20 Nov 2014

Sultan Pahang Nak Pukul Pihak Yang Keluarkan "Surat Kuning"


CCameron ighland - Surat Kuning dari Istana : Ini Jawapan Sultan Pahang

CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini. Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.

Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa. Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan. Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu.

Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta merta aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands.

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

"The illegal farmers are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem - from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab, terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut. - BERNAMA




16 ulasan:

  1. seeloknya siasat siapa dalang yg keluarkan surat kuning, hukum cukup²...sembang sahaja tak guna

    BalasPadam
  2. Moga2 adnan sempit tidak terlibat

    BalasPadam
  3. Yaa, ampooonn! Ada aku percaya?

    Kwang! Kwang! Kwang!

    BalasPadam
  4. Hehe.. Kalo tak de korban sonyap belako.. Mcm ler kecik sangat kayu balak ni utk di kesan pembalakan haram.. Org gilo pun tak percayo laaa..

    BalasPadam
  5. talk is cheap , jangan hot hot chicken shit... teringat pulak pada tukartiub !!!

    bebudak pahang suka pakai jaguar , bentley , range rover.

    tanam sayur susah jugak nak jadi kaya muda muda lah.

    BalasPadam
  6. Malaysia adalah syurga dan ibu duit kepada pendatang asing sebab kita serba serbi bocor di sempadan, lemah penguatkuasaan, rasuah di jabatan-jabatan yang di amanah & dipertanggungjawabkan, pegawai kerajaan yang tidak kompetens dan korup, malas turun padang, polisi kerajaan yang lemah dan sikap tidak ambil peduli warga kita sendiri. Mana-mana yang terasa tu, taubat nasuha, buat kerja sungguh-sungguh, InsyaAllah Allah bantu usaha-usaha untuk menambah baik

    BalasPadam
  7. SAPU (HARTA NEGARA)MALAYSIA.....MOTTO BN

    BalasPadam
  8. Hutan nak di botakkan cuma makan masa sebulan dua Nak jadikan hutan balik kena tunggu lebih kurang 7 tahun

    Kepesatan pendatang dan kawasan tanaman mendadak luar biasa Kita yang melihat percaya kepada pihak berkuasa telah mengambil kira baik buruk keadaan tanah dan hutan

    Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah
    Negeri di bawah kuasa Menteri Besar
    Kalau di Selangor Hutan Tampler Park di botakkan semua media menunding pada Menteri Besar

    Jangan salah kan surat kuning Kalau palsu pun yang meluluskan pun siapa
    Dan lepas ni kalau ada surat kuning jangan marah kakitangan yang tanya Istana untuk pengesahan

    BalasPadam
  9. Hutan nak di botakkan cuma makan masa sebulan dua Nak jadikan hutan balik kena tunggu lebih kurang 7 tahun

    Kepesatan pendatang dan kawasan tanaman mendadak luar biasa Kita yang melihat percaya kepada pihak berkuasa telah mengambil kira baik buruk keadaan tanah dan hutan

    Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah
    Negeri di bawah kuasa Menteri Besar
    Kalau di Selangor Hutan Tampler Park di botakkan semua media menunding pada Menteri Besar

    Jangan salah kan surat kuning Kalau palsu pun yang meluluskan pun siapa
    Dan lepas ni kalau ada surat kuning jangan marah kakitangan yang tanya Istana untuk pengesahan

    BalasPadam
  10. Bersamalah kita lihat sejauh mana tindakan akan dilakukan. Yg pastinya ia menjadi isu panas hanya sementara shj.

    BalasPadam
  11. Nasib baik media mendedahkan wujudnya surat kuning. Kalau tidak mungkin penerokaan haram di CH akan berterusan. Harap SPRM atau PDRM siasat riwayat surat kuning ini untuk pencerahan.

    BalasPadam
  12. lu SPRM jangan lu jangan hanya siasat kes rasuah kecil sahaja sebab i masih tak yakin dengan lu dari segi menyiasat kes rasuah berprofil tinggi dari golongan white collar (cth:CEO syarikat, YB, Perdana Menteri dan Sultan) sebab sampai sekarang i tak pernah dengar kes besar berjaya didedahkan dari golongan white collar melainkan kes ciput dari golongan blue collar (cth: pegawai rendah kerajaan, polis, kerani)

    LU MUNGKIN BOLEH YAKIN GOLONGAN YANG TIDAK ILMU YANG LU SERIOUS DALAM MENANGANI RASUAH TETAPI LU MASIH GAGAL MEYAKINKAN WE ALL DAN SAMPAI SEKARANG TIADA KES BERPROFIL IINGGI. JIKA ADA 1 SIDED SAHAJA PEMBANGKANG. WAH BEGITU TULUS DAN BERINTEGRITI SANGAT ORANG-ORANG UMNO SAMPAI TIADA KES RASUAH? ITU SEMESTINYA BOHONG BELAKA SEMUANYA.

    BalasPadam
  13. All roads lead to Rome

    BalasPadam
  14. Klu betui nk pukui..dh lama dh ada yg kena pukui...susah sgt ke nk cari saper yg pakai surat kuning tu?? Mula2 cr le saper yg dakwa ada surat kuning tu..pastu mesti dpt punyer ... Tp masaalahnya semua statetment tu hanya nk kaburi mata rakyat jer..ingat rakyat bodoh ker?? Tp tak dinafikan ada juga rakyat yg bodoh...

    BalasPadam
  15. Ini hal cuma hangat hangat tahi ayam saja. Nanti semua selesai pendatang bermaharaja lela semula cuma tunggu ada kes baru berlaku baru nak bising bising semula dulu kini dan selamanya pemerintah malaysia dan negeri cuma hangat hangat tahi ayam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.