13 Okt 2014

[VIDEO & GAMBAR] Samseng Macai Bertempur Dengan Aktivis Bantah Akta Hasutan


Balik! Aktivis anti-Akta Hasutan dihalau

Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini diganggu sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu, dengan bertempik meminta mereka meninggalkan tempat itu.

"Balik! Balik!" jerit mereka dan menolak peserta himpunan yang jumlahnya lebih besar itu.

Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Antara yang dihalau pula daripada Padang Kota termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata “selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan”. -mk

Himpunan bantah Akta Hasutan di Pulau Pinang pada 12 Okt 2014 telah diganggu oleh sekumpulan samseng yang kononnya penyokong "pertahan akta hasutan". Tindakan biadap dan ganas kumpulan samseng tersebut, telah mendedahkan sifat sebenar mereka yang menyokong Akta Hasutan, iaitu mereka adalah golongan fasis yang mengancam ruang demokrasi di negara kita.

Sila cam muka mereka dan tolong dedahkan identiti mereka ini, demi kebaikan demokrasi negara kita.
-fb Mansuh Akta Hasutan 1948




ULASAN GB

Anehnya, kumpulan samseng yang menyokong Akta Hasutan ini pula bebas... tak dikenakan pula tangkapan dan tahanan di bawah Akta tersebut...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

  1. GB

    Ini hanya boleh berlaku di Pulau Pinang. P3rsatuan Mukabuku? hahahaha.....memang s3bijik muka-muka buku.

    Soalan yang lebih penting ialah dimana PDRM?

    BalasPadam
  2. Teringat pula di dalam PAS ada sekumpulan 50 gagak hitam berlagak samseng semasa Muktamar yang lalu, dan kes Padil (ada orang kata seorang Ustaz) berlagak samseng ugut Safwan Anang dan geng samseng Rusila yang membelasah Aduka Taruna satu ketika dahulu...


    Satu spesis agaknya dengan yang di atas... Satu kebetulan atau hukum kebenaran tu GB?

    BalasPadam
  3. Mcmana PDRM nak tangkap...
    Perhimpunan dah la haram.. cuba pulak nak kacau rakyat dgn nak buat huru hara..
    Orang yg nak ketenteraman dah mula bersuara..
    So, jangan sampai porak peranda masyarakat..
    Barulah ada yg menyesal kemudian..
    Di sini.. siapa yg cuba buat hasutan.. penganjur haram yg berselindung dgn NGO atau rakyat yg mahukan ketenteraman..

    BalasPadam
  4. ini mesti geng mamak eee yang selalu tukar tiub peringat ,dengan nama mukabuku dan berbagai lagi macai pengampu rasis samseng belaan gerombolan karat biru tiada adap juga biadap ,apalagi pdrm mungkin pejam dua belah mata kot ? adakah pasal gerombolan dari sokongan pemerintah pusat ! memang geng samseng karat biru umporno kurang ajar bila pdrm buat tak tau ,ABU !

    BalasPadam
  5. Yg llaki berbaju merah tu mcm prnh keluar smasa PRK Teluk Intan. Kes yg sama, mnggnggu kempen calon DAP Dayana

    BalasPadam
  6. Ramai muka mamak padukang.. Depa ni mmg cari mkn camni la ehh..

    BalasPadam
  7. Mereka ini ahli Umno. Yang bercakap guna pembesar suara ini ahli umno bahagian jelutong

    BalasPadam
  8. Elok tukar nama Persatuan Muka Hantu..sebijik2 muka barua umngok

    BalasPadam
  9. Lebih baik Persatuan Mamak Berhantu



    in respond to
    umno celaka said...
    Elok tukar nama Persatuan Muka Hantu..sebijik2 muka barua umngok

    OCTOBER 13, 2014 AT 4:01 PM

    BalasPadam
  10. Kesimpulannya malaysia diperintah oleh mafia yg ketuanya ayahanda najib sama mcm negara mexico sebab semseng buat hal tidak ditangkap rakyat yg perjuangkan hak ditangkap.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.