Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN
Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.
Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu (terperangkap?) dilihat turut menadah tangan.
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?
"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.
"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.
Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.
Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.
"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.
Mari Kita Tengok Adegan Geng UG di Muktamar..
1.Mula Mula Dia Doa Laknat ( Wakil Wilayah Persekutuan tapi Org Terengganu), mula2 Doa org angkat tangan ..last sekali kena Boo... dah mcm Ayatullah..
2.Lepas Tu dikatakan Ustaz Ridzuan Tunggu Belakang , Pergi ke Pentas..Sound Wakil Wilayah Buat Doa Laknat.. takde Akhlak Islam..Cabar si Wakil Wilayah yg dah Cabut...
3. Unit Amal Upahan UG Terengganu Cover Line.. Rampas microfon dari cabaran Ustaz Ridzuan Berhujjah..
p/s Ustaz Ridzuan dikepung, ditarik Mikrofon dan dihalau oleh gangster Unit Amal yg diimport dari Terengganu dan Selangor !! Bukan semua Unit amal jahat.. Tapi ni special import punya.. Padehal Pengerusi tetap tak bagi arahan pun.. Masa pengerusi tetap tegur geng UG Doa Laknat, takde pulak Unit amal cabut Mic.. -ipohmali
ULASAN GB
Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.
Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".
Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?
Walaupun Setiausaha Agung PAS berjanji untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melampua batas itu, tetapi sehingga sekarang ianya senyap begitu saja.
Kemudian di dalam muktamar tahun ini, mereka bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden berucap.
Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.
Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.
Dan hari ini kumpulan yang sama membaca doa mengutuk pula ke atas kumpulan yang tidak mereka sukai walaupun sesama ahli jemaah.
Mereka ketandusan hujjah, lalu memilih jalan singkat untuk melepaskan geram dengan mencaci maki yang pada mereka halal belaka. Kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas. Terdapat 41 kali disebutkan di dalam Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI