Kelantan perlu hantar semula notis RUU persendirian
Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang berkaitan hudud itu dibahaskan pada persidangan akan datang, kata Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas setelah bersidang selama 20 hari.
"Setiap kali penggal persidangan Parlimen (berakhir), usul (yang tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan) kena dimasukkan (hantar notis) balik ... kena beri notis 14 hari sebelum hendak bentang (sebarang usul).
"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan serahkan notis bagi membentangkan usul berkenaan selepas Parlimen mengeluarkan notis kepada anggota Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang sebelum ini telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rang undang-undang persendirian itu telah dimasukkan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas namun tidak sempat dibentang untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 9 April.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN BN.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PAS akan mengadakan perbincangan dengan menteri bertanggungjawab yang akan bertindak sebagai pencadang dan usul berkenaan juga perlu mendapat sokongan 15 anggota Dewan Rakyat sebelum boleh dibahas.
"Apa-apa pun mesti ada persetujuan daripada kerajaan, tak boleh lari. Bukan isu hudud (rang undang-undang persendirian) sahaja, malah isu-isu lain juga," katanya.
Mengulas kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang enggan mengadakan sebarang mesyuarat dengan PAS selepas berakhirnya pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dijadual 7 Mei ini, anggota Jawatankuasa (AJK) PAS pusat itu berkata tindakan tersebut hanya merugikan pakatan pembangkang.
"Kalau pakatan pembangkang tak ada hubungan jadi yang rugi semua parti bukan PAS sahaja, DAP pun rugi, PKR pun rugi, jangan ingat PAS sahaja yang terjejas.
"Tidak timbul isu PAS keluar daripada pakatan pembangkang... benda itu jelas. Muktamar masih lagi berpegang kami (PAS) masih lagi (dalam) pakatan pembangkang. Soal orang nak bekerjasama itu adalah soal lain, tapi kami masih lagi dalam pakatan pembangkang," tegas Mohd Amar. - Bernama
Bangunkan Islam sebelum laksana hudud Oleh Shamsul Muda
Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.
Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.
Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.
Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum itu.
Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.
Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.
Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.
Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.
Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.
Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.
Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.
Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.
Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.
Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).
Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).
Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.
Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.
Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.
Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".
Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.
Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)
Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.
Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.
Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.
Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.
Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.
Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.
Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.
Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.
Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.
Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.
Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.
Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.
Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.
Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.
Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.
Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.
ULASAN GB
Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.
Bergegak-gempita golongan pro-ulamak (baca: pro-UMNO) dalam PAS mengenai hudud beberapa minggu lalu. Dituduhnya mereka yang tidak bersetuju RUU itu dibentangkan sebagai anti-ulama malah anti-Islam. Akhirnya sekarang tiba-tiba senyap dan sunyi sepi bab hudud.
GB sudah ulas di dalam entri sebelum ini. Petikan:
GB beri contoh iaitu di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali.
Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang0undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu. Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?
Jikalah didengar pendapat dan nasihat Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi seperti di atas, maka tidak timbul pergolakan mengenai isu hudud. GB juga sudah ulas di dalam entri tersebut. Petikan:
Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.
Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.
Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...
Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!
Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.
... Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS ( daripada mengutamakan hal hududu) dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.
"Cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) di kalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi beragama Islam di peringkat nasional.
"Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa Pilihan Raya Umum 2004 di bawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan...
Sekarang seperti GB katakan sebelum ini..."ayam terlepas tangan bau tahi". Hudud gagal dkemukakan, hubungan PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat pula jadi berantakan.
Bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 33:
Huraiannya: kamu tidak dapat perjuangkan apa pun hatta hukum Allah sekalipun TANPA ada kukuatan, kuasaaan dan ilmu pengetahuan. Sebarang perjuangan sekalipun namanya Islam, namanya untuk menegakkan syariat Allah tanpa memiliki kekuatan, kekuasaan dan ilmu pengatahuan hanyalah perjuangan yang mengikut hawa nafsu dan akan hanya menemui kegagalan, kekalahan dan kehinaan.
Bila Ulamak Dunia Yusof Qardhawi tidak di hormati , budak nelayan bawa kehancuran saja.
BalasPadamDi sangka pangkat Ulamak Dunia lebih masyhur dari Yusof Qardhawi , bodoh lah jadi nya.
Air mula Yusof dan Hadi amat jauh beza nya bagai langit dan longkang.
Yang pasti Yusof nampak Bijak dan Hadi rupa orang GAGAL.
Macam mana Ulamak sama ulamak , tapi hati dan pemikiran ber beda besae.
Hanya Allah SWT yang tahu.
Hadi??? Siapa???
BalasPadamOOOH! Yang kawan dgn HD yg teringin nak bergelomiang sekatil dgn UMNO tuu.
Yang secara kebetulan jumpa KI di Jakarta.tiada bincang apa-apa pun.
Kita ni bukan AHLIL NUJUM NEGARA yg boleh tahu apa mereka bincang.
Ada ulamak dunia dan ada ulamak akhirat.
ALLAHU AKLAM.
Jangan bila kena hantar notis semula Usul yang di luluskan DUN kena dapatkan semula kelulusan Dewan sekali lagi
BalasPadamYang ini baru bagi kita Sebelum ini kita macam di fahamkan Hj Hadi hantar notis tergesa gesa tak ada pulak di sebut Menteri yang akan bertindak sebagai pencadang Kata lah notis diterima pada masa itu siapa kalau bukan Hj Hadi yang akan membentangkan nya?
Bila berlaku bantahan keras dari DAP pro UMNO yang berulamak kata 'Kita akan tetap bentang di Parlimen'
Sekarang kena bincang dulu dengan menteri satu hal Menteri pulak kata sibuk dengan alasan ke luar negara Bila Menteri ada Hj Hadi pulak sibuk ke Jakarta dengan Khalid jugak Tak ada orang lain
Jika Menteri tolak boleh lah Hj Hadi kata dia dah terlepas dari tanggung jawab nya Sangat Mudah !
Kalau kita pun susah nak di tipu so jangan lah terlintas kita nak tipu Allah
penulisan dan kupasan yg sgt tajam dan bernas dari pada GB...keep up the good work GB...
BalasPadamPutrajaya jgk yg dilihatnya.. tahniah kerana yakin dan percaya bhw DAP akan bg sokongan sepenuhnya pd perlaksaan hudud oleh pasma atau pkr bila pr menang nanti..
BalasPadamAda jugak komen dari wan rosli ni... Hehehe..
PadamBedol.. mca n parti bn sabah sarawak igt diorg sokong ke? Metematik lulus x ni?
Padamwan rosli...anda perlu paham...kami bukan tolak hudud...tp utk laksana hudud perlukn pindaan pada perlembagaan persekutuan...tak usah bermimpi utk laksana hudud kalau perlembagaan tidak dipinda..macam mana nk pinda perlembagaan?perlunya kepada kekuatan politik dan kuasa executive..bagaimana nk dapatkan kuasa tersebut?perlunya kepada kemenenangan dalam PRU...bagaimana mau menang dlm PRU?perlu ada permuafakatan yg utuh dalam PR...selepas ambil alih putrajaya dan ubah perlembagaan baru blh berkira2 nk laksana hudud...
PadamBro azam, buat letih terangkan kat wan rosli ni. Dia bukannnya mau penerangan. Dia just mau buat kacau..this man neither agen umno nor ug follower. Same goes both!
PadamAku menyampah betol tengok tv, macam mana na dakwah non Muslim, kalau yang org Islam pakai seksi2 ... puas le penceramah2 beritau imej islam esp yg utk tontonan/publik, di mana pemimpim/pemerintah ada kuasa utk menyuruh & mematuhinya, ni tak, org2 non Muslim konfius, org Islam pun konfius.
BalasPadam"Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PAS akan mengadakan perbincangan dengan menteri bertanggungjawab yang akan bertindak sebagai pencadang dan usul berkenaan juga perlu mendapat sokongan 15 anggota Dewan Rakyat sebelum boleh dibahas.
BalasPadam"Apa-apa pun mesti ada persetujuan daripada kerajaan, tak boleh lari. Bukan isu hudud (rang undang-undang persendirian) sahaja, malah isu-isu lain juga," katanya."
-------------------------------------
Bila tidak dapat bentang RUU, sekarang ada pula penjelasan sebegini...Alasan boleh direka, tetapi hakikatnya kebenaran terserlah juga...Akhirnya sujud ke kaki UMNO juga.
Kalau begitu, mengapak tidak mahu dijelaskan awal-awal prosedur ini. Dengar cakap macam semudah makan kacang saja nak dilaksanakan. Nampak sangat yang tergesa-gesa membentang EKJS di DUN Kelantantan itu bagai ada agenda tersembunyi.
Adakah orang akan bersetuju bila kita terlalu lemah, seperti binalah sesuatu sementara ada kekuatan jika tidak pasti gagal. Kelihatan di malaysia kini ulamak ditohmah, diketepikan. PKR adalah untuk Malaysia bukan untuk...sendiri mau ingat. Dah lebih 500 tahun Islam di Malaysia..Nampak semakin konfius hukum Islam ni dek peranan dan skop yang diperlekehkan oleh orang yang menyertai dan menyokong kemalapan Islam di Malaysia seperti terjadinya di Bosnia suatu masa dahulu.
BalasPadamTegakkan Kehidupan Islam Dahulu
BalasPadamTak faham faham jugak
Ulamak Yusof Qardhawi bagitahu walaupun individu tersebut hebat dan banyak Ilmu Islam belum tentu Islam nya 100% tertegak dalam diri nya Apalagi orang dah mempersoalkan tingkah laku nya
Kalau dah tertegak kehidupan Islam seperti salah satu nya ia lah tak takut pendapatan cukai arak kurang kerana mengikut tindakan yang di ambil oleh negara seperti Singapore dan Indonesia Baru satu banyak lagi kot
Adakah hudud dpt d laksanakan sekiranya PR dpt putrajaya ? Bgi mna dap & pkr .
BalasPadamKERANA ia mrupakan wahyu yg tlh pon dijanjikan oleh TUHAN
BalasPadamLIHAT kdlm surah ke-17
Iaitu surah AL-Israa'...(17:63)
Ddlm ayat diatas itu (17:63), diceritakan "PUNCA" atau "umbi" kpd sgl MASAALAH ddonia ini..
ALLAH telah pon mngajar Iblis bgmn utk tipu = bodohkan = SESATkan = syirikkan anak cucu cicit Adam as tak kira sesiapon pon jua HATTA hullamak no.1 & no.2 donia skalipon!
"Sesatkan/SYIRIkkan mrk dgn "HARTA" & "anak2".." yakni anak2 Adam as yg dpt dibeli sbg sokongan/KUASA!
Drp ayat itu (17:63)..
---No.1 paling utama ialah "umpan" HARTA/duit/ESOS/balak/PROJEK/proxy dsbnya
---No.2 dpt kan "title" KUASA(dgn sokongan anak2 cucu cicit Adam as yg mampu dbeli/dbodohkan)
Itulah PUNCA dan "umbi" kpd sgl-semua MASAALAH yg trjd diatas donia ini lebih2 lg kpd lebai2 kopiah sorban yg ber'IQ ciput bwh drp gred-3 yg hanya PRASAN & tahu mnghafal shj!?
Drp ayat (17:63) diatas itu..
Apb dpt mmiliki PUNCA No.1 = HARTA maka mudah memanipulasi No.2 = anak2 Adam as yakni mbeli KUASA sokongan
Sbb itu cukong2 sgt mudah menguasai politikus2 umno/BN dan... dgn sgt MUDAH pula otai2 setan2 yg dikenali/UMNO dpt menguasai lebai2 fakeh bwh drp gred-3 ddlm PAS!?
Sbb itu nabi2 as dan sbnr7PENCINTA kpd yg'HAQ(kbnaran) tidak tidak tidak & TIDAK pernah samaskali meminta upah = bayaran = sampul = gaji =ELAUN = walaq = title = glamor = PANGKAT dari kalangan ssama manusia dewa-dewata-raja-kisra-kaisar ddlm sjarah hidup mrk demi mnyuloh sbnr7 CAHAYA KBNARAN..
LIHAT..lihat jwpan mrk/nabi2 itu dlm surah ke-26
Iaitu surah As-Syuaara' (26:109)...(26:127)...(26:145)...(26:164)...(26:180)
Juga ddlm surah Yunus (10:72)
Juga surah Hud (11:29) dan bnyk lg disurah2 yg lain klu bnar2 ingin seNAFAS-sejiwa dgn mrk..
"Aku ssekali TIADA mminta upah-GAJI-pangkat-GELARAN dr sesama mnusia krn "ganjaran"ku hanya dsisi ALLAH shj smata2"!
HANYA dan hanya org2 yg TIDAK-prasan serta TIDAK-meminta2 "upah-dan-title" shj yg bnar2 akan dpt utk bnar7 dpt mnyelesaikan sbnr2 sbnr7 MASAALAH dikalangan ummah!
SOALnya..
Layakkah silebai2 fakeh sorban bebal yg sgt2 PRASAN mngaku konon2nya sbg ulamak itu betul2 layak dianggap "wostad/hullamak" sdangkan mrk sgt2 TERANG sekali tlh pon terperangkap ddlm sangkar-JERAT Iblis yg sgt2 GELAP sprt diatas itu!?
Ddlm jerat-perangkap ygGELAP itu, yg penoh padat dgn sgl MASAALAH2 dan mrk pula ingin mmbodoh kan umat masuk kdlm prangkap GELAP dgn mnambah lg masaalah kpd MASAALAH yg makin padat brtanmbah2!!
INGAT
Ingatlah..
Bhw sbnr2 CAHAYA KBNARAN itu sgt2 mudah & tramat2lah MUDAH!
Ibarat CAHAYA TERANG mentari ditengah2 hari digurun Kalahari-sgl2nya MUDAH sgt2 jls klihatan!
Sbnar2 ulamak..tidak mintak diri mrk dipanggil ulamak..TIDAK mintak upah-gaji pangkat & GELARAN2!
Sbnr2 ulamak hanya ingin mnyuloh sbnr7CAHAYA ygTERANG demi amanah CINTA-kaseh-SAYANG utk "selesaikan" sbnr7 MASAALAH ummah!
Itulah sbnr2 ulamak PEWARIS nabi2..
"Aku ssekali TIADA mminta upah krn "upah"ku HANYA dsisi ALLAH"!
GB,
Aarinal-haqqa-HAQQAN.."
Layakkah mrk yg bebal & dah kena JERAT ddlm gelap itu dgelar sbg ulamak????????
If you really want to know The TRUTH...The TRUTH is very very very SIMPLE!!!
Berapa lama lagikah masa yang diperlukan?Tahun ini negara kita sudah hampir 58 tahun merdeka.Agaknya berapa tahun lagi baru boleh dilaksanakan hukum Allah ini?Fikirkanlah...
BalasPadamArtikel yg mantap dan berilmu. Hudud PAS bukan hudud Allah/Islam yg sebenar. Hudud Islam tiada pindaan dibuat sesuka hati dan semua bangsa tidak terkecuali. Hudud PAS bermotifkan politik pak2 lebai malang cari makan dan kuasa. Kelantan dan Terengganu antara negeri melayu termiskin dlm negara.
BalasPadamMengapa pimpinan PAS tidak menumpukan usaha memerangi rasuah sbg agenda utama parti. Membasmi kemiskinan rakyat negerinya dulu kemudian berdakwah kpd non muslims supaya Islam dihormati dan adil pd semua makhluk ciptaan Allah.
Perlu diingatkan Hudud Allah tiada cacat celanya spt termaktub dlm Al Quran tetapi pelaksananya tetap manusia biasa yg mudah dibeli, dirasuah dan gila kuasa.
Dgn adanya akhlak ulamak2 spt Hj Hadi dan Haron Din, saya tak yakin keadilan Islam akan berjaya di tangan mereka ini. Cakap lain buat lain
Kerjasama dengan UMNO hudud, kalau UMNO ikhlas dah boleh laksana diMalaysia dibawah pemerintahan UMNO
BalasPadamKisah parti pak lebai malang.
BalasPadamPAS, ingatlah Fadzil Noor
Faisal Tehrani
Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.”
Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil.
tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin PAS hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi' yang menjadi keutamaan.
Hari ini PAS bergelut untuk menentukan sikap dan kedudukan politiknya. Syariah telah mengatasi keadilan. Dan fikah mengatasi akhlak. Peri perjuangan Rasulullah SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak telah berakhir.
Adalah menyedihkan, apa yang pernah dibina oleh arwah Fadzil Noor itu diruntuhkan sekelip mata oleh Hadi Awang (seorang alumni Saudi).
Hari ini PAS mendahulukan hudud dari rakyat Malaysia berbilang kaum. PAS mengundur zaman. Bahkan PAS sama sekali mengenepikan sejarah penubuhan dan kebijaksanaan pimpinan terdahulu.
PAS malah tidak lagi komited dengan idea-idea murni dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif seperti dikemukakan ketika pilihan raya tahun 1999.
Lebih menyayat hati PAS kini dikenal orang bukan Islam bukan lagi sebagai parti Islam, tetapi sebagai parti khianat dan lebai mungkir janji.
dosa besar hadi kerana sokong syiah yg zalim dan anggap pejuang islam syria (bukan ISIS) sebagai boneka US.
BalasPadamdosa hadi ialah dia lupa dgn menyokong syiah syria bermakna menyokong kezaliman bunuh, rogol, cincang, bom, runtuh masjid yg dilakukan syiah
dosa hadi ialah dia yg mengajar umat tentang amaran Allah ;jgn kamu cenderung hati terhadap org zalim nnti kamu disentuh api neraka'. tapi dia yg sokong kezaliman syiah.
walaupun tk kena mengena dgn politik malaysia tp kita prcaya sokongan pada syiah bukan perkara kcil disisi Allah dan kini Allah sedang menunjukkan murkanya kpd hadi.
sedangkan Sheikh Qardawi mengaku tersilap sokong syiah dan Sheikh Ali Shoubuni kata sesiapa yg sokong iran(syiah) maka bersedialah bersama mereka di akhirat nnti.
dan hadi tidak pernah meraikan mana2 ulamak syria yg melawat malaysia mohon bantuan kerana hadi pro iran syiah bashar... konon mereka lawan US. walaupun selepas jelas kpd umat islam kezaliman bashar bukan semata2 politik tp memang kejahatan syiah yg melampau.
hadi, letak jawatan dan bertaubat, didunia penyokong wala' dan sanjung, diakhirat Allah tk heran pun kat u kalau u tk taubat dpd sokong kezaliman.
sapa u yg dpt keistimewaan tk disentuh api neraka kerana sokong kezlaiman syiah???
Malangnya sehingga kini..kawasan-Kawasan yang telah selesai bermesyuarat, terus mencalonkan TGHA.
BalasPadamKenapa ini berlaku..?
Semoga Dato Sri Nizar dan Dr Rani terus berjuang bersama-sama menwujudkan satu lagi parti Islam, berteraskan Al-quran dan Sunnah Nabi SAW.