16 Mac 2015

Batu Sapi Calonkan Husam Sebagai Presiden, Husam Kini Sah Layak Bertanding


Husam layak cabar Hadi sebagai presiden PAS

Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

 "Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini,"
kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Selain Husam, Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mendapat satu pencalonan selepas 4 kawasan membuat pencalonan sehingga semalam.

Hadi mendapat pencalonan daripada kawasan Shah Alam semalam manakala Tuan Ibrahim mendapat pencalonan daripada kawasan Kota Baru minggu lalu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS menolak pencalonan itu.

Selain Husam sebagai presiden, Batu Sapi mencalonkan Mohamad Sabu mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, mereka mencalonkan Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim.

Mesyuarat agung PAS Batu Sapi bersama Libaran, Beluran dan Kinabatangan dirasmikan Mohamad Sabtu lepas.

Sebelum ini, bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara pemimpin PAS yang sering berkata, Husam antara pemimpin PAS yang layak menjadi calon perdana menteri.

Ia disahkan bekas setiausaha politik Nik Aziz yang pertama Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"Husam adalah prime minister material," kata Wan Rahim.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 awal Jun depan di Kuala Selangor di mana pemilihan untuk semua jawatan utamanya akan dilakukan. – TMI


Husam paling layak ganti Hadi

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.

“Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.

“Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.

Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.

Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.

“Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.

“Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.

Azizuddin berkata, Husam adalah calon yang paling menonjol sekali dan akan mendapat sokongan peringkat akar umbi parti tersebut.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan, Hadi Awang sedia dicabar untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-61 yang akan berlangsung Jun ini.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai cukup pencalonan berhak untuk berbuat demikian selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik dalam Muktamar Tahunan Pas pada setiap dua tahun.
-SH



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


33 ulasan:

  1. teruskan berkempen untuk Husam..

    BalasPadam
  2. bravo! syabas! batu punya susu sapi punya nama.

    nampaknya org yg duk Sabah yg serba kekurangan lebih peka dan berani utk membuat pembaruan. sepatut mrk2 ini yg tinggal di BANDARAYA shah alam. dan bengong2 yg di shah alam tak ada telor pi pindah ke sana.

    ada ke calonkan org yg kluk klek, fitnah (disahkan oleh mahkamah), khianat rakan, hina pemimpin sbg ketua?

    adakah mrk ini ke yg solat hajat mohon pada Allah swt agar kekalkan org yg SENGAJA TINGGAL SOLAT sbg pemimpin negeri?

    hahahaaaha.. kaum yg dilihat sbg tak suka tinggal solat mohon pada ALLAH swt supaya kekalkan org yg SENGAJA SUKA tinggal solat sbg pemimpin mrk...

    akhir zaman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu simpang simpang, boleh terus cakap: presideng pas ulama pas suci mulia berilmu tuduh orang lain jual pill kuda Tanpa bukti.

      Padam
  3. kehendak kawasan dan akar umbi patut dihormati.syabas.

    BalasPadam
  4. Insyaallah mudah-mudahan impian untuk melihat dato husam sbg presiden pas tercapai,apa mcm mb kelate and the gang dulu sanggup " membuang" anak didik tgna dgn hinanya dgn alasan "istana"

    BalasPadam
  5. Kenyataan Hj Hadi;
    Saya sedia dicabar

    Kenyataan Mat Sabu;
    serah kpd perwakilan

    Sapa lg tawaduk?

    BalasPadam
  6. Husam ini professional dan matang

    Husam sudah layak tanding jawatan Preaiden PAS sejak dulu dulu lagi sebelum Hadi Pil Kuda lahir dulu.

    Mana ada sama muka bahalol dengan muka orang bijak?????

    Tu sebab Arwah Nik Aziz suka Husam , air muka bersih sudah tunjuk isi hati nya.


    Tak payah serban dan kopiah , hati husam sejuk untuk rakyat.

    BalasPadam
  7. trek rekod terbaik dari yang banyak kolom dok ada ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  8. jangan ada pengkhianat over wala pi bakar keta dia pulak kah kah kah !

    BalasPadam
  9. TGHH mungkin kelihatan lemah untuk terus menerajui PAS tetapi apakah kerana hubungan dengan rakan-rakan PR yang kelihatan agak goyah akhir-akhir ini menjadi satu dosa maka TGHH perlu ditumbangkan??

    Apakah kerana merasakan PutraJaya hampir dalam genggaman maka TGHH perlu disingkirkan? Betul ker TGHH nak bawa PAS bergabung dengan UMNO?? betul ker??

    Jangan nanti dengan tersingkirnya TGHH maka ada puak lain pula bersorak sakan. Aku bukan sokong mana-mana puak samaada ulama mahupun profesional. Kalau salah maka salah lah cuma toong selidik dulu siapa yang akan untung bila PAS berpecah belah.

    Elok tanya puak-puak JIM dalam PAS atau sekarang dah tukar kulit guna nama lain pulok??

    Husam hebat tapi jangan sampai orang guna dia saja sudahlah. Jamgan sampai ada puok lain yang guna PAS sekadar sebagai wadah untuk capai objektif asal puok mereka dengan mengenepikan matlamat asal perjuangan PAS.

    Aku sekadar ajak semua yang sayangkan PAS berfikir. Kalau puok ulama salah apakah puok Pro dok saloh dalam kemelut yang sedang melanda PAS hari ini.

    Apakah kerana tiadanya Almarhum TGNA kini maka semua puok nak tunjuk belang sebenar masing-masing???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke mana agaknya haluan pas kalau nak bergerak sendirian? Tanpa kuasa apa yg mampu pas lakukan? Ingat tak dulu masa tak berkuasa di Selangor, nik aziz pun diperambat tak boleh bagi ceramah kat masjid2 sekitar Selangor...dah lupa ke kejahatan umngok?

      Padam
    2. Anon 1:41

      Satu je masaalah dengan TGHH iaitu kepimpinan politik yang lemah. Ilmu beliau tinggi tetapi ilmu tersebut tidak membantu beliau menjadi seorang pemimpin politik Islam yang hebat sehebat kepimpinan bidang ilmu ugama.

      Masaalah huruhara dalaman parti yang dia jadi ketua oun xmampu nak selesai...macamana? Hujah sdra berjela2 xdpt mengatasi hujah bahawa TGHH adalah seorang pemimpin politik yang lemah. Saya percaya dengan ketinggian ilmu yang dimileki, beliau akan cemerlang memimpin parti sebagai Mursyidul Am.

      Padam
  10. Insya Allah. Sya doakan dn kesemua ahli pas doakan supaya Husam Musa di jadikan presiden .. Insya Allah... Terbaik TGNA didikan Husan Musa.. Hadi tak payahlah kluk klek klu kleee.. Ore tak se dah kat mun.. Aku duk teganu pun meyampah kat mum..

    BalasPadam
  11. Insya Allah. Sya doakan dn kesemua ahli pas doakan supaya Husam Musa di jadikan presiden .. Insya Allah... Terbaik TGNA didikan Husan Musa.. Hadi tak payahlah kluk klek klu kleee.. Ore tak se dah kat mun.. Aku duk teganu pun meyampah kat mum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samer gok dengan ambe...ambe anok jati ganu weehh...hj hadi dok rhok doh lening...tukor hok laing lah pulok...stopa ali pun tukor jugoklah...pengundi dungun lamer doh takboh ke stopa ali tu...doh expired dalang politik...

      Padam
  12. ANON 1:41

    Tok Guru demo perlu ditukar kerana sebab berikut:

    1. Beliau gagal menyatupadukan ahli-ahli PAS yang terbahagi kepada dua kumpulan.
    2. Beliau sering membelakangkan keputusan AJK PAS Pusaat. Ini sudah macam diktator Musollini atau Sultan Firaun.
    3. Beliau gagal mengawal perangai penyokong-penyokong beliau yang sudah serupa beruk kena belacan dan kini bertukar jadi gengster pukul dan bakar kereta orang.
    4. Tok Guru demo suka menggelarkan rakan seperjuangan dengan panggilan yang menghina barua broker pengedar pil kuda dan sebagainya. Very bad for someone with ulama status.
    5. Presideng awak selalu ponteng mesyuarat...sakit la sebuk la..macang-macang alasang...sakit tapi boleh pulak gi Londong.
    7. Tok Guru demo juga kebelakangang ini mudah naik berang...kes dia sergah orang termasuk DSAI pun kena tengking. Dah sampai masa pemimpin macam ini kena ganti. Ini bukan kumpulan Mafia. Ini parti Islam woi...pemimpinnya mestilah bersifat mulia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesimpulannya TGHH adalah seorang pemimpin yang lemah waupun ilmu ugamanya yang tinggi. Ilmu tersebut gagal menjadikan TGHH sebagai pemimpin yang hebat sehebat ilmunya.

      Noktah!

      Padam
  13. Insya'Allah..semoga cita2 sy nk tgk Yb Husam Musa sbg presiden pas dn tim pm kpd DSAI..trmakbul nti..aamin

    BalasPadam
  14. Segitiga Emas

    Lim sebagai ketua menteri penang
    Azmin Mentri Besar Selangor
    Husam Mentri Besar Kelantan

    Tiga bakal presiden party yg akan bungkus BN!!! Dan menaikkan ekonomi segitiga malaysia

    BalasPadam
  15. Permata yang terbenam dalam lumpur jangan di persia siakan begitu saja Islam itu ialah bijak meletakkan nya pada tempat yang betul

    Sampai masa nya kita memgotakan kata kata TGNA Dalam diam tanpa sedar atau tidak ini lah keinginan TGNA

    Kini sudah sampai masa dan ketika nya meletakkan Husam di tempat yang betul

    BalasPadam
  16. Putrajaya semakin hampir

    BalasPadam
  17. Saya sokong Husam Musa sebagai Presiden baru Parti PAS...harap Husam menerima amanah ini dan jangan sesekali menolaknya...Insyaallah, didoakan kejayaan bersama saudara...aminnn.

    BalasPadam
  18. Husam juga layak ganti Dsai sbg Ketua PR dan sterusnya sbg PM!

    BalasPadam
  19. saya sokong datuk husam beribu2 peratus! Ketiadaan DSAI mengetuai pimpinan PR membolehkan beliau naik seterusnya menjadi PM malaysia, InsyaAllah!

    BalasPadam
  20. Husam calon terbaik yg Pas ada untuk jawatan Presiden. Anak didik TGNA yg humble dan berkarisma. Kelantan beruntung ada pemimpin mcm Husam yg berfikiran jauh dan berhati2 dlm melakukan sesuatu tindakan. Kita mau satu anjakan dalam memartabatkan PAS di mata rakyat Malaysia. Husam mampu menyatukan ahli2 Pas ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Yakob dgn Nik Amar jea yg toksir ko Huse Muso...rakyat Kelate nok...

      Padam
  21. saya sokong 200% Datuk Husam sbg Presiden baru PAS.

    BalasPadam
  22. Husam
    U still the best
    Go husam go

    BalasPadam
  23. Husssam mmg bagus tapi belum masanya berstatus....jgn ketepikan calun2 dari Kedah, Perak,Selangor DLL negeri... Kekadang calun2 yg kurang dikenali lebih mashyurdan berwala...daripada dDari yg mengejar status.....ITU natijahnya.

    BalasPadam
  24. Tahniah, kalau nak menangkan Islam PRU14 tewaskan Hadi, Kalau nak kalahkan Islam PRU14 kekalkan Hadi

    BalasPadam
  25. Husam memang layak

    BalasPadam
  26. UMNO, Hadi dan UG mula kepanasan bila Husam dicalonkan ahli yang mahu Pas bersatu dan menang Islam PRU14

    BalasPadam
  27. Kalau boleh undi,memang kami undi Husam.Mudah2an Husam jadi perdana menteri Malaysia. Tawadhuk,sopan,hebat.we pray for you Husam.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.