Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya mengecam tindakan mengarahkan seorang siswi menanggalkan purdahnya untuk masuk ke dewan peperiksaan.
Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi (gambar) berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.
“Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri,” soal beliau dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kejadian Isnin lalu, di mana seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pihak seksyen peperiksaan kampus itu juga bertindak secara “double-standard”, apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian.
Sedangkan kata beliau, rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.
“Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswi yang berpakaian menjolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib,” kata beliau lagi.
Pihak Hewi PMIUM juga katanya, menuntut pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.
“Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya?
“Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti,” tegasnya.
Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.
Zulaikha Adam tutup akaun facebook
Zulaikha Adam Pelajar UM Akhirnya Tutup Akaun Facebook | Berita terkini
Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya. Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.Terdahulu pada 16 Jun 2014, Zulaikha Adam yang juga merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengawas UM yang memaksanya untuk membuka purdah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan.
Peraturan UM yang melarang wanita memakai purdah ketika peperiksaan kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
UM tu Yahudi punya ker..?
BalasPadamUMNO heboh kata negara ini negara Islam, tetapi pakaian yg digalakkan oleh Islam pun tak dibenarkan.
BalasPadamyang dibenarkan pakaian seksi dan telanjang yg jadi pakaian negara kufur.
UMNO MUNAFIK
UMNO heboh kata negara ini negara Islam, tetapi pakaian yg digalakkan oleh Islam pun tak dibenarkan.
BalasPadamyang dibenarkan pakaian seksi dan telanjang yg jadi pakaian negara kufur.
UMNO MUNAFIK
Menteri agama...hang buat apa...hang buat leceh noo...pieeee.....rah....
BalasPadam(Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan ......... di dewan peperiksaan.
BalasPadamDah peraturan kata gitu. IKUT aje la. Tapi kalau ada lagi yang pakai purdah tetapi tak dilarang maka ini agak tak betul lah.
Tentang pakaian yang menjolok mata ia adalah mengikut tafsiran orang yang menguatkuasa itu sendiri !
Her Her Her
Kata Pak Menteri:
BalasPadamNegara kita Malaysia .... Islam pun tidak .... sekular pun tidak .... SARKIS. Malaysia Boleh.
Memang UMNO ini munafik sejak dahulu lagi, memerintah Malaysia dengan mengatakan pada dunia, kita negara Islam, tetapi syariat Islam tidak dilaksanakan.
BalasPadamSebab itu mereka ini boleh membenarkan pertandingan Mrs. Universe 2014 diadakan di negara ini pada 29 Jun 2014 yang diketahui hari itu jatuh pada 1 Ramadhan iaitu awal ramadhan.
Perlu diingat menutup aurat juga adalah syariat Islam bukan budaya.
No komen mengenai hal ini beb. Tapi kalau sekadar tegur untuk buka penutup muka saya rasa ianya tak jadi isu besar. Tapi yang jadi isu kalau suruh dia suruh tukar baju kepada baju yang mendedahkan aurat itu memang kita complain.
BalasPadam