19 Sep 2014

[EDISI PERWAKILAN TERLAMPAU]: Baca Doa Kutuk Mat Sabu & 2 ADUN -video inside


Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN

Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin ambil kesempatan baca doa kutuk Mat Sabu & 2 ADUN

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu (terperangkap?) dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.


"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.

Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.

"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.

Mari Kita Tengok Adegan Geng UG di Muktamar..



1.Mula Mula Dia Doa Laknat ( Wakil Wilayah Persekutuan tapi Org Terengganu), mula2 Doa org angkat tangan ..last sekali kena Boo... dah mcm Ayatullah..

2.Lepas Tu dikatakan Ustaz Ridzuan Tunggu Belakang , Pergi ke Pentas..Sound Wakil Wilayah Buat Doa Laknat.. takde Akhlak Islam..Cabar si Wakil Wilayah yg dah Cabut...

3. Unit Amal Upahan UG Terengganu Cover Line.. Rampas microfon dari cabaran Ustaz Ridzuan Berhujjah..

p/s Ustaz Ridzuan dikepung, ditarik Mikrofon dan dihalau oleh gangster Unit Amal yg diimport dari Terengganu dan Selangor !! Bukan semua Unit amal jahat.. Tapi ni special import punya.. Padehal Pengerusi tetap tak bagi arahan pun.. Masa pengerusi tetap tegur geng UG Doa Laknat, takde pulak Unit amal cabut Mic..
-ipohmali



ULASAN GB

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".


Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?

Walaupun Setiausaha Agung PAS berjanji untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melampua batas itu, tetapi sehingga sekarang ianya senyap begitu saja.

Kemudian di dalam muktamar tahun ini, mereka bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden berucap.

Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.

Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.

Dan hari ini kumpulan yang sama membaca doa mengutuk pula ke atas kumpulan yang tidak mereka sukai walaupun sesama ahli jemaah.

Mereka ketandusan hujjah, lalu memilih jalan singkat untuk melepaskan geram dengan mencaci maki yang pada mereka halal belaka. Kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas. Terdapat 41 kali disebutkan di dalam Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





42 ulasan:

  1. Sepatut nya tunjuk contoh yg baik . bukan utk pecah belah kan.

    BalasPadam
  2. puak2 ni bodoh, nama je ulama, tp akhlak mcm yahudi. melaknat jemaah sndri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beremosi tak payahlah masuk politik..buat malu agama ke

      Padam
    2. Ulama pas menang mulia suci, mereka tidak tipu undi, tidak tikam rakan, tidak beli kereta mahal.

      Terima kasih pas kerana adanya ulama pas yang mulia suci.

      Padam
  3. paroh orang gannu ni.. patut la gannu tumbang kat bn.

    BalasPadam
  4. Nak tanya .betul ke dia ni Doktor?doktor perubatan ke doktot haiwan?Kalau doktor perubatan,mungkin dia di bahagian wad orng gila.Malunya Pas Wilayah Persekutuan yang menghantar wakil sebegini rupa.dia gunakan kepala lutut untuk berbicara.

    BalasPadam
  5. Salah Guna doa.

    Fiqh Sirah wajar jadi teks wajib utk semua AJK PAS di semua peringkat.

    Siapa yg gagal - tidak wajar diberi jawatan kerana mereka tidak akan dpt memahami liku perjuangan Nabi Muhammad SAW.

    Tidak pernah Nabi mendoakan sebegitu buat para sahabat walaupun Nabi banyak berbeza pendapat dengan mereka.

    Di Badar, Uhud, Khandak dan Hudaibiyah....semua sahabat berhak memberi pendapat. dan Nabi menerima pendapat mereka dengan baik dan bertegas setelah syura memutuskan keputusan. Walaupun ada keputusan yg menyalahi pendapat Nabi.

    Perjuangan perlukan strategi.

    Buat lawak pun ada. Ingatkan Mukmatar PAS gelanggang maharaja lawak ka ?

    BalasPadam
  6. nk wat camana dah presiden dan majlis syura ulama ajar mereka camtu agaknya..

    BalasPadam
  7. Ana cukup setuju dgn ulasan GB. Bila baca tulisan dan komen-komen golongan proulama terasa macam baca komen puak cybertrooper. kalau tak percaya pergilah kat tko, atau baca komen2 al-bangi- el-heraki dan lain-lain yang mengaku diri mereka proulama.

    BalasPadam
  8. Parti kena siasat dibimbangi mrk ini spy atau macai yg dihantar B end....bnyak dah ustaz yg bole di beli akhir zaman ni..x dak hetan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa salah seorg ketua ulama pas dulu pun boleh belot masuk umno. Nakhaei

      Padam

  9. salam..

    kdg2 pelik nga perkmbgn Pas mutakhir ni. Kan dale al-Quran ada disebutkan supaya berdebat brhujah nga baik. kl x slp dlm s.annahli ayat 125...

    dahlah berbalah. x malu ko kita duk dlm jamaah Islam, tp pamer akhlak buruk. malu getek ko kopiah atas kepalo tuh...

    nt dkt nga time nk ngundi, kita naik pentas berceramah, bersembur ayat Quran kita baca. tp kita x pamer akhlak al-Quran...

    Perkukuhkan ukhuwah Islamiyyah sesama kita. betulkan niat kita berjuang kerna Allah. Ummah memerlukan bahtera Pas u selamatkan mereka, tp malang, kita ari ni sdg membosorkn bahtera kita sendiri..INSAFlah

    BalasPadam
  10. Amat memalukan sekali mempergunakan doa untuk menunjukkan ketidakpuasan hati. Apa sudah jadi dgn kepimpinan PAS, jika didokong oleh perwakilan tidak cukup akal ni? Aku sebagai ahli PAS dgn sijil keahlian ditandatangani oleh Alfadhil Ustaz Fathil Noor, merasa malu & hina menjadi ahli PAS sekiranya pimpinan PAS masih mempertahankan perwakilan bangsat ini sebagai ahli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan malu, ulam pass adalah suci mulia. Mereka tidak tipu undi cina, tidak Tikam rakan pr, segala mereka buat adalah baik.

      Hehehehehehe, great party with all kind of high moral. You expected dakwah success by those suci people?

      Padam
  11. salah satu BUKTI nyata kegagalan kepimpinan ulama di bawah TGHH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju 200% tu bro.....aku tgk bila hadi mula bejinak dgn raja petra itu petanda buruk utk pas

      Padam
  12. bole makbul ka doa tu..? ceh...buang masa...

    BalasPadam
  13. Dia ni Phd agama dari UM tak silap. Nama dia Azhar Yaakob. Sekarang mengajar di UNiKL. Dia ni dulu orang kuat Hassan Ali jati dan banyak bergantung duit buat program motivasi peruntukan kerajaan negeri ketika Hassan Ali jadi exco. Bila Hassan Ali kena tendang keluar PAS bisnes kurang agaknya dengan kerajaan negeri dan dia ikut sama dengan Hassan Ali program terutama program sejuta umat kalmah Allah yang turut hentam PAS dan pimpinan PAS. Rasanya gambar dia pernah keluar internet dulu masa program tu dengan Hassan Ali. Kini tak silap duduk dalam Majlis Syura Ulama...itu yang tak faham tu, agaknya baik dengan Haron Din. Hoi ustaz hoi...lupa ke apa yang dah kamu buat dulu hentam pimpinan ulama terutama Presiden dalam isu kalimah Allah. Wala' ke wala' tu hoi ustaz hoi. Inilah perangai kononnya ularmak yang mengelirukan dan menghancurkan Islam. Naik angin tu agaknya nak tunjuk wala' tahap gaban dan mungkin ada masyuk bisnes balik dengan kerajaan negeri.

    BalasPadam
  14. Dia ni samada pengikut Ayah Pin atau Tuhan Harun.

    BalasPadam
  15. "Pas lebih teruk daripada umno, dulu kita doa binasakan umno kini Allah sudah terbalikkan kita doa binasakan sesama sendiri",kata seorang perwakilan.

    BalasPadam
  16. Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.
    Sendiri mau ingat DIMANA PINTU KELUAR DISITU PINTU MASUK.

    BalasPadam
  17. Sangat kecewa dengan PAS. Memalukan islam. Semoga golongan seperti ini keluar segera dari Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  18. Bgmn dgn ESOS 500,000 tu?

    moralnya itu jls RASUAH..
    sume ahli Pas yg waras tau itu RASUAH
    sume rkyt Selangor tau itu RASUAH
    sume rkyt M'sia tau itu RASUAH
    sume umat Islam tau itu RASUAH!!
    satu donia pon setuju itu RASUAH!!!

    Bnyk wooo! Harta sykt rkyt tu kan?
    ESOS 500,000 tu!!

    Nik Aziz
    Haron Din
    Dan geng2 MSU/mjlis syura ulamak..
    Adakah kamu sume tahu dan faham bhw RASUAH..RASUAH..RASUAH..itu,

    bahawa..
    RASUAH=mencuri
    RASUAH=merompak
    RASUAH=songlap
    RASUAH=khianat

    Nik Aziz..pompang pompang psl HUDUD
    Haron Din..pompang2 pasal HUDUD
    MSU..pompang2 gah pasal HUDUD

    Nah!
    Depan BATANG HIDUNG kamu..Din Ayam sbg ahli MSU kamu sndri yg kamu sume bangga2kan utk diwala' telah sgt jls MENCURI @ MEROMPAK @ songlap @ KHIANATI hak rkyt!?

    -DEPAN BATANG hidung kamu sndiri adakah kamu akn mngHUDUDnya?
    -Adakah kalian sume hanya nak mgHUDUD kuman2 diseberang lautan Pasifik & dah BUTA tak NAMPAK GAJAH XXXXL pakai "underwear" putih besor didepan mata??

    Nah! nah!!
    -DEPAN BATANG hidung kamu juga ada
    ..Kaki FITNAH pil kuda dan,
    ..kaki khianat bg peluru kat musuh
    Adakah kamu akan mngHUDUD nya???

    Tolong tolong tolonglah jgn jgn jgn sesekali HUDUD dijdkdn barang dagangan Islam nak tunjuk AUTA..
    -kamu sume tu suci disisi ALLAH
    -kamu lebih MULIA & TGGI drp org lain
    -sbnr2nya kamulah sejijik2 umat!?

    GB..tolong bagi tau kengkawan yg ada ddlm muktamar tu supaya dibangkitkan isu PENCURI & PEROMPAK nih..dia nih geng MSU tau..?? doa doa sekali!

    GB..
    perlukah Pas kpd MSU itu lg, klu dah ahli2nya pon jls PENCURI PEROMPAK PENGKHIANAT & PEMFITNAH!!!?

    Yg dah tau ESOS 500,000..

    Yg belum tau, puloh juta? ratus juta?? hu hu hu..itu lah MSU!

    dan last sekali..
    Presiden wajib diganti
    tukar..tukar..TUKAR itu Presiden!










    BalasPadam
  19. Presiden n Tim Mursidul Am tidak hentikan atau tegur si setan yg baca doa tu menunjukkan mereka bersetuju. Jahanam PAS parti kesayangan dipimpin oleh syaitan2 berserban

    BalasPadam
  20. Orang Hassan Ali rupanya patutlah benci sangat dengan Mat Sabu. Ini menambah buruk lagi wajah UG... semoga UG dibinasakan Allah di atas kemunafikan mereka di dalam memperjuangkan Islam.

    Dia ingat dia sorang je pandai berdoa... kita pun boleh berdoa.

    BalasPadam
  21. Krisis MB Selangor ni ada hikmahnya sebagai bukti PAS dan UMNO adalah sama perangai berbeza wajah saja. Sorang berselindung mengguna agama dan istana yang satu lagi berselindung menggunakan melayu dan istana untuk kepentingan parti bukan pon untuk rakyat MARHIN. Baru sy tahu kenapa Tun M tak hormat ust dan ulamak PAS Jadi kita jangan tertipu dengan mereka.

    BalasPadam
  22. SO NAMPAK SANGAT KELEMAHAN ORANG PAS NI...CAM MANA NAK JADI MENTERI UGAMA MALAYSIA, ANAK SAYA YANG SEKOLAH UGAMA PETANG TANYA "TUL KE YANG RAMPEH MIKROPON TU ORANG DAH NAIK HAJI"

    BalasPadam
  23. Perghh Mamat ni belajak dgn AYAH PIN wooo.NABI S.A.W tak pernah mengajar Umat nye Melaknat sesama ISLAM.Mamat ni dah tersalah Belajak dgn AJARAN AYAH PIN KOTTT

    BalasPadam
  24. istilah ulamak istilah mulia. Golongan ni bukan ulamak....tapi masa mula sekolah dulu otak bodoh....jadi makbapak hantar le sekolah arab...
    memang bodoh bebal dari asal. tapi tak elok kita sangkutkan perkataan mulia ulamak. kita katakan malaun g ngaji ugama sebab bodoh utk masok sekolah biasa

    BalasPadam
  25. Seorang perwakilan Wilayah Persekutuan di Muktamar PAS mengambil peluang Mendoakan Laknat kepada Mat Sabu dan 2 Adun ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

    Dalam ISLAM ajar ke macam tu?

    Kau ni dah cukup mendalami ISLAM ke?

    Tok Guru kau ajar Agama seperti yg kau doakan tu ke ?

    Hassan Ali suruh hang doa mcm tu ke?

    Pensyarah jenis apa hang ni?

    Beramai ramai pelajar2 kat UniKL tu dapat fahaman dari hang ?




    Dah tinggi sangat ilmu wakil wilayah persekutuan ni? DR apa...DR baca DOA laknat?

    Kawan nak hang tau.... tak payah sembang karutlah lidah berbelit belit penyokong PAS yang kalut ni.

    Kalau hang nak memimpin, hang pastikan orang bukan ISLAM pun yakin dengan hang, hang bukan duduk Tanah arab. Tapi hang tinggal kat Negara yg mana masyarakatnya majmuk, terima saja lah kenyataan tu.

    Dengan ada DR bangang macam hang lah PRU lepas P.titiwangsa kalah, baru kawan tau rupanya si BAHALOL di dalam PAS WP.
    Hang bukan setakat cakap, tapi berdoa kat atas pentas tu mengelirukan Jemaah lain. yang tu hukum nya apa pulak?

    Hang bukan bagi orang bukan ISLAM tu dekat dan yakin dengan ISLAM tapi merosak dan menakutkan.

    hang tak payah nak mimpi jadi pemimpin, Jadi kadi pun pun kawan tak yakin.
    Kalau Hang di di calon kan dalam Parlimen KL PRU akan datang ni. Memang kawan pastikan hang linngkup. Wajah saje Nampak alim rupanya berlindung disebalik Agama.Salah satu wakil diakhir zaman yang jelas.


    Ni aku nak bagi tau kat hang sikit...!

    Y.B. Tuan Hasnul bin Baharuddin Adun Morib. YB Kampung Kawan. Lu Azhar Yaakob jgn suka2 doa laknat. jangan sampai satu Kuala Langat sembahyang hajat kat lu. masak plak. orang hidup nak aman bukan berangan...Bodoh...Bodoh...Bodoh..!

    buang aje title DR tu. Malang sungguh pelajar2 UniKL ada pensyarah Bahalol macam ni. harap kalau sembang agama kat pelajar tu jangan menyimpang sudah.


    Sejarah paling DASYAT dalam PIMPINAN PAS dibawah LIDAH BERBELIT, BERPUTAR PUTAR LIDAH ni. Tak tau nak kata apa aiii.

    BalasPadam
  26. Ini Melayu Melayu yang ada belajar agama Islam yea....????

    Ayah Pin pun tak macam ini kan ???

    Bila nelsyan tangkap ikan di daratan , itu petanda burok.

    Renungi lah....

    BalasPadam
  27. pemuda pas dlm kepanasan...
    yg ustaz2 tu kalau x tahu luasnya ilmu politik...
    baik duduk surau atau joint tabilgh...
    bikin malu agama islam aje..
    dah termakan cili banyak sgt ke pemuada...

    apa masalah pas sebenar..???
    siapa musuh pas sebenar...???
    berhujah ler cari kebenaran...
    bukan baca doa yg merapu pemuda pas woi...

    BalasPadam
  28. MEMANG TERUKLAH GENG UG NI - ULAMAK GROUP A.K.A. UMNO GROUP DLM PAS.

    BalasPadam
  29. saya setuju dengan ulasan dan pandangan GB.

    BalasPadam
  30. AWAS..AWAS..AWAS

    INILAH RUPA BENTUK TROJAN-HORSE YG DITANAM DALAM PAS UNTUK MEMECAHBELAH JEMAAH.

    KALU MAMAK INI ORANG KUAT HASSAN ALI, SAH BERKERJA UNTUK UMNO-GOK. SEKALI LAGI HARUN DIN DAN GENG2 ULAMAK DIPERDAYA HIDUP2.

    BAPAK PRESIDEN SURUH ISTIQAMAH DENGAN PAKATAN RAKYAT, TETAPI MEMBIARKAN ANASIR SUBVERSIF SEPERTI MAMAK INI MENGUCARKACIRKAN PARTI!!!!!!

    BalasPadam
  31. aku penyokong PAS,sekarang baru aku tahu pemimpin PAS diatas masih lagi bersikap kenegerian, aku pecaya PAS for ALL hanyalah pembohongan, tetapi hati kecil aku terasa tertipu kerana perjuangan PAS hanya untuk Ulamak dan MSU sahaja bukan untuk rakyat dibawahan. aku sedih kerana MAT SABU di hina dengan doa, aku rasa menipu diri sendiri kerana percaya kepada lebai lebai yang hipokrit dalam PAS menyokong UMNO secara gelap, aku rasa semua ahli PAS yang berjuang dengan iklas tidak di pandang oleh peringkat atasan malah di anggap macai bodoh sahaja. PARTI PAS hannya sebuah politik dimana setiap ahli boleh keluar masok PAS tanpa di paksa oleh siapa, aku dengar juga kebanyakan pemimpin PAS berminat untuk keluar dari kepompong PR mernyertai UMNO...

    BalasPadam
  32. Bior le allah sedang tunjukkan kepada kita siapa pejuang sebenar...pas kita punya bukan ug dalam pas punya,pas hak perjuangan islam iaitu rahmah kepada seluruh alam termasuk bukan islam. Adakah tuan presiden difitnah macan haron din kata.. atau presiden pkr yang difitnah tidak berkebolehan??kita patut buang nama tuan guru .. mana ada sebut tuan gurupada sahabat sahabat nabi mana ada disebut tuan guru abu hurairah .. ... semua ini gelaran yang ditakuti menjadikan kita taksub . Hanya nabi muhamad sahaja tak boleh dikritik kerana baginda maksum...ni baru kritik pun dah melompat...adakah kita pas pun nak jadi macam parti lain yang pemimpin tak boleh dikritik... ingat...dalam islam digalakakan ..sebutlah kebenaran walaupun kebenaran itu pahit...dan sampaikanlah walaupunsatu ayat.ulama sepatutnya berlapang dada... doalah mat sabu kembali kepangkal jalan ..itu orang boleh terima lagi...biarlah dimata rakyat yang mengundi pas ...depa semua tau abang mat dan 2 orang lagi tu wira...apakata seorang pembaca malaysia kini..dia balik dari hongkong bayar tambang kapalterbang sendiri balik undi pas...dia kecewa..katanya ones bitten twice shy..dia takanndipatuk ular dua kali dalam satu lubang kerana undi pas..siapa sebenarnya menyebabkan pas hilang undi ..pikirkan... abang mat dan 2 orang tu hanya nakselamatkan pas dari hilang undi... tu pun tak boleh paham ka.. siap doa yang tak baik untuk abang mat kesayangan kami..tq gb kerana sediakan ruang ni utk kami luah perasaan...

    BalasPadam
  33. Setiap kutukan Rakyat adalah doa juga, Jadi sendiri tanggunglah bersama jemaah yg mengaminkan,
    Islam tahap rendah puak ni ,
    Allah akan bayar tunai akhir zaman ni.
    Kesalahan yg amat berat dlm Islam,
    Mat Sabu dan dua Adun cuma pegang
    Amanah Rakyat yg undi PR,
    Bukan menzalimi ,Tahniah dua Adun.
    Masih pakai akal yg Allah amanah kan.semoga usaha kamu dilindungi Allah ,doa yg dibaca Akan makan diri
    Sipembaca dan org yg merelakan doa tersebut.Amin

    BalasPadam
  34. PAS for ALL? PAS for Ganu /

    BalasPadam
  35. Bukan ulamak.Tapi ular dalam semak

    BalasPadam
  36. Kawan2....ade maklumat detail tak dr ni.....malu weh ngn pengundi bukan islam yg undi pas pru 13...ramai yg sy jumpa kecewa.....menyesal undi pas......telujuk lurus kelinking berkait....ostad ape kalau camni....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.