18 Mac 2014

[VIDEO] Felixia Seru Ambil Iktibar Daripada Insiden #FMFA 2014


SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah,” kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

“Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

“Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum (minuman keras -ed) walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

“…tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

Felixia menganggap mereka yang masih berseronok dengan benda tidak berfaedah sebagai seperti tiada haluan hidup.

“Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini,” katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.


Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. -SH






IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


5 ulasan:

  1. semuga mendapat hidayah.
    kalau pun ditakdirkan Allah tak beri hidayah, kat dunia ni dia tak menyusahkan org Islam dgn dedah aurat & perkara2 negatif sbg human being. Salute to u.

    BalasPadam
  2. In Shaa Allah.. Allah SWT akan mmberi hidayah- Nya pd sesiapa yg Dia kehendaki...kita hanya mampu mndoakn dn tarbiyah pd golongan yg bukan Islam agar mereka tidak djadi kan bahan bakar api Neraka sbgmna dsebut dlm Al-Quran..

    BalasPadam
  3. Malaysia macam transit dadah saja

    BalasPadam
  4. SAYA DOAKAN SAUDARI MENDAPAT HIDAHYAH DAN BERTEMU JODOH DENGAN LELAKI YG DAPAT MEMBINBING KE JALAN ALLAH ,AMIN

    BalasPadam
  5. Salam,

    Kepada Nazri Aziz, Tourism Malaysia dan semua yang Muslim yang telah mengizinkan, menyokong, membela konsert ini [ dan konsert-konsert maksiat yang lain samada yang telah lalu atau dalam perancangan ] ambillah ikhtibar dari nasihat Felixia Yeap ini yang bukannya Muslim.

    Ini membuktikan bahawa membenci sesuatu yang merosakkan, yang menjahanamkan, yang menghinakan adalah sebahagian dari fitrah manusia, tidak kira agamanya.

    Nazri Aziz telah mempertahankan konsert ini kerana telah menjana pendapatan bagi Malaysia dengan kemasukkan pelancong.

    Namun persoalannya ialah adakah ianya berbaloi ?

    Jika Malaysia mendapat beratus juta ringgit pun keuntungan, apa gunanya jika ia bermakna rosaknya akhlak anak muda negara kita.

    Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Sepatutnya Nazri Aziz dan semua yang Islam yang terlibat malu dengan Felixia Yeap. Pendirian Felixia Yeap adalah lebih Muslim dari pendirian Nazri Aziz.

    Ya Allah, Engkau berikan hidayah pada Felixia Yeap dan semua yang dia cintai dan Engkau masukkan mereka nanti ke dalam syurga Mu ya Allah, amin.

    Dan ya Allah, Engkau berikan hidayah pada pimpinan UMNO-BN agar mereka tidak terus menerus merosakkan negara dan masyarakat Malaysia, amin.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.