2 Okt 2014

Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!


Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.

Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.

Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:

Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.



ULASAN GB

Belum pun GST dilaksanakan harga petrol sudah dinaikkan. Bila GST terlaksana, naik lagi nanti.

BN melihat Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka ambil kesempatan di saat pembangkang lemah. Mereka terus gunakan peluang baik ini untuk mencerut rakyat...

Muktamar PAS yang baru lalu pun tidak banyak menyentuh masalah rakyat. Lain yang dipentingkan. Rakyat kecewa. BN terus rakus menghenyak rakyat... aduhai...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




65 ulasan:

  1. TAHNIAH TGHH, UG DAN UMNO JASA MU DIHARGAI RAKYAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu mudah ditipu Dan cucuk hidung ..bangsa yg tak bolih berfikir..menang sorak kg tergadai..dapat umpan tapi hidup tertekan...

      Padam
  2. Hmmm mmg dah agak akan naik... tahniah buat umno... pandai memerintah.... hutang terlalu byk 700 billion... cekik rakyaat...

    BalasPadam
  3. Terbaek gomen.. i luv u BN, apsap naik skit sgt, hahaha.. harap macai umno bole komen skit pasni..

    BalasPadam
  4. Hidup BN....Barang Naik lah,!
    Bila Pas nk ujudkn UG agar raja,agama dn melayu terjaga tapi rakyat mampus merana.

    BalasPadam
  5. BN menang Rakyat senang. Senang sungguh kaut duit rakyat. Taniah keatas 47% rakyat yg pangkah BN.

    BalasPadam
  6. APA kaitkan pas pulok memang gampang kamu ini

    BalasPadam
  7. Siapa yang hendak melemahkan Pakatan Rakyat secara tikam belakang atau dalam selimut, anda bertanggungjawab di depan Allah SWT.

    Akibat usaha anda melemahkan PR, maka hari ini harga minyak telah dinaikan.

    Kenaikan harga minyak ketika orang Islam nak balik hari raya aidil adha pada hujung minggu depan.

    Kenaikan harga minyak ketika harga getah yang semakin rendah.

    Ulama PAS - jadilah benteng yang menahan dariapda rakyat miskin terbanyak daripada di zalimi dengan menguatkan Pakatan Rakyat.

    Insaflah. Inilah harapan dan tanggungjawab yg mesti anda galas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembangkang perlu bersatu ! Jangan gila kuasa , bercakar sesama sendiri. Kalau pembangkang kuat kerajaan tak akan buat sesuka hati nak tindas rakyat. Kalau pembangkang pun hancur mana lagi rakyat nak sokong.

      Padam
  8. Muktamar tak bincang masalah rakyat lagi, itu yg aadmin tonjolkan. Mana ada bincnag bab GST, bab kenaikan harga barang, bab penderitaan rakyat masa muktamar yg baru lalu?

    Sah, wajib bangang kalau dah ada darah umno.

    in response to APA kaitkan pas pulok memang gampang kamu ini by Anonymous

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti barua hanya bincang isu siapa lebih barua dan siapa lebih ular semak.

      Tiada siapa pendulu harga BARANG naik dan gst

      Padam
  9. Maka bertempiklah golongan yg telah mati sifat syukurnya .. Akibat semakin kurangnya nikmat yg ia rasai ..dan benarlah janji Allahswt ..bersyukurlah kamu pada apa yg ada maka nescaya akan ditambah rahmat dan nikmatKu ..jika tidak akan ditarik akan segala rahmat yg kamu pernah kecapi ..dengan diganti pada kepimpinan yg lebih buruk .. Teruskan sifat kamu yg suka mencela ..melaknat .. pemerintah inilah hasilnya ..apakah kamu menyangka dengan naiknya PR sebagai kuasa yg baru maka kamu akan beroleh nikmat yg lebih banyak dari Allahswt .. Sedang merekalah yg mengajarkan pada kamu supaya menjadikan sifat2 yg jelik sebagai zikir untuk dikalungkan pada pemerintah .. Masakan kamu berharap padi jika kamu menanam lalang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemerintah Bangsat Negara harus di laknat

      Padam
    2. Minyak naik 20 sen je.ape nak kepoh..kerajaan tengah susah sekarang.xpe bia rakyat bantu.kami sanggup makan lalang janji kerajaan bn terus berkuasa...wakakakak

      Padam
  10. mat maslan cakap minyak tak naik tapi subsidi jer kurang...lalu bersorak lah sekalian macai..lalalala

    BalasPadam
  11. Tahniah Presiden Pas dan UG, Minyak naik untuk kebajikan rakyat, ada Vellfire no problem

    BalasPadam
  12. Muktamar bincang tak sokong Presiden pengkhianat! nak bentuk kerajaan dengan UMNO hero, rakyat? biar merana kami dah menang pilihanraya

    BalasPadam
  13. Jgn ckp mcm 2..minyak naik pn..syukur lah malaysia masih aman....wekkkk

    BalasPadam
  14. OK la tu lepas ni kalau ada prk undi lah BN...

    BalasPadam
  15. Aku nak tanya geng2 yg ber UG dgn Umno.. Sanggup eh korang nak berpadu dgn umno yg zalim cekik darah rakyat..

    BalasPadam
  16. GB

    Saya setuju dengan pendapat tuan. BN mengambil kesempatan untuk m3naikkan harga RON95/Diesel sebanyak 20 s3n kerana p3mbangkang sekarang ini lemah dan huruhara. Tak masuk akal harga RON95/Diesel dinaikkan kerana harga minyak m3ntah sekarang berada diparas paling r3ndah. Kejatuhan harga dipasaran dunia kerana kebimbangan bekalan berlebihan dipasaran dan kemungkinan Dollar Amereka akan m3ngukuh.

    Kita ucapkan terima kasih kepada TGHH dan puak UGnya kerana menghuruharakan PR. Sebelum ini PR begitu efektif dalam mengekang tindakan2 gila kerajaan terutama pihak PKR,DAP dan pemimpin PAS prof3sional. Ulamak dok tido je

    Kenaikan, RON95/Diesel takde kesan kepada TGHH/ UG sebab depa guna air perigi ganti minyak. Depa tak kisah kenaikan kos hidup sebab depa boleh edar tin milo setiap kali ceramah untuk tampung kenaikan kos hidup. Lagi kerap kos hidup naik, lagi kuat buat ceramah untuk edar tin milo.

    Begitu juga la gamaknya keadaan penyokong-penyokong mereka. Depa juga pakai air perigi ganti petrol. Tang kos hidup aku tak tahu camne depa ni atasi. Nampaknya semua ini tidak menjejaskan mereka sebab setiap kali tin milo diedar, depa ni la tolong penuhkan. Sebab tu depa hanya kisahkan wala membabi buta je

    BalasPadam
  17. patutlah malam ini kereta beratur panjang kat stesen minyak. Harga minyak akan naik lagi rupanya. Astaghfirullah.

    BalasPadam
  18. Jgn cepat melatah minyak naik.....insha allah minyak akan turun jugak akhirnya...kita kena sabar...malam ni kita semua isi penuh tangki...esok lusa tulat minyak akan turun jugak setakok demi setakok dalamtangki����

    BalasPadam
  19. Harga minyak dipasaran dunia makin jatuh camna pulak kat m'sia ni minyak naik. Pasal kamu lawan tok guru?

    BalasPadam
  20. JANJI DICAPATI. Terima kasih KERAjaan UmnoBN.

    PRU14 A.B.U!

    BalasPadam
  21. Terima kasih kpd umno geng(ug) krn sudah berjaya memesongkan perhatian pr dr membela rakyat dan dgn sukacitanya umno menaikkan harga petrol tanpa tentangan dr pr
    SYABAS UG!!!!!! No more undi dr AKU utk PAS UG
    selagi Hadi dan bewak-bewak UG masih ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ukhwah PAS TTP HEBAT...Tak harapkan duit pun dtg ceramah .. kami penyokong PAS bergerak kerana ALLAHtaala

      Padam
  22. Terima masih kepada geng UG ular semak dan tuang president barua.

    BalasPadam
  23. Ini semua salah LGE Tak nak jumpa ular semak parti barua menyebabkan petrol naik. Apa juga salah dap cina and lge

    BalasPadam
  24. Perasan tak kita semua ttg kenaikan petrol
    apabila ada saja prk atau pru kalau bn menang macam satu kemestian petrol akan naik dan kalau bn kalah petrol tak akan naik sbb tu bila bn menang petrol naik sbb baru lepas menang prk pengkalan kubur..

    BalasPadam
  25. Dlm muktamar Pas sibuk nk membaruakan org dn menghentam rakan sekutu sendiri.

    Bila dah jd gini ada mereka kesah...?

    Harap sarban aje beSO...

    BalasPadam
  26. Anwar dah offer
    Hari ini PR menang
    Besuk Minyak turun !!

    Kalau turun 10 sen bermakna sekarang ini rakyat dah untung 30 sen


    In respond to
    apakah kamu menyangka dengan naiknya PR sebagai kuasa yg baru maka kamu akan beroleh nikmat yg lebih banyak dari Allahswt .. Sedang merekalah yg mengajarkan pada kamu supaya menjadikan sifat2 yg jelik sebagai zikir untuk dikalungkan pada pemerintah .. Masakan kamu berharap padi jika kamu menanam lalang

    OCTOBER 1, 2014 AT 8:43 PM

    BalasPadam
  27. Tahniah kpd rakyat malaysia memberi mandat kpd BN?Hiduppppp BN selamanya dan kekal sampai kiamat(khas yg menyokong BN)

    BalasPadam
  28. Adil lah pd diri sendiri dan Adil lah pd Allah dgn meletakkan sesuatu itu pada tempat nya

    Alangkah bersyukur nya hamba kerana cuma di naikkan 20 sen dan sesungguhnya hamba akan lebih bersyukur kalau najib naik kan hrg minyak 70 sen



    In respond to

    Maka bertempiklah golongan yg telah mati sifat syukurnya .. Akibat semakin kurangnya nikmat yg ia rasai ..dan benarlah janji Allahswt ..bersyukurlah kamu pada apa yg ada maka nescaya akan ditambah rahmat dan nikmatKu

    BalasPadam
  29. Parti pakatan talk x boleh pakat . ulamak dengan bodoh sombong caci terbuka pimpinan pakatan.usah pakatlh hidup seranglh . politik membodoh dn mudah diperbodohkn oleh Umno .aku naik meluat dgn barua barua UG

    BalasPadam
  30. Hadiah saguhati yang diberikan olih Umno ubn kepada rakyat sempena kemenangan di P.Kubor,dan kucar kacir dalam PR.Pemimpin PR terutamanya Pemimpin Pas yang dikatakan ulama sepatutnya menjadi benteng kepada permasaalahan rakyat.Tapi rakyat telah dikecewakan olih golongan ini.Pimpinan ulama Pas.Apakah sumbangan kamu?dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.Kamu egois dan terasa terlebih bijak dari orang lain.Ulama pewaris Nabi bukan perangai macam kamu.kamu golongan yang akan mrosakkan keharmonian rakyat.Harapan kepada bijak pandai dalam Pas carilah jalan supaya pas dihormati semula.Presiden dan pentaksubnya akan menkucar kacir Pas dan PR.Tempat rakyat menaruh harapan.

    BalasPadam
  31. TV3 & 9 cakap Harga turun...sebab subsidi di kurangkan ...

    Pelik !

    BalasPadam
  32. Apa yg ko merepek ni..udah la.. Jgn ler jual nama Allah swt utk menghalalkan cara..

    in response to Maka bertempiklah golongan yg telah mati sifat syukurnya .. Akibat semakin kurangnya nikmat yg ia rasai ..dan benarlah janji Allahswt ..bersyukurlah kamu pada apa yg ada maka nescaya akan ditambah rahmat dan nikmatKu ..jika tidak akan ditarik akan segala rahmat yg kamu pernah kecapi ..dengan diganti pada kepimpinan yg lebih buruk .. Teruskan sifat kamu yg suka mencela ..melaknat .. pemerintah inilah hasilnya ..apakah kamu menyangka dengan naiknya PR sebagai kuasa yg baru maka kamu akan beroleh nikmat yg lebih banyak dari Allahswt .. Sedang merekalah yg mengajarkan pada kamu supaya menjadikan sifat2 yg jelik sebagai zikir untuk dikalungkan pada pemerintah .. Masakan kamu berharap padi jika kamu menanam lalang , by Unknown.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah manusia munafik... jual nama ALLAH utk menghalalkan cara

      Padam
  33. Betullah apa yg GB ulas tuh... Sepatutnya Muktamar PAS hari tu beri tumpuan kepada memperkukuhkan PR dan menjadi juara dan jurubicara kepada masalah yang mebelenggu rakyat... tetapi apa yang berlaku ialah perebutan dan mempertahankan kuasa sedangkan nasib rakyat terabai begitu saja. Akhirnya BN ambil kesempatan untuk menekan rakyat. Sepatutnya Muktamar membaruakan UMNO BN yang menzalimi rakyat ini bukan menumpukan perhatian kpd 2 orang YB yang hendak perkukuhkan PR.

    BalasPadam
  34. Harga minyak naik hari ni sebagai langkah nk cover kesan GST ke atas minyak nanti..nanti akan ade anouncement minyak xkan naik walaupun kerajaan akan laksanakan GST

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 6:17

      Logik juga alasan tuan. Tetapi rasanya kerajaan menghadapi masaalah pusingan kewangan yang agak kritikal sekarang. Ini fakta yang kita semua tahu.

      Jadi inilah caranya nak cekau duit. Nak berhutang pun orang akan mengenakan syarat2 gila-gila. Yang peliknya, kenaikan RON95/Diesel di Malaysia berlaku didalam keadaan harga minyak mentah dipasaran berada diparas yang paling rendah.

      Alasan diberi untuk mengurangkan subsidi kerajaan. Tak masuk akal sama sekali . Mengapa dalam keadaan sekarang. Tak fikirkah tentang kenaikan barangan keperluan sekali lagibkepada harga sedia ada yang dah tinggi. Makin parah rakyat.....

      Jangan terima membabi buta alasan kerajaan. Kita tahu kerajaan takde duit. Pengurangan subsidi ini boleh jadi dalam 2 bentuk. Satu penjimatan duit ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan lain yang memerlukan. Tetapi kita takde d3ngar kemana duit penjimatan ini akan disalurkan.

      Satu lagi penjimatan diatas kertas dan tidak melibatkan penjimatan duit yang sebenar. Maknanya kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan untuk subsidi disatu jangka masa hadapan sebab duit itu dah takde untuk membiayai kos subsidi untuk t3mpoh jangkamasa itu.Jadi duit yang ada hanya cukup untuk bayar subsidi s3hingga t3mpoh yang dimaksudkan sampai. Bila t3mpoh itu sampai, kerajaan tak payah keluarkan kos subsidi s3benar kerana ia dah dipotong diatas kertas sekarang.

      Inilah diantara penipuan yang boleh dibuat keatas rakyat akibat dah tak reti nak mengurustadbir negara dengan cara be4hemah.

      Padam
  35. Inilah hadiah kemenangan istimewa BN di DUN Pengkalan Kubor kepada rakyat Malaysia

    BalasPadam
  36. Dah nampak jelas dan terang bahawa kerajaan BN/UMNO kering kantungnya. Dan wang nak dipakai segera. Oleh itu jalan paling mudah nak dapat wang, cekik rakyat sendiri dengan menaikkan harga barangan seperti naik harga minyak.

    BalasPadam
  37. Marilah kita sama-sama berdoa sebagai mana Hadis Rasulullah SAW ini....

    ”Ya Allah, siapa saja yang mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa saja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Muslim]

    Amin....

    BalasPadam
  38. BN Baguslah Naik.
    Harap agar TGHH dan geng ug segera unity move dgn krajaan BN supaya harga RON95 boleh turun sikit.

    Tapi kita ni ABU je dan ABUg.

    BalasPadam
  39. BN Baru Naik dua posen je.

    Bila TGHH dan geng ug nak unity move dgn krajaan BN? Unity lah cepat sikit boleh stabel harga RON.

    ABU dan ABUg.

    BalasPadam
  40. Yang menguruskan PAS ialah AJK PAS Pusat dan Muktamar bukan TGHH seorang. Maka Allah akan membantu PAS Pusat & Muktamar.

    Merekalah yg akan disayangi ALlah manakala yang menyusahkan mereka akan disusahkan Allah.

    Marilah kita sama-sama berdoa sebagai mana Hadis Rasulullah SAW ini....

    ”Ya Allah, siapa saja yang mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa saja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Muslim]

    Amin.... by Geng UAI

    BalasPadam
  41. apa pun yg terjadi, pru 14 sokong umno/bn jgk

    BalasPadam
  42. Kerajaan UMNO BN naik tocang bila PR lemah. PAS, PKR & DAP sudah tidak lagi memperjuangkan hak rakyat... byk yg tenggelam untuk membuncitkan perut dan merebut kekayaan untuk kroni yang terdiri dari anak/isteri/menantu sendiri... dah sama macam umno/bn jgk. menangislah rakyat...

    BalasPadam
  43. Terima Kasih BN, atas rasa Kasih Sayang yang tidak terhingga.

    Terima kasih kepada pengundi-pengundi Bn, Makcik-makcik dan pakcik-Pakcik yang sampai mampos Undi dan menyayangi UMNO, Sesungguhnya tunggu kalian mampos dululah baru Generasi akan datang merasa kerajaan baru.

    Pestime ni aku maki hamun, selalunya aku berbahasa supan dan santun jer.

    Terima kasih.. Terima Kasih..

    BalasPadam
  44. Ron95 naik 20 sen.
    Teh tarik pon naik 10 sen.
    Kuih naik 20 sen.
    Tambang pon naik tah brapa sen.
    Spare part naik tah berapa rm.
    Kos lori pon naik tah berapa rm.
    Kos hidup pasti naik lah.

    Kalau setiap tahun naik 20 sen sebelum pru14, agaknya berapa banyak kenaikan kos hidup?
    Boleh keh brim tampung suma?

    INI BUKAN HASUTAN YE, TAPI SAMPAI BILA KITA NAK JADI MANGSA BAYAR HUTANG???
    GAJI TAK NAIK SEBAB KOS BINES DAH NAIK?

    ABU ABUG penyelamat kita.

    BalasPadam
  45. Kalau minyak naik 20 sen, tak apa.
    Bermula dari situlah semua barangan akan naik.
    Sudahnya rakyat bukan bayar 20 sen, tapi RM20.00.
    Pun begitu, aku pelik juga, 20 sen naik bising.
    Pakai phone, bapak, emak dan anak-beranak bayar
    beratus-ratus rm mampu pulak tu...
    Tol naik bising, tapi ramai gunakan, selalu jem.
    Kereta pula semakin bertambah banyak.
    Yang bising ni, ramai orang Melayu.
    Cuba tengok, di kfc, macdonald dan pizza hut, siapa ramai.
    Mana kerajaan, tak menangguk diair keruh.
    Kadang-kadang susah juga nak cakap...
    Bak kata R.Azmi, dicakap salah tak cakap salah.
    Jadi semua serba salah.

    BalasPadam
  46. Tuan,

    Di Malaysia, PERJALANAN BARANG DARI KILANG SEBELUM SAMPAI KETANGAN PENGGUNA AKAN MELALUI L3BIH KURANG 6- 8 TANGAN PENGEDAR/ORANG TENGAH. INGAT...APABILA KITA FIKIR MENEG3NAI KENAIKAN TAK KIRA SEBAB K3NAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM KE KENAIKAN PETROL/DIESEL KE ATAU GST NANTI!

    Ini belum ambil kira jika ada diantara pemain didalam rangkaian pengedaran barangan keperluan menaikkan harga melebihi dari kenaikan kos diesel kerana h3ndak mengambil kesempatan membuat untung lebih.

    Satu perkara yang kita perlu perhatikan sekarang, ADAKAH TAARIF LETRIK AKAN NAIK? Jika naik ini akan menambahkan lagi komponen kepada kos untuk mengedar barangan keperluan diatas dimana kos pengeluaran kilang juga naik. Kos tambahan ini mungkin naik dan mungk8n tidak bergantung kepada pengilang dan kuantiti pengeluar.

    BalasPadam
  47. Malas aku nak berteori cuma satu aje aku nak cakap KERAjaan BN UMNO bodoh tahap gaban...

    BalasPadam
  48. Rakyat didahulukan.... Harga minyak naik, rakyat yang dahulu merana... Memang betul la tu, rakyat didahulukan

    BalasPadam
  49. Mana TGHH? Mana Dato Haron Din?Mana Ustaz Wan Zawawi Wan Salleh? Mana Dr Khairudin At takiri? Mana Dr Zuhdi?

    Buat apa menyorok? Takkan buat lembu kenyang je bila UBN dah naikkan harga RON95/Diesel 20 sen. Keluarlah pendapat menyokong! Kang hangpa semua orang kuat UG yang dok menghuruharakan PAS dan PR kerana tergila-gila nak berdakap dengan UMNO!

    Jadi la anak jantan.....keluarkan sokongan kamu kepada kenaikan minyak ni

    BalasPadam
  50. Haiz nak dikatakan apa lagi dah. Tak ada cara lain melainkan tubuhkan parti Islam baru yang terdiri dari kalangan golongan profesional muda dan ulama muda serta perlu tumbangkan pemerintahan negara sekarang ini yang diperintah oleh golongan tua diganti dengan orang muda. Mereka ni yakni golongan tua tak faham apa sekarang ni yang dihadapi oleh muda biarpun diaorang dah sedar diaorang ini tak lama akn dipanggil interview oleh malaikat.

    BalasPadam
  51. harga minyak naik...kita kena bersyukur sbb kita smua dpt bjimat,pegi keje naik moto je,jalan x jamm pastu alam sekitar akan bersih.biarlah harga minyak terus naik...naik...naik...dan terus naik lagi...kita kena bantu pemimpin kerajaan kita skrg,kita bg mereka duit kita nie,xpe2 duit senang dicari...

    Tapi ingat...jenayah makin menjadi jadi,rakyat dah mula caci mencaci maki,rakyat di jalanan makin langsi,orang kampung menyesal undi,bermacam insiden boleh terjadi...BN are u ready????

    BalasPadam
  52. Yg salah sebenarnya org yg undi UMNO. Macai umno bersorak gembira minyak naik. Macai UMNO org kaya. Setakat minyak ni org UMNO pejam mata bayar.. Dpt tolong Najib kan..

    BalasPadam
  53. kalu undi PR negara huru hara,org melayu ditindas,agama islam terancam,negara muflis dan macam2 lg..itula mentaliti pengundi BN!mcm le org UMNO je yg ada otak!negara lain yg tukar kerajaan lg cepat maju..ni tambah beban rakyat je maju!

    BalasPadam
  54. Najib & penasihatnya patut kena ganti, asalkan bukan Anwar

    BalasPadam
  55. Bro, naik 20sen seliter.. ko pakai minyak 1 liter je ke sehari???

    in response to Kalau minyak naik 20 sen, tak apa. Bermula dari situlah semua barangan akan naik. Sudahnya rakyat bukan bayar 20 sen, tapi RM20.00. Pun begitu, aku pelik juga, 20 sen naik bising. Pakai phone, bapak, emak dan anak-beranak bayar beratus-ratus rm mampu pulak tu... Tol naik bising, tapi ramai gunakan, selalu jem. Kereta pula semakin bertambah banyak. Yang bising ni, ramai orang Melayu. Cuba tengok, di kfc, macdonald dan pizza hut, siapa ramai. Mana kerajaan, tak menangguk diair keruh. Kadang-kadang susah juga nak cakap... Bak kata R.Azmi, dicakap salah tak cakap salah. Jadi semua serba salah., by Anonymous.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tak pakai minyak petrol pun. Dia geng yang pakai air perigi....ganti petrol.

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.