24 Nov 2014

Mujahid: "Ana Tak Pedulikan Pemikiran Pro-Ulama Yang Jumud"....


Menanti lekok ketiga dalam PAS – Mohd Sayuti Omar

Sejujurnya saya baru menatap secara tekun buku karya Dr Mujahid Yusuf Rawa berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, walaupun ianya sudah berada dipasaran sejak beberapa tahun lalu.

Buku ini asalnya sebahagian daripada tesisnya untuk memperolehi Doktor Falsafah (Phd) pada tahun 2007 yang memfokuskan tentang PAS Melaka.

Sebelum ini saya membacanya secara rentas sahaja, tetapi tidak cuba mendalami dan menganalisa apa yang tersumbat dalam minda (menjadi bahan kajian) ahli parlimen Parit Buntar, Perak itu menerusi buku ini.

Khabarnya buku ini menimbul kontroversi dari kalangan sesetengah pimpinan PAS khasnya mereka yang merasakan diri sebagai ustaz dan ulama.

Buku ini juga dibedah ahli PAS yang kurang senang dengan kemunculannya menganggap ia cuba mengganggu konsep kepimpinan dalam PAS waktu ini, Kepimpinan Ulama. Buku Dr Mujahid yang ditolak setengah ahli Pas

Semasa bertemua dengan Mujahid ketika rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim, di Putrajaya baru-baru ini, Mujahid ada menjelaskan akan nasib diterimanya ekoran terbitnya buku berkenaan.

“Mereka hendak bicarakan buku saya, tetapi mereka tidak membacanya,” demikian "jebeh" Mujahid sebagai menyambung keluhan saya, mengenai apa yang berlaku dalam majlis bedah buku saya, (Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah) di Pandan Indah beberapa malam lalu yang berlangsung dalam suasana miskin akademis.

“Pemikiran mereka ini jumud, ana tidak pedulikan mereka,” tukas Mujahid lagi turut menyesali apa yang saya lalui.

Para pembedah buku Maujhid ini merasakan diri mereka "al ulama" atau "al ustaz" kurang senang dengan buku ini yang mempertikai (membetulkan) pemahaman salah mengenai konsep kepimpinan ulama yang sebenarnya menurut minda Mujahid.

Dengan mudah mereka merasakan buku itu menghalang keseronokan mereka untuk terus bermaharajalela demi mengusai PAS menerusi konsep berkenaan.

Para pendokong kepimpinan ulama rakus mendabik dada seolah-olah PAS adalah hak mereka secara monopoli.


“Menuju PAS Baru” yang menjadi judul buku ini difahami sebagai hendak merombak teras kepimpinan yang ada dalam PAS masa kini dan diganti dengan teras baru kepimpinan, profesional.

Itulah yang menyumbat minda mereka dan "berkadas" pentafsiran mengenai kewujudan buku ini.

Mereka tidak melihat kepada sub title buku ini, “krisis, peluang dan dinamisme” yang melakarkan peristiwa, harapan dan kehebatan PAS untuk masa depan.

Para ulama “automatik" dalam PAS marah apabila beranggapan buku ini membawa maksud PAS membuat perimbangan dan perkiraan semula mengenai konsep kepimpinan ulama.

Sememang pun sesetengah ahli PAS tidak memahami apakah konsep kepimpinan ulama.

Mereka terkeliru antara kepimpinan ulama dengan gelaran ulama yang ditanggung sesetengah pemimpinnya.


Sekiranya mereka tidak sombong dan egois apa yang dijelas dan dihuraikan Mujahid berhubung maksud dan perbezaan kepimpinan ulama dan ulama gelaran sangat nyata dan memberi kefahaman mudah.

Ia menjelaskan akan kekeliruan itu yang membawa kepada kelemahan kepada PAS.

Menurut Mujahid ulama sebagai individu ia tidak mewakili organisasi, lantaran itu pandanganya bebas dan bersifat individu.

Manakala ulama sebagai pimpinan pula, pandangannya mewakili oraganisasi lantaran itu pandangannya terikat dengan tuntutan dan keperluan organisasi dan ia dibuat secara kolektif, "berjemak".

Ulama seagai individu ia tidak mewakili pemikiran strategik, pandangannya dipermukaan, dan tidak mengambil kira dari titik tolak berorganisasi.

Berlainan dengan ulama sebagai pimpinan, mewakili pemikiran strategik maka ia harus menyelami realiti dan tuntutan "marhalah" perjuangan dan keperluan yang ditetapkan organisasi.


Sebagai ulama individu dia mungkin melihat sesuatu masalah dari satu prospektif sahaja.

Berbeza dengan ulama sebagai pemimpin, organisasi harus memutuskan keperluan ringan dan kekerasan bersesuaian dengan tuntutan.

Lazimnya pandangan organisasi cuba "mantaufiqkan" antara idealisme dan realiti, "waqie" yang lebih besar dan "mentaufiqkan" hakikat hukum dengan kemampuan memahaminya.

Apa dihurai dan dicerakinkan Mujahid sangat cantik.

Ia memberi pencerahan agar ahli PAS tidak sesat dalam istilah dan berilusi dengan slogan berkenaan.

Mampu membezakan kepimpinan ulama dengan orang yang digelar atau menganggap diri mereka ulama, faqih (mendalami) agama.


Apabila Mujahid menulis demikian tidak bermakna beliau anti kepada kepimpinan ulama seperti yang ditohmah kepadanya.

Bagi Mujahid ada kelemahan tertentu terhadap gagasan kepimpinan ulama yang silap difahami itu.

Apa yang nampak jelas kerana wujud kekeliruan dimana ada penerimaan mutlak mereka yang wajar memimpin PAS adalah kalangan ulama.

Sudah tentu pandangan ini tidak tepat dan merugukan PAS dan ia bertentangan dengan pendekatan dibuat bekas presiden PAS sebelum ini Allahyarham Fadzil Mohd Noor yang mahu ulama dan profesional berganding bahu dalam menggerakkan PAS. Salah terima itu juga menyebabkan berlakunya konflik dan krisis identiti kepimpinan dalam PAS.

Dalam saat PAS diharap menerjah masa depan yang cemerlang, PAS tidak boleh terkongkong dengan idea dan tindakan pimpinan ulama yang lebih membuat keputusan berdasarkan perasaan "faqih" dan bukan kepada "marhalah", atau pun kebajaksanaan politik dengan mengambil kira perkembangan kontamporari.

Inilah yang dibentangkan Mujahid lewat buku berkenaan. Niatnya jelas untuk kemajuan PAS.


Selain itu buku Mujahid ini menarik kerana ia mendedahkan tribulasi (pasang surut) perjuangan PAS.

Beliau membuat batasan dan sempadan perjuangan PAS melalui beberapa tahap atau pun persimpangan yang dinamakan "lekok".

Lekok ini melibatkan pendakian, melalui era hebat PAS dan lekok menurun, era penurunan PAS.

Secara asasnya lekok PAS ini diambil kepada dua tahap. Pertama bermula sejak penubuhan PAS (1951) membawa kepada pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda pada tahun 1982.

Manakala lekok kedua ialah dari tahun 1982 hingga 2000, era kepimpin ulama terkini ditangan, Abdul Hadi Awang.

Dalam teori melekok atau pun jatuh bangun PAS ini, Mujahid melihat lekok kedua adalah lekok era kejatuhan PAS.


Dua tahap yang digariskan berada dalam keadaan bertentangan.

Lekok dalam PAS bukan berhenti disitu sahaja. Ia bukan sahaja setakat ada dua lekok.

Sesuai dengan PAS sebagai wadah perjuangan ia hidup, berkembang dan akan terus mencipa beberapa lekok lagi.

Bagaimana pun Mujahid menghentikan perhitungan kita terhadap PAS setakat lekok kedua sahaja.

Beliau membiarkan kita membayangi dan membuat perhitungan dan analisis sendiri bagaimana lekok PAS seterusnya.

Saya percaya beliau bukan tidak berani untuk melakar rupa bentuk lekok ketiga berdasarkan perkembangan semasa.

Tetapi beliau lebih suka kalau ia dikaji oleh pendokong, pemimpin dan ahli PAS sendiri. Mujahid cuma menegaskan PAS akan melalui fasal ketiga.

Kalau lekok satu dan dua membentuk “S” bagaimana pula dengan lekok ketiga? Apakah akan menambah satu lagi lekok menjadi bentuk “S” akan di campur dengan “C.” Menjadi “lekok berlekok”.

Mujahid sendiri tidak memberi gambaran jelas rupa bentuk lekok atau masa depan PAS.

Jika ia melekok menjadi "C", maknanya PAS dalam bahaya kerana "C" itu boleh dianggap sebagai tanduk manakala PAS adalah telor.

Lekok berbentuk "C" menjadikan PAS berada di hujung tanduk.

Ada tanda-tanda yang PAS berada dihujung tanduk pada ketika ini.

Beberapa masalah yang timbul dalam PAS termasuk kemuruduman intergriti pimpinan tertinggi PAS, seakan membawa PAS menuju ke lekok ketiga itu, lekok tanduk.


Paling nyata ialah kewujudan NGO bernama Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) seperti mahu membina lekok ketiga itu.

Umum tahu mereka yang menganggotai PasMa terdiri daripada ahli dan penyokong PAS.

Walaupun kewujudannya diremehkan oleh sesetengah pihak, tetapi kehadirannya tetap memberi impak kepada PAS.


PasMa boleh menjadi nyamuk yang menyebabkan tidur PAS tidak lena.

Untuk menghalau dan menampar nyamuk PasMa ini bukan mudah kerana ia tidak setakat dua tiga ekor yang sudah lelah dan kelaparan darah.

Tetapi jumlahnya makin bertambah dari sehari ke sehari. PasMa menjadi masalah baru kepada PAS.

Ada yang menyifatkan PasMa adalah alat mengambil alih kerja Umno untuk melemahkan PAS. Justeru cadangan atau inisiatif yang diambil oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berunding dan bertemu muka dengan PasMa bagi mencari titik damai adalah cadangan baik yang perlu disegerakan.

Melihat perkembangan ini dan kegagalan PAS menghentikan pergerakan PasMa, apakah ia bakal mewujudkan lekok ketiga yang ditinggalkan secara tergantung oleh Mujahid tadi.

Yang pastinya Mujahid sudah memuktamadkan yang PAS sudah melalui dua lekok dan sedang mencari lekok seterusnya, ketiga. Manakala secara lumrahnya lekok ketiga pasti akan datang.

Sekiranya PAS beranggapan dan bersetuju PasMa bakal membentuk lekok baru, lekok "C" (meletakkan PAS bagaikan telor di hujung tanduk), maka PAS perlu uruskan segera PasMa kerana ia berpotensi menjadi penjana lekok ketiga dalam PAS.

Begitu juga mereka dalam PasMa yang mengakui menyayangi PAS hendaklah mengkaji balik apakah usaha mereka mendatangkan kebaikan demi kemenangan diharap atau pun sebaliknya –msomelayu

Kata Aluan buku MENUJU PAS BARU – Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Dr Mujahid Yusof ketika kami bersama-sama mewakili NGO di Malaysia dalam persidangan Belia Islam Asian di Jakarta, Indonesia pada pertengahan tahun 1990an lalu. Dalam persidangan itu, Mujahid telah dipilih sebagai salah seorang moderator dalam bengkel yang diadakan. Kebetulannya bengkel itu adalah mengenai media. Sebagai pengamal media, saya antara peserta yang aktif memberikan pandangan dalam bengkel yang dipengerusikan oleh Mujahid itu.

Sejak itu, selepas pulang ke Malaysia kami menjadi rapat. Hubungan kami tambah erat apabila Mujahid dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. Lajnah yang asalnya tidaklah penting mana, telah menjadi satu entiti yang sangat penting dalam PAS.

Sejak sekian lama, PAS berusaha untuk memecahkan temboknya dengan orang bukan Islam sama ada Cina atau India. Ia bermula sejak pertengahan tahun 1980an lagi apabila CCC dibentuk. Namun, singkatan ini benar-benar membawa nasib tidak baik sebagaimana maksud CCC dalam bahasa Mandarin itu sendiri iaitu mati-mati-mati. CCC mati begitu sahaja.

Apabila Mujahid dilantik menjadi Pengerusi lajnah atau biro Perpaduan Nasional ini, beliau telah berjaya membentuk satu struktur organisasi yang baik dalam menghubungkan PAS dengan orang Cina dan India. Kemuncak dari hubungan baik inilah lahirnya apa yang dinamakan sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP) menjelang pilihan raya 2008. Apabila Hindraf terbentuk dan orang India bangkit menentang BN, KPP telah berjaya membina tapak yang baik untuk mereka aktif menyokong PAS dalam pilihan raya umum 2008.

Begitu juga orang Cina. Mereka bersama-sama menyokong PAS dalam pilihan raya tersebut dan menghasilkan lima negeri untuk Pakatan Rakyat yang di dalamnya adalah PAS. Ekoran perkembangan baik itu, Mujahid sekali lagi bertindak mengikat para penyokong PAS ini dengan membawa mereka terus menjadi ahli PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia berlaku dalam bulan Mei 2010. Dalam muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu Jun 2010, DHPP mula menghantar perwakilannya.

Inilah sebenarnya kelebihan Mujahid. Beliau berjaya mencipta organisasi dan struktur sebenarnya. Bukan sekadar membawa orang menyokong PAS tetapi berjaya membina struktur untuk mereka bergerak secara berperlembagaan. Melalui buku ini, Mujahid terus berteori tentang struktur kepimpinan PAS.


Apa yang beliau tulis ini bukan berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau timba dari ayahnya Allahyarham Yusof Rawa, bekas presiden dan mursyidul am PAS. Buku ini juga adalah hasil kajian Mujahid melalui tesis PhD yang beliau buat. Kajian beliau adalah tentang organisasi PAS itu sendiri. Melalui pengamatan dan kajian beliaulah terhasilnya teori lekuk dalam perubahan kepimpinan dalam PAS.

Tulisan Mujahid ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi dengan latar belakang akademik beliau (ijazah pertama dalam pengajian Islam dari universiti di Mesir dan PhD dalam bidang pengurusan organisasi dari universiti tempatan) agak sukar mana-mana penentang teori ini untuk menolak mentah-mentah pandangan Mujahid ini.

Pendek kata, Mujahid adalah hasil dari penegasan yang dibuat oleh presiden PAS yang paling dihormati, Datuk Fadzil Mohd Noor. Ketika hayatnya, ketika dilihat berlakunya pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS, Ustaz Fadzil telah datang dengan penegasan, apa yang perlu dibuat oleh PAS adalah mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.

Mujahid adalah salah seorang yang lahir dari penegasan Ustaz Fadzil ini. Kini Mujahid datang dengan teori kepimpinan baru PAS selepas dua lekuk berlalu. Persoalannya adalah apakah kepimpinan PAS yang ada sekarang akan membuka laluan untuk lekuk baru ini atau berlakunya resistan dan akhirnya perubahan akan berlaku dalam suasana yang tidak enak.

Masa yang akan menentukannya.

Zulkifli Sulong
-dr.mujahid.com


ULASAN GB

Ringkas.

Di era kepimpinan Almarhum TG Ustaz Fadhil Nor, beliau telah mempersatukan fikrah-fikrah yang berbeza di dalam PAS. Kehadiran Dr.Mujahid membawa slogan PAS FOR ALL memperkukuhkan usaha almarhum membawa dan memantapkan PAS di persada politik negara.

Tetapi di era Haji Hadi Awang, PAS berpecah belah, sehingga Haji Hadi di dalam ucapan penggulungan Muktamar yang lalu dengan terang-terang meminta mereka yang yang tak sehaluan dengannya keluar dari PAS. Malah perkataan BARUA pun terhambur keluar dari mulutnya!

PAS bukan lagi PAS FOR ALL tetapi PAS FOR ULAMA GROUP(UG).

Renung-renungkanlah....

14 ulasan:

  1. Pas nak menang PRU14 perlu singkir TGHH, islam perlu diperkuatkan

    BalasPadam
  2. singkir TGHH bukan singkir ulama, banyak ulama lain dari UG boleh memimpin

    BalasPadam
  3. singkir dr mujahid.beliau seorang yg hebat,beliau mampu dan berdaya menubuhkan PAS baru atau PASma.

    BalasPadam
  4. Depa Ingat bila kita mint TGHH letak jawatan seolah2 nak hapuskan uak. Iti silapnya gang2 ustaz ni. Tak semua ulamak tu umara. Faham alquran la...sbb tu ada 2...ulama dan umara

    BalasPadam
  5. membaca artikel ini sudah dpt meneka akan pemikiran dr mujahid yg mendalam dan luas serta dinamik.

    silap2 ulamak PAS baca pun susah nk faham. sebb islam bukan semata2 hukum saja. perjuangan perlukan pemikiran yg halus terhadap realiti. bukan semata2 hukum umum dr kitab.

    pertamanya, adakah buku ini sudi diterima oleh ulamak PAS kerana ia ditulis oleh dr mujahid, bukan ulamak besar PAS walaupun dia seorg ustaz juga.

    keduanya, bukan senang nk membuang sikap ego pemimpin. pastinya kata2 lebih dulu makan garam akan terhambur. tp ini lebih lembut dpd barua lah. budak setahun jagung mana blh nak ajar org tua2.

    walhal budak setahun jagung lah yg selamatkan betis2 rakyat disingapura dpd idea dangkal pegawai istana yg lebih dulu makan garam (darah tinggi ooo)

    sy percaya buku ini pasti menjadi musuh kpd mereka berkenaan.

    kalau ini berlaku maka sudah wajarlah buku baru ditulis bertajuk, PAS DALAM KENANGAN

    BalasPadam
  6. Andaikata ustaz fadhil nor masih hidup, for sure dia akn tampar tgha utk memberi peringat kpd dia. Wallahualam.

    Tubuhkan shj parti islam yg baru utk menggantikan parti PAS yg i blh katakan disini mahu ikut syiah style cara ayatollah iran yg skg sedang sembelih umat islam yg sebenar di syria.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 12:16

      Yang patut tubuh parti baru ialah TGHH dan geng UGnya termasuk yang dok bersarang didalam MSU dan DUPP. Mereka hanya beberapa kerat sahaja. M3ngapa yang majoriti mesti menyerahkan PAS kepada golongan minoriti ini?

      In the first place, PAS bukan mil3k puak minoriti ini. PAS milek pejuang sejak dulu lagi dan ahli-ahli PAS. Mereka tidak boleh menjadikan PAS sebagai cagaran atau colleteral untuk mereka diiterima oleh UMNO. Percayalah secara individu,mereka ini tidak m3mpunyai apa-apa keistimewaan pun yang akan menjadi aset kepada UMNO atau memulihkan keadaan UMNO yang sedang nazak sekarang.

      UMNO memerlukan PAS berada dibawah kawalan mereka. Pertama supaya mereka bol3h mematikan pengaruh PAS yang berupaya mengatasi UMNO seperti yang kita lihat selepas tsunami 2008. Ini yang akan menaikkan s3mula pengaruh UMNO yang lemah sekarang bukan dengan kemasukkan TGHH dan puak UGnya.

      Keduanya, UMNO menghadapi tugas sukar untuk mengekalkan kerusi-kerusi pa4limen yang dim3nangi didalam PRU 13 di semenanjung Malaysia yang mereka menangi dengan tipis ( undi dibawah 3 000). Ini yang menjadi masaalah besar dan memeningkan UMNO untuk menghadapi P4U 14 nanti kerana 60% p3ngundi PRU 14 nanti adalah dari golongan muda berumur 21- 40 tahun.

      Strat3gi UMNO untuk mengumpan PAS bekerjasama d3ngan UMNO cukup mudah. Bila sudah bekerjasama, undi-undi orang PAS lah akan menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen ini.

      Soalannya takkan TGHH dan puak UGtak tahu? Kalau melihat cara TGHH handle krisis Selangor, saya yakin mereka fikir tak sampai kesitu. Pokok pangkalnya ia l3bih kepada keuntungan peribadi puak ini sahaja.

      Mengapa saya kata begitu? Sebab mereka tidak pe4nah berterus terang tentang apa kebaikan jika bekerjasama d3ngan UMNO? Dimana keuntungan PAS? Dimana keuntungan orang melayu dan Islam?

      Mereka tak pernah bercerita tentang ini. Semua mereka main sorok punca tetapi usaha untuk mensabotaj PAS agar boleh dibawa kepada UMNO terus mereka jalankan. Walaupun usaha ini melanggar keputusan Muktamar!

      Padam
  7. Anon 10.22 am. Generasi dulu makan gara buku, generasi sekarang dah makan garam debu.

    BalasPadam
  8. Abu Hurairah dan Abu Dzar yang lebih ulama dari TGHH tidak diberi jawatan apabila mereka menanyakannya kepada Nabi Muhammad. Khalid bin Al Walid diberi jawatan walaupun dari segi alimnya, Abu Hurairah dan Abu Dzar melebihi Khalid. Walau bagaimanapun, Khalid bin Al Walid jauh lebih alim dari TGHH dan TSKI.

    BalasPadam
  9. Abu Hurairah dan Abu Dzar pun lebih alim dari Amru bin Al As. Tapi Amru bin Al As juga yang terpilih menjadi pemimpin. Tapi kalau hendak dibandingkan dengan TGHH dan MSU, memanglah Amru bin Al As jauh lebih alim, seperti langit dengan bumi.

    BalasPadam
  10. Sudahkan saudara membaca satu artikal Dari Mulut Haji Hadi sendiri Kalau itulah yang keluar dari mulut Haji Hadi sendiri biarlah PKR dan DAP saja dalam PR

    Antara isi nya mengikut yang saya faham Hj Hadi kata dalam perjuangan Islam biar sedikit tapi memahami perjuangan PAS Ini disandarkan apa sekali pun akhir nya Islam tetap bangkit di akhir zaman Hj Hadi yakin pada ayat tersebut Iaitu Islam akan bangkit! Seolah olah hanya dengan cara PAS sekarang ini saja yang Islam akan bangkit Jika ini pandangan Hj Hadi yang begitu yakin dengan ayat tersebut maka di manakah yang mengatakan PAS yang sekarang lah yang betul Islam nya Ketua lain pun boleh berpegang pada ayat tersebut kalau ini lah tafsiran 'kebangkitan' dan cara nya mengikut fahaman Haji Hadi Tetapi mungkin ketika kebangkitan Islam di akhir akhir zaman PAS dah tak ujud pun Kalau UMNO tak kekal PAS pun begitu tak kekal jugak

    Kumpulan Hj Hadi tak akan tinggalkan PAS Dari mulut Hj Hadi PAS telah beberapakali menghadapi perpecahan dan PAS tetap macam tu Ulang PAS tetap macam tu PAS tidak akan berubah Sedangkan PAS telah pun berubah selepas praya 12 dan 13 Dan perubahan ini lah yang perlu di kekal kan Tapi Hj Hadi mahu kekal kan PAS ketika Hj Hadi memimpin Yang tak masuk akal PAS bertanding jugak di kerusi PKR

    Disentuh juga jumlah penduduk Islam yang besar di nusantara dan parti Islam di Indonesia yang bilangannya yang banyak Musuh Islam berkerja kuat supaya Islam tak bersatu Rupa nya selama ini musuh Islam yang tidak mahu PAS UMNO bersatu bukan UMNO yang selama ini yang PAS tentang kerana rasuah fitnah zalim dan salah guna kuasa Dan Haji Hadi langsung tak ingat pada para syahid di Memali dan bukankah arwah arwah ini terbukti menyumbang dengan kebangkitan Islam ?

    Pendekkan komen Haji Hadi mengambil contoh hubungan Nabi saw dengan orang orang bukan Islam dengan menjelaskan beberapa hubungan seperti dengan Abu Talib Bagi Haji Hadi hubungan tersebut bersifat sementara dan mengikut keadaan Jelas bukan!! hubungan PAS dengan PR pun sementara Nampak sama apa yang Haji Hadi buat mengikut apa yang Nabi saw buat Malangnya tak serupa sebab Nabi saw tidak sesekali mengambil kesempatan dalam apa keadaan pun Haji Hadi pulak mengambil kesempatan kerana dengan meninggalkan PR untuk bersama UMNO ianya menyakiti hati orang yang Nabi saw sangat takut dan tidak buat sama sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 11:45

      Satu ulasan yang panjang lebar.Saya menghadapi kesukaran mengikuti aliran idea yang sdra utarakan. Saya cuba memberi komen berdasarkan pemahaman saya. Sila perbetulkan jika saya silap.

      Satu kekeliruan wujud didalam pemikiran sdra ia itu tentang jawatan Presiden PAS. Jawatan Presiden PAS berbeza dengan jawatan parti-parti politik semular. Jawatan Presiden PAS mempunyai 2 fungsi didalam kerangka Perlembagaan PAS sekarang ( saya berpendapat ketua kepada jamaah dan sayap politik perlu diasingkan seperti Ikhwanul Muslimin). Presidenn PAS adalah amir jamaah Islam dan juga sebagai pemimpin utama PAS sebagai parti politik.

      Apabila satu jawatan itu menjalankan 2 fungsi didalam 2 suasana berbeza, tentulah penyandangnya mesti memileki keupayaan didalam 2 bidang tersebut ia itu memileki ilmu ugama yang tinggi lagi mantap dan mempunyai kepimpinan politik yang tinggi. Setakat ini kita melihat hanya Almarhum Dato Fadhil Nor yang memileki kedua-dua ciri tersebut.

      Apabila satu jawatan itu mempunyai 2 fungsi, kelemahan dimana-mana fungsi akan m3njejaskan organasasi politik dan jamaah itu sendiri. Tidak semua orang dianugerah oleh Allah kebolehan didalam kedua-dua bidang seperti yang kita lihat pada diri Alma4hum Dato Fadhil Nor. Ada orang dianugerah salah satu. Ramai yang tidak diberi salah satupun.

      Jadi apabila kita berbincang mengenai PAS hari ini khususnya meng3nai TGHH, kita perlu jelas diatas fungsi mana yang kita hendak bahas? Adakah TGHH sebagai ulamak atau TGHH sebagai pemimpin politik?

      Saya tak pasti sdra membuat ulasan diatas fungsi mana?

      Padam
  11. Sebaik baik baik nya saudara bat8 baca sendiri artikel tersebut dan jujur saya nanti nantikan pandangan saudara bat8

    Kalau menjawab persoalan saudara bat8 dari artikal tersebut saya berpendapat Haji Hadi lebih kepada kedudukan sebagai presiden yang mempotretkan dirinya sebagai ulama kerana untuk mengasingkan ke dua dua nya bukan mudah Sebab itu penting kedua dua fungsi tersebut menjadi dua jawatan Pandangan saya mengenai kedudukan yang mana satu ialah penulis tersebut mengangkat Haji Hadi sebagai ketua jemaah dan bukan sebagai presiden

    Bagi pendirian saya Haji tetap Haji Hadi samada sebagai ulama ketua jemaah atau pun sebagai presiden Kerana kalau Haji Hadi betul betul ulama Haji Hadi tak ada masalah jadi presiden Yang jadi masalah ialah bila Haji Hadi jadi presiden dan hendak jadi ulama

    Satu lagi yang ingin saya tambah mahu kah UMNO meninggalkan MCA MIC seperti mana PAS meninggalkan DAP dan PKR yang pada Haji Hadi adalah hubungan sementara Kerana mulut Haji Hadi kata parti Islam perlu bersatu mengambilkira perpecahan parti Islam di Indonesia dan musuh Islam yang suka melihat perpecahan di kalangan pemimpin Islam

    Bwgitu juga pembahagian harta yang di bangkitkan oleh SIS Lelaki dapat lebih sebab ada tanggungan dan bekas Isteri dapat sikit sebab bahagian isteri untuk diri nya sendiri Berapa ayah yang betul betul memberi nafkah yang cukup kepada anak setelah si lelaki kawin lain



    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 9:51

      Terima atas respond sdra. Saya amat berbesar hati atas kesudian sdra memberi penjelasan.

      Fahamlah saya bahawa sdra membahas TGHH sebagai ulamak. Dalam soal keulamakan TGHH saya amat mengagumi Ilmu yang beliau mileki. Disebabkan saya menghormati keilmuannya saya mengkritik dengan berhemah. Saya mengelak menggunakan perkataan yang menyerang peribadi beliau. Saya kritik TGHH dari persp3ktif kepimpinan politik.

      Tiada apa yang saya hendak ulas tentang komen sdra diatas kecuali satu perkara.Seperti saya kata keilmuan yang tinggi dwn kepimpinan politik dua perkara berbeza. Dalam sejarah Islam pun banyak contohnya. AL Ghazali contohnya m3mileki ilmu yang tinggi tetapi menunpukan kepada keilmuan. Ibnu Taimiyah pula memileki k3dua-duanya.

      Maaf jika contoh saya tidak tepat.sila betulkan jika saya silap. Saya terbuka dan bersedia menerima t3guran kerana seb3na4nya kita perlu sentiasa belajar.

      sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.