Sejak hari Ahad yang lalu, meriah dengan pelbagai gambar anak anak ke sekolah. Baik yang menyambung persekolahan mahupun yang baru mula memasuki alam persekolahan. Seronok kami melihat karenah dan telatah anak anak terutama yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan.
Namun hati kami sedikit terusik apabila terpandang gambar gambar persekolahan di negeri Kelantan yang baru baru ini dilanda bencana banjir. Beberapa keping gambar di bawah sudah cukup membayangkan betapa sukarnya keadaan persekolahan di sana. Tapi kami salute kepada pelajar pelajar di sana yang walaupun serba kekurangan semangat mereka untuk ke sekolah tidak pernah luntur.
Saksikanlah...
Keadaan pintu masuk salah sebuah sekolah di Kelantan
Dua orang pelajar berjalan melalui lumpur tebal di hadapan sebuah sekolah
Murid murid hanya berdiri dalam bilik darjah yang rosak akibat bencana banjir
Kasih ayah, seorang ayah kelihatan mendokong dua orang anaknya melalui jalan yang berlumpur. (Meredah segala keperitan untuk melihat anaknya bersekolah dan berpelajaran... aku menangis melihat gambar ini... GB)
Keadaan bilik darjah yang belum dipulihkan sepenuhnya
Walaupun keadaan sekolah rosak teruk, pelajar pelajar ini masih bersemangat datang untuk memulihkan sekolah mereka
Pelajar hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam
sumber: thevocket.com (Nota Editor thevocket.com: Gambar gambar di atas dikumpul daripada pelbagai sumber seperti Facebook dan WhatsApp.)
Inilah padahnya bila sepanjang masa menipu dan membohong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari Menteri, KSU, .... sampai ke guru, kerja depa dok buat kerja bohong sahaja. Inilah padah bila pembohongan itu berterusan.
BalasPadamPendidikan bertaraf dunia ... piraaaaaaaaaaaaaaah. Dari kerja harian sehingga keputusan peperiksaan awam, semuanya diputarbelitkan. Istilah "syok sendiri" patut digunakan sedangkan depa tau itu bukan hakikat yang sebenarnya.
Kertas Kerja berlambak .... bukan manusia yang bekerja. Kertas yang kerja, maka timbullah penipuan dan pembohongan berterusan.
Kekadang kita terlupa bahawa Allah swt lebih mengetahui.
Inikah hasil RM800juta yang telah dibelanjakan ?
BalasPadam