S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN
Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.
Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.
"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.
"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.
Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.
"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.
Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.
Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.
"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin
Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:
"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.
Ketua pembangkang S'gor dapat kereta rasmi
Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.
Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.
Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.
Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.
Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.
Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.
Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.
“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.
“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.
Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.
Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.
“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya. -mk
ULASAN GB
Terbaik dari YAB Mohamed Azmin. Tak macam di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN. Dah bertahun-tahun tiada peruntukan untuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan Bebas.
Malah di peringkat parlimen pun begitu. Kerajaan BN hanya menyalurkan peruntukkan kepada MP-MP dari BN disamping menganaktirikan MP-MP Pakatan. Buktinya:
Ahli Parlimen BN Dapat RM500,000
Pentadbiran Najib hari ini mengumumkan pemberian tambahan sebanyak RM500,000 untuk setiap ahli Parlimen untuk digunakan bagi tujuan pembangunan di bawah kawasan parlimen masing-masing.
Namun begitu, peruntukan tersebut hanya diberikan kepada semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak diketahui sama ada ahli-ahli parlimen Bebas yang pro-BN turut akan mendapat peruntukan tambahan demikian.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin, setiap ahli Parlimen BN akan mendapat jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta termasuklah RM500,000 peruntukan tambahan yang diumumkan itu.
Bung memberitahu bahawa jumlah peruntukan yang diberikan setiap tahun oleh pihak kerajaan adalah berbeza dari setahun ke setahun dan berdasarkan keadaan ekonomi negara.
Menurut Bung lagi, selalunya setiap tahun mereka menerima RM1 juta daripada kerajaan memerintah.
Namun begitu, ahli-ahli parlimen BN yang lain ada mendengar tentang peruntukan tambahan tersebut tetapi belum lagi menerima surat hitam putih mengenainya.
Peruntukan yang diberikan itu adalah arahan terus Perdana Menteri melalui peruntukan tabung pembangunan yang diselenggara dan dibiayai oleh satu unit yang dikenali sebagai Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU). -KLToday.com
Terbaik dari YB Azmin, kami rakyat Selangor rasa sangat banga punya MB yg punya jiwa besar, teruskan khidmat MB kami rakyat bersama YB
BalasPadam
BalasPadamMcm ni lagi payahlah pemimpin umporno selangor nak lepas jawatan beri laluan kpd golongan muda.
Akhirnya golongan muda dlm umporno yg akan jadi red indian.
Lagi baik dari bagi geng ostad yg tak tahu jalan tanggung-jawab dan buat kerja. Ikut TSKI memcadbury buta sebab wala' habis RM2.6 juta dapat ke pembantu TSKI.
Ostad bengong nak ber'ug' dlm gelap dgn umporno.
Untung lah Adun BN Yang dari UMNO lagi lah untung Sebelum ini Kjaan PR tak bagi duit pun Adun BN boleh buat program
BalasPadamDapat lagi duit dari Kjaan PR jangan pulak guna untuk majlis kempen memburukkan PR Inilah masa untuk sama sama membantu rakyat Rakyat dah muak dengan politik lama Rakyat mahu melihat keadilan seperti yang ditunjukkan oleh Azmin
PR dah berubah BN bila nak berubah? Kita tahu dengan menyekat peruntukkan Adun tidak menjaminkan rakyat bersama kita PR tidak takut sebaliknya BN takut jika Adun PR dilihat menjalankan tugas dengan baik
Salaam, satu aspek yg Sirius yg menghadapi pihak pengutip cukai apabila menghadapi Robul Jalil ialah cukai yg mereka kutip diagihkan secara berpilihpilih dan tidak 'adil olih kerajaan BN sekiranya benar seperti dilaporkan. Adakah gaji yg mereka dapat Dan yg digunakan untuk membeli makan Dan minum mereka Dan anak isteri mereka berbaloi dgn 'azab yg mungkin mereka hadapi. Harap mendapat pencerahan Dari 'alim ulama' yg berada di Jalan yg benar.
BalasPadam
BalasPadamAlim ulama' yg berada di jalan yg benar ???
Mana ada lagi. Yg harus sana harus sini adalah. Yg pakai duit zakat kemudian ganti balik bila org dah tahu adalah. Yg bersuara bab sentuh anjing dan 2/3 kerat lelaki pakai pakaian perempuan adalah.
Yg perempuan tak tutup aurat dan memakai pakaian mcm jantan, bisu pulak.
Yg umporno kenakan gst, harus pulak. Yg umporno menyalahguna n membazir wang rakyat, senyap je.
Lepas tu minta hormati ulama'.
maka ini akan menggalakkan semua pemimpin BN utk menjadi pembangkang disetiap negeri.
BalasPadamrupanya jadi pembangkang di bawah PR ni satu nikmat dan anugerah yg tinggi nilainya.
AYUH BN, JADILAH PEMBANGKANG DI NEGARA MALAYSIA DIBAWAH PAKATAN RAKYAT, ANDA TIDAK AKAN DIPINGGIRKAN.
Moga2 Adun Bahalol BN guna wang rakyat tuk rakyat , dan bukan beli Vellfire ke , Bini muda ke , holiday ke China ke...
BalasPadamAdun2 BN semua bahalol tak de otak mentedarah rasuah sejak kechik2.
Pakatan Rakyat bukti bukan semua orang orang Mrlayu bahalol macam dalam Umno.
Bahlol Nowhere.(BN)..mesti bekerja untuk Rakyat dengan kemudahan yang Rakyat beri itu.
BalasPadam