21 Jun 2014

Wanita Ini Diperintahkan Ke Hospital Permai Tampoi


Putrajaya : Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin melepaskan wanita yang terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012, Muhdalena Ahmad, 30 selepas mendapati ketidaksempurnaan akal tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan tertuduh ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamed Kamil Nizam terhadap Muhdalena. Turut berada di kamar mahkamah, peguamnya M Visvanathan dan Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Mohamed Kamil berkata, beliau berpendapat pihak pembelaan berjaya membuktikan pembelaan ketidaksempurnaan akal mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan pada imbangan kebarangkalian.

“Berdasarkan keterangan di hadapan mahkamah dan nas undang-undang sedia ada, saya berpendapat pada imbangan kebarangkalian. Ketika kejadian tertuduh mengalami kemurungan psikotik akibat daripada ‘shared delusion’ (delusi yang dikongsi) menyebabkan tertuduh tidak dapat mengetahui tindakannya menyalahi undang-undang,” katanya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.