24 Nov 2014

Terbaik Dari K'jaan Selangor: Beri Peruntukan Kpd Semua ADUN Termasuk BN & Bebas


S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.

Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.

Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.

"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.




Ketua pembangkang S'gor dapat kereta rasmi

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.

Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.

Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.

“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya.
-mk







ULASAN GB

Terbaik dari YAB Mohamed Azmin. Tak macam di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN. Dah bertahun-tahun tiada peruntukan untuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan Bebas.

Malah di peringkat parlimen pun begitu. Kerajaan BN hanya menyalurkan peruntukkan kepada MP-MP dari BN disamping menganaktirikan MP-MP Pakatan. Buktinya:


Ahli Parlimen BN Dapat RM500,000

Pentadbiran Najib hari ini mengumumkan pemberian tambahan sebanyak RM500,000 untuk setiap ahli Parlimen untuk digunakan bagi tujuan pembangunan di bawah kawasan parlimen masing-masing.

Namun begitu, peruntukan tersebut hanya diberikan kepada semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak diketahui sama ada ahli-ahli parlimen Bebas yang pro-BN turut akan mendapat peruntukan tambahan demikian.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin, setiap ahli Parlimen BN akan mendapat jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta termasuklah RM500,000 peruntukan tambahan yang diumumkan itu.

Bung memberitahu bahawa jumlah peruntukan yang diberikan setiap tahun oleh pihak kerajaan adalah berbeza dari setahun ke setahun dan berdasarkan keadaan ekonomi negara.

Menurut Bung lagi, selalunya setiap tahun mereka menerima RM1 juta daripada kerajaan memerintah.

Namun begitu, ahli-ahli parlimen BN yang lain ada mendengar tentang peruntukan tambahan tersebut tetapi belum lagi menerima surat hitam putih mengenainya.

Peruntukan yang diberikan itu adalah arahan terus Perdana Menteri melalui peruntukan tabung pembangunan yang diselenggara dan dibiayai oleh satu unit yang dikenali sebagai Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU).
-KLToday.com




[VIRAL] Gadis Marah Bapanya Tak Pandai Pam Tayar Kereta Peugeot


Terdapat satu cerita sensasi yang sedang trending di laman Twitter di mana gambar seorang gadis memarahi bapanya sendiri di hadapan orang ramai hanya disebabkan bapanya tidak tahu mengepam angin ke dalam tayar.

Bapa kepada gadis tersebut yang dipercayai sedang mengepam tayar dengan berpakaian segak untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya itu.

Bapanya bukan tidak tahu cara mengepam angin tetapi pam berkenaan mempunyai masalah dan sang anak mungkin sudah tidak boleh menahan sabar.



“Dia memarahi bapanya di depan orang ramai hanya kerana tak tau pamkan angin.

Bapanya berpakaian segak untuk menghadiri konvokesyen anaknya,” kata pengguna berkenaan.

Namun, tiada lanjutan cerita tersebut gambar berkenaan yang hanya dirakamkan daripada dalam sebuah kereta. -katakcomel

ULASAN GB

Berita di atas belum dapat dipastikan kebenarannya.

Namun ia tetap ada pengajaran terutama kepada anak-anak yang baru mendapat ijazah.... jangan lupakan jasa kedua ayah bonda jauh sekali melukakan hati mereka....

Mujahid: "Ana Tak Pedulikan Pemikiran Pro-Ulama Yang Jumud"....


Menanti lekok ketiga dalam PAS – Mohd Sayuti Omar

Sejujurnya saya baru menatap secara tekun buku karya Dr Mujahid Yusuf Rawa berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, walaupun ianya sudah berada dipasaran sejak beberapa tahun lalu.

Buku ini asalnya sebahagian daripada tesisnya untuk memperolehi Doktor Falsafah (Phd) pada tahun 2007 yang memfokuskan tentang PAS Melaka.

Sebelum ini saya membacanya secara rentas sahaja, tetapi tidak cuba mendalami dan menganalisa apa yang tersumbat dalam minda (menjadi bahan kajian) ahli parlimen Parit Buntar, Perak itu menerusi buku ini.

Khabarnya buku ini menimbul kontroversi dari kalangan sesetengah pimpinan PAS khasnya mereka yang merasakan diri sebagai ustaz dan ulama.

Buku ini juga dibedah ahli PAS yang kurang senang dengan kemunculannya menganggap ia cuba mengganggu konsep kepimpinan dalam PAS waktu ini, Kepimpinan Ulama. Buku Dr Mujahid yang ditolak setengah ahli Pas

Semasa bertemua dengan Mujahid ketika rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim, di Putrajaya baru-baru ini, Mujahid ada menjelaskan akan nasib diterimanya ekoran terbitnya buku berkenaan.

“Mereka hendak bicarakan buku saya, tetapi mereka tidak membacanya,” demikian "jebeh" Mujahid sebagai menyambung keluhan saya, mengenai apa yang berlaku dalam majlis bedah buku saya, (Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah) di Pandan Indah beberapa malam lalu yang berlangsung dalam suasana miskin akademis.

“Pemikiran mereka ini jumud, ana tidak pedulikan mereka,” tukas Mujahid lagi turut menyesali apa yang saya lalui.

Para pembedah buku Maujhid ini merasakan diri mereka "al ulama" atau "al ustaz" kurang senang dengan buku ini yang mempertikai (membetulkan) pemahaman salah mengenai konsep kepimpinan ulama yang sebenarnya menurut minda Mujahid.

Dengan mudah mereka merasakan buku itu menghalang keseronokan mereka untuk terus bermaharajalela demi mengusai PAS menerusi konsep berkenaan.

Para pendokong kepimpinan ulama rakus mendabik dada seolah-olah PAS adalah hak mereka secara monopoli.


“Menuju PAS Baru” yang menjadi judul buku ini difahami sebagai hendak merombak teras kepimpinan yang ada dalam PAS masa kini dan diganti dengan teras baru kepimpinan, profesional.

Itulah yang menyumbat minda mereka dan "berkadas" pentafsiran mengenai kewujudan buku ini.

Mereka tidak melihat kepada sub title buku ini, “krisis, peluang dan dinamisme” yang melakarkan peristiwa, harapan dan kehebatan PAS untuk masa depan.

Para ulama “automatik" dalam PAS marah apabila beranggapan buku ini membawa maksud PAS membuat perimbangan dan perkiraan semula mengenai konsep kepimpinan ulama.

Sememang pun sesetengah ahli PAS tidak memahami apakah konsep kepimpinan ulama.

Mereka terkeliru antara kepimpinan ulama dengan gelaran ulama yang ditanggung sesetengah pemimpinnya.


Sekiranya mereka tidak sombong dan egois apa yang dijelas dan dihuraikan Mujahid berhubung maksud dan perbezaan kepimpinan ulama dan ulama gelaran sangat nyata dan memberi kefahaman mudah.

Ia menjelaskan akan kekeliruan itu yang membawa kepada kelemahan kepada PAS.

Menurut Mujahid ulama sebagai individu ia tidak mewakili organisasi, lantaran itu pandanganya bebas dan bersifat individu.

Manakala ulama sebagai pimpinan pula, pandangannya mewakili oraganisasi lantaran itu pandangannya terikat dengan tuntutan dan keperluan organisasi dan ia dibuat secara kolektif, "berjemak".

Ulama seagai individu ia tidak mewakili pemikiran strategik, pandangannya dipermukaan, dan tidak mengambil kira dari titik tolak berorganisasi.

Berlainan dengan ulama sebagai pimpinan, mewakili pemikiran strategik maka ia harus menyelami realiti dan tuntutan "marhalah" perjuangan dan keperluan yang ditetapkan organisasi.


Sebagai ulama individu dia mungkin melihat sesuatu masalah dari satu prospektif sahaja.

Berbeza dengan ulama sebagai pemimpin, organisasi harus memutuskan keperluan ringan dan kekerasan bersesuaian dengan tuntutan.

Lazimnya pandangan organisasi cuba "mantaufiqkan" antara idealisme dan realiti, "waqie" yang lebih besar dan "mentaufiqkan" hakikat hukum dengan kemampuan memahaminya.

Apa dihurai dan dicerakinkan Mujahid sangat cantik.

Ia memberi pencerahan agar ahli PAS tidak sesat dalam istilah dan berilusi dengan slogan berkenaan.

Mampu membezakan kepimpinan ulama dengan orang yang digelar atau menganggap diri mereka ulama, faqih (mendalami) agama.


Apabila Mujahid menulis demikian tidak bermakna beliau anti kepada kepimpinan ulama seperti yang ditohmah kepadanya.

Bagi Mujahid ada kelemahan tertentu terhadap gagasan kepimpinan ulama yang silap difahami itu.

Apa yang nampak jelas kerana wujud kekeliruan dimana ada penerimaan mutlak mereka yang wajar memimpin PAS adalah kalangan ulama.

Sudah tentu pandangan ini tidak tepat dan merugukan PAS dan ia bertentangan dengan pendekatan dibuat bekas presiden PAS sebelum ini Allahyarham Fadzil Mohd Noor yang mahu ulama dan profesional berganding bahu dalam menggerakkan PAS. Salah terima itu juga menyebabkan berlakunya konflik dan krisis identiti kepimpinan dalam PAS.

Dalam saat PAS diharap menerjah masa depan yang cemerlang, PAS tidak boleh terkongkong dengan idea dan tindakan pimpinan ulama yang lebih membuat keputusan berdasarkan perasaan "faqih" dan bukan kepada "marhalah", atau pun kebajaksanaan politik dengan mengambil kira perkembangan kontamporari.

Inilah yang dibentangkan Mujahid lewat buku berkenaan. Niatnya jelas untuk kemajuan PAS.


Selain itu buku Mujahid ini menarik kerana ia mendedahkan tribulasi (pasang surut) perjuangan PAS.

Beliau membuat batasan dan sempadan perjuangan PAS melalui beberapa tahap atau pun persimpangan yang dinamakan "lekok".

Lekok ini melibatkan pendakian, melalui era hebat PAS dan lekok menurun, era penurunan PAS.

Secara asasnya lekok PAS ini diambil kepada dua tahap. Pertama bermula sejak penubuhan PAS (1951) membawa kepada pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda pada tahun 1982.

Manakala lekok kedua ialah dari tahun 1982 hingga 2000, era kepimpin ulama terkini ditangan, Abdul Hadi Awang.

Dalam teori melekok atau pun jatuh bangun PAS ini, Mujahid melihat lekok kedua adalah lekok era kejatuhan PAS.


Dua tahap yang digariskan berada dalam keadaan bertentangan.

Lekok dalam PAS bukan berhenti disitu sahaja. Ia bukan sahaja setakat ada dua lekok.

Sesuai dengan PAS sebagai wadah perjuangan ia hidup, berkembang dan akan terus mencipa beberapa lekok lagi.

Bagaimana pun Mujahid menghentikan perhitungan kita terhadap PAS setakat lekok kedua sahaja.

Beliau membiarkan kita membayangi dan membuat perhitungan dan analisis sendiri bagaimana lekok PAS seterusnya.

Saya percaya beliau bukan tidak berani untuk melakar rupa bentuk lekok ketiga berdasarkan perkembangan semasa.

Tetapi beliau lebih suka kalau ia dikaji oleh pendokong, pemimpin dan ahli PAS sendiri. Mujahid cuma menegaskan PAS akan melalui fasal ketiga.

Kalau lekok satu dan dua membentuk “S” bagaimana pula dengan lekok ketiga? Apakah akan menambah satu lagi lekok menjadi bentuk “S” akan di campur dengan “C.” Menjadi “lekok berlekok”.

Mujahid sendiri tidak memberi gambaran jelas rupa bentuk lekok atau masa depan PAS.

Jika ia melekok menjadi "C", maknanya PAS dalam bahaya kerana "C" itu boleh dianggap sebagai tanduk manakala PAS adalah telor.

Lekok berbentuk "C" menjadikan PAS berada di hujung tanduk.

Ada tanda-tanda yang PAS berada dihujung tanduk pada ketika ini.

Beberapa masalah yang timbul dalam PAS termasuk kemuruduman intergriti pimpinan tertinggi PAS, seakan membawa PAS menuju ke lekok ketiga itu, lekok tanduk.


Paling nyata ialah kewujudan NGO bernama Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) seperti mahu membina lekok ketiga itu.

Umum tahu mereka yang menganggotai PasMa terdiri daripada ahli dan penyokong PAS.

Walaupun kewujudannya diremehkan oleh sesetengah pihak, tetapi kehadirannya tetap memberi impak kepada PAS.


PasMa boleh menjadi nyamuk yang menyebabkan tidur PAS tidak lena.

Untuk menghalau dan menampar nyamuk PasMa ini bukan mudah kerana ia tidak setakat dua tiga ekor yang sudah lelah dan kelaparan darah.

Tetapi jumlahnya makin bertambah dari sehari ke sehari. PasMa menjadi masalah baru kepada PAS.

Ada yang menyifatkan PasMa adalah alat mengambil alih kerja Umno untuk melemahkan PAS. Justeru cadangan atau inisiatif yang diambil oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berunding dan bertemu muka dengan PasMa bagi mencari titik damai adalah cadangan baik yang perlu disegerakan.

Melihat perkembangan ini dan kegagalan PAS menghentikan pergerakan PasMa, apakah ia bakal mewujudkan lekok ketiga yang ditinggalkan secara tergantung oleh Mujahid tadi.

Yang pastinya Mujahid sudah memuktamadkan yang PAS sudah melalui dua lekok dan sedang mencari lekok seterusnya, ketiga. Manakala secara lumrahnya lekok ketiga pasti akan datang.

Sekiranya PAS beranggapan dan bersetuju PasMa bakal membentuk lekok baru, lekok "C" (meletakkan PAS bagaikan telor di hujung tanduk), maka PAS perlu uruskan segera PasMa kerana ia berpotensi menjadi penjana lekok ketiga dalam PAS.

Begitu juga mereka dalam PasMa yang mengakui menyayangi PAS hendaklah mengkaji balik apakah usaha mereka mendatangkan kebaikan demi kemenangan diharap atau pun sebaliknya –msomelayu

Kata Aluan buku MENUJU PAS BARU – Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Dr Mujahid Yusof ketika kami bersama-sama mewakili NGO di Malaysia dalam persidangan Belia Islam Asian di Jakarta, Indonesia pada pertengahan tahun 1990an lalu. Dalam persidangan itu, Mujahid telah dipilih sebagai salah seorang moderator dalam bengkel yang diadakan. Kebetulannya bengkel itu adalah mengenai media. Sebagai pengamal media, saya antara peserta yang aktif memberikan pandangan dalam bengkel yang dipengerusikan oleh Mujahid itu.

Sejak itu, selepas pulang ke Malaysia kami menjadi rapat. Hubungan kami tambah erat apabila Mujahid dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. Lajnah yang asalnya tidaklah penting mana, telah menjadi satu entiti yang sangat penting dalam PAS.

Sejak sekian lama, PAS berusaha untuk memecahkan temboknya dengan orang bukan Islam sama ada Cina atau India. Ia bermula sejak pertengahan tahun 1980an lagi apabila CCC dibentuk. Namun, singkatan ini benar-benar membawa nasib tidak baik sebagaimana maksud CCC dalam bahasa Mandarin itu sendiri iaitu mati-mati-mati. CCC mati begitu sahaja.

Apabila Mujahid dilantik menjadi Pengerusi lajnah atau biro Perpaduan Nasional ini, beliau telah berjaya membentuk satu struktur organisasi yang baik dalam menghubungkan PAS dengan orang Cina dan India. Kemuncak dari hubungan baik inilah lahirnya apa yang dinamakan sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP) menjelang pilihan raya 2008. Apabila Hindraf terbentuk dan orang India bangkit menentang BN, KPP telah berjaya membina tapak yang baik untuk mereka aktif menyokong PAS dalam pilihan raya umum 2008.

Begitu juga orang Cina. Mereka bersama-sama menyokong PAS dalam pilihan raya tersebut dan menghasilkan lima negeri untuk Pakatan Rakyat yang di dalamnya adalah PAS. Ekoran perkembangan baik itu, Mujahid sekali lagi bertindak mengikat para penyokong PAS ini dengan membawa mereka terus menjadi ahli PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia berlaku dalam bulan Mei 2010. Dalam muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu Jun 2010, DHPP mula menghantar perwakilannya.

Inilah sebenarnya kelebihan Mujahid. Beliau berjaya mencipta organisasi dan struktur sebenarnya. Bukan sekadar membawa orang menyokong PAS tetapi berjaya membina struktur untuk mereka bergerak secara berperlembagaan. Melalui buku ini, Mujahid terus berteori tentang struktur kepimpinan PAS.


Apa yang beliau tulis ini bukan berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau timba dari ayahnya Allahyarham Yusof Rawa, bekas presiden dan mursyidul am PAS. Buku ini juga adalah hasil kajian Mujahid melalui tesis PhD yang beliau buat. Kajian beliau adalah tentang organisasi PAS itu sendiri. Melalui pengamatan dan kajian beliaulah terhasilnya teori lekuk dalam perubahan kepimpinan dalam PAS.

Tulisan Mujahid ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi dengan latar belakang akademik beliau (ijazah pertama dalam pengajian Islam dari universiti di Mesir dan PhD dalam bidang pengurusan organisasi dari universiti tempatan) agak sukar mana-mana penentang teori ini untuk menolak mentah-mentah pandangan Mujahid ini.

Pendek kata, Mujahid adalah hasil dari penegasan yang dibuat oleh presiden PAS yang paling dihormati, Datuk Fadzil Mohd Noor. Ketika hayatnya, ketika dilihat berlakunya pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS, Ustaz Fadzil telah datang dengan penegasan, apa yang perlu dibuat oleh PAS adalah mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

Mujahid adalah salah seorang yang lahir dari penegasan Ustaz Fadzil ini. Kini Mujahid datang dengan teori kepimpinan baru PAS selepas dua lekuk berlalu. Persoalannya adalah apakah kepimpinan PAS yang ada sekarang akan membuka laluan untuk lekuk baru ini atau berlakunya resistan dan akhirnya perubahan akan berlaku dalam suasana yang tidak enak.

Masa yang akan menentukannya.

Zulkifli Sulong
-dr.mujahid.com


ULASAN GB

Ringkas.

Di era kepimpinan Almarhum TG Ustaz Fadhil Nor, beliau telah mempersatukan fikrah-fikrah yang berbeza di dalam PAS. Kehadiran Dr.Mujahid membawa slogan PAS FOR ALL memperkukuhkan usaha almarhum membawa dan memantapkan PAS di persada politik negara.

Tetapi di era Haji Hadi Awang, PAS berpecah belah, sehingga Haji Hadi di dalam ucapan penggulungan Muktamar yang lalu dengan terang-terang meminta mereka yang yang tak sehaluan dengannya keluar dari PAS. Malah perkataan BARUA pun terhambur keluar dari mulutnya!

PAS bukan lagi PAS FOR ALL tetapi PAS FOR ULAMA GROUP(UG).

Renung-renungkanlah....

[VIDEO & GAMBAR] Ular Sawa Sebesar Anaconda Ditangkap Di Kota Tinggi


Seekor ular sawa sebesar Anaconda telah berjaya di tangkap di Ladang siang, Bandar Penawar. Kota Tinggi Johor.

Mengikut sahabat facebook Mohd Hafizzi Ismail yang memuat naik gambar terbabit di laman facebook nya.

Gambar-gambar ini telah menjadi viral di media sosial berbagai anggapan tentang penemuan ini ada yang kata di tangkap oleh indon perkerja ladang dan berbagai lagi.

Namun apa yang pasti syabas kepada Hafizzi dan rakan-rakan kerana berjaya menangkap ular sebesar Anaconda ini, namun cerita sebenar di sebalik penangkapan ular ini tidak dapat cerita yang jelas.

Apa yang di telah makan -mungkin kah telah menelan ternakan orang kampung tidak lah kita pasti. -mazeermohamad