21 Sep 2014

[VIDEO] Waduh, Presiden Sebut "Barua" Dalam Muktamar....


Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.

"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.

"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.

"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." – TMI


ULASAN GB

Ada banyak persoalan yang timbul dari ucapan penggulungan Presiden PAS.

1) Tak pelahap jawatan MB, tetapi nada yang begitu marah seolah-olah kecewa rancangan untuk "runtuhkan" kerajaan PR dan bekerjasama dengan 12 ADUN UMNO untuk kekalkan TSKI (ADUN Bebas) di Selangor gagal (?) Dan jika tak pelahap kenapa hantar juga nama ADUN PAS?

2) Majlis Syura PAS menyokong TSKI sedangkan TSKI yang telah mengkhianati dan tidak mematuhi arahan partinya. Tidakkah Majlis Syura PAS "mengajar" ahli parti untuk mengkhianati dan tidak mematuhi arahan parti sendiri? Jangan salahkan ahli jika mereka mengkhianati parti kerana Majlis Syura yang mengajar begitu!

3) Kes 2 orang ADUN dikatakan ada broker dan barua yang membeli mereka. Ada buktikan tuduhan berkenaan? Presiden nampaknya gemar untuk membuat tuduhan tanpa bukti seperti kes pil kuda dan komunis. Sementelah lagi, Lembaga disiplin pun belum bersidang untuk mendegar kesnya, mengapa Presiden telah "menghukum" lebih awal?

4) Baiah - Wallahi, wabillahi wataalahi.... apa yang dibaiahkan? Kenapa tak habiskan isi-isi baiah untuk mempastikan kedua-dua ADUN tersebut telah melanggarnya?

5) Baiah dan SD - mana lebih uatama? Dua-dua itu adalah perjanjian (wa'adat). Cuma SD tak disebutkan nama "Allah". Ini kerana "baiah" terpakai untuk orang Islam sedangkan Statutory Declation adalah untuk semua, Islam dan bukan Islam, tetapi Allah Maha Tahu sekalipun tidak dimulakan dengan Wallahi Wabillahi Wataalahi, sebuah "perjanjian" itu tetap perjanjian dan pelanggarnya akan tetap terima hukuman.

6) Parti rakan khianat dengan tahaluf siasi kerana mencuri ADUN PAS. Perbuatan memberi watikah untuk PAS bertanding di kawasan yang telah dipersetujui diberikan kepada parti rakan tidakkah juga khianat namanya?

7) Pencalonan Wan Azizah dipertikaikan. Bukankah di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama, Presiden sendiri yang mengusulkan dua nama, pertama Wan Azizah dan kedua Azmin Ali?

8 ) "di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja" - Hukum syarak juga adalah untuk orang berakal, bukan untuk orang gila. Dalil Al-Quran, bukan di sana terdapat ayat-ayat afala taqqilun (apakah kamu ntidak menggunakan akal)? afala tatafakkarun (apakah kamu tidak berfikir)? Dalil hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”

9) Jika hendak menggunakan hukum syarak untuk menuduh wanita tak boleh jadi pemimpin, mengapa tidak berterus terang? Kerana PAS sendiri ada pemimpin di alangan wanita seperti ahli parlimen, ADUN, exco dan sebagainya?

10) Bagaimana Presiden boleh menggunakan kuasa veto dan mengkhinati mesyuwarah dengan AJK PAS yang telah membuat keputusan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor? Kita bukan sistem khalifah yang keputusan ditangan seorang pemimpin. PAS adalah sebuah parti yang ada muktamar dan muktamar telah memilikh AJK PAS PUsat. AJK PAS Pusat itu diberi mandat oleh ahli-ahli parti, bukan Presiden seorang. Bukankah jelas arahan Allah:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah Asy-Syura 38.

Dan bukankah Rasulullah saw pernah bersabda : “ المستشار مؤتمن ” “Orang yang bermesyuarat pasti akan disentosakan”. Mengapa pakai kuasa veto?

11) Bagaimana kisah pertemuan di Manchester? Bagaimana dengan menantu sendiri menjadi ahli Majlis Syura? Bagaimana dengan ahli Majlis Syura dan kroni-kroni Presiden yang mendapat saham dengan nilai ratusan ribu ringgit yang lansung tidak diketahu oleh ahli-ahli PAS biasa?

12) Tukang sorak menyambut gembira ucapan penggulungan Tuan presiden, memberi lampu hijau kepada kumpulan yang sama bersorak dan mengejek perwakilan. Apakah Tuan presiden ingin menyemarakkan budaya ini di dalam parti?

Banyak lagi yang GB nak hujjahkan. Tetapi Tuan presiden silalah jawab kesemua di atas. Islam itu tertegak dengan hujjah, bukan dengan kuasa veto. Sedangkan Rasulullah sendiri boleh disanggah pendapatnya, takkanlah Tuan Presiden tak boleh dikkritik lansung? Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?


Dan tidakkah Tuan presiden perasan bahawa kesemua tindakan dan ucapan Presiden kini telah mendapat liputan meluas di media massa pro-UMNO/BN? Apa ertinya itu? Tidakkah Allahyarham ustadz Fadzil Mohd Noor pernah berpesan: Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena....

Dan selepas ini jangan haraplah PAS akan dapat meraih undi bukan-Islam/bukan-Melayu sebanyak yang telah diberikan semasa PRU-PRU/PRK-PRK sebelum ini. Mencari redha Allah bukan redha pengundi. Bagaimana untuk mendapat redha Allah jika redha manusia pun sudah tercicir?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





89 ulasan:

  1. Amat sedih PAS mempunyai Presiden yang tidak ber pelajaran... Bukan orang kampong bahalol , Jimmy Carter pun orang kampong di Amerika tapi tak sebahalol Presiden PAS.

    Wan Azizah lebih layak pimpin PAS , parti politik ahli ahli yang IQ rendah bila bila masa saja.

    Masa perlu ubah !

    BalasPadam
  2. Apa salahnya? Kan dia ulama pas mulia maka tiada salah cakap apa pun kerana ilmu tinggi drpd gb.

    BalasPadam
  3. Berpuluhan tahun saya sokong PAS dah beribu duit habis kerana membantu PAS, hingga saya sanggup beli kedai untuk dijadikan markas..sebab saya nak lihat PAS terus maju demi AGAMA ISLAM, saya tak perlu apa apa balasan dari PAS, biar ALLAH saja yang nilai, tapi bila terjadi perkara yang tidak elok sebegini aku rasa macam tertipu, mungkin tak elok aku ungkitkan hal sebegini, tetapi hati aku terbakar habis dek kerenah pemimpin dan pengikut yang tak waras dalam bertindak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah boleh bgi yg baik blh jdi jahat .yg jahat blh jdi baik . hati 2 lah

      Padam
    2. Islam tidak pandang pada pengorbanan duit @ tenagamu jika kamu x ikhlas. Cuba tanya betul2 kenapa tghh lakukan begini. Hanya org yg faham akan terima

      Padam
  4. Kalau suka labelkan orang lain kapir,sekular,laberal joint PAS kalau suka fitnah orang atau boleh cakap apa saja joint UMNO. Kalau nak kena buli joint PKR atau DAP. PAS BUKAN PARTI ISLAM PAS SAMA DENGAN PARTI PARTI LAIN . Allah tak JAMIN SYURGA kalau sokong PAS. Dulu Amanat Hadit Tuduh UMNO sekular dan kapir, Sekarang PKR dan DAP pulak. PARTI PAS Ni berbahaya Dari UMNO sebab Tak tunjukkan akhlak yang baik pada org bukan islam., Ni Akan timbulkan fitnah pada AGAMA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku akan sokong PAS selagi pemimpinnya boleh jadi imam semua solat fardu.... jenis najis pun tak tahu mau sokong ka...

      Padam
    2. Takat jadi imam solat aje.. make sure dorang jgn jadi pemimpin.. rosak jamaah.. rosak negara

      Padam
  5. ANON qoute"sebab saya nak lihat PAS terus maju demi AGAMA ISLAM, saya tak perlu apa apa balasan dari PAS"UNQUOTE

    Apa yg.terjadi itu BALASAN dari PAS..

    Kalau Anon x perlu balasan dari PAS ngape bising bising...kata " aku rasa macam tertipu" ???

    haha..mulut kata lain hati kata lain...

    Ada ciri2 org.MUNAFIK

    BalasPadam
  6. Aku pun menyesal menyokong Pas sejak Hj Hadi mangkok jd president pas.Jenis mabusia bodoh sombong dgn kedudukan dia.bungkusla pas Kali in!!

    BalasPadam
  7. PKR dan DAP mesti menolak PAS dari PR selagi PAS di pimpin olih Hadi. Jika PAS mahu teruskan bersama PR presidennya mestilah ditukar dahulu. Bukannya dengan presiden sekarang yg keterlaluan dengan ungkapannya dan tidak berpegang pada janji. Kesabaran PR mesti ada hadnya jika ia masih mahukan sokongan rakyat Malaysia. Jangan sampai dipijak kepala masih lagi ingin bersabar. Tolak PAS sekarangggg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara terbaik jgn tendang PAS keluar tetapi gantung tak bertali selagi TGHH kekal sebgai Presiden. Kata pepatah, letak musuh kita didepan mata kita supaya kita nampak onar dia dan dia tahu kita nampak.

      Jangan bagi apa2 jawatan exco.Lantik je sebagai penolong exco. Jangan lantik jadi pengerusi GLC. Lantik sebagai ahli lembaga pengarah biasa sahaja.

      Lagipun TGHH dan puak UGnya tak mampu nak bawa PAS keluar PR sebab keputusan Muktamar Ipoh 2008. UG grup kecil je. Mereka tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk mengubah keputusan itu. PAS DIBAWAH TGHH TAK AKAN KEMANA-MANA. LETS FRY TGHH & HIS UG GANG IN PR!

      Padam
  8. Semasa Ustaz Harun Din berucap, dia minta semua hentikan perbincangan mengenai isu ni sebab mesej dah sampai kepada pimpinan. Tapi presiden ulas lagi, dah jadi panas balik.

    BalasPadam
  9. hadi kau tuduh wakil rakyat PAS jadi barua, kena beli.

    mana besar baiah dgn kau dgn tuduh PKR DAP beli/rasuah 2 adun PAS?

    mana sikap islam kau menuduh PKR dan PAS. PAS saja ke islam, PKR secular maka masuk neraka.

    kau tk layak jadi presiden parti islam. kau sokong syiah itu punca bala Allah utk PAS.

    kau tk hormati kedatangan ulamak Syria ke Malaysia sebb kau fikir pandai sgt dan mereka itu jihad amerika.

    terimalah kutukan rakyat kerana kebodohan kau?

    apa jadi ulamak tk boleh dikritik ke? dah sah masuk syurga ke?

    kerana kau islam tercemar. anwar Ibrahim tk selesa dgn imej islam kerana dia rendah diri tk mcm kau rasa dh hebat sgt islam kau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar rendah diri???
      Klu dia rendah diri...semua ini tak akan berlaku....betul tak??!!
      Semua nak ikut cakap anwar dpd 16 september hingga 50 januari....
      Tanya koranglah....pernah ker korang kritik anwar???Setahu aku...sapa2 yg kritik anwar akan dibuang dari parti....keadilan ker??
      Sedara...lain kali saranan mendiang karpal minta anwar bertobat sepatutnya dituruti bukan diingkari...

      Padam
  10. Alang2 biar pilihanraya negeri, jgn gabung gan pas pengkhianat

    BalasPadam
  11. hadi awang mesti diturunkan sblm terlambat

    BalasPadam
  12. kalau Tn Presiden boleh sebut "barua" dan "broker" aku pon nk sebut... maaflah, Tn Presiden dh jadi BARUA sang menantu dan BROKER umno/bn.

    BalasPadam
  13. celuparnya dia ni.malunya...

    BalasPadam
  14. Aku rasa dah terok sangat hj hadi ni, tak mencerminkan akhlak org islam yg baik...aku sangat hurmat anwar ibrahim dan isterinya...sentiasa humble, apatah lagi mereka terpelajar, bukan macam hj hadi...mengaku ulamak ..dari dulu lagi aku memang tak suka dia....

    BalasPadam
  15. PAS macam nak FAIL jer ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa pas...pkr dah lama FAIL=lingkup

      Padam
    2. PAS memang dah FAIL dalam sahsiah politik negara dan tidak berukupayaan menjadi parti politik mendepani masaalah2 yang dirasai oleh rakyat Malaysia dalam berbagai perkara dan kos sara hidup.
      PAS hanya berkisar masaalah Hudud dan royalti minyak, membesarkan pemecatan mb Selangor walaupun PKR telah menjelaskan masalaah TSKI kepada TGHH.
      Tak perlulah PAS mengagungkan moto PAS GANTI UMNO, sebab PAS sendiri tumpul berbagai idea selagi TGHH memimpin PAS.Lebih baik UMNO yang berkefahaman kebangsaan memerintah Malaysia dari PAS yang berulamakan keduniaan.
      Lihat sahaja PKR yang berani sanggup menanggung risiko kehilangan seorang adun berjawatan mb dan kemungkinan negeri demi intergriti dari pelbagai serangan UMNO/BN untuk tujuan PRU ke 14 mengusai Putrajaya dengan izin Allah atas maufakat kerjasama PR.
      Lebih baik Timb. Presiden PAS Sdr. Mohamaf Sabu memimpin PAS, walau bukan ulamak tetapi pemimpin UMNO cukup gentar cara hujahsn beliau, sebagai contoh kerajaan membayar sagu hati bekas2 polis zaman darurat walaupun pemimpin kerajaan membantai keras hujahan Mohd Sabu.

      Padam
  16. Apa la hj hadi ni..buktikan setiap tuduhan tu...

    BalasPadam
  17. sy hrp pkr n dap akan usaha bubar dun. biar kita pilihanraya lagi. yg rasa pas mungkin letak calon disemua kerusi. bukan utk lwn umnobn. tp utk lawan pkr n dap.

    Firman-Nya “Mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan Engkau (fa-adhallu-na s-Sabila)” (Al-Ahzab(33): 67)

    BalasPadam
  18. mula2 main cantik, dh siapkan ucapan perasmian kata mahu bersama pakatan rakyat... disangkakan anwar dan lks dtg. rupa2nya x datang. jadi masa ucapan penggulungan cari jalan bantai anwar tuduh ada broker dan barua curi 2 adun pas. itulah kisahnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang barua adalah anwar...klu anwar tak barua...polemik ini tak akan berlaku...
      Apa gila sgt dia nak bagi isteri dia jadi mb???
      Asalkan adun pakatan selain isteri dia tak bolehkah???
      Presiden tak mampu jaga parti....isteri tak pandai jaga jam omega suami....layak kerrrr jadi mb?!!?

      Padam
  19. Teringat aku akan suatu khutbah Jumaat yang berbunyi, "Ada manusia yang pada awal hidupnya beramal soleh tetapi tidak pada hujung hidup dan ini menyebabkan dia dihumban ke dalam neraka MANAKALA ada manusia yang pada awal hidupnya tidak beramal tetapi beramal pada akhir hidup, beliau telah dikurniakan syurga."
    Adakah TG Hadi akan menjadi manusia yang rugi pada akhir hidupnya? Aku terasa amat amat amat hairan bagaimana seorang yang diberi taraf ulamak dunia boleh berbicara macam orang jahil? Tuduh tanpa bukti adalah fitnah. Fitnah tu ibarat makan daging saudara sendiri.
    Bilakah pemimpin PAS akan sedar? Sedar akan kesilapan mereka? Bercakap macam paria sahaja? Sebiji macam anak murid berbicara. Depa, depa, depa. Bila masa nya kita nak melihat kepada diri kita sendiri? Aku tahu aku tidak layak berbicara tentang Presiden PAS yang maksum (mengikut sebahagian ahlinya) tapi yang aku lihat (aku telah mengikut kuliah TGHH di Rusila sejak tahun 1981 lagi), ahli PAS semakin hari semakin nampak "keUMNOan"nya iaitu BODOH DAN BANGANG SERTA DAH TAK ERTI NAK BERFIKIR.
    Satu soalan untuk TGHH, bagaimanakah kita nak tutup bangkai gajah dengan sehelai sapu tangan? Sedih melihat TGHH yang aku sanjungi selama ini ... Lebih baik TGH balik mengajar agama daripada masuk bidang politik sebab TGHH dah tak layak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tghh ngajar agama aku suka..tp klau brpolitik rasa sedih kt dia..

      Padam
  20. dlm ramai2 blogger aku puji keberanian gb. menyanggah dengan hujjah dan berdalil. kalau tghh ikhlas, dia akan jwb balik semua hujjah2 gb. rasulullah sendiri berhujjah walaupun dgn orang awam dan bwhn. tghh lansung x pandang org bwhn. apatah lagi skrg dah jadi ulamak dunia. apakah jadi ulamak sedunia tiket utk beliau menuduh tanpa bukti...?

    BalasPadam
  21. Ciri munafik tu banyak pada presideng!

    in response to ANON qoute"sebab saya nak lihat PAS terus maju demi AGAMA ISLAM, saya tak perlu apa apa balasan dari PAS"UNQUOTE Apa yg.terjadi itu BALASAN dari PAS.. Kalau Anon x perlu balasan dari PAS ngape bising bising...kata " aku rasa macam tertipu" ??? haha..mulut kata lain hati kata lain... Ada ciri2 org.MUNAFIK , by Putra IJ80.

    BalasPadam
  22. Sape yg dah dibeli & diBELIT dgn ESOS-500,000 dia TENTU tak mau cerita?

    tiba2 AUTA lg dgn 2 Adun pulok dah pon kena beli oleh sape??

    dulu kes jenayah pil kuda yg patut REPOT kat balai polis dia pi buat AUTA kat TV3

    ..brp kali FITNAH AUTA fitnah auta utk bawa geng2 kamu TAK akan masuk kdlm Jahannam & akan terus masuk ke Syurga yg mana??

    adakah Syurga yg bernama FITNAH & AUTA??
    mungkin inilah Syurga utk sifakeh2 suci & pewalaq2 yg setia shj!?

    BalasPadam
  23. Ucapan penggulungan yang tak bernas dan pendapat yang sangat 'kodi' dari presideng yang 'cakap tsk serupa bikin' dan 'pakar tuduh tanpa bukti'... kalau beginilah perangai dan bawaan presideng...alamatnya bungkuslah PAS... jika ada PRN di Selangor... ulamak kalau suka tuduh tanpa bukti...beghak nannang!...

    BalasPadam
  24. Kalau dia boleh cakap kasah gila fitnah, orang lain pun boleh. Ini president barua ular semak, broker kepada syaitan.

    BalasPadam
  25. bila seseorang itu tak kita apa pun kedudukan dan jawatannya, bila dah menggunakan nafsu amarahnya menyumpah dan memaki, bererti dia berada di hujung hayatnya.

    BalasPadam
  26. Tuang presideng dah tak relevan dgn perjuangan dah! Nak mesyuarat pong tangguh sampai 3 kali! Persetujuan tahalul siyasi pun dah dibuat.....dia yg istihar....nape dia kata 2 adun tu di beli? Bukankah dua adun itu menegakan keputusan MSU/ JKPP..........bengong dah! Susah susah sangat keluar je PR......join hamno, kita tengok sapa nak wala' kat sapa! Sapa kena jilat sapa.........jangan sampai buntut bikmama dah!

    BalasPadam
  27. Demikianlah hukum kebenaran akhirnya tersurat.
    Semakin berbolak balik hujah-hujah kumpulan yang berpaksikan Presiden & MSU. Mereka seakan-akan tidak tahu apa yang mereka utarakan dan lakukan. Kemudiannya mereka menghentam atas perbuatan mereka sendiri.
    Tindakan mereka sekarang lebih kepada memberikan 'bola tanggung' kepada UMNO/BN untuk menundukkan PAS.

    UMNO/BN perlu meandang saja tindakan Presiden & MSU yang membawa PAS sekarang dalam kancah kucar kacir.

    i. Tindakan biadab 50 perwakilan pemuda meninggalkan dewan. Sengaja ditonjiolkan dengan memakai vest yang sama "Menyokong Presiden & MSU".

    - Adakah ini yang diajarkan oleh ulama-ulama PAS? Malahan nasihatkan pun tidak diberikan oleh Dewan Ulama PAS terhadap perbuatan sedemikian yang menunjukkan rasa tidak hormat dan bangga diri tidak bertempat terhadap Timbalan Presiden PAS.

    ii. Tindakan membaca doa laknat sesama sendiri. Adakah ini ajaran daripada usrah PAS (mungkin usrah UG begini)? Sedangkan yang berucap itu ialah AJK Dewan Ulama sendiri atau setidak-tidaknya lulusan agama.

    - Tidak perlu taut untuk berhujah (membaca teks) dengan berselindung di sebalik doa semata-mata untuk berhujah secara matang.

    iii. Tindakan mengejek dan memboo. Kenapa tidak boleh berlapang dada?

    -Jelas sangat yang membawa budaya tidak elok adalah pendokong Presiden & MSU. Jika begini nyata imej apakah yang mahu dibawa ke dalam PAS. Ini bukan asuhan ulama, jauh lagi daripada ajaran agama.

    - Jadilah contoh yang baik kepada parti-parti lain seperti kata Datuk Haji Hadi Awang PKR sekular pragmatik, DAP sekular Sosialis...tapi PAS Islam apakah yang dibawa?

    Apakah yang mahu dipertahankan lagi Datuk Presiden?
    Cukuplah dengan tuduhan sembrono...semuanya tanpa bukti seperti pil kuda, lenin dan sekarang broker dan barua.
    Cukuplah menjadi kuda tunggangan segelintir berkepentingan dalam meletakkan calon PAS bertanding sesama PR dalam PRU lalu, menidakkan keputusan JK Pusat terhadap calon MB.
    Cukuplah mahu menuding kepada rakan PR (PKR & DAP) sedangkan berapa kali Datuk Presiden hadir ke Mesyuarat Majlis Presiden PR?

    Apa yang Datuk Presiden utarakan lebih kepada kegagalan sendiri melaksanakan tugas lalu menggunakan Muktamar untuk melindungi ketidakupayaan sendiri. Sewajarnya yang diuatarakan itu disuarakan secara jelas dalam Majlis Presiden PR dan juga JK Pusat.

    Selamat bersilang lidah menyusun hujah.

    Kekal bersama PR tetapi tindakan lebih kepada menjahanamkan rakan-rakan PR.

    Selamatkanlah anak kroni agar hidup mereka senang-lenang, PAS tuggang langgang kemudian-kemudian boleh menang lagi.

    BalasPadam
  28. Isytihar masuk BN sahaja kan senang. PAS tidak perlu menunggu sehingga tahun 2016 untuk memusnahkan PR dan menyertai BN. Operasi pembersihan golongan pro-PR dan anti UG bakal bermula. Mereka akan ditewaskan dalam semua pertandingan tahun 2015. Memang hebat agen-agen yang menyusup ke dalam PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  29. bagi mereka yg masih kata anwar nk bagi isteri jadi MB, tolong berambus.

    sebabnya anda juga adalah sedangkal hj hadi yg tknak mengkaji sebab2 krisis Selangor tp terus guna otak umno tuduh anwar tamak kuasa dan nepotisma.

    aku paling benci org komen tp tk mahu kaji dulu...jenis pemalas mcm lembu.

    sorang lagi ust azhar yakub.. rasa mcm pandai sgt wala tk berbelah bagi pada presiden.





    BalasPadam
  30. kalau kapal tu senget dan semput2, jangan terus bakar kapal tu. Campak aje kapten aka nakhoda kapal dan tukang bawak kapal tu kat dalam laut. Insyaallah, kapal tu dan segala anak buahnya akan dapat belayar dengan selamat.

    BalasPadam
  31. Saman lah Msia Insider dulu

    BalasPadam
  32. ikang buruk bermula di kepala....

    dok gitu weh.....

    perpaduang for ALL

    janji masuk.....

    berat nanang doh set pas weh...

    BalasPadam
  33. Jom bermuhasabah ttg apa yg berlaku...jgan saling salah menyalah...tuding menuding...tetapi cari titik persamaan bagi penyelesaiannya.Tanggal selasa ini diharapkan selasailah isunya...tidak semua orang itu perfect...

    GB sy pastinya menunggu coretan dri hati anfa setiap hari....tetapi sejak akhir ini...coretannya membuatkan pembaca berfikir negatif dan berperasangka buruk..itu yg pastinya...
    Semoga dipermudahkan segalanya dan semakin baik penulisannya...tulisan yg baik dan bermanfaat...

    BalasPadam
  34. JOM BERFIKIR SEDALAMNYA SEBELUM MENULIS...KERANA IA MENGAMBARKAN SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA

    BalasPadam
  35. GB dan yg lain tentu senyum bila baca komen yg menghina dan mencaci tghh. Musuh2 PAS sdg bersuka ria lihat tghh di keji. Puaslah hati kamu semua.. kutuklah lagi tambahkan fitnah.. teruslah... teruskan. Semoga kamu puas dan gembira. Yg baik dan benar cuma kamu GB.... dan RBA

    BalasPadam
  36. AMANAH

    Aku setuju dgn ulasan TGHH. W/pun beliau dikatakan takde pelajaran (baca akademik) tp tegas dlm perkara bersangkutan Islam. Itulah perbezaannya antara mereka berpelajaran agama yg istiqamah dgn mereka yg berpelajaran akademik yg oportunis.AMANAH tidak mnghalalkn cara w/pun dimanipulasi dgn istilah tahaluf, strategi dsb... Terpulang pd anda semua utk ikut pmimpin yg mcamna.

    BalasPadam
  37. bg pkr jd mb lagi,buat perangai tukar lg mb pkr...senangkan nk buat pakatan hehe

    pilih kerana amanah bukan kecenderungan....tiada isu wanita,lelaki atau pondan der!!!

    lantaklah gb and the gang nk kritik presiden pun,selagi emosi tu kendur....presiden tak marah gb kritik dia pun,cuma hormat majlis syura,itu je ok

    BalasPadam
  38. dah buat survey ke???

    ntah2 sokongan lg meningkat pd PR pru 14 ni....tau hikmah???

    jgn nanti kasi uturn,bg alasan PR menang pru 14 bukan krn kekuatan pas tp kerana kekuatan pkr dan dap...haha mau ingat sikit

    BalasPadam
  39. wala' hanya terpakai pd ahli pas saja....wala' pd PR belum ada perjanjian

    sendiri jd ahli tau wala' tak wala'....bukan wakrak

    BalasPadam
  40. PAS bolih teruskan bersama PR tetapi tanpa Hadi. Jika Hadi masih menjadi pemimpin PAS, PAS akan hancur. Sudah tiba masanya Hadi di turunkan.

    BalasPadam
  41. UMNO akan menang di Pangkalan Kubor dengan majoriti yang lebih besar dari dahulu. PAS jangan harap akan menang. Punca kekalahan adalah dari pemimpin PAS sendiri. Malahan dengan kepimpinan sekarang Kelantan juga akan menerima nasib saperti Kedah dan Terengganu.Syabas UMNO.

    BalasPadam
  42. Aku rasa lagi 2 Kali jumaat boleh la sumer ahli pas berkabung...kalau dah buat perangai buang tebiat, memang tak lama dah la...

    Bukan nak mendoakan...kalo nak mendoakan, aku suruh dr dari KL tu je doakan...dia pandai sangat doakan orang...tapi jalan awal tu dapat la kurangkan dosa fitnah akan datang...

    BalasPadam
  43. tuang presideng bodo nak mampos. suka buat fitnah. dah kena saman RM2 JUTA masih lagi nak buat fitnah. tak serik2 ke haram jadah ni? pas takkan maju selagi berpresideng kang tuang guru ug celaka dan bermajlis syura kan penjual air jampi! huhuuu

    BalasPadam
  44. GINI LA, SEMUA RAKAN YANG PAS KA OR SOKONG PAS, SAYA DULU KERJA KJAAN PADA 1985/6 PILEHAN RAYA DI SLIM RIVER SAYA SOKONG EN GHAZALI LO LO (TAK TAU SAPE DIA???)RATIONALE NYA SAYA PANGKAH PAS SEBAB UMNO MASA TU JADI WAKIL NAK DPAT PROJEK,SO DAH XBETUL NIAT! UMNO,JIKA PAS REBUT MB S'GOR, HANCUR PAS, DAH KEDAH BUNGKUS! TERGANGGU TERLEPAS, POLITIC IS NOT TALKING, ITS IN THE MIND.WHAT ARE GOING TO DO TO HELP THE PEOPLE (WHAH SPEAKING SIKIT )

    BalasPadam
  45. Kalau join umno ..hadi kenalah bongkok cium tangan bikmama

    in response to Tuang presideng dah tak relevan dgn perjuangan dah! Nak mesyuarat pong tangguh sampai 3 kali! Persetujuan tahalul siyasi pun dah dibuat.....dia yg istihar....nape dia kata 2 adun tu di beli? Bukankah dua adun itu menegakan keputusan MSU/ JKPP..........bengong dah! Susah susah sangat keluar je PR......join hamno, kita tengok sapa nak wala' kat sapa! Sapa kena jilat sapa.........jangan sampai buntut bikmama dah!, by Anonymous.

    BalasPadam
  46. Dato Tuan Ibrahim adalah calon terbaik sebagai presiden Pas yang baru. Beliau mempunyai ketokohan mirip almarhum Ustaz Fadhil Noor. Seorang yang sederhana, pernah menjadi selebriti TV, pengalaman beliau dalam Abim, bakat pemimpin warisan selaku anak saudara TGNA dan ilmuan agama serta tokoh akademik ketika menjawat pensyarah kanan di UiTM meletakkan Dato Tuan Ibrahim sebagai calon terbaik untuk memimpin Pas di era yang mencabar ini. Pas boleh disatukan kembali oleh karekter pemimpin seperti beliau.


    BalasPadam
  47. Setuju sgt hujjah sdra.

    Zali M. said...
    PAS memang dah FAIL dalam sahsiah politik negara dan tidak berukupayaan menjadi parti politik mendepani masaalah2 yang dirasai oleh rakyat Malaysia dalam berbagai perkara dan kos sara hidup.
    PAS hanya berkisar masaalah Hudud dan royalti minyak, membesarkan pemecatan mb Selangor walaupun PKR telah menjelaskan masalaah TSKI kepada TGHH.
    Tak perlulah PAS mengagungkan moto PAS GANTI UMNO, sebab PAS sendiri tumpul berbagai idea selagi TGHH memimpin PAS.Lebih baik UMNO yang berkefahaman kebangsaan memerintah Malaysia dari PAS yang berulamakan keduniaan.
    Lihat sahaja PKR yang berani sanggup menanggung risiko kehilangan seorang adun berjawatan mb dan kemungkinan negeri demi intergriti dari pelbagai serangan UMNO/BN untuk tujuan PRU ke 14 mengusai Putrajaya dengan izin Allah atas maufakat kerjasama PR.
    Lebih baik Timb. Presiden PAS Sdr. Mohamaf Sabu memimpin PAS, walau bukan ulamak tetapi pemimpin UMNO cukup gentar cara hujahsn beliau, sebagai contoh kerajaan membayar sagu hati bekas2 polis zaman darurat walaupun pemimpin kerajaan membantai keras hujahan Mohd Sabu.

    BalasPadam
  48. Bercakap dalam keadaan amarah, pasti mengundang penyesalan bila dah kendur kemarahan.

    BalasPadam
  49. Teringat amanat hj hadi.

    in response to Teringat aku akan suatu khutbah Jumaat yang berbunyi, "Ada manusia yang pada awal hidupnya beramal soleh tetapi tidak pada hujung hidup dan ini menyebabkan dia dihumban ke dalam neraka MANAKALA ada manusia yang pada awal hidupnya tidak beramal tetapi beramal pada akhir hidup, beliau telah dikurniakan syurga." Adakah TG Hadi akan menjadi manusia yang rugi pada akhir hidupnya? Aku terasa amat amat amat hairan bagaimana seorang yang diberi taraf ulamak dunia boleh berbicara macam orang jahil? Tuduh tanpa bukti adalah fitnah. Fitnah tu ibarat makan daging saudara sendiri. Bilakah pemimpin PAS akan sedar? Sedar akan kesilapan mereka? Bercakap macam paria sahaja? Sebiji macam anak murid berbicara. Depa, depa, depa. Bila masa nya kita nak melihat kepada diri kita sendiri? Aku tahu aku tidak layak berbicara tentang Presiden PAS yang maksum (mengikut sebahagian ahlinya) tapi yang aku lihat (aku telah mengikut kuliah TGHH di Rusila sejak tahun 1981 lagi), ahli PAS semakin hari semakin nampak ", by Anti Fitnah.

    BalasPadam
  50. AKU NAMPAK TGHH HANYA MENJADI BARUA KEPADA MENANTUNYA. KES SAHAM ESOS TELAH TERBONGKAR.

    BalasPadam
  51. Siapa sediakan teks ucapan.

    BalasPadam
  52. PELIK...Mengapa langsung tak ada menyentuh kerosakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim?...Dia lah yang memulakan. Dialah yang memulakan kroni...anak...bini...dia...anak...beranak. Kena fikir lah. Mengapa asik nak ikut kata-kata dia walaupun tak betul?...

    BalasPadam
  53. yang ni lagi pelik... sejahat2 Anwar belum dia menempelak PAS dan pemimpinnya dengan caci maki. Se alim-alim Presiden PAS, tiba-tiba memaki BARUA terhadap org lain...

    in response to PELIK...Mengapa langsung tak ada menyentuh kerosakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim?...Dia lah yang memulakan. Dialah yang memulakan kroni...anak...bini...dia...anak...beranak. Kena fikir lah. Mengapa asik nak ikut kata-kata dia walaupun tak betul?...by Anonymous





    BalasPadam
  54. Jgn coma nampak kelemahan tulisan org sja. Tengok jugak kelemahan besar pemimpin parti kita. Mengampu tak bawak parti kita kemana-mana.

    in response to Jom bermuhasabah ttg apa yg berlaku...jgan saling salah menyalah...tuding menuding...tetapi cari titik persamaan bagi penyelesaiannya.Tanggal selasa ini diharapkan selasailah isunya...tidak semua orang itu perfect... GB sy pastinya menunggu coretan dri hati anfa setiap hari....tetapi sejak akhir ini...coretannya membuatkan pembaca berfikir negatif dan berperasangka buruk..itu yg pastinya... Semoga dipermudahkan segalanya dan semakin baik penulisannya...tulisan yg baik dan bermanfaat..., by Anonymous.

    BalasPadam
  55. Pemimpin bila berucap dan bertindak wajib berfikir sedalamnya kerana ia menggambarkan siapa diri pemimpin kita itu sebenarnya. Ia juga menggambarkan sama ada pemimpin kita itu ulaxxxx Din xxxx atau ulamak sebenar.....

    in response to JOM BERFIKIR SEDALAMNYA SEBELUM MENULIS...KERANA IA MENGAMBARKAN SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA, by Anonymous.

    BalasPadam
  56. Bukan kutuk. Ko boleh tgk video tu sendiri dan dengar sendiri bahasa yg digunakan oleh pemimpin kita tu. Kalau pemimpin bahasa buruk mcm tu pun, tak kan kita nak diamkan sja. Hebat sgt ke pmpn kita tu?

    in response to GB dan yg lain tentu senyum bila baca komen yg menghina dan mencaci tghh. Musuh2 PAS sdg bersuka ria lihat tghh di keji. Puaslah hati kamu semua.. kutuklah lagi tambahkan fitnah.. teruslah... teruskan. Semoga kamu puas dan gembira. Yg baik dan benar cuma kamu GB.... dan RBA, by Abu Hasif.

    BalasPadam
  57. Najib dgn HARAMJADAH
    Hadi pil kuda dgn BARUA BROKER
    Air dicincang tak kan putus

    BalasPadam
  58. Aku tengok hadi ni ada persamaan dgn pmpin umno. Pemimpin umno kata org lain haramjadah. Hadi kata org lain barua.


    din ayam

    BalasPadam
  59. Stuju molek..tghh pedas dan tegas..ni lah pemimpin yg kita nak.. memang kena...kalau kata pkr pelahap lg kena,dari dulu lg aku tgok nuar sah gelojoh..sollong bolong sbb tu lah apa perancangan dia tak menjadi sbb tak sabar..
    2 ekor pas dok jadi barua pkr buat apa? Bare kena beli ada broker pkr gi bodek tu sbb tu blh sain aku janji... Dok dengar pizi dgn pudin mampus ah..atas kertas blh bawa tubuk kluar..terguling... mu nak sombong apa pkr..kalu takde pas..puak mu nak naik poster pun takde..bila rada kuat sikit jadi kadok naik junjung...piiirahhh

    BalasPadam
  60. Sebelum terlambat...penyokong2 pas kena pastikan gerombolan2 ug ni di ketepikan dan di tendang. Merekalah sebenarnya parasit....musuh dlm selimut....pengkhianat rakyat.

    BalasPadam
  61. KOMENTAR PALING COOL...
    BUKAN SETAKAT HADI, MALAH SEMUA PARA PENYOKONGNYA JUGA DAH BOLEH BERATUR UTK CIUM TANGAN BIKMAMA...

    in response to Kalau join umno ..hadi kenalah bongkok cium tangan bikmama by Anonymous

    BalasPadam
  62. Mu ingat ramai naik poster tunjukkan parti mu kuat ke? Kelate pru 1999-2004 nyaris tak jatuh ke BN mu takmo komen ka? Yg nak mengundi tu rakyat atau petugas parti? Biar berjuta petugas parti naik bendera bergulung2 pong kalu rakyat tak undi mu tetap lingkup wakil rakyat tu... jgn dok megah tak tentu hala la samdol..

    in response to Stuju molek..tghh pedas dan tegas..ni lah pemimpin yg kita nak.. memang kena...kalau kata pkr pelahap lg kena,dari dulu lg aku tgok nuar sah gelojoh..sollong bolong sbb tu lah apa perancangan dia tak menjadi sbb tak sabar.. 2 ekor pas dok jadi barua pkr buat apa? Bare kena beli ada broker pkr gi bodek tu sbb tu blh sain aku janji... Dok dengar pizi dgn pudin mampus ah..atas kertas blh bawa tubuk kluar..terguling... mu nak sombong apa pkr..kalu takde pas..puak mu nak naik poster pun takde..bila rada kuat sikit jadi kadok naik junjung...piiirahhh, by Anonymous.

    BalasPadam
  63. Apa nak dikisahkan.
    Orang kalau dah nyanyuk, begitulah.
    Sikit lagi, gilalah dia.
    Hanya nak tanya.
    Kata Hadi: Pas bukan lahap MB Selangor.
    Tidakkah ini menghina Sultan?

    BalasPadam
  64. hehehe. gua sokong!

    in response to
    KOMENTAR PALING COOL...
    BUKAN SETAKAT HADI, MALAH SEMUA PARA PENYOKONGNYA JUGA DAH BOLEH BERATUR UTK CIUM TANGAN BIKMAMA... by Anonumous

    BalasPadam
  65. Ini lah presiden paling BARUA!! dalam parti.Sejarah terukir presiden daun ketum dan pil kuda. Ular yang keluar dari semak menampakkan dan menonjolkan peribadi sebenar. Pil kuda, daun ketum dan BARUA - pAS dah jadi Parti angkatan Sabotaj. sabotaj perjanjian, presiden yang sabotaj pakatan, cilaka lah pemimpin sebegini.

    BalasPadam
  66. Ohh begitu lah...PKR berak merata2 ...kencing sana sini....presiden PAS kena cuci sampaikan terlekat tahi2 kat badan.....badan berbau busuk...dek kerana nak cuci tahi2 semua tu

    BalasPadam
  67. Ucapan Haji Hadi macam 'kucing kurap kambus taik'.

    BalasPadam
  68. Pas akan musnah kalau ada pemimpin sedemikian. Ahli yg sayangkan parti wajib selamatkannya dan pupus.

    BalasPadam
  69. kpd musibat2 di atas yg mengutuk presiden PAS. indah benar bahasa yg diguna pakai. ternyata korang yg memberi komen di atas tiada akhlak dn ilmu. kesian...kesian

    BalasPadam
  70. Ko bagitahu presideng ko tu : kalau guru kencing beridiri murid kencing berlari. Bila presidenng ko tu memaki barua ko x gelar dia musibat? Ada akhlak dan ilmu ker Presideng mcmtu? ko tak kesiankan dia?

    in response to nonymous said...
    kpd musibat2 di atas yg mengutuk presiden PAS. indah benar bahasa yg diguna pakai. ternyata korang yg memberi komen di atas tiada akhlak dn ilmu. kesian...kesian by Anonymous

    BalasPadam
  71. Hadi awang ni mkn dari sumber tak halal kot. Selalunye org mkn benda dri sumber tak bersih ni CELARU je.

    Fread

    BalasPadam
  72. mana ada ahli Pas berani singkir puak UG dari Pas, semua penakut??? bising saja lebih

    BalasPadam
  73. Dulu masa Hadi disaman dan disuruh bayar RM2 juta, siapa yang pujuk supaya tarik balik saman ?

    Kalau tahu perangai Hadi macam syaitan, biar dia mampos saja.

    BalasPadam
  74. anon 12.13

    penyokong presiden Barua

    beginikah Presiden yang mudah membaruakan orang, tudoh orang pil kuda, boker. Presiden yang tiada etika sebegini layak untuk orang yang kaki ampu saperti anon 12.13

    Apakah Presiden menggunakan bahasa indah dan akhlak yang mulia dalam muktamar.

    Ampu ampu ampu lah presiden kau orang. Ahli pas dan PENGAMPU Presiden memang berbeza.

    BalasPadam
  75. jangan sampai rakyat tukar ABP = anugerah bintang popular jadik ABP = asal bukan PAS

    BalasPadam
  76. Mane boleh, die tuu presiden setiap kata membawa nilai dan beban, bukan main suka sebab die tinggi pangkat dan jawatan?! Tp xbijaksana xde gunanya...

    in response to Apa salahnya? Kan dia ulama pas mulia maka tiada salah cakap apa pun kerana ilmu tinggi drpd gb., by Anonymous.

    BalasPadam
  77. Ingatlah perkataan B A R U A ini dari seorang alim.. janganlah suatu saat nanti akan terkena ke muka sendiri.. NAUZUBILLHMINZALIK

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.