Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.
Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.
Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.
Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube
Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.
B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.
Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".
Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube
Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, keezm yang mengakui berada di lokasi memberitahu, apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri.
Ujarnya, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis Kpop berkenaan.
Astro AWANI sedang cuba menghubungi penganjur berkenaan menerusi e-mel namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan balas. -astroawani
Bayar K-pop RM1.6 juta pengiktirafan kerajaan kepada belia, kata Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.
Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka dalam proses pembangunan negara.
"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.
"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan menerima kritikan dan tekanan hebat susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-pop, iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet.
Khairy mempertahankan penganjuran dan langkah membawa kumpulan K-pop tersebut bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada pengunjung pada Hari Belia Kebangsaan ketika itu.
"Bagaimanapun kajian impak ekonomi telah dibuktikan bahawa program kesuluruhan memberi impak ekonomi tinggi dengan kehadiran 2.4 juta pengunjung yang secara tidak langsung memberi pendapatan kepada golongan usahawan dan peniaga yang terlibat dalam himpunan ini," katanya.
Khairy juga menegaskan adalah tidak adil apabila mempertikaikan jemputan tiga kumpulan K-pop tersebut kerana artis tempatan juga dijemput untuk menjayakan program tersebut.
"Selain persembahan artis Korea, jangan kita lupa seramai 204 artis tempatan, individu dan berkumpulan turut diundang untuk membuat persembahan sepanjang empat hari.
"Himpunan yang berlangsung itu melibatkan nama-nama besar seperti Wings, Search, Azlan Typewriter, Rabbani dan Hijjaz," katanya.
Namun, Ahli Parlimen Sepang (PAS) Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan kewajaran langkah membawa bentuk hiburan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
"Adakah ia sesuai dengan Islam? " soal Mohamed Hanipa kepada Khairy.
Namun, Khairy bertegas kumpulan K-pop menjadi satu trend di kalangan belia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah salah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan penganjuran konsert itu daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.
Laporan Audit Negara 2012 juga turut mendedahkan KBS berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti bagi acara tersebut.
Lanjutan isu tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan sendiri isu berbangkit berhubung laporan audit berkenaan. -TMI /13 November 2013
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.
Kini mkenteri-menteri UMNO BN termasuk Khairy Jamaluddin perlu menelan semula perkatan-perkataanya dahlu... kononnya penganjuran K-Pop yang melibatkan wang rakyat jutaan ringgit itu membawa bencana untuk akhlak dan aqidah remaja Melayu/Islam.
Kononnya untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.. menarik mereka untuk apa? Untuk sokong UMNO BN yang lebih nyata mengamalkan konasep "liberalisme" sehingga maruah, akhlak dan akidah gadis-gadis Melayu/Islam menjadi rosak?
Go ahead, dan anda akan melihat sendiri kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh perbuatan kamu sendiri...
LAPORAN SEBELUM INI: [VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop
,BR>
lelaki tinggi,hensem dan gelap mcm khairy..heh..tak pun bangla..
BalasPadamPerasan macho. Nyata wanita lebih suka susuk tanpan kurus berkulit cerah. Kesian kj.
PadamMemang terang2 gejala kerosakan!
BalasPadamTetapi tiada yg lebih ROSAK sbg rosak yg amat2 BESAR dan amat2 JAHAT yg dpt mengatasi apb yg mengaku fakeh ulamak brbuat onar helah auta & FITNAH!!
Lagi sedahsyat2 BEJAT dan ROSAK yg "FATAL" apb yg PRASAN fakeh ulamak brmain DRAMA SUCI "hudud" dgn bapak sgl khianat-FITNAH juga bapak sgl songlap meROMPAK!!!
Kerosakan demi kerosakan azab malapetaka dtg bertimpa-timpa..
sy tinggi, hitam dan juleng
BalasPadamdah budak2 perempuan tu naik miang nak buat mcm mana. tiket paling murah RM199. mak oi byk nya duit budak2 ni
BalasPadamDiorang anggap macam abg je dan tak naik nafsu.. Ustazah tu cakap boleh.. Low class betol la bebudak ni.. Terhegeh-hegeh, gedik.. Besok bila org kafir pandang rendah, buat sambil lewa syariat islam baru la melalak tak tentu arah.. Nasib la artis korea, kalu artis tu cina dari malaysia tentu dah berbakul mufti keluar fatwa.. Belum kira purkisa, pukida, jalur tiga, jalur enam..blablabla
BalasPadamIngat waktu Big Mama dipeluk Sharoq Khan di atas pentas ... contoh terbaik bagi anak-anak muda.
BalasPadamEntah lepas ni bebudak itu akan bercium atas pentaskah?
Entot akan di jadi kan lumrah anak ansk muda Melayu ????
BalasPadamMana tak datang bala satu per satu ?
1.6 juta tak kira lu belanja mahupun lu dpt pulangan, kalau lu guna dengan cara sia - sia, maka sia - sialah dia dan kalau untung maka haramlah duit tersebut krn dapat keuntungan dengan cara merosakkan akhlak belia.
BalasPadamBUDAYA KONSERT KALAU TAK DICONTROL MAKA INILAH JADINYA. AKHIRNYA IA MENJADI KONSERT LIAR YG MERENDAHKAN MARTABAT MANUSIA. JANGAN SALAHKAN ORANG KALAU ADA ORG FITNAH UMNO TERLIBAT DGN GERAKAN FREEMASON SEBAB LU SENDIRI BUAT PERKARA YG SELALU DILAKUKAN OLEH GERAKAN FREEMASON. WALLAHUALAM
tunggulah celaka akan menimpa. inilah tarbiah kerajaan umno/bn untuk sebahagian rakyatnya.
BalasPadammemang betul UMNO CELAKA, 'tahniah' kepada penyokong parti celaka.