2 Okt 2014

[VIDEO] Safwan Diugut: PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Dalam Parti!


Semalam kami telah menyiar sebuah video rakaman audio mengenai Pengarah Eksekutif LENSA yang telah menerima ugutan sebelum beliau menyerahkan memo ke pejabat PAS. [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA

Antara ugutan yang diterima Safwan termasuklah beliau diugut akan dipukul sekiranya meneruskan perancangan untuk menyerahkan surat kepada PAS. Individu yang dipercayai dari kumpulan pro-ulama itu juga seolah mengancam akan mengganggu keluarga Safwan dengan mengatakan beliau tahu mengenai Isteri Safwan, dan alamat rumah Safwan.

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Sebuah video lain kini telah menjadi viral di media sosial mendedahkan tentang sekumpulan pemuda berbadan besar yang telah mengepung Safwan dipercayai berhampiran bangunan pejabat PAS dan telah mengugut Safwan.

Melihat kepada rakaman video berkenaan, ternyata ia ada kaitan dengan rakaman audio perbualan yang diedarkan semalam. Sekumpulan pemuda terdiri dari tujuh orang berbadan besar yang diketahui identitinya dengan cara samseng dan menjelekkan, menunjukkan lagak yang agak kurang ajar sehingga berlaku pertengkaran mulut di antara Safwan dengan individu-individu yang mengepung beliau.

Salah seorang daripada mereka (Orang yang sama membuat panggilan ugutan) memaksa Safwan mengaku bahawa tindakan LENSA menyerahkan surat kepada PAS itu dibuat atas arahan pihak tertentu.

Mereka memaksa Safwan untuk mengaku bahawa tindakan LENSA itu dibuat atas arahan pihak-pihak tertentu yang mereka sebutkan sebagai PASMA dan Anwarinas.

Namun Safwan bertegas bahawa tindakan menyerahkan surat kepada PAS adalah hasil inisiatif LENSA sendiri, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hal ini kerana tindakan menyerahkan surat itu dibuat setelah LENSA menganjurkan empat forum terbuka yang membincangkan krisis politik Selangor.

Ia dileraikan oleh seorang pemuda lain yang datang membela Safwan dan "membebaskan Safwan dari kepungan pemuda samseng berkenaan.

Laporan Polis telah dibuat oleh Safwan ekoran panggilan ugutan yang diterima oleh Safwan Anang pada 30 September 2014 lebih kurang jam 7.50 pagi. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu.

Semalan LENSA telah mengeluarkan kenyataan mengutuk budaya politik samseng ini kerana jelas tidak bermoral dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

LENSA menyeru agar semua pihak membersihkan organisasi masing-masing daripada sebarang anasir politik barbarian yang boleh merencatkan usaha pembinaan politik baru yang berteraskan nilai dan ilmu.

LENSA yakin, semua pihak yang bercita-cita ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik perlu memulakan usaha tersebut dengan menyuburkan semangat demokrasi dalam organisasi masing-masing.


GB meminta PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.



Kenyataan Dari Unit Amal Shah Alam

Kes Padil yg harus dipertimbangkan utk ditukar kpd exco lantikan lain :

1. Sebaran tulisan dan pandangan di fb wall beliau secara umum dgn menghentam, melabel, menuduh, menggunakan kata2 kesat kpd beberapa pimpinan pusat spt YBKS dan shbt2 jemaah PKSA. Walaupun TG Presiden telah keluarkan arahan supaya hentikan label melabel dan tuduh menuduh, Padil tetap langgar arahan.

2. Tindakan tidak beretika dan bermaruah semasa bangun sbg perwakilan DPPSA dlm Muktamar PAS Pusat baru2 ini di mana percakapan Padil menjadi polemik dlm dewan menatijahkan Pengerusi Tetap Ust Kamal Ashaari pun terkejut dgn percakapan Padil dan akhirnya jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Isu ini menjadi buah mulut dan shah alam dikenali perwakilan kwsn2 seantero Msia kerana dewan pemudanya begitu lancang dan tidak beretika.

3. Isu ugutan dan kata2 kesat yg dihamburkan Padil kpd Safwan Anang LENSA dlm perbualan telefon selama lbih kurang 18minit tidak menggambarkan Padil sbg seorg Ustaz dan menampakkan ajk dewan pemuda pas shah alam ini spt samseng dan tidak bermaruah. Isu ini menjadi buah mulut kpd ahli2 pas seluruh Msia dan menatijahkan busuknya nama dan hilangnya maruah dewan pemuda pas Shah Alam khususnya malah lebih teruk PAS Kawasan Shah Alam umumnya...

4. Teguran, nasihat dan peringatan telah diberikan oleh shbt2 jemaah PKSA dan oleh shbt DPPSA sndiri tp malangnya Padil terus terusan membawa sentimen kebencian sesama jemaah dan kebencian kpd pemimpin2 tertentu.

Maka atas sbb2 di atas kami Unit Amal Shah Alam mewakili sebilangan pemuda2 PAS shah alam mendesak DPPSA & PKSA melucutkan jawatan Padil drpd memegang jawatan ajk Lajnah Tarbiyyah DPPSA. Padil juga hanyalah exco lantikan, bukan menang pemilihan semasa AGM DPPSA sessi lepas.

Mohd Shukri Shohimi
Komander,
Jabatan Amal Shah Alam
01 Oktober 2014
-











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





33 ulasan:

  1. Ustaz Samseng, berperangai hodoh sebegini pun tidak dikecam Geng Ustaz.. tapi Safwan yg diugut & dimaki, di sindir & dikait dgn model Porno... tak gitu Us Dr Ridhuan, AJK PAS Pusat..

    BalasPadam
  2. Bos...... Bos....... Mana bos pegi nii... Bila nak tarik ayat 'barua' ni... Tak habih lg belek kitap ke... Macai bawah dah tak tahan kene hetam kwn sendiri. Klau tak boleh tarik ayat 'barua' tarik dari sebagai 'ahli pas' jer lah. Mana pulak bos ni.......... Senyap aje.... Bos... Hang Jebat pun 7 hari 7 malam bersilat mati jugak bos.....

    BalasPadam
  3. Kawan dengan rela hati sudi menghantar memo tu. Bagi alamat pada sapa

    BalasPadam
  4. Memalukan...nak pertahan PAS konon..perbuatan makin mencemarkan PAS yang tgh bergelora sekarang ni...apa nak jadi lah

    BalasPadam
  5. GB... GB ada ingat tak kes Aduka taruna yang dipukul oleh samseng2 Terengganu di Rusila tatkala Aduka Taruna hendak menemui Haji Hadi...

    Memang puak ini puak x berakhlak Islam walaupun mendakwa mereka ppenyokong kuat Haji Hadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduka taruna 2 mmg nasib la bkn kali pertama dia pergi rusila untuk langgar hj hadi tanya soalan bodoh n soalan sama padahal org dah jawab dlm media jd memang patut mkn tangan datang rumah org buat kurang hajar nasib badan la...kalau dia datang rumah aku dok memekik dan kejar aku nk tanya soalan walaupun tau aku tak nak layan mmg mkn penyepak juga

      Padam
  6. beg silang.. pakai spek itam... pakai topi sudu... badang semua gemuk & sembab... rasanya ni ciri2 sapa?

    kalau pas pun.. ini jenis masuk pas ngaku pas... masjid pun tah pegi ke tak.... sori ler... hanya org bodoh je..akan tuduh diorg ni samseng pas...

    aku pun tak kata 2 katak yg lompat jadi ahli bebas kat perak tu mewakili PKR... dan salah kan pkr secara total... hati manusia... ditangan Allah....

    BalasPadam
  7. PAS Terengganu ni kurenggggg sikit akhlaknya! Perlakuan samseng ni orang dah takleh terima dah zaman ni... nak lawan pakai otaklah weh! Adakah ini berkaitan dengan akhlak pemimpin yang suka tuduh dan fitnah tanpa bukti dan menjadi ikutan ahli yang kurang cerdik? Buat malu dan jatuhkan imdj Islam saja...

    BalasPadam
  8. Tak betemu buku dengan ruas.Kalu betemu rebeh muka .gang ulamak kedebe taik kucing cissssss

    BalasPadam
  9. memang binatanglah mereka yang menggelarkan diri mereka pro-ulama ni...

    pas masih biarkan mereka untuk suvival pimpinan tertentu...

    BalasPadam
  10. salam

    ada juga yg nak membela si samseng dalam PAS ini.

    Untuk makluman kamu samseng2 tu sudah dikenali. Memang mereka ahli PAS Selangor. Fadil nama ketuanya.

    in response to beg silang.. pakai spek itam... pakai topi sudu... badang semua gemuk & sembab... rasanya ni ciri2 sapa? kalau pas pun.. ini jenis masuk pas ngaku pas... masjid pun tah pegi ke tak.... sori ler... hanya org bodoh je..akan tuduh diorg ni samseng pas... aku pun tak kata 2 katak yg lompat jadi ahli bebas kat perak tu mewakili PKR... dan salah kan pkr secara total... hati manusia... ditangan Allah.... on [VIDEO] Safwan Diugut: PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Dalam Parti! by Anonymous

    BalasPadam
  11. Dah macam UMNOlah pula. Betul2 nak ganti UMNOksh?

    BalasPadam
  12. "Abg Long Padil Ugut nak jumpa dalam Fon suruh dtg jumpa dia sorang2...Bila berdepan Safwan sorang2,dia plak pi dgn Geng...Gangster Babi apa lagu tu...Bodoh"

    BalasPadam
  13. Safwan ni berat badan pun lebih jurang 60kg saja manakala si samseng tu berat badan mengalahkan Mark Henry WWE.

    Si samseng topi sudu ni memang jenis pengecut, nak berdepan dengan Safwan yang badan macam cicak kobeng tu pun kena pakai 4, 5 orang body guard yang saiz badan macam gajah.

    Masa cabar dalam telefon bukan main lagi gentleman nak jumpa sorang sama sorang tapi sampai masa bedepan nampak sangat pengecut.

    Syabas kepada Safwan kerana berani berdepan dengan samseng taik kucing pengecut.

    Kejadian ini semua membuktikan dalam Pas memang wujud manusia bodoh yang di nobatkan sebagai ustaz tetpai perangai sangat hina.

    Tahap kehinaan ustaz itu disahkan sendiri oleh Unit Amal kawasaan berkenaan.

    Tok Guru kencing berdiri dah dibuktikan oleh murid yang kencing berlari.

    BalasPadam
  14. Jd kompuse dgn tindakan samseng ni

    bila Lensa hantar memo suruh keluar pr jika pas terus menyusahkan pr marah sgt tp ulama kata kaji semula dan kalau merugikan pas akan keluar pr PR buli pas lah PR khianati PAS Langkah Kajang lah tp suruh keluar marah pulak

    mana boleh dua dua pun nak Gila ke apa pas ni UG pun nak PR pun nak

    Terima je lah memo tu Lepas tu jawab lah samada nak terus bersama dng PR atau tidak Kalau nak jgn menyusahkan PR dgn mengulangi kesalahan yg lalu

    Yg tersirat memo tersbt bukan utk Presiden PAS tp utk PKR dan DAP membincangkan masa depan PR perlu kah PAS bersama PR ?

    PAS bukan bermaksud semua ahli dlm PAS tp akibat tindakan samseng dan UG ni yg kena tempias air longkang dlm masih berwuduk ialah PAS

    BalasPadam
  15. Saya duk perhati.. para ustaz ni ada empat golongan :
    01. Habis belajar dapat jawatan dalam kerajaan jadi pegawai kerajaan atau guru.. terus hilang dan sibuk dgn urusan duniawi mereka.
    02. Yang tak layak kerja dengan kerajaan kerana sijil tak laku atau sijil cukup2 makan atau tak ada sijil.. mereka cuba berniaga tapi ramai yg lingkup..
    03. Kerana tak layak jadi pegawai kerajaan, berniaga tak pandai.. maka buka maahad takfiz atau rumah anak yatim bertujuan untuk kumpul duit dan harta.
    04. Tak layak jadi pegawai kerajaan, meniaga tak pandai, pengurusan tak pandai, nak buka maahad tahfiz dan anak yatim pun tak reti.. maka golongan ini akan masuk politik dan berceramah merata. Dengan tujuan kumpul duit dan harta.. inilah yg duk ada dalam pas kini..

    BalasPadam
  16. Pakcu Rantau Panjang.2 Oktober 2014 pada 10:14 PTG

    Salam buat Tuan GreenboX...lama benar Pakcu tak mencelah dalam blog tuan. Tapi sering mentelaahnya..bukan apa dah banyak kali Pakcu kena sekeh oleh puak dok komen tu..tapi Pakcu tak kisah dan buat diam saja.

    Masa puak dok komen di atas ni belaga angin dengan Ustaz-ustaz PAS bukan main puji bukan main sanjung..apalagi waktu demo BERSIH dulu...loni bila dah tak belaga angin macam-macam kutuk.hingga ke Ustaz dan ulama dalam PAS dah tak bertapis di sumpah.

    Pakcu cuma nak ingatkan..kalu dulu dalam blog tuan dok kutuk UMNo/BN sekarang PAS pula....dan kebarangkali
    mungkin PKR...suatu hari...

    Sesungguh kalu jadi manusia tiada 100% yang terbaik..cuma yang terbaik disisi Allah ialah mereka yang bertakwa...Maaf kalu ada tersa dengan komen Pakcu..Salam aidil Adha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcu

      Terimo kasih atah komen umum pakcu. Ambo nok tulong tambah sikit biar nampok jelas.

      Orang tok belaga angin atau dok belaga angin sajo-sajo jah. Mesti ado butirnyo. Hok tu kito keno kaji sikik. Hok tu hok kito keno kaji dale sikik.

      Bendo bukey belaku dale PAS jah pakcu. Semo parti politik di Malaysia. Contoh. Maso Pokloh jadi PM, Mahathir dok blago angin dengan pokloh tapi dok belago angin dengan Najib. Bila Najib jadi PM pulok, Mahathir dok ingat doh hok dok blago angin dengan pokloh tapi dok setok angin dengan Najib pulok. Ore hok dia blago hangin dulu maso Pokloh jadi PM.

      Pado buah pikirey ambolah, kita keno cari gapo butirnyo dulu gapo hok belaku dale PAS dan PR. Lepas kito renung, kita kaji, kito pikir halus2 dengan akal yang Allah bagi samado betul ko dok. Kito ore Islam kito jadikanlah Islam tu kayu sukat.

      Kalu kes dok blago angin, dua-dua pihak ada hujah demo. Kita dengar blakow. Pahtu kito ukur,kita sukat dan kita halusilah hok mano munasabah, hok mano hok blawok hangit. Mustahil dua2 betul blakow dale kes dok blago angin ni. Ado satu pihak yang dok brapo nok lendik walaupun nampok betol. Jadi kito keno halusi la hok manow lebih lendik sikit..Baru adil. Islam tu kan keadilan....

      Ko guano buoh pikirey pakcu.

      Padam
  17. mmg dasar cari makan , untung2 lepas nie leh jadi ahli MSU, tubuh je besor, hati kecut, bodoh piang ko. buang je la gelaran ustaz dan gelor je cilakak pengecut badan besor,

    BalasPadam
  18. muka samseng dah mcm pukimak...

    apasal lak x lwn masa kena tegur..

    samseng taik kucing....

    BalasPadam
  19. Ini bukan psl ustad lah Ini psl manusia yg tak amanah dan suka buat tuduhan tanpa bukti Dan Ini bukan nya belago angin tp belago tindakan sbb belago angin keputusan yg dipersetujui tetap sama

    In respond to
    Pakcu Rantau Panjang. said...
    Salam buat Tuan GreenboX...

    Masa puak dok komen di atas ni belaga angin dengan Ustaz-ustaz PAS bukan main puji bukan main sanjung..apalagi waktu demo BERSIH

    BalasPadam
  20. Kaji dale sikik Sepatutnya nya kaji dr pokok pangkal nye punca nya Tak mahu der kalau dok kaji dale perangai dan sifat manusia ni dasar nya lebih dlm dr lautan Punco nyo dr Nasha Hasan Ali ke muktamar Johor psl isu mb Mulo dr letak calun PAS di Damansara Sg Aceh .. sbb pd ambo kaji dale ni lebih pd sifat dan perangai manusio ..Ini semua terjadi akibat dr tindakan akibat dr keputusan yg tak tetap Jd nak kaji bukan susah kita tenguk kesan baik buruk nya Buruknya doa mengutuk Keluar dewan Samseng mengata baruah broker

    Sukar dan susah nak ambil tindakan awal pd org yg suka berpura pura dan pembohong

    In respond to
    bat8 said...
    Pakcu

    Orang tok belaga angin atau dok belaga angin sajo-sajo jah. Mesti ado butirnyo. Hok tu kito keno kaji sikik. Hok tu hok kito keno kaji dale sikik.

    kito pikir halus2 dengan akal yang Allah bagi samado betul ko dok. Kito ore Islam kito jadikanlah Islam tu kayu sukat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 9:38

      Betul la hok demo royat. Makin lebih jelas apa ambo maksudkan.

      Kadang kita ni jenih takut satu hal, satu lagi toksey menghadapi realiti yg ada depan mata jika keburukan berlaku. Kita nak sapu bowoh karpet jah dgn harapan masaalah itu hilang dengan sendirinya. Benda kecil boleh la

      Apa ywng berlaku didalam PAS hasil onar yang dibuat oleh TGHH dan geng UG bukan benda kecil. PAS bukan hak peribadi TGHH dan UG. Ia hak ahli dan hak Islam. Tak guna dok cerita kehebatan masa dulu untuk menutup masaalah didepan mata sekarang. Kehebatan dan kebaikan masa dulu dah habih pakai dah. Dah takdak dah. Yang ada ada masaalah porak peranda yang dibuat oleh TGHH dan UGnya. Kita nak tak nak kena hadapi dan selesai.

      Begitu juga TGHH dan UGnya kena menerima hakikat yang mereka sudah memporak perandakan PAS. Mereka dah hijack PAS untuk kepentingan diri yang sempit. Mereka juga kena terima tanggungjawab jamaah atas aps yang berlaku.

      Cerita kehebatan dulu kita sebut kembali untuk mencari asas-asas kebaikannya kot boleh kita gunapakai untuk menyelesaikan masaalah yang kita hadapi sekarang. Bukan untuk dijadikan alasan untuk menutup kesalahan yang berlaku. Itu bukan sikap pejuang dijalan Allah..

      Padam
  21. samseng UG naik minyak, maka harga minyak pun naiklah 20 sen?

    BalasPadam
  22. Salam tuan2 semua...

    Isu abg long fadil ni sy juga tidak bersetuju dengan perangai samseng...hujah lawan lah dengan hujah bukan ugut2...x molek...perangai samseng ini ada dalam semua parti kita lihat dalam pemilihan pkr tempoh hari kerusi berterbangan dan ada aktivis pkr dipukul oleh aktivis pkr juga dikedai makan sampai luka luka...pesan saya nyahkan budaya samseng ini bukan sahaja dari pas malah pkr dan dap juga...

    Wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Hanafi

      Tuan terlupa nak s3but MIC. Lagi dasyat.

      PKR dan MIC ni parti Islam yang meletakkan Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai rujukan tertinggi parti mereka? Kalau begitu patut dan sesuai sangatlah tuan menggunakan alasan apa yang betlaku didalam kedua parti ini untuk menyokong tindakan-tindakan pelik segelintir orang PAS terutama yang berpendidikan ugama.

      Takde makna tak setuju tapi last setuju. Orang pangge nak menegak benang basah yang semua orang nampak dah jatuh dalam sungai. Tak ke tak masuk akal bila dah xde dalil syarie pi ambil contoh dari parti bukan berasaskan Islam untuk menutup kesalahan 6ang dibuat oleh parti Islam.

      Ironis sungguh umat Islam akhir zaman ni

      Padam
    2. Tuan...

      Ustaz pun manusia juga tak lari dari buat salah dan sy amat tidak bersetuju dengan tindakan samseng ustaz tersebut jika benar dia ustaz amat malang sekali....

      Parti yg tidak berasaskan "agama" tidak beerti parti itu bebas membuat samseng...bkn licence to kill bila tidak ada title agama....

      Tak kira mca ke mic ke umno ke dap or pkr or pas...semua kena nyahkan perkara ini dari parti masing2...

      Padam
    3. Adakah memukul or mengugut org lain hanya huduh dimata islam?double standard?

      Padam
    4. Hanafi

      Betullah memukul dan mengugut tu huduh dimana semua ugama. Maknanya kebaikan dan keburukan itu bersifat universal.

      tetapi jangan ambil keburukan dari yang berjuang diatas jalan bukan Islam sahaja untuk mempertahankan perbuatan salah pejuang Islam sahaja dan meninggalkan kebaikan-kebaikan lain zeperti khianat, bila bercakap bohong dsb.

      Malah tidak perlupun menggunakan contoh dari puak yang berjuang bukan diatas dasar Islam untuk dijadikan hujah kerana asas perjuangan puak Islam itu lebih syumul dan lengkap. Melainkan h3ndak menegak benang basah...

      Padam
    5. Dari awal saya menekankan saya tidak menyokong isu samseng ini tuan...cuma saya tekankan juga semua parti nyahkan segera budaya samseng segera dari parti mereka?apa point sy dan tajuk yg sedang saya ulas?mudah untuk difahami rasanya dan simple sahaja...atau saudara mahu saya kata "pas adalah parti yg paling samseng bermula dari presiden hinggalah anak murid" begitukah baru betul?kalau begitu maka ok selepas ini saya akan mengikut arus yg mudah difahami oleh saudara :-)

      Padam
  23. Adakah agama Islam boleh di samakan dgn agama lain walaupun semua agama berbuat baik dan melarang kejahatan ? Jawab saya Tidak Boleh.Puasa org Islam tetap tak sama dng puasa org bukan Islam

    Boleh kah disamakan PAS dgn DAP MCA ? Jawab saya Tidak Boleh Bahkan Tidak Boleh sama sekali samakan PAS dng UMNO termasuk lah PKR

    Yg menjadikan Boleh samakan Islam dng Agama lain krn Org Islam ikut cara org bukan Islam dlm tingkah lakunya Dan menjadikan PAS boleh disamakan dng UMNO PKR sbb org PAS pun dah jd samseng

    Lihat saja pd surat jawapan PAS kpd memo Lensa Terang terang PAS samakan parti Islam dgn PKR dan DAP Sepatut nya PAS jelas kan sbb sbb tindakan tersbt di ambil dan akan memperbaiki keadaan ke apa ke.. Baru lah PAS 'on his own'

    BalasPadam
  24. Balas dari 12 56 PM Oct 04

    Saudara Mohd Hanafi sekira nya saya telah membuat saudara salah faham dan keciwa dng komen saya saya mohon maaf krn penulisan saya yg tidak tepat

    Saya tidak merujuk kpd komen saudara jika saya merujuk kpd komen saudara saya akan copy paste komen saudara yg berkaitan dan saya juga mungkin tersilap sbb saudara pun tak copy paste komen saya

    Isi pokok komen saya ialah cara PAS membalas surat memo dr Lensa yg minta Lensa bertindak sama terhadap PKR dan DAP

    Oleh kerana saya tidak temui artikel berkenaan dlm blog GB maka sy selitkan pandangan komen saya di sini
    Lebih baik jika PAS menjawab demi kepentingan PR spt kenyataan Mahfuz mengenai Exco PAS yg tidak letak jawatan atau demi kepentingan rakyat Sgor yg tidak dpt terima Khalid di tukar kan dan PAS bersedia bekerjasama dgn PKR DAP utk mengukuh kan PR

    Dan komen berikut

    Malah tidak perlupun menggunakan contoh dari puak yang berjuang bukan diatas dasar Islam untuk dijadikan hujah kerana asas perjuangan puak Islam itu lebih syumul dan lengkap. Melainkan h3ndak menegak benang basah...


    October 4, 2014 at 11:48 AM

    Ada lah orang yg berbeza tapi sama pendapat tentang sikap PAS seabgai sebuah parti.


    Saya mohon maaf dr Saudara Selamat Hari Raya Edi Adha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara...

      Saya juga mungkin ada salah dan silap kepada saudara juga tidak keberatan untuk memohon maaf...

      Isu disini mudah difahami tentang saranan saya untuk semua parti politik nyahkan samseng jika kritikal sgt pecat sahaja ustaz samseng tersebut dari pas...tidak jadi masalah...cuma kita lihat beban hanya diletak kepada pas sahaja itu yg tidak kena...

      dalam islam boleh untuk menjadi samseng tetapi biar kena tempatnya dan kena isunya...

      Salam idul adha juga buat saudara maaf zahir dan batin

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.