14 Jan 2015

Nizar Lepas Tanpa Dibebas, Menariknya, Yusof Zainal Abiden Peguamnya


Nizar dilepas tanpa dibebas daripada pertuduhan fitnah PM

Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pertuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hampir tiga tahun lepas.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pembelaan diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang membangkitkan isu siapa yang sepatutnya membuat aduan dalam kes berkenaan.

Dalam penghakimannya, Rihaida berkata mahkamah menerima hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud bahawa mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah, aduan orang yang teraniaya boleh dibuat oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, beliau memutuskan aduan yang dibuat dalam kes ini cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan, iaitu sama ada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Hanafiah Zakaria atau Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.

Rihaida berkata berdasarkan saman yang dikeluarkan mahkamah terhadap Nizar, borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

"Jadi mahkamah mendapati ada pelanggaran terhadap Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya).

"Oleh itu, mahkamah membenarkan bantahan awal pembelaan dan tiada pilihan selain melepas tanpa membebaskan OKS (orang kena saman)," katanya.

Semalam, Yusof berhujah dalam kes ini, memandangkan perdana menteri tidak membuat aduan, maka orang yang sepatutnya berbuat demikian ialah pendakwa raya atau peguam negara.

Beliau berkata jika mahkamah tidak menerima hujah itu dan memutuskan timbalan pendakwa raya juga boleh membuat aduan, maka mahkamah perlu menimbang fakta borang aduan dalam kes ini ditandatangani ASP Zulkarnain, iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan.


Dalam hujahnya, Masri memaklumkan meskipun borang aduan dalam kes ini ditandatangani Zulkarnain, Jabatan Peguam Negara menyertakan satu lampiran yang ditandatangani beliau.

Bagaimanapun, Yusof berkata nama Hanafiah turut ada dalam lampiran yang ditandatangani Masri, jadi isu yang timbul ialah siapa pengadu sebenar dalam kes ini.

Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di Ipoh didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di Ipoh, antara 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri, yang juga ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak, dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. – Bernama,

ULASAN GB

Ada dua perkara yang GB nak ulas di dalam kes di atas.

Pertama, PM tidak membuat aduan, Pendakwa Raya atau peguam negara juga tidak sedangkan Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan aduan perlu dibuat Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya). Pendakwaan dilakukan berdasarkan borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain.

Menjelaskan bahawa seorang "pegawai penyiasat polis" nampaknya lebih berkuasa daripada Puam negara dan pendakwa Raya.

Mujurlah hakim mahkamah menerima hujah peguambela untuk membenarkan bantahan awal pembelaan dan melepas walaupun tidak membebaskan Nizar selaku OKS (orang kena saman).

Kedua, peguambela Nizar ialah Yusof Zainal Abiden. Nama Yusof amat dikenali. Seorang pendakwa raya di dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim. Kini beliau bukan lagi seorang penjawat awam. Beliau bebas untuk menjadi Peguamcara atau peguambela bagi rakyat. Beliau adalah profesional di dalam menjalankan tugasnya.

Sama juga dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan dalam kes liwat II.

Dari sudut profesyenalism, seorang peguam akan melakukan yang terbaik untuk anakguamnya tanpa mengira siapa anakguamnya itu.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... orang yang dahulunya mendakwa dan menghakimi pemimpin-pemimpin PR, kini menjadi peguambela-peguambela bagi pemimpin PR berkenaan pula...

6 ulasan:

  1. Ini hal undang undang Hal asas yang perlu wajib Peguam Negara dan Timbalan Pendakwaraya ketahui Kalau siapa yang buat pengaduan pun cuai dan boleh silap dalam kes Nizar macamana kes Anwar ? Mana pegawai penyiasat kes Anwar simpan bahan bukti ?

    Yang sepatutnya duduk kerusi Timbalan Pendakwaraya dan seterusnya sebagai Peguam Negara ia lah orang yang bernama Yusof Zainal Abiden

    Hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

    Peguam Negara terlebih memberi perhatian kepada Anwar berbanding Najib Jika ikut class Peguam Negara dengan Pengawai Penyiasat kan jauh tu

    BalasPadam
  2. Agak pelik juga ya. Perkara teknikal sprt kes ini pun pihak AG tak nampak. Amat memalukan...

    'No wonder' akhirnya dlm kes liwat II Anwar pihak AG lantik TS Shafie Abdullah untuk ganti tempat mereka. Nampak sangat mereka macam tak yakin dan 'not competent to handle the case'.

    Malaysia Boleh!

    BalasPadam
  3. Yusof tak termakan budi sebab tu dia bebas mewakili pemimpin PR Yusof tak ada rekod dan bukan kaki ampu atu sebab jawatan dia hanya sebagai pendakwaraya dan ikutkan dia ada pilihan untuk sambung perkhidmatan se tahun dua lagi

    BalasPadam
  4. biarlah yusof begitu kerana dia tahu padang mahsyar itu luas sehari berada di sana seribu tahun didunia...kita hidup seribu tahun ke

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, Ketempangan semakin ketara. Penggunaan aparat pemerintah diambil kesempatan semau maunya. Namun pertolongan datang dari sumber yg tidak disangka sangka. Kami sujud pada mu, ya Allah.

    BalasPadam
  6. Tak apalah PN dah ada pass masuk neraka, pasti kompom punya. Yang salah dibela dan yang benar cuba dimasuk penjara. Hikmah didunia seperti kejahatan tetap diadili dengan seksama, bertaubat pada ALLAH tidak lengkap kalau tidak minta kemafan dari orang yang dizalimi. Ya ALLAH berilah petunjuk pada mereka ini, buatlah hukuman dunia sebelum mereka kenereka.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.