14 Ogo 2014

Apabila Exco PAS Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat

Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang.
– TMI


ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Mengapa GB gelarkan Khalid sebagai pengkhianat PR? Sebab beliau menyatakan tiada kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh baca SINI. Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



56 ulasan:

  1. X abis2 nk hentam pas..macam siall...org meluat la we ii asyik politik jeee..dgr ape yg exco pas tup ckp! Respek ngn exco pas..bknnya jd balaci kpd pkr n dap..mesti org akan kata aku nie org umno...puiiii..

    BalasPadam
  2. ada masyukkkk kah? yg sedihnya "amanah rakyat" dijadikan alasam untuk teruskan jadi exco sdgkan rakyat mengamanahkan mereka di atas nama Pakatan Rakyat. Bukankah sepatutnya mereka setia bersama Pakatan Rakyat jika benar hendak perjuangkan "amanah rakyat"?

    BalasPadam
  3. meluat betol aku tgk gambar tu

    BalasPadam
  4. hmmm tiada semangat kesetiakawanan dan mungkin tak pernah kerja berpasukan. kalo macamni memang lingkup PAS Selangor. Pengundi bukan Melayu menilai PAS sebagai parti tikam belakang.

    BalasPadam
  5. TULAH.. pakatan buat la cara pakatan.. bukan keputusan buat sorang2. Bila tersepit pakat salah sana-sini. Dulu kalut nk pakat. Dh la title mb hijau yg punya.. patut sembg la sama2.

    Don't play with xCEO from big cmpany.. dlm chess kalau nk finish this type of CEO, terus check mate.. kalau sekadar check.. silap hb kita kena checkmate..

    Sabar half of iman? Org tamak mostly rugi? Rabbit kalah pd kura2? God choose man with sabr & truth?..?!!

    BalasPadam
  6. https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t1.0-9/10599258_679933412086776_6160817941567584511_n.jpg

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah

    GB sengaja melulusterbitkan komen-komen ini:

    Anonymous said...
    X abis2 nk hentam pas..macam siall...org meluat la we ii asyik politik jeee..dgr ape yg exco pas tup ckp! Respek ngn exco pas..bknnya jd balaci kpd pkr n dap..mesti org akan kata aku nie org umno...puiiii..

    August 14, 2014 at 12:18 AM

    Blogger SolitaireHunter said...
    Ini kelab Greenboc ker cibai box?

    August 14, 2014 at 12:19 AM


    Supaya semua dapat menilai inilah perwatakan sebenar ahli (penyokong) PAS yang menyokong TSKI.

    Mereka sangup memaki hamun dan berbahasa lucah...

    dan mengaku seorang Islam...

    BalasPadam
  8. darah UG memang begitu GB. papagomo style

    BalasPadam
  9. Ya Allah kau telanjang kan dan lakhnat lah pengkhianat yg bertopengkn Islam. Amin

    Farid

    BalasPadam
  10. Hehehehe...aku punya komen mesti tak lepas punya kan GB...biasa laa...blog ko nie sememangnya bersifat munafik drp dulu, kini dan mungkin selamanya...takpe..cuma nak bagitau apa yg berlaku ada hikmahnya...Selangor masih PAS punya...ko pon mmg PRO PAS kan...nasihat aku adalah jgn terlalu memuja PR yg ditunjangi PKR+DAP tu..even MP2 yg aku masih hormati dlm PAS pun telah memilih jalan yg benar dgn menyokong TSKI sebagai MB Selangor. Harapan aku adalah supaya Exco2 yg dilantik menjalankan amanah dgn menutup pusat2 maksiat milik DAP, kuatkan penguasaan Islam dlm setiap cabang pentadbiran dan yakin kepada kekuatan PAS sendiri dgn membuktikan kepada UMNO yg PAS masih tidak kekeringan pemimpin yg ikhlas memajukan Islam di bumi Selangor. Next GE nie...silap2 haribulan BN akan respect pada PAS jika Selangor berjaya ditadbir dgn cekap dan amanah.

    BalasPadam
  11. Anonymous said...
    Memang UMNO skrg cuba main cantik, konon tak terima tawaran exco, dan tonjolkan kononnya PAS akan menguasa keseluruhan jawatan exco untuk sakitkan hati PKR dan DAP untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat.

    Betul-betul x der akal. Inilah kerja budak2 UG, ambik berita dari UMNO.

    in response to https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t1.0-9/10599258_679933412086776_6160817941567584511_n.jpg
    by Anonymous

    BalasPadam
  12. he..he..langit tidak selalu cerah... siapa yang layak mengenal penipu ? tentu layak nya seorang penipu juga...

    tipu rakyat, tipu Islam, tipu melayu agungkan cina, kondem PM, kondem itu dan ini, hina ibu bapa nenek moyang sendiri, tipu Sultan dan paling sedih menipu diri sendiri.

    Umno (bermatian-matian di hasut, di dengki, di hina- hingga sekarang lim kit siang masih tuding Umno sebagai penjahat yang di sokong pecacai PR - macam yahudi menggelar pejuang Palestin sebagai teroris/pengganas walhal pengganas sebenar yahudi zionis itu sendiri) juga bakal menjadi penyelamat...tunggu !!!

    BalasPadam
  13. 1st time tersrdong kat sini. Tak lah terkejut sgt, tapi dah agak dahhh, perangai org pkr mcm ni. Kat luar sane pon ade jumpa, kaki kutuk kaki bangkang. Itu jer, cakap banyak, lepak kat cafe berjam2,politicking, makan gaji buta. Gaji nak lbh, kerja nk sikit.
    Saya atas pagar, tapi bn-friendly, titik. Bye. Won't be here again,
    No, thanks. Salam

    BalasPadam
  14. Sembang panjang pun tak guna perkara sudah berlaku. Kalau tulis fasa.seksyen,strata dan dasar - dasar PAS ribu helai pun tak guna kalau persefahaman tidak dihormati.

    Kawan pada asalnya pun sokong sangat khalid sampai lah berita pemecatan dan sokong 4 exco PAS. Tak ke perkara seperti ini satu kejutan pada PR. Dan pula salah seorang exco dari PAS berkata ia hadir kerana arahan dari parti .....apa ni ....ni dipanggil strategi ke?
    Kawan bukan maki tapi nak kongsi dan itu namanya bukan strategi tapi bunuh rakan kongsi.

    Kalau PAS berjaya meyakinkan pihak PR untuk bersama kembali....rasa2 lah. Adakah kepercayaan sama seperti dulu dan penyokong2 PR pula akan percaya pada PAS lagi ke?

    Tidak perlu cerita PAS wujud atas dasar ini dan itu. Cerita sekarang adakah PAS dapat kembalikan kepercayaan pengundi2 yang undi PR pada PRU akan datang. Baik berterus terang saja. PAS menang dalam PRU yg lalu bukn kerana mereka sokong PAS. Tidak...tidak sama sekali pun. PAS menang dari sokongan pengundi PR.

    Kota Damansara adalah contoh paling baik untuk mengenal PAS....keputusan PRU yang lepas :

    Halimaton Saadiah Bohan (BN) 16,387
    Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) 14,860
    Ridzuan Ismail (Pas) 7,312

    Bandingkan walaupun PR dicabar tapi masih mampu bersaing dgn parti lawan iaitu BN. PAS berkeras untuk bertanding juga pada masa itu termasuklah 2 dari parti bebas. Tapi kenapa dari 2 parti PR yang bertanding, pengundi masih lagi undi PKR dan bezanya lebih 50% undian. Kota Damasara sebenarnya kita harus tahu siapa PAS sebenarnya. Penyokong2 PAS tidak perlu melontarkan kata " tanpa PR pun PAS boleh menang". Tak perlu berkata demikian dan PR pun tidak akan terasa atau berkecil hati dengan kata kaya tersebut malah mereka berasa bersyukur kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan pembelit.

    Kawan sarankan PAS keluar saja dari PR.

    BalasPadam
  15. pas yang saya kenal bukan setakat pandai solat saja rupanya pas ini tidak ada solideriti perjuangan setiakawan jadi saya dan keluarga tidak akan undi pas.. dan akan keluar dari ahli pas..bye.. bye..

    BalasPadam
  16. Dah la tuu green box. Dengar la keputusan majlis syura ulamak. Akhir zaman ni byk fitnah. Sehingga kini belum terbukti tski bersalah. Pkr pun tak dakwa di mahkamah. Sprm belum kata apa2. Tksi bukan pengkhianat pr. Itu cuma kata pkr dan dap. Tiada bukti kukuh. Bahaya ambil info berita dr golongan fasik. siasatan perlu ambil masa. Mohon petunjuk Allah. Jgn ikut golongan fasik. Takut jadi pemfitnah

    BalasPadam
  17. Kata exco PAS, "Kehadiran mereka ke mesyuarat exci atas sifat tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti."
    Alasan dangkal dan bersifat munafikun. Sanggup membelakangkan majoriti dan ikut minoriti. Inikah yang dikatakan tanggungjawab? Tahi kucing.
    Mengkhianati kawan apa hukumnya wahai PAS? Sepatutnya rasa bertanggungjawab terhadap semangat setiakawan lebih penting daripada mempertahankan TSKI yang semakin hari semakin nampak condong dan sengit.
    Entahlah PAS dah mula bersifat macam UMNO. Suka mencaci, suka mengkhianat, suka menfitnah, suka menyokong pihak yang tak betul, .... Aku sokong PAS ????????

    BalasPadam
  18. kalau tidak kerana setan empat orang ni "kerajaan khalid" dah berambus smlm...

    BalasPadam
  19. ini macam kalo, bila sudah ada pengkhianat dlm PR, jgn mimpi nk ke putrajaya... bukan saja putrajaya, yg ada kat negeri pun terlepas satu demi satu. bn akan berkuasa lagi nmpknya 100 tahun lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua salah anwar.. klu brl2 telus apsal x lantuk org lain je jd mb.. sbb tamak..tamak..tamak.. ini negeri SELANGOR bkn pkr.m dlman sndri x blh nk urus ada hati nk tadbir SELANGOR...piraahhh.. yg jd kambing hitam PAS.. sndri tamak.. dan gelojoh..

      Padam
  20. Kasar...kasar...ulasan semakin kasar...sy tegaskan perbezaan pendapat itu biasa...memaksa untuk menerima pendapat itu luar biasa...dengar dgn hati...bukan dangkal hati...tiada pengkhianatan...prinsip siasah perlu difahami...sdr2 perlu memahami asas meraikan pendapat..

    BalasPadam
  21. Kerajaan pakatan rakyat atau kerajaan negeri Selangor?

    Kerajaan pakatan rakyat tiada dalam undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

    BalasPadam
  22. Greenboc sekarang di rangking tinggi blog dunia... teruskan jgn putus asa ... nama pun politik yakni ada hujah pro dan contra

    BalasPadam
  23. Minta Maaf...komen2 anda semua ni seolah-olah menunjukkan PAS tak ada otak. Hebat betul komen2 sedara semua. Pernah terfikir, jika exco PAS ikut arahan PKR dan DAP...apa kan jadi dgn negeri Selangor? Pilihanraya dan siapa yang akan menang? Adakah semua parti PR dah bersedia?? Sekurang-kurangnya dengan tindakan PAS ni akan membantu semua parti PR buat persiapan utk pilihanraya..ada hikmah di sebalik musibah...muhasabah diri sebelum mengata kpd org lain. 1 jari menunjuk kpd salah orang, 4 jari menunjukkan kelemahan diri sendiri.

    BalasPadam
  24. khalid adalah pejuang rakyat yang sebenar!

    BalasPadam
  25. "hendaklah kamu sempurnakan janji2 kamu, sesunggohnya orang yg memungkiri janji itu adalah dari golongan munafik". Nampaknya Harapan Rakyat hancur berkecai oleh kerana golongan munafik yg berselindung disebalik jubah & serban.

    BalasPadam
  26. pru akan datang....
    pas tkkan ada jejak lagi di selangor... pas = pasti bungkus sbb bongkak
    pkr setengah mati kena yakinkan balik rakyat yg tertipu
    dap undi solid pasti akan meningkat wpun aku ni melayu + cina
    apapun... ABU

    BalasPadam
  27. Apakah dikatakan setia kawan dengan membiarkan kawan melingkupkan negeri selangor?. Tindakan dap dan pr sama perangai orang UMno, menyokong sesorang tu walaupun salah, tindakan tnki betul, dan ia memberi laluan seorang calon dap dan pk, ia berkerja untuk rakyat selangor bukan bekerja untuk parti, ia ikut kehendak rakyat selangor dan tak ikut kehendak parti, kehendak parti boleh tersasar dan mendatangkan musibah, kehendak rakyat boleh menuju kejayaan.

    BalasPadam
  28. Tercapai agenda dan percaturan melenyapkan gerakan dan pakatan kebenaran dan keadilan oleh Pakatan Rakyat. Dipecahbelahkan pakatan agar puak jahat dapat dan terus memerintah dan menzalimi rakyat Malaysia.Hajat untuk matikan perjuangan dan gerakan DS Anwar Ibrahim juga tercapai.Telah ditanam pembelot dan perisik di dalam parti lawan seperti Pas dan PKR kerana di dalamnya ada kepimpinan Melayu.Pas dihaburkan dengan "kejahatan" dan PKR disabitkan dengan "masalah". Rekod dan Data ahli kepimpinan PKR dalam tangan "mereka@UMNO".masuk jerat, akan disabit atau ditekan agar belot dan menyebelahi mereka. Kita perlu tunggu hingga ke 50 Tahun lagi untuk wujud dan hadir Kepimpinan yang benar....Niat dan hajat untuk melihat Rakyat Malaysia hancur seperti Filipina dan Indonesia kian hampir...Ingat wahai saudaraku diluar sana...Apapun kita berdoa dan berusaha agar Allah mengurniakan bantuan sebelum keadaan lebih parah.InsyaAllah

    BalasPadam
  29. Salam GB, jack ni. Gb tak jelas ka apa yg khlaid samad kata tu. GB plz, GB kenal jackkan, jck bkn nya sukakan PAS pun tp jack melihat punca. bg jack nk tukar khalid sbg MB pn xda hal tapi kalo part pembahagian kerusi boleh pulak PAS d panggil utk bincang2, napa la kalo projek Anuar nk jd MB , dgn plan2 semua x d bancangkan dgn PAS? ni kerjasama pa ni GB? byk btl2 yg menipunya. kata hr tu alngkah kajang ni bukan utk tukr MB. mcm2 alasan itu la ini la. saya kalo jd pemimpin pas pun akan pening kepala. so bg jck yg magaus skrg bkn PAS. PKR dan DAP la yg mengaus, habis tu selama ni mcm tak hormat dgn PAS. PAs tak mintak pun jawatan. bukan kita tak tau yg sejarah melompat parti mana. kalo ADUN PAS kena buang dr jwtn pn bukan mereka mengaus mcm PKR dan DAP. mula2 boikot hadir msyrt negeri lps kena pecat tak reti malu nak masuk juga kerja. hadir mesyuarat negeri tu kan kerja penting? nk jd ERxco yap x p mesyrt tu makan gaji buta . kami sbgi k.awam pn paham

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah, Exco-Exco PAS tersebut sedang menyelamatkan negeri Selangor daripada jatuh ke tangan UmnoBN.

    BalasPadam
  31. Senyum itu bermakna.tunggu d lihat.pas pas pas sabar aja La.....

    BalasPadam
  32. bukanker 4 org exco PAS ini terdiri dari kumpulan UG? mereka akrab dgn Hassan Ali yg dah dipecat dari PAS? Dan PJ PAS Selangor, Iskandar Samad yg telah memberi maklumat kepada Presiden sehingga Presiden membuat kenyataan PAS sokong TSKI terlebih awal sblm PAS Pusat membuat pendirian? Akhirnya Presiden PAS menjadi sasaran pemimpin PR?

    BalasPadam
  33. Admin Kelab Greenboc teruskan cara siarkan cara begini..bertahun saya ikutkan blog tuan..tahniah kerana hasil2 dr org yg baik dan boleh diyakinkan dikeluarkan disini..fakta dan data yg telus...TERUSKAN..hampir setiap hari saya membacakan blog tuan sebagai sumber dibelakang tabir yg boleh dipegangkan dan diterima..> dari rakyat marhaean Pahang (asal dr Melaka ), 56 thn bekas Pengurus Kanan Felda.

    BalasPadam
  34. Yaya, bersama umno, juga ulama pas president pas yang mulia ilmu tinggi.

    in response to khalid adalah pejuang rakyat yang sebenar!, by dino.yp@gmail.com.

    BalasPadam
  35. Balik kampong la maae...topeng kot mana pun org dah kenal umnogok. Mimpi sebantal ke...gi ka kat umah pak kadir..

    in response to he..he..langit tidak selalu cerah... siapa yang layak mengenal penipu ? tentu layak nya seorang penipu juga... tipu rakyat, tipu Islam, tipu melayu agungkan cina, kondem PM, kondem itu dan ini, hina ibu bapa nenek moyang sendiri, tipu Sultan dan paling sedih menipu diri sendiri. Umno (bermatian-matian di hasut, di dengki, di hina- hingga sekarang lim kit siang masih tuding Umno sebagai penjahat yang di sokong pecacai PR - macam yahudi menggelar pejuang Palestin sebagai teroris/pengganas walhal pengganas sebenar yahudi zionis itu sendiri) juga bakal menjadi penyelamat...tunggu !!!, by maae.

    BalasPadam
  36. Kena Tanya kenapa president pas sokong Khalid! Sejak kenyataan president pas sokong Khalid , menang dah nyata pas tidak sokong rakan dan tidak ikut pengundi selsngor. Admit it, pas did all this to itself, especially the president.

    in response to Minta Maaf...komen2 anda semua ni seolah-olah menunjukkan PAS tak ada otak. Hebat betul komen2 sedara semua. Pernah terfikir, jika exco PAS ikut arahan PKR dan DAP...apa kan jadi dgn negeri Selangor? Pilihanraya dan siapa yang akan menang? Adakah semua parti PR dah bersedia?? Sekurang-kurangnya dengan tindakan PAS ni akan membantu semua parti PR buat persiapan utk pilihanraya..ada hikmah di sebalik musibah...muhasabah diri sebelum mengata kpd org lain. 1 jari menunjuk kpd salah orang, 4 jari menunjukkan kelemahan diri sendiri., by Anonymous.

    BalasPadam
  37. aku langsung tak percaya sapa2 yg jd mb..dulu kalau tengok tv hari2 isu air selangor teruk sgt.tgk paper pun hari2 kes air..mb sain ja langat 2 terus elok dapat air sampai boleh buat kolam...semua masukkk terus baik..kalau tak masukkk jd macam sekarang la..kita org awam pun pakat2 duk gaduh..duk kata dia salah dia betul..depa baik punya duk gelak janji masuk...kita abuk pun tak dak..buat dosa duk maki ja..renung2 la..sapa pun sama kalau masukkkk

    BalasPadam
  38. hari ini: ketawalah sepuas-puasnya wahai khalid...
    esok: menangislah sepuas-puasnya wahai khalid...
    Allah sedang memerhati langkah khalid...

    BalasPadam
  39. Sokong 100%....x de guna lagi....lebih baik lePASkan je parti ini....x bermaruah on Apabila Exco PAS Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...

    in response to hmmm tiada semangat kesetiakawanan dan mungkin tak pernah kerja berpasukan. kalo macamni memang lingkup PAS Selangor. Pengundi bukan Melayu menilai PAS sebagai parti tikam belakang. , by Anonymous.

    BalasPadam
  40. Assalamua'laikum tuan2 yng bijaksana.

    Janganlah sombong sangat wahai penyokong PAS 9.22 am.Mari kita belajat mathematic sekejap.

    Berdasarkan kedudukan DUN sekarang di negeri Selangor.

    1.Pemerintah.
    BEBAS 1kerusi + PAS 15 kerusi =16 kerusi

    2.Pembangkang.
    DAP 15kerusi +PKR 13kerusi + BN12 kerusi=40
    kerusi.

    Jangan lah bongkak orng PAS!

    Sebab tu TPM kata umno akn sokong TSKI tanpa syarat secara tidak langsung menyokong pentadbiran islam.
    Bila DAP dan PKR bergabung jumlah 28 kerusi, apalah harga PAS di dalam pejabat menteri besar dgn hanya 16 kerusi dun itupun setelah dicampur dgn 1 kerusi bebas?

    Jadilah orng bijak jangan jadi orng bongkak!

    BalasPadam
  41. Dulu Pas nak jadi adun pun susah, sekarang dah jadi exco, intai nak jadi MB pula, dapat dunia lupa akhirat ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau punca jangan mengata. Kalau pas nak jwt MB SelangorPRU13 dah boleh. Tak guna cakap kamu tak tau apa2.

      Padam
  42. Pas sedang memperlihatkan siapa mereka sebenarnya bila dapat jawatan, rakyat boleh nilai

    BalasPadam
  43. Pemimpin Pas macam pemimpin al Fatah yang bersubahat dengan israel, yang berjuang Hamas.....

    BalasPadam
  44. Pemimpin Pas kemaruk jawatan, tak puas dapat jadi MB hanya 1 penggal, nak tiru TGNA jadi MB, tapi tak mahu tiru akhlak TGNA, TAK BEGITU DIN VELLFIRE LU

    BalasPadam
  45. bersedia keluar pas beramai-ramai.

    BalasPadam
  46. Kecewa dgn Pas dan 4 adun tu. Syukur ada 2 adun Pas yg bijaksana. Setuju dtubuhkan parti baru utk ahli Pas yg bijak sahaja.

    BalasPadam
  47. Alkisah maka terbukalah pekong PAS yang disemnbunyikan selama ini, patutpun tak menang-menang rupanya ada penyakit hati yang kronik

    BalasPadam
  48. Aku penyolong pas yang setia, tapi dengan krisis MB ini... pas,,, pergi mampos....

    BalasPadam
  49. Pas tak pernah jadi exco di Selangor, sekarang intai nak jadi MB dengan bantuan Tanghut atau syaitan yang dikenali?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.