga doa-doa dari kita supaya mereka diberi hidayah dan kekuatan. Sepanjang mereka menuju kepada matlamat harapan baru, mereka hendak lah sentiasa melihat rakyat jelata dan tidak akan lupa pada rakyat jelata.
Jika semua tumpuan mereka kepada matlamat, ditakuti dan di khuatiri mereka terlupa akan rakyat -jelata.
Ramai dikalangan pemimpin yang mempunyai matlamat yang sama antara pribadi dan parti tetapi apabila sampai kepada matlamat yang sebenarnya rupanya di tengah perjalanan mereka tidak melihat kepada rakyat jelata. Parti menjadi lebih kukuh, pemimpinnya yang berkuasa dilihat lebih licik dan negara membangung dengan begitu indah seperti taman kayangan tetapi rakyat nya hidup seperti patung yang di gerak kan dengan tali-tali yang diikat dengan di tangan dan di kaki.
Matlmat yang mereka tetapkan selama ini menjadi kabur dan bertukar mengikut terjemahan pemimpin pada bila-bila masa. Matlamat yang asal tetap tegak tetapi maknanya telah di pesong kerana ada 4 bayang-bayang yang mana salah-satu nya dikata inilah yang betul.
Dan yang lebih penting. apa jua masalah dan berbeza pandangan hendaklah menguna resipi yang dapat menyajikan satu hidangan yang lazat dengan satu presentation yang mengkagumkan ramai orang. Kejujuran adalah asas paling penting dalam resipi tersebut.
Kerana itulah kita memerlukan program pemimpin pelapis yang tersusun dan terkini. Apa guna menyedari anak-anak muda telah berubah dan mengatakan generasi baru ini membawa satu harapan baharu sedangkan program pemimpin pelapis total mengikut selera pemimpin yang ujud untuk generasi terdahulu. Pastikan mereka yang mengendali program ini berkemampuan dan tidak mencampuri agenda-agenda yang tersembunyi.
Akhir sekali, harapan kita bukan sekadar untuk mengisi vakum kekosongan perjuangan Islam tetapi mudah-mudahan dengan sokongan kita semua, dengan doa kita semua dan dengan harapan kita semua, dari hasil perjuangan ini lah maka lahir 18 Anwar Ibrahim dan tumbuhnya benih yang di tanam oleh TGNA yang batang nya berakar terus meninggi untuk mencapai cahaya matahari.
Kepada Allah kita kembalikan.