Blog Papa Gomo Milik Anwar Ibrahim?
KUALA LUMPUR 17 Nov - Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.
Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.
Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?
"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).
"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.
Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.
Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.
"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.
Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.
"Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya.
Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo?
"Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo. Jika bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX Anwar Ibrahim?
"Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas.
Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau. -rakyatnews
Papagomo Diperintah Bayar RM850,000 Kepada Anwar
Pada 28 Feb, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Sebelum ini ahkamah Persekutuan semalam menegaskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo.
Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.
Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.
Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.
Keputusan semalam dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma’arop
ULASAN GB
Papagomo dah dah`macam cacing kepanasan. Pelbagai tipu-helah dan fitnah baru dilakukan untuk melepaskan dirinya kini.
Sedar pulak dirinya hanya berkelulusan setakat SPM.
Hidup serba mewah hasil dari kerja memfitnah. Akibatnya, kesemua yang ada dalam badan sudah menjadi bahan bakar api neraka yang di dunia lagi sudah dirasai kepanasannya....
Selagi tidak bertaubat dan meminta maaf kepada orang-orang yang difitnahnya, Papagomo akan terus deitimpa kehinaan dan kehancuran... Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Hehehehe.
BalasPadammcm org perlahan2 nak hilang aqal jer gayanya.benar Allah maha berkuasa.tiada siapa yg menafikannya..akhir2 ni ramai yg suka sandarkan sgalanya kpd Allah gi2 jer
Dalam penghakiman da cakap wan azri sendiri blogger papagomo dia nak buat helah pula. Mana ada orang fitnah diri sendiri.
BalasPadamGB
BalasPadamSenang je nak senyapkan papagomo ni.DSAI memulakan prosiding menuntut bayaran RM 850 ribu tu di mahkamah setelah tuntutan melalui peguam gagal. Demand full amount. Jika gagal minta sita semua aset dia utk dilelong. Bagi yang tu dulu.
Jika tak insaf, bengkrapkan dia.
Anwar sengaja cederakan dirinya sendiri?
BalasPadamMula2 heran jgk...manusia mcm ni pun ada kt dunia ni..tp bila fikir balik..manusia seteruk firaun pun allah pernah wujudkan dimuka bumi ni...tujuannya ialah supaya manusia lain berfikir dan menjadi panduan untuk kehidupan yg lbh baik menuju akhirat...so jgn heran klu dia nk jd gila pun...jgn kita pun jd mcm dia sudahlah..ambik iktibar dari nya..
BalasPadamambil iktibar lah
BalasPadammuhasabah diri..
akibat suka tabur fitnah...
akal pun dah tak serupa manusia..
kalau betul blog papagomo tu anwar yang punya .... apasal yang dia susah payah hadir mahkamah menjawab tuduhan..
apa ingat orang lain ni tak berakal macam dia kut..
Berlakon ala-ala mereng gitu, nanti bolehlah terlepas dari menerima hukuman. 4tahil bukankah ada untuk beri idea. Umpama orang gila telah membunuh, pastinya tidak akan digantung.
BalasPadamKlu betui pejuang jgn takut masuk penjara la...mana ada pejuang buat2 gila bila dtg cubaan...kah..kah..kah..macam2 lah ko ni azri...ko tu cuma cuma anjing kurap je dimata pemimpin yg ko bodek tu...tp cuma ko je yg perasan yg ko tu org harapan depa...klu takat ambik gambor dgn menteri pastu upload dan tayang kt org yg kononnya ko tu hebat dpt kawan ngan menteri tak payah la...aku cdgkan ko pegi mintak maap kt nuar lps tu pegi jual jagung rebus for living lg bagus..lg mulia..tinggalkan la kerja-kerja menempah neraka ni...
BalasPadam850,000 hanya boleh di tuntut selepas selesai proses rayuan dan mahkamah persekutuan Tu yang dia besar kepala Ada kemungkinan aset tetap dah dijual atau bertukar nama Dia bersedia di bangkrapsi
BalasPadamAnwar hanya boleh menambahkan jumlah denda tapi denda 850,000 tu pun belum tentu Anwar dapat
Salah kita kerana memberi perhatian pada dia Biarkan orang lain yang beri perhatian pada dia Selagi belum masuk mahkamah rayuan lantak dia lah
Dia perlu dapatkan perhatian untuk terus kan kehidupan
Macam gila isim pun ada.bertaubatlah kamu sebelum nyawamu ditarik...
BalasPadamJANGAN BAGI PUBLISITI MURAH PADA ANJING PEMFITNAH DAJJAL PEROSAK INI ! ABU !
BalasPadamPapagomok bin papakedana.....dasar macai Umno......hidup mati nya menfitnah dan membohong x takut api neraka agak nya
BalasPadamjgn abl hti dgn kytaan org yg dh sasau ni. ap yg pntg siapkn jelh rm850k byr kpd dsai.skrg kta tgok dlu.org2kuat umno sntiasa dblkg org sasau ni yg dgunakn utk mnulis propagnda yg dreka crita ngtve srta mgaibkn org. dlm keadssn trdsak dn nyawa dh dpngil kepnjara mtklh puak2 ni bntu slmtkn sisasau ni.
BalasPadamini lah lahanat zaman moden , di jaga cermat oleh geng geng lahanat sewaktu dengan nya.
BalasPadamyang batil di agung agung kan , hancur negara....
byk guna otak utk buat fitnah.
BalasPadammaka otak itu bakal di off kan.
bila dah off, tidak lagi buat fitnah.
maka berjalan lah tanpa seluar tak terurus, berckp sorang2.
dulu otak mokhtar abdullah telah membesar tk dapat ditutup dgn tempurung kepalanya. habis riwayat dalam keadaan begitu.
akibat menggunakan otak utk buat kejahatan fitnah.
apakah dubur saifool akan selamat? adakah mungkin akan mengembang juga?
mereka berbuat kejahatan seolah2 Tuhan itu tidak ujud.
kot2 jumpa kt mana2.... opps aduh tk sengaja terpancitkan tayar keta dia la...
BalasPadamalamak... tk sengaja tercakapr body keta dia..
maaf ye gomok laknat
dah mcm anjing gila ...takutlah kamu kpdnya....
BalasPadamCayalah ulasan gb mmg terbaik penuh ilmu. dan fakta
BalasPadamBangga tak Jual bontot walau ape terjadi....tapi en saiful xde prinsip macam papago.. Hehe
BalasPadam