2 Okt 2014

[VIDEO] Safwan Diugut: PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Dalam Parti!


Semalam kami telah menyiar sebuah video rakaman audio mengenai Pengarah Eksekutif LENSA yang telah menerima ugutan sebelum beliau menyerahkan memo ke pejabat PAS. [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA

Antara ugutan yang diterima Safwan termasuklah beliau diugut akan dipukul sekiranya meneruskan perancangan untuk menyerahkan surat kepada PAS. Individu yang dipercayai dari kumpulan pro-ulama itu juga seolah mengancam akan mengganggu keluarga Safwan dengan mengatakan beliau tahu mengenai Isteri Safwan, dan alamat rumah Safwan.

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Sebuah video lain kini telah menjadi viral di media sosial mendedahkan tentang sekumpulan pemuda berbadan besar yang telah mengepung Safwan dipercayai berhampiran bangunan pejabat PAS dan telah mengugut Safwan.

Melihat kepada rakaman video berkenaan, ternyata ia ada kaitan dengan rakaman audio perbualan yang diedarkan semalam. Sekumpulan pemuda terdiri dari tujuh orang berbadan besar yang diketahui identitinya dengan cara samseng dan menjelekkan, menunjukkan lagak yang agak kurang ajar sehingga berlaku pertengkaran mulut di antara Safwan dengan individu-individu yang mengepung beliau.

Salah seorang daripada mereka (Orang yang sama membuat panggilan ugutan) memaksa Safwan mengaku bahawa tindakan LENSA menyerahkan surat kepada PAS itu dibuat atas arahan pihak tertentu.

Mereka memaksa Safwan untuk mengaku bahawa tindakan LENSA itu dibuat atas arahan pihak-pihak tertentu yang mereka sebutkan sebagai PASMA dan Anwarinas.

Namun Safwan bertegas bahawa tindakan menyerahkan surat kepada PAS adalah hasil inisiatif LENSA sendiri, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hal ini kerana tindakan menyerahkan surat itu dibuat setelah LENSA menganjurkan empat forum terbuka yang membincangkan krisis politik Selangor.

Ia dileraikan oleh seorang pemuda lain yang datang membela Safwan dan "membebaskan Safwan dari kepungan pemuda samseng berkenaan.

Laporan Polis telah dibuat oleh Safwan ekoran panggilan ugutan yang diterima oleh Safwan Anang pada 30 September 2014 lebih kurang jam 7.50 pagi. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu.

Semalan LENSA telah mengeluarkan kenyataan mengutuk budaya politik samseng ini kerana jelas tidak bermoral dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

LENSA menyeru agar semua pihak membersihkan organisasi masing-masing daripada sebarang anasir politik barbarian yang boleh merencatkan usaha pembinaan politik baru yang berteraskan nilai dan ilmu.

LENSA yakin, semua pihak yang bercita-cita ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik perlu memulakan usaha tersebut dengan menyuburkan semangat demokrasi dalam organisasi masing-masing.


GB meminta PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.



Kenyataan Dari Unit Amal Shah Alam

Kes Padil yg harus dipertimbangkan utk ditukar kpd exco lantikan lain :

1. Sebaran tulisan dan pandangan di fb wall beliau secara umum dgn menghentam, melabel, menuduh, menggunakan kata2 kesat kpd beberapa pimpinan pusat spt YBKS dan shbt2 jemaah PKSA. Walaupun TG Presiden telah keluarkan arahan supaya hentikan label melabel dan tuduh menuduh, Padil tetap langgar arahan.

2. Tindakan tidak beretika dan bermaruah semasa bangun sbg perwakilan DPPSA dlm Muktamar PAS Pusat baru2 ini di mana percakapan Padil menjadi polemik dlm dewan menatijahkan Pengerusi Tetap Ust Kamal Ashaari pun terkejut dgn percakapan Padil dan akhirnya jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Isu ini menjadi buah mulut dan shah alam dikenali perwakilan kwsn2 seantero Msia kerana dewan pemudanya begitu lancang dan tidak beretika.

3. Isu ugutan dan kata2 kesat yg dihamburkan Padil kpd Safwan Anang LENSA dlm perbualan telefon selama lbih kurang 18minit tidak menggambarkan Padil sbg seorg Ustaz dan menampakkan ajk dewan pemuda pas shah alam ini spt samseng dan tidak bermaruah. Isu ini menjadi buah mulut kpd ahli2 pas seluruh Msia dan menatijahkan busuknya nama dan hilangnya maruah dewan pemuda pas Shah Alam khususnya malah lebih teruk PAS Kawasan Shah Alam umumnya...

4. Teguran, nasihat dan peringatan telah diberikan oleh shbt2 jemaah PKSA dan oleh shbt DPPSA sndiri tp malangnya Padil terus terusan membawa sentimen kebencian sesama jemaah dan kebencian kpd pemimpin2 tertentu.

Maka atas sbb2 di atas kami Unit Amal Shah Alam mewakili sebilangan pemuda2 PAS shah alam mendesak DPPSA & PKSA melucutkan jawatan Padil drpd memegang jawatan ajk Lajnah Tarbiyyah DPPSA. Padil juga hanyalah exco lantikan, bukan menang pemilihan semasa AGM DPPSA sessi lepas.

Mohd Shukri Shohimi
Komander,
Jabatan Amal Shah Alam
01 Oktober 2014
-











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Harga Minyak Naik: Pelbagai Cara Rakyat Luahkan Kemarahan


Pelbagai cara rakyat luahkan kemarahan akibat pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan semalam. Baca dan tengoklah:

PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.

Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.

Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.

Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.

Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.

SELOKA HARGA MINYAK

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana


Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BERGAMBAR] Banjir Kilat Di KL, Salah "Langkah Kajang" Jugakah Wahai MCA?


Banjir kilat melanda di tengah bandar Kuala Lumpur petang semalam tatkala warga kota mula bergerak pulang dari pejabat.

Laporan dan gambar banjir mula terbit di media sosial selepas jam 5 petang semasa hujan turun dengan lebat kira-kira sejam.

Menurut akaun twitter Star Radio @mytraffic jalan yang dibanjiri termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, stesen LRT Jelatek dan terowong bulatan Cheras.

Sementara itu akhbar tabloid bahasa Melayu Kosmo, dalam tweet mereka menyatakan lebih 100 kenderaan rosak ditenggelami air di Jalan Pinang.

Jalan lain yang dilaporkan banjir termasuk Jalan Ampang dan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beberapa pengguna media sosial mengeluh kerana banjir kilat ini berlaku masa sama dengan kenaikan harga minyak tengah malam ini.

"Harga minyak naik, air banjir naik, kemarahan rakyat naik (tapi) ranking bola sepak tak naik.

“Semua salah (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim," kata tweet dari @DeeyaHazard yang merujuk kegemaran Anwar menyindir pengkritiknya yang selalu menyalahkan beliau dalam pelbagai perkara dan masalah.

Satu lagi pengguna Twitter, @beautifulnara menulis,"Sudahlah banjir, sekarang nak kena beratur untuk isi minyak. Dugaan."






ULASAN GB

Hari tu sibuk sangat MCA sebuah parti komponen BN menyalahkan kononnya "Langkah Kajang" menyebabkan banjir di kajang untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan wakil rakyat yang baru YB Dr Wan Azizah Wan Ismail.


“Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya,” kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

Sekarang, di KL sendiri banjir, mana suara kamu? Apa langkah kerajaan Pusat? Siapa Datuk Bandar kamu? Mana Menteri Wilayah persekutuan yang bernama Tengku Adnan Tengku Mansor?

Lancang mulut kamu menuduh Pakatan Rakyat, sekarang terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri dan membisu...

Malah jika dibuka kisah mengenai kejadian banjir lebih akrab berlaku di Kuala Lumpur berbanding Kajang!











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!


Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:

Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.



ULASAN GB

Belum pun GST dilaksanakan harga petrol sudah dinaikkan. Bila GST terlaksana, naik lagi nanti.

BN melihat Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka ambil kesempatan di saat pembangkang lemah. Mereka terus gunakan peluang baik ini untuk mencerut rakyat...

Muktamar PAS yang baru lalu pun tidak banyak menyentuh masalah rakyat. Lain yang dipentingkan. Rakyat kecewa. BN terus rakus menghenyak rakyat... aduhai...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI