18 Nov 2014

Isu Pampasan RM2.6 juta, Khusrin Siasat Khusrin?


Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Disiasat

PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.

Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.

Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.

"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.

"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi. -mstar

ULASAN GB

Khusrin ialah salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI yang luluskan pampasan. Sekarang Khusrin yang sama nak siasat ahli lembaga pengarah MBI! Logikkah begitu?

Kedua, hendak dipersoal dan disamakan dengan bekas exco yang terima pampasan. Bekas exco-exco itu adalah wakil rakyat dan telaah dipecat oleh TSKI, wajar diberikan pampasan. Berbanding dengan lapan orang pembantu bekas Menteri Besar Selangor. Mereka dikatakan meletak jawatan secara sukarela semata-mata kerana TSKI sudah tidak jadi Menteri besar lagi. Mereka tidak dipilih oleh rakyat, tiba-tiba nak dibayar pampasan dengan wang rakyat!

Arahkan segera supaya kesemua yang terima pampasan itu pulangkan semula wang rakyat Selangor.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





AJK 8033: Yang Mana Tulin Yang Mana Klon? -updated


Teluk Intan - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain.

Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada. Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan. -SH


Lensa laman sosial: Satu nombor, dua kenderaan?

SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan ‘strobe light’ pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.

Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.

Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.

Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.

Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.

Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).

Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.

Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.

Katanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.

Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.

Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.

Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.

Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.

Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.

Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.
-selangorku



ULASAN GB

Memang pelik. Dua buah kereta sama jenis, sama warna, sama nombor plat, yang satu tulin yang satu lagi klon.

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

JPJ can you please stand up and answer!

Daripada kamu sibuk mengejar kereta bercermin gelap dan nommbor plat kononnya tak ikut spesifikasi, atau membuat kenyataan bangang nak orang yang mati di jalanraya hanya sekian ribu orang pada sekian-sekian tahun, terlebih dahulu beri jawapan terhadap kes di atas.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Papagomo Reka Fitnah Baru... Tuduh Blog Papagomo Itu Milik Anwar Ibrahim


Blog Papa Gomo Milik Anwar Ibrahim?

KUALA LUMPUR 17 Nov - Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

"Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya.

Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo?

"Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo. Jika bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX Anwar Ibrahim?

"Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas.

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau. -rakyatnews

Papagomo Diperintah Bayar RM850,000 Kepada Anwar

Pada 28 Feb, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Sebelum ini ahkamah Persekutuan semalam menegaskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo.

Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.

Keputusan semalam dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma’arop


ULASAN GB

Papagomo dah dah`macam cacing kepanasan. Pelbagai tipu-helah dan fitnah baru dilakukan untuk melepaskan dirinya kini.

Sedar pulak dirinya hanya berkelulusan setakat SPM.

Hidup serba mewah hasil dari kerja memfitnah. Akibatnya, kesemua yang ada dalam badan sudah menjadi bahan bakar api neraka yang di dunia lagi sudah dirasai kepanasannya....

Selagi tidak bertaubat dan meminta maaf kepada orang-orang yang difitnahnya, Papagomo akan terus deitimpa kehinaan dan kehancuran... Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BERGAMBAR] Jokomin Beraksi Lagi... Berbatik Dalam Longkang


Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang

GOMBAK, 16 NOV: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.

Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.

Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.

“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.

“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.

“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.

“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya. -selangorku




Jika Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada ‘Jokomin’


SHAH ALAM 24 OKT: Jika di Indonesia ada Joko Widodo (Jokowi) selaku Presiden republik negara itu yang berimejkan santai dan gemar berpakaian biasa ala-rakyat.

Di Malaysia, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digelar dengan Jokowi Malaysia atau Jokomin.

Komen itu dizahirkan ke laman sosial dan ramai yang menganggap tindakan Mohamed Azmin yang meninggalkan imej elit kepada lebih merakyat perlu diteruskan.


“Kalau di Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada Jokomin,” tulis Pisau Karat ditwitternya.

Mohamed Azmin mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

MB bajaKatanya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.

“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya…Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di Sungai Besar, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.

Selain digambarkan melalui Tweet, Mohamed Azmin turut membayangkan kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri dengan turun padang merasai denyut nadi kesusahan dan kepayahan rakyat.

Beliau sendiri mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertanggungjawab berkenaan sesuatu isu dan masalah serta melaksanakan penyelesaian secara segera.

Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.

Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.

Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada 23 September lepas di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-selangorku


ULASAN GB

Tahniah YAB MB Selangor!

Geng-geng UMNO, Geng Ustaz (Anti-PR) & TASKI mungkin tidak senang dengan gambar-gambar di atas. Usah pedulikan mereka.

Kita perlu buktikan kata-kata dengan amali, walk the talk. Semuga juga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua para exco negeri Selangor dan pimpinan di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

p.s. Maaf cakap, bukan seperti anak seorang ulamak terkemuka yang baru jadi ahli parlimen dah bergaya sepanjang masa dengan kot dan talileher tak kena tempat.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI