Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam.
Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu, lapor BERNAMA.
Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan dalaman.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dilanggar kereta itu, menyebabkannya tercampak.
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.
Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.
"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.
Ada yang mendakwa jalanraya di kawasan itu dikatakan memang berbahaya, Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Biodata Ringkas Mangsa
Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof
Umur: 20 Tahun
Asal: Dungun Terengganu
Fakulti: Sains
Bidang: Diploma Sains Sukan
Universiti: UITM Induk Shah Alam
Semester: Tahun Kedua
Punca kematian: Pendarahan dalaman akibat dirempuh kereta
kredit gambar: tengoktvonline, malvister dan FB.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Malang tak disangka2 .
BalasPadamInnalillah
turut berduka cita,semoga tabah keluarganya
BalasPadamDicadangkan supaya umur persaraan wajib dilanjutkan kpd 85 tahun, supaya dapat terus dimanfaatkan pengalaman seseorang penjawat itu.
BalasPadamSalam Takziah pada Kluarga.
BalasPadamAl Fathihah pada mangsa.
Semua ketentuan Allah SWT.
Keburukkan kereta auto...
BalasPadamAda pro dan kontranya penggunaan kereta auto, perkara ini subjektif.
Padambkn sbb bergmbr tp sbb lecturer tu yg pitam pastu lggar arwah. tajuk kau tu tukarlh, mcm nk ckp sbb arwah g bergambar punca accident. org blh salah fhm
BalasPadamAnda silap faham tajuk sebenarnya. Admin tidak pun mengatakan mangsa sedang bergambar, tetapi yg dimaksudkan berita ditulisnya itu mengandungi gambar yg berkaitan. Perkataan bergambar berada dlm kurungan.
PadamWahai 10.12 nape mu bengong sangat. Maksud bergambar tu ialah ADA GAMBAR. Dalam paparan berita tu ada gambar yang disertakan. Baik hang minta maaf, tongong, itulah kalau asyik nak negatif kat orang !
BalasPadamkalau dah sakit kepala..kena nak memandu...rehat dulu...
BalasPadam