20 Sep 2014

[VIDEO] Yuhaizad: Mereka Yang Berjongkang-jongkit Di Rumah UMNO Perlu Ditegur


Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN.

"PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS.

"Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya.

Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'.

"Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat.
Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai.

"Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan.

"Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat,"
katanya. -petikan malaysiakini


ULASAN GB

Hujjah yang mantap. Tahniah Yuhaizad. Berani kerana benar dan kebenaran itu tidak akan dapat sekali-kali dikalahkan oleh kebatilan.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





16 ulasan:

  1. Sdra Yuhaizad bercakap di atas dasar pengalamannya. Jika kita tengok senario PRU13 yang lalu, PAS Melaka berjaya menghantar seorang ADUN ke Dewan Negeri. Beliau bukan dari kalangan ulama/ustaz. Begitu juga dengan mereka yang hampir2 menang seperti Sdra Harun di Telok Mas, PJ sendiri di Alog Gajah dan lain-lain tempat. Mereka hampir menang. Manakala calon2 di kalangan ustaz semuanya tewas teruk, majoriti BN melebihi 1,000 undi walaupun ada ustaz2 dah bertanding di kawasan itu berkali2. Ini menunjukkan rakyat Melaka memerlukan golongan profesyenal jika mahu PR menakluki Dewan Negeri Melaka. Kalau nk harapkan geng ulama, sampai kiamat pun lom tentu dapat lagi, baik x sah masuk pilihanraya kalau camtu.

    BalasPadam
  2. Ulama Group (UG) adalah pengkhianat parti sebenarnya. Pepat di luar rencong di dalam. Luar kata skokong tolak UMNO, di belakang mereka tolak PR peluk UMNO. Tengok ajer ler krisis MB Selangor. Ternag2an mereka mengkhianati PR.

    BalasPadam
  3. anwarinas satu lagi label ciptaan umno utk org PAS.

    kononnya PAS jadi alat PAS, termakan jg dgn hasutan ini pd PAS.

    tidak sedarkah kita racun2 ini semua ditabur musuh2 PR?

    kenapa masih ade cemburu jika ade yg menyokong anwar sedangkan beliau jg adalah pemimpin yg membawa gagasan PR.

    so lepas ni akan ada pula LImkitsiangrisna, hadirinas.

    jika sesuatu perkara itu benar kita patut sokong walaupun dpd pakcik jual nasi lemak, itu prinsip islam

    BalasPadam
  4. hadi awang harus berundur sekarang sblm terlambat

    BalasPadam
  5. Puak Ulama UG tu sebenarnya pengkhianat kerana nam bersama UMNO.
    Kalau Almarhum TG Haji Fadzil Noor masih hidup ni, aku yakin puak ulama UG dlm PAS ni akan di balun/belasah oleh TG Fadzil Noor

    BalasPadam
  6. Syabas Saudara Yuhaizad. Berani kerana benar. Orang kampung saya ni. Dia memang seorang yang baik. Jangan sesiapa berani melabel dia dengan gelaran bukan bukan semata kerana dia menegur Ulama. Bukan mudah menjadi ahli Pas atau PR di Melaka. Tak percaya duduklah sini sebulan dua terutama di kampung kampung. Kami sentiasa di buli orang UMNO. Kami kenal UMNO. Oleh itu kami tidak gemar kepada mana mana pemimpin PAS yang mesra UMNO.

    -RSM-

    BalasPadam
  7. Syabas Saudara Yuhaizad. Berani kerana benar. Orang kampung saya ni. Dia memang seorang yang baik. Jangan sesiapa berani melabel dia dengan gelaran bukan bukan semata kerana dia menegur Ulama. Bukan mudah menjadi ahli Pas atau PR di Melaka. Tak percaya duduklah sini sebulan dua terutama di kampung kampung. Kami sentiasa di buli orang UMNO. Kami kenal UMNO. Oleh itu kami tidak gemar kepada mana mana pemimpin PAS yang mesra UMNO.

    -RSM-

    BalasPadam
  8. Hari ini penipu mulia u turn lagi. pandai cakap pusing u turn hari hari.

    Masuk neraka nak cakap u turn mana?

    BalasPadam
  9. syabas sdr yuhaizad,straight to the point ! bagi geng amngkuk 'bervest' ni mungkin dari rusila kot ,mereka ni tak boleh pakai ,baik joint umporno ! ABU !

    BalasPadam
  10. Seperti dijangkakan, Azhari Ariffin diberi penghormatan mukadepan oleh akhbar UMNOgok Utusex kerana berjaya mempromosi agenda UMNO dalam Muktamar PAS untuk pecahbelah PAS dan Pakatan Rakyat.

    Mamat ni yg bermentorkan Hasan Ali umpama bumi dengan langit jika dibandingkan dgn Mat Sabu dalam etika dan sejarah perjuangan PAS, PR dalam melawan musuh UMNO/BN.

    Mamat2 seperti inilah yang harus disisih dari PAS kerana impak anai-anai dan peranan TROJAN membawa agenda UMNO dalam PAS.

    BalasPadam
  11. hehe marah org balun kita tp kita balun org dan label org ug,ulamak bebal,ustaz kampung boleh pulak....

    *tak perlu rasa risau dgn perkembangan semasa dlm pas,macam2 ragam akan menambah kekuatan pas,pkr dan dap tau mereka yg sangat2 perlukan sokongan pas.

    BalasPadam
  12. sesiapa yg berjuang menegakkan agama Allah akan sentiasa berhadapan dgn ujian dan cabaran dr musuh termasuk dr kalangan ahli sendiri....

    masing2 ada strategi,tolong hormat kerja org lain kalau mengharap org lain hargai kerja kita...prinsip tahalluf

    BalasPadam
  13. menuduh mereka dari parti lain edar pil kuda tanpa bukti tidaklah seberat menuduh ahli sendiri di beli oleh barua. selalu nya mereka yg pencuri akan lebih meneriak pencuri pencuri kuat dari morg lain. fikir dan renung2 kang

    BalasPadam
  14. yang aku heran di kawasan jasin, pas selalu panggil ustaz cap UG untuk tarbiyah. Zaharuddin Mohamad di chabau dan mokhtar senik di umbai. alahai... memang bertambah teruklah nmpknya pas kawasan jasin dari peta politik negara..

    BalasPadam
  15. Tahniah! ini baru Pas yang berani! kalau jadi Yes men macam UMNO, Jahanam Pas

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.