20 Nov 2014

Tengku Puji Umum Jual Tanah Mantapkan PASMA


Subang - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan.

Melihat posisi mesyuarat NGO itu minggu lepas, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu.

"In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan.

Sebelum itu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi memberitahu, PasMa mulai dipelawa dialog dengan peringkat PAS Pusat melalui Naib Presidennya Salahudin Ayub, serta di beberapa negeri susulan retreat parti masa depan berkenaan baru-baru ini.

"Selepas retreat PAS baru-baru ini, PasMa seakan diiktiraf dan pemimpin parti mula mengaturkan dialog peringkat pusat selepas ini," ujar Phahrolrazi.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah turut mengarahkan semua ahli tetapnya supaya mengukuhkan organisasi di peringkat negeri dan cawangan.

Lebih 50 ahli serta perwakilan negeri masing-masing mengadakan dialog dua hala dengan pemimpin pusat PasMa. -faqar









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

  1. Sesuai sangatlah pas diganti dgn pati lain jika hhadi tidak mahu turun.selayaknya pasma didaftarkan untuk tujuan itu... kelantan sokong 100%

    BalasPadam
  2. hanya orang berfikiran terbuka dan ke hadapan yang sedar betapa perlu nya perubahan dalam PAS

    Mereka yang berjuang tidak mengambil tanah (harta) sebaliknya menyumbang harta yang ada

    Memang dia patut di puji

    BalasPadam
  3. tak pernah pulak aku dengar haji hadi umum kt orang ramai dia jual tanah untuk perjuangan pas...tapi memang banyak tanah dan harta benda dia yg disumbang untuk pas...orang kecewa tak kekal lama...niat diorang ni takde beza dengan hasan ali dan akan jadi mcm hasan ali

    BalasPadam
  4. Sudah, sudah la , sapa2 yg tak puas hati berlebih2an ttg penubuhan PASma tu.
    Depa nak tolong PAS sebenarnya.

    Tak tau le, kot2 PAS/UG nak baik semula dgn UMNO, si PASma ni jadi penghalang.

    Berlapang dada le. Jangan taksub.

    BalasPadam
  5. Oleh krn PAS tdk mampu menjadi jamaah harakah islamiyah dan hizbi islamiyah serentak dgn penuh hikmah maka PAS perlu mengikut model ikhwan muslimin dgn wujudnya sayap parti islam..(fjp)...maka itu jln terbaik bagi PAS. MSU dan presideng PAS jgn nk perlekeh operation model yg diterokai ikhwan ...sbb siapa lah Pas dibanding ikhwanul muslimin....ikutlah yg baik...jgn amalkan taksub dan bidah syiah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.