Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Disiasat
PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.
Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.
"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.
Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.
Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.
"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.
Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).
"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.
"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi. -mstar
ULASAN GB
Khusrin ialah salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI yang luluskan pampasan. Sekarang Khusrin yang sama nak siasat ahli lembaga pengarah MBI! Logikkah begitu?
Kedua, hendak dipersoal dan disamakan dengan bekas exco yang terima pampasan. Bekas exco-exco itu adalah wakil rakyat dan telaah dipecat oleh TSKI, wajar diberikan pampasan. Berbanding dengan lapan orang pembantu bekas Menteri Besar Selangor. Mereka dikatakan meletak jawatan secara sukarela semata-mata kerana TSKI sudah tidak jadi Menteri besar lagi. Mereka tidak dipilih oleh rakyat, tiba-tiba nak dibayar pampasan dengan wang rakyat!
Arahkan segera supaya kesemua yang terima pampasan itu pulangkan semula wang rakyat Selangor.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Aik , Bahalol nak siasat si Bahalol balik ????
BalasPadamAik , okay ke otak macam ini jadi BOSS ???
Rakyat Selangor kira bodoh sangat ke sampai jadi begini ???
Rakyat Selangor bayar Cukai bagi Gaji Tiap2 Bulan bodoh ke dapat pekerja mentedarah siang malam macam ini standard nya ???
Ubah !!!!
telah dibuka oleh kepimpinan yg khianat itu akan sifat jelik mereka sendiri tatkala saling mereka menentang sesama mereka pada perihal permasalahan urusan pada pelantikan ketua@ Perdana Menteri andainya pakatan khianat mereka berjaya memperolehi kuasa pemerintahan ..lalu mengapa kamu tiada perasaan dan sifat malu tatkala kamu dengan sombongnya berkata kami sedang "bertahaluf siasi" ..alangkah hinanya jln yg kamu pilih ini..hadi awang pernah berkata "beri kami terlebih dahulu kuasa pemerintahan" untuk kamu melihat tertegaknya pemerintahan islam yg sebenar..tatkala ditanya siapakah yg akan menjadi kuasa pemutus dlm urusan pemerintahan ..ternyata parti khawarijnya itu tidak diangkat sebagai kuasa pemutus...
PadamHello nak siasat pun, biar rakyat yg tiada kepentingan ni yg siasat. Lantik consultant bertauliah dan suruh diaorg yg siasat. Dijamin siasatan yg terhasil adalah terjamin dan tidak memilih bulu mcm SPRM buat.
BalasPadamkenapa kamu tidak "menyiasat" terlebih dahulu siapakah presiden hasil dari "tahaluf siayi" yg kamu tempikan selama ini...sehina2 binatang ia akur pada ketua kawanannya dengan mengikut pada fitrah dan hukum kejadiannya yg diaturkan Allahswt..demikian jugalah pada fitrah kejadian manusia yg wajib diangkat ketua dari kalangan mereka untuk ditaati..dimuafakatkan ..dijayakan ..selagi tidak dipaksakan pada perkara2 syirik dan maksiat ..atau kamu sangat sombong dan jahil ..dengan menyangka fungsi ketua bukanlah faktor penentu pada kejayaan dalam sesuatu urusan ...simpan dahulu niat yg lain sebelum kamu mampu menyelesaikan permasalahan ini ...Maka malulah kamu pada kawanan binatang yg walaupun tidak dikurniakan akal tetap ia mempunyai ketua untuk kawanannya ...ada sesiapa yg mampu mengkhabarkan siapakah gerangan presiden pada "pakatan rakyat"..?
BalasPadamSUK Cap Ayam !
BalasPadamHuiiyooo...unknown bg komen ala-ala bermadah gitu...sudahlah...takdenya org nk terpesona dgn madah ko tu...kurang2 nya pr telus..klu ada kepincangan parti masing2 berani tegur..klu parti pujaan ko tu..benda tak betui pun main angguk je..siap nk pertahan hingga titisan darah terakhir konon...silap2 klu takdir jd apa2 depa la yg cabut dulu...kah..kah..kah..
BalasPadamHal macam ni kena bagi tempuh
BalasPadamPulangkan duit tu dulu dan siasat
Kalau tak duit dah habis nak pulangkan apa Pulangkan dulu atau masuk dalam satu akaun bila siasatan dapati tak ada yang salahnya serahkan semula duit pada mereka
Tak boleh pulang duit dan selesai Tu sama lah macam umno Seseorang harus bertanggung jawab Kalau perlu letak jawatan serta merta
Kita nak betul kan sistem pentadbiran tapi kita selesaikan sama macam umno jugak
Jangan buat malu lah ini bukan kes liwat 2 Ini isu straight forward
BalasPadamSepatutnya besuk dah tahu siapa yang arahkan siapa yang cadangkan jumlah mengikut formula tapi lebih tinggi dan siapa yang luluskan
Handal lah orang yang dapat duit dan orang yang menguruskannya tanpa pengetahuan ahli lembaga pengarah Ini dah jadi kes polis
GB
BalasPadamKhusrin siasat yang dua dari tiga ahli lembaga pengarah je
Yang se orang lagi ahli lembaga pengarah (pegawai kewangan) pun siasat jugak Dia pun siasat dua dari tiga orang ahli lembaga pengarah !
Khusrin cakap lain
Pegawai Kewangan cakap lain
Bahalol adalah seorang ulamak di zaman Khalifah Harun Al Rashid. Tak tahu lagi ke? Tolong jangan guna istilah bahalol lagi..
BalasPadamSemakin keliru Dan celaru. Anggaran Kadar orang yg hilang hubungan dgn kenyataan mengikut sumber perubatan termasuk pakar sakit jiwa adalah 15% Dari jumlah penduduk negeri INI. Namun angka sebenar mungkin 30% atau lebih. Pengecaman Dan perawatan gejala INI sewajibnya menjadi keutamaan sebelum ianya jadi semakin membarah. Perlakuan jinayah, sebagian besarnya dipercayai tercetus/tergalak bersumberkan gejala INI Dan cara2 untuk menguruskannya. Wallohua'lam.
BalasPadamBetul la doakan dia...Bahalol punya Kusrin..maknanya ialah Bertuah punya budak tua kutuk Kusrin..
BalasPadamYang salah ialah sebut jangan jadi bahalol macam Kusrin..sebab Kusrin bukan bahlol..tapi baghal..siasat diri sendiri kena letak jawatan atau gantung tugas dulu..