18 Mac 2014

[GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370


Bogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB

ULASAN GB

Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.

p/s. sekurang-kurangnya "cara"nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang.... pun bomoh tuh belum dapat bagitahu apa-apa hasil dari "ritual"nya itu.

Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total!


Wallahu 'alam.





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


58 ulasan:

  1. Allahuakbar...baca berita ni pn dah meremang bulu roma....

    BalasPadam
  2. Salam Greenboc

    Bomoh Malaysiapun kita tak percaya. Nak percaya bomoh Indon pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bce dl bru komen...jgn bce tjuk sje trs komen...maaf ye..salam

      Padam
    2. Bce smpai hbs bru komen...jgn bce tjuk sje trs komen...maaf ye...salam

      Padam
    3. Oi, dia solat tahajud lah..mana ada nak buat mcm si bomoh tu! tak baca ke? buta huruf eh? ke tak tau bahasa melayu?!!!!

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. salam Yong

    Adakah anda mengkategorikan orang yang solat tahajjud, yang memohon petunjuk dari Allah sebagai "bomoh"?

    BalasPadam
  5. GB hanya memperkongsikan laporan tu untuk pembaca-pembaca di malaysia lah yong...

    takkan bab tu pon jadi hal?

    BalasPadam
  6. Dia hanya solat hajat dan tahajjud ..seterusnya bertawakkal pd Allah..mmg betul lah cara dia cik yong

    BalasPadam
  7. Tidak ada yg mustahil akan hal ini... dunia penuh keajaiban.. benar kata Kapten Norudin.. dimana sains berakhir disitu kudrat Allah S.W.T bermula... hal ini paling diterima akal berbanding teori2 perampasan...

    BalasPadam
  8. kalau begitu benarlah seperti yang dikatakan oleh Kapten Norudin dari awal hari tu...yg pesawat tu hilang...noktah...wallahuallam

    BalasPadam
  9. bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku.

    bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil.

    sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut.

    altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2.

    begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat.

    ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll.

    memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang.

    BalasPadam
  10. Bkn nk PERCAYA tp berusaha untuk mngesahkan maklumat mcm ni lbih relevan krna lokasi diberikan..bkn nya lokasi yg TERAPUNG2 mcm hari tu. Hantar 1 kapal pngesan pn dh ckup. Jika benar spt maklumat td..hntar kapal dr sluruh dunia pn takpa dh. Hope never end..

    BalasPadam
  11. mungkin ada kebenaran

    lokasi itu kelihatan berdekatan dengan lokasi yang pernah disebut oleh seorang pekerja pelantar minyak vietnam dan juga mungkin benar seperti yang dilihat ada objek terbakar oleh nelayan2 kelantan kerana ia berhampiran dengan kedudukan di pantai negeri itu...

    BalasPadam
  12. At least cuba la pi selam. No harm trying.

    BalasPadam
  13. Ya Allah...mohon dipermudahkan segalanya. Tamatkan penantian yang tak terjawab sehingga kini...

    BalasPadam
  14. Salam,
    Hal alam ghaib susah nak kata betul atau sebaliknya kerana bertentangan dgn hukum akal. Di alam ghaib pulak byk makhluk yg hebat2 jauh lebih canggih dari manusia.

    Ginilah, wak dan minah indon yg kata tahu dan telah berkomunikasi dgn MH370 tu masih boleh dipersoalkan, pertama adakah syariat islam yg diambalkan tu betul, almaklumlah di indon amalan islam diaorg ada yg berunsur sirik, kedua kalau mh 370 tu jatuh mesti ada bahagian pesawat tu yg pecah atau tanggal dan ada yg terapung diatas laut. Kecuali kawasan tempat pesawat tu jatuh ada semacam bermuda triangle menelan keseluruhan pesawat. Wallahua'lam

    BalasPadam
  15. Subhanallah.. setelah membaca berita ini, meremang bulu roma saya. Pada jam lebih kurang 3 pagi ahad lalu, saya di kejutkan oleh igauan suami yang melaungkan kalimah Allahuakbar. Pabila saya buka mata, terus terlihat susuk tubuh lelaki berpakaian seragam putih dan rupanya seakan co pilot mh370. Saya terkejut dan ketakutan terus membaca doa pelindung syaitan dan ayat kursi. Bila saya buka mata semula orang itu hilang. Tapi saya masih terasa kehadiran lembaga berkenaan. Inilah pertama kali pengalaman saya melihat dengan jelas makhluk yang menyerupai manusia. Dan saya sedar saya bulan di alam mimpi ketika itu. Saya pun tak tahu apa petunjuk atas kejadian ini.

    BalasPadam
  16. Semoga itu memang petunjuk dari Allah.
    Macam kes 3 beradik perempuan yg mati dibunuh di A/setar, 2-3 bln lepas. Dikatakan, bapa mereka mendapat gambaran 'pembunuh' setelah solat & berdoa kpd Allah, kemudian dimaklumkan kpd polis.
    Allah Maha Besar.

    BalasPadam
  17. Allahu akbar. . Moga apa yg diceritakn mbawa kbnaran utk mudah mcari mgsa yg hilang. Allahu Akbar. .

    BalasPadam
  18. Banyak cara boleh dilakukan dalam usaha mencari barang yg hilang.Solat Hajat sudah dibuat TAPI Solat TAHAJUD belum lagi.Mungkin cara demikian adalah antara salah satu jalannya.Percaya kpd alam Ghaib adalah ciri2 org beriman TAPI Awas Akidah pun kena jaga juga.Jika benar dgn penemuan tersebut jangan berlengah ,ayuh terus ketempat itu dgn segera utk ditimbulkan dan dibawa pulang.

    BalasPadam
  19. bayangkan jika pesawat itu "mati" secara total (fungsi2 logam/alat2 elektronik itu tiada langsung)... amat sukar utk dikesan oleh radar didasar laut...

    BalasPadam
  20. Selagi pesawat belum ditemui semuanya hanya sekadar teori sahaja. Sseungguhnya hanya Allah SWT saja yang mengetahui kebenarannya

    BalasPadam
  21. Ni baru bolih di terima...sholat hajat...bukan bwk teropong buloh...dayung tak ketahuan...

    BalasPadam
  22. Allahuakbar....
    Meremang bulu roma..

    BalasPadam
  23. Cerita Pasangan suami isteri dari Bogor ini sama seperti statement yg dikeluarkan oleh seorang professor dari UUM sebelum ini, cuma prof itu memberi pandangan secara ilmiah dan pengalaman. Masaallah....

    BalasPadam
  24. yong intan nor..
    jage tu mulut...!!!

    BalasPadam
  25. bila baca artikel ni terasa saya sndri nak g jengah dasar laut tu...tapi apa lan daya.. kalaulah ada peralatan lengkap tentu saja saya sudah sampai..

    BalasPadam
  26. Ini bukan bomoh. Dapat melihat, berkomunikasi dan punya mata ketiga adalah anugerah dari Allah. Its a gift. Siapa yg menghina sama aja menghina Allah. Mungkin Allah telah menurunkan hambanya untuk membantu. Dia tak pakai apa2 pun melainkan solat tahajud. Semoga kita dapat hint dan mulai mencari. Dan semoga Malaysia mau mendengar.

    BalasPadam
  27. Pada firasat saya. Pesawat tak akan mati total gitu aja. Pasti ada sesuatu di sebalik nya. Kemungkinan dirampas dan mereka bergolek dan lost control. Boeing 777 is a good plane, dah di maintain dan ingat..pilotnya proffesional.

    BalasPadam
  28. Ibu bapa tawanan MH370 hendaklah mengikut saranan Nabi Muhammad dalam kisah Salim bin Auf ditawan musuh iaitu bertaqwa, bersabar serta membaca La hawla wala quwwata illa biLlah banyak-banyak

    BalasPadam
  29. in response to Salam Greenboc Bomoh Malaysiapun kita tak percaya. Nak percaya bomoh Indon pulak? by Yong Intan Noor

    Boleh bezakan bomoh dgn org solat tahajud....dangkalnya kamu Ni

    BalasPadam
  30. in response to Semoga itu memang petunjuk dari Allah. Macam kes 3 beradik perempuan yg mati dibunuh di A/setar, 2-3 bln lepas. Dikatakan, bapa mereka mendapat gambaran 'pembunuh' setelah solat & berdoa kpd Allah, kemudian dimaklumkan kpd polis. Allah Maha Besar.,

    Saya setuju. Yg mempersendakan pertunjuk dari Allah kerana Allah telah mencipta segalanya dlm alam maya ni. All are posisble pada Allah.

    BalasPadam
  31. Sepatutnya kerajaan arahkan rakyatnya bersolat Istikharah dan solat hajat

    BalasPadam
  32. Salam GB saya tidak berniat nak maki hamun sesiapa, atau nak sindir mana mana pihak, hanya nak menyuarakan pendapat peribadi, dengan nama akaun fb peribadi saya sendiri :

    Okey lah kita ambil jalan mudah . . . begini . . . nak percaya tidak nak tolak langsung cerita ini pun tidak . . semua terletak pada ketulinan punca berita yang GB telah perolehi ini. Saya nak syorkan GB kalau ada akses terus dengan PM Najib tolong sampaikan berita / cerita ini kepada beliau untuk tindakan sewajarnya. Negara Malaysia ada Scorpene. Walaupun tak dilengkapi peralatan SAR, apa salahnya gunakan untuk misi mencari di kordinate tersebut sekadar untuk mengesahkan berita ini? Bila dah jumpa nanti ambil gambar sebagainya pergilah cari mana2 negara yang sanggup bantu rescue, atau bawa naik MH370 ka permukaan laut untuk kerja2 keselamatan seterusnya. Atau beliau boleh minta bantuan Singapura gunakan kapal selam SAR negara berkenaan pergi lah cari di lokasi koordinate yang tersebut dalam cerita GB itu. Dengan kehendak Allah SWT akan bertemu kebenaran berita ini. Wallahualam.

    BalasPadam
  33. cuba usulkan perkara ini ke phak yang berkenaan.. mungkin ini satu petunjuk dr Allah swt

    BalasPadam
  34. Ramai yg mempertikaikan yg agak mustahil kapal terbang boleh hilang kuasa letrik begitu sahaja sbb ada banyak back up. Kalau kena EMP, back up pun x guna sbb semua letrik dan elektronik x akan berfungsi. Mungkinkah satu senjata baru, EMP generator yg cukup besar untuk melumpuhkan sebuah kapal terbang? Kalau kita lihat pada rakaman radar sejurus sebelum MH370 hilang, ada satu lagi kapal terbang di sebelah kirinya yg hilang dari radar dahulu. Mungkinkah ini kapal terbang yg telah "menyerang" MH370 dgn EMP? Dan kapal terbang misteri inilah yg telah terbang kemudian ke barat merentasi semenanjung dan kelihatan dalam radar di Pulau Perak. Apa2 pun, ini ialah salah satu kemungkinan dan lojinya pun ada. Apa yg sebenarnya terjadi? Kita mungkin tidak akan tahu sampai bila2 pun. Cuma harapan kita ketemulah akan kita pada mangsa yg terbabit baik hidup atau pun mati. Dan pihak yg berkewajipan sepatutnya pergilah ke koordinat tersebut.

    BalasPadam
  35. begitulah penilaian dari seseorang yang terlalu jahil. tak dapat nak bezakan antara solat hajat, tahajjud, munajat mohon pertolongan dari Allah dengan ritual karut dari bomoh.

    kalau tak tahu nak bezakan, jangan beri komen, menambahkan dan memperlihatkan kebodohan diri.

    BalasPadam
  36. Ya... Allah selamatkanlah mereka semua...

    BalasPadam
  37. Hei yong,kamu jangan menghina indonesia,udh sukur dia mau membantu dgn syariatnya,wlaupun malaysia sering mndzolimi indon tapi msih boleh peduli,,kau aja carikan pesawat yg hilang bisa tak?,stupid

    BalasPadam
  38. mengapa tidak diselidiki d tmpt yg tlh dnyatakn d atas......mungkin ada kbnarannya.......mungkin ini adalh petunjuk yg tlh Allah berikn.......

    BalasPadam
  39. Klu benar itu alamat yg diberi haruslah mencarinya dengan kadar segera dengan itu sesi penyelamatan dapat dilakukan dengan cepat dan tidak lagi menyiksa penumpang serta anak kapal dlm penyiksaan yg begitu lama.. In sha ALLAH

    BalasPadam
  40. apa slah nya kita cb dlu cri di kordinat yg di berik olh mkcik td.mna lah kta tahu klau di izin kn maha kuasa mmg btul kpal 2 ada dkwsan yg di nyatakn kta syukur.jgn lah nk hina2.dh ckp org tlg kta btrima ksih lah.bdoa sj yg pnting apa yg mklumat yg dberik ada bnr.

    BalasPadam
  41. setuju 100% pendapat makcik ini..Mereka semua berada di situ .. Pada pendapat saya mungkin pasukan penyelamat sengaja melengah2kan operasi mencari ke kawasan itu kerana al maklumlah semua kat dalam itu telah pun mati dan jasad mereka tentu rosak,Sukar untuk diuruskan.

    BalasPadam
  42. Ada kebenarannya...kwsn kuasa medan magnet yg kuat akn sbbkan kapal terbng hilang arah....dn sukar dpt di kesan...tubuh kita juga boleh ditmbah tenaga trtntu dgn cara prnafasan dan zikir..wallahu alam....

    BalasPadam
  43. Dipaham kan hnya kapal selam malaysia je yg boleh turun ke dasar kot lokasi tersebut..khabar angin mengatakan sehari sebelum mengundi d kajang kapalterbang akan d jumpai..

    BalasPadam
  44. in response to bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku. bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil. sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut. altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2. begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat. ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll. memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang...

    mantap...wa sokong

    BalasPadam
  45. Kebodohan mu terpamer jua...(yong..huhu)

    BalasPadam
  46. in response to bila usaha canggih manusia sudah gagal maka kita terimalah keajaiban apa yg berlaku. bermuda triangle dh byk hilangkan kapal2 maka mcm2 boleh berlaku yg masih luar pengetahuan manusia. tk mustahil. sedangkan beng hock dan sharani pun dikatakan mati tidak bunuh diri dan tidak dibunuh.. mati mengejut. altantuya pun rasanya tidak diletupkan dan tidak meletupkan diri sendiri... meletup tiba2. begitu juga anwar yg tidak liwat, tiada penetrasi tapi kena penjara dituduh meliwat. ayat2 Quran boleh hilang dr mushaf. masjid2 terselamat dpd tsunami. masjid di malang terbina penuh misteri. dll. memang dunia byk keajaiban. cuma logik juga kalau mangsa sudah tidak ada lg didunia ini berdasarkan jangkawaktu yg lama hilang.

    mantap...wa sokong!

    BalasPadam
  47. Nothing Impossible in this World

    BalasPadam
  48. Allah mberi petunjuk pd org2 yg layak. Jika benar, pcarian perlu dibuat d lokasi tsebut. Sekurang2nya ade petunjuk

    BalasPadam
  49. In response to: Salam GB saya tidak berniat nak maki hamun sesiapa, atau nak sindir mana mana pihak, hanya nak menyuarakan pendapat peribadi, dengan nama akaun fb peribadi saya sendiri :

    Okey lah kita ambil jalan mudah . . . begini . . . nak percaya tidak nak tolak langsung cerita ini pun tidak . . semua terletak pada ketulinan punca berita yang GB telah perolehi ini. Saya nak syorkan GB kalau ada akses terus dengan PM Najib tolong sampaikan berita / cerita ini kepada beliau untuk tindakan sewajarnya. Negara Malaysia ada Scorpene. Walaupun tak dilengkapi peralatan SAR, apa salahnya gunakan untuk misi mencari di kordinate tersebut sekadar untuk mengesahkan berita ini? Bila dah jumpa nanti ambil gambar sebagainya pergilah cari mana2 negara yang sanggup bantu rescue, atau bawa naik MH370 ka permukaan laut untuk kerja2 keselamatan seterusnya. Atau beliau boleh minta bantuan Singapura gunakan kapal selam SAR negara berkenaan pergi lah cari di lokasi koordinate yang tersebut dalam cerita GB itu. Dengan kehendak Allah SWT akan bertemu kebenaran berita ini. Wallahualam.

    Saya sokong, kalau dapat disalurkan kepada pihak yang berkenaan adalah lbh baik. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Ameen...

    BalasPadam
  50. Betul betul betul, saya sokong. Salurkan informasi ini pada pihak yang berkuasa. Tak salah kalau diorang semak semula kawasan pencarian. Kalau dah satu biji kapal terbang tu tenggelam, tentulah kita takkan nampak serpihan terapung di atas laut. Mungkin sebab tu tak diketemukan pesawatnya sehingga sekarang.

    BalasPadam
  51. berkemungkinan ada baiknya kita cuba cari dimana pasangan tersebut nyatakn petunjuk dari Allah di laut china selatan usaha mencari lagi di koodinat yang dinyatakan itu sya harap agar pasukan penyelamat teruskn mencari di laut china selatan..

    BalasPadam
  52. Apa yg dikatakan oleh psgn suami isteri ni bertepatan ngn teori shah paskal n brado kapak..mereka ni pn yakin klu kapal tersebut masih berada dalam laut china selatan berdekatan sekitar kwsn vietnam..sy xmngatakan teori ini betul spenuhnya tp brkeMUNGKINAN ianya adalah benar..ya, xdpt dinafikan alam ghaib wjud & kita sbg umat Islam kena beriman n pcya ngn kwujudn alam ghaib..xmsthil kapal tesebut "disembunyikan" dari pandangan mata kasar manusia..siapapun yang menjadi dalang disebalik kehilangan pesawat tersebut, mudah2an Allah menunjukkan kebenaran..sesunnguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan ALLAH tahu apa yg kita tidak tahu..

    BalasPadam
  53. Walaupun setaraf bomoh, apa salahnya diusahakan untuk beri kerjasama dan membantu. Pokoknya niat dan usaha itu nampak keberhssilannya...ALlah hu akhbar !!!

    BalasPadam
  54. SOLAT TAHAJJUD BANYAK KELEBIHAN..IBARAT KITA BERSAMA KEKASIH HATI..WAKTU ITULAH SEGALA PERASAAN HATI TERLALU RINDUKAN KEKASIH..SAMA JUGALAH DENGAN ALLAH S.W.T...BOLEH BUKA HIJAB ANTARA MANUSIA DAN ALLAH S.W.T..HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG BOLEH ANUGERAHKAN KELEBIHAN ITU PADA HAMBANYA YANG IA KEHENDAKI...DUNIA INI MASIH ADA ORG-ORG SUFI..CUMA RAMAI YANG TIDAK TAHU...DAN SUFI2 INI TAHU SEBENARNYA JIKA MEREKA INGIN TAHU..CUMA TAK MAHU BERITAHU KERANA TAKUT DISALAHERTIKAN OLEH ORANG2 YANG TAK TAHU DAN TAK MENGERTI...MEREKA2 INI HIDUPNYA RAPAT DENGAN ALLAH S.W.T..CUBALAH CARI DISANA ..BERTAKBIR DAN BERTAHMIDLAH DENGAN KHUSYUK DAN SEPENUH HARAPAN ...MUDAH2HAN JUMPA..INSYAALLAH...HU..ALLAH..HU ALLAH..HU ALLAH..LAILAHAILLAH..MUHAMMADURRASULLAH

    BalasPadam

  55. mereka berdua bertahajud jln yg paling tepat dan mulia,dan tugas kita seterusnya berusaha, berikhtiar serta berdoa jln terakhir adalah bertawakal, tdak ada yg mustahil jika DIA mahu "KUN FAYAKUN". p/s:tak ada ke sesiapa yg mahu beritahu Pak menteri kita Najib or Hishamudin mengenai cerita suamiisteri ini,tidak salah kalau mencuba bukan nak kena hantar satu batalion kapalkan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.