13 Okt 2014

[GAMBAR & VIDEO] Bumbung Jejantas Di JB Runtuh, 5 Cedera


Bumbung jejantas runtuh, lima cedera

JOHOR BAHRU - Bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh ketika hujan lebat melanda Bandaraya Johor Baharu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang semalam, mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Menurut kenyataan daripada Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu lagi.

Tiga wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu berada di dalam sebuah kenderaan, kata bomba.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota.-Bernama

Mangsa dihempap bumbung jejantas syukur


JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh merentangi jalan di Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini, bersyukur kerana hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

Pemandu Honda Jazz yang hanya mahu dikenali sebagai Tan itu berkata kejadian berkenaan berlaku dengan pantas ketika dia dalam perjalanan dari Desa Tebrau menghala ke Tampoi, di sini.

"Saya tidak ingat apa-apa kerana kejadian berlaku sekelip mata, tetapi, saya perasan ada sesuatu terkena kereta (bumbung) sebelum ia kemudian jatuh ke atas jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tan yang berusia 30-an berkata kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku dalam keadaan hujan lebat.

Akibat terkena bumbung jejantas yang tercabut itu bumbung keretanya di atas tempat duduk pemandu kemek.

Menceritakan lebih lanjut, dia yang sudah berkahwin berkata kejadian itu menyebabkan pintu keretanya gagal dibuka, namun, dia bertindak pantas memecahkan cermin pintu dan keluar menyelamatkan diri.

"Saya masih trauma dengan kejadian ini. Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk ataupun kehilangan nyawa. Yang rosak teruk adalah kereta sahaja," katanya yang cedera di bahu kiri dan kepala.

Selain Tan, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang itu turut menyebabkan seorang pemandu lori berusia 50-an dan tiga wanita di dalam sebuah kereta Toyota Vios cedera.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bumbung jejantas sepanjang kira-kira 40 meter itu jatuh merentangi kedua-dua belah laluan dan menghalang lalu lintas.

Pekerja Majlis Perbandaran Johor Baharu kelihatan bertungkus lumus bekerja memotong bumbung itu kepada beberapa bahagian untuk dialihkan supaya laluan itu boleh dilalui semula kenderaan.
- Bernama













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI







2 ulasan:

  1. bukan bumbung je dgn tiang tiang bumbung sekali

    Mcmana ? Smp hr ini yg kita dengar rumah kampung kalau terbang pun bumbung atap Tak lah smp tiang tiang sekali yg tercabut

    Papan iklan pun berbahaya

    BalasPadam
  2. Ai tak lama lagi johor pun jadi negeri yg banyak bangunan runtuh sama mcm terengganu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.