Mahkamah Rayuan putus Anwar bersalah meliwat pembantunya, penjara lima tahun
Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.
Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.
Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.
Ekoran keputusan itu, polis mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.
Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.
Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.
"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.
"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.
Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.
"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."
"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.
"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.
Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.
Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Shafee yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.
Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata, "Kita buat sekarang". -TMI
ULASAN GB
GB merasakan ada sesuatu yang tercicir di dalam mitigasi yang dikemukakan oleh Karpal Singh.
Itu saja di dalam mitigasi yang dikemukakan Karpal. Lalu Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.
Persoalannya mengapakah Karpal tidak memohon penangguhan hukuman ke atas tertuduh sementara kes itu di bawa ke Mahkamah Persekutuan?
Bukankah sistem kehakiman negara ini berperingkat-peringkat sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuanlah yang menjadi penentu akhirnya, bukan Mahkamah Rayuan?
Mengapa tiada dikemukakan rayuan penangguhan hukuman sementara rayuan dibuat ke Mahkamah persekutuan atau kerana Karpal, sepertimana dakwanya, tidak mendapat arahan dari kliennya, Anwar? Dan Anwar pula terlupa mengenainya?
Sebelum ini iaitu semalam diberitakan Anwar yakin beliau akan menang. Namun pelan untuk worst case scenario iaitu persediaan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sepatutnya dilakukan jika keputusan hari ini tidak memihak kepadanya. Hakim Balia hanya memberikan apa yang dituntut:
p/s ada mana-mana peguam boleh bantu untuk menjawabnya?
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Petikan Lintas Lansung malaysiakini
6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.
Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.
"Okay, okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.
Para penyokong berkenaan menyambut berita tersebut dengan gembira dan bersalaman dengan individu yang menyampaikan berita berkenaan.
Kumpulan itu sekali lagi melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar".
6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.
6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".
Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.
Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.
6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.
6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.
Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.
Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.
6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan “pengurusan selanjutnya” untuk kes tersebut.
Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.
Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.
Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.
“Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini,” katanya.
Balia: "Kami akan memberikan hak anda"
Karpal: Yang Arif, apabila anda mengambil kira hukuman, laporan perubatan itu akan menunjukkan responden dan hukuman yang dikenakan, Apa yang digesa-gesakan?
Balia: Kami tidak tergesa-gesa.
Karpal: Saya tidak dapat mendapatkan arahan dari anak guam saya.
Balia: Anda tidak boleh menjalankan mitigasi?
6.17pm: Persidangan mahkamah bersambung semula. Mitigasi bermula. Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”
6.01pm: Para pemimpin kanan PKR yang hadir ke mahkamah hari ini termasuk timbalan presiden Azmin Ali, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Batu Tian Chua dan MP Padang Serai N Surendan.
Anwar menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun. mk
ULASAN GB
GB merasakan ada sesuatu yang tercicir di dalam mitigasi yang dikemukakan oleh Karpal Singh.
Di dalam mitigasinya, Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”
Itu saja di dalam mitigasi yang dikemukakan Karpal. Lalu Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.
Persoalannya mengapakah Karpal tidak memohon penangguhan hukuman ke atas tertuduh sementara kes itu di bawa ke Mahkamah Persekutuan?
Bukankah sistem kehakiman negara ini berperingkat-peringkat sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuanlah yang menjadi penentu akhirnya, bukan Mahkamah Rayuan?
Mengapa tiada dikemukakan rayuan penangguhan hukuman sementara rayuan dibuat ke Mahkamah persekutuan atau kerana Karpal, sepertimana dakwanya, tidak mendapat arahan dari kliennya, Anwar? Dan Anwar pula terlupa mengenainya?
Sebelum ini iaitu semalam diberitakan Anwar yakin beliau akan menang. Namun pelan untuk worst case scenario iaitu persediaan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sepatutnya dilakukan jika keputusan hari ini tidak memihak kepadanya. Hakim Balia hanya memberikan apa yang dituntut:
Balia: "Kami akan memberikan hak anda"Yang dituntut oleh pihak pembelaan hanyalah penangguhan hukuman sementara menyediakan laporan perubatan. Tetapi tidak disebutkan permohonan penangguhan kes sementara kes dapat dikemukakan ke Mahkamah Persekutuan.
p/s ada mana-mana peguam boleh bantu untuk menjawabnya?
klik untuk baca
petikan dari blogger Yong Suka Kunung.
BalasPadamHANYA YANG BEJAT SAHAJA MERAIKAN KEBEJATAN INI: KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Payah sungguh nak tuduh Anwar Ibrahim jahat;
Hanya liwat saja yang mudah lekat;
Kerana ia tak perlu dokumen dan surat-menyurat;
Hanya perlu pelakon yang ada sedikit bakat.
Payah sungguh nak aibkan Anwar Ibrahim empunya diri;
Kerana tuduhan yang direka tiada akal waras yang mengerti;
Jenayah qazaf ditertawa si pencacai dengan iringan hamun dan maki;
Rakyat marhein tolak budaya politik fitnah yang keji.
Payah sungguh nak buat rakyat percaya Anwar Ibrahim bersalah;
Walaupun dijatuhi hukuman oleh kuasa mahkamah;
Walaupun diupah blogger pencacai yang tidak ada maruah;
Rakyat marhein tahu siapa sebenarnya yang hidup dikelilingi rasuah.
Tahniah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS kerana pantas bertindak menentang kebejatan!
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM :
SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014
Keadilan mesti krpada kedua2 pihak
PadamAdil? Betul tu..sorang ke penjara sorang kaya raya walaupun tak kerja.
PadamKerajaan takkan berkuasa lama lg. sbb Malaysia berkemungkinan besar akan jadi seperti Syria kelak. jangan bermain api dengan minyak. kuasa rakyat kuasa tiada tolak ansur. Allah S.W.T memerhati dan lebih mengetahui. Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku. Apa mungkin penjaraan Dato' akan mengubah senario Malaysia seperti Syria. Kerana beginilah kaum bawahan menentang penzalim di atas nun sana. InshaAllah. Kita Lawan
BalasPadamGolongan Mustakbirin hanya hebat di dunia tetapi mereka inilah orang yang paling sasau di akhirat.
BalasPadamtahniah kepada jubor. lepas ni 1malaysia akan dikenali sebagai 1malaysia jubor diatas kemenangan ini. klu yg yg diliwat tu pompuan masuk akal juga sbb x brani nk melawan....
BalasPadamAntara kata kata Mahathir Kutty kepada Anwar Ibrahim. Jika Anwar melawan saya, seandainya saya kalah, saya telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selam 18 tahun. Tetapi sekiranya Anwar kalah masa depan politik beliau gelap. Hanya golongan mamak padukang ini saja yang boleh memusnahkan melayu. Siapa Shafee kepada Mahathir. Kerajaan melayu Melaka pun roboh dek mamak padukang ni......
BalasPadamBuat solat hajat besar2an lah..
BalasPadamKadang2 letih kita melayan Anwar,kita melenting bila beliau dikenakan tp beliau asyik "saya maafkan" dan malaon pun bermaharaja lela.cuba beliau lawan fitnah ini secukupnya.bongkar segala yg ada.pasti puak2 tu serik dan beralih taktik
BalasPadamMenang di dunia tidak semestinya menang di ukhrawi nanti.....tungguuuuuuuuuuu
BalasPadamjika benarlah saiful itu telah dijuburi, tentu anak2 si saiful tu malu berbapakan sijubur. kesian.. ada juga manusia bodoh yg terima dia sbg menantu...
BalasPadamJg lupa dunia umpama roda hari berlaku kat orang lain mungkin satu hari nanti giliran kita ,anak ,anak cucu
PadamJika Anwar dizalimi, kita sama-sama doakan semoga allah hancurkan UMNO DAN BN...AMIN
BalasPadamDISERU KPD SEMUA RAKYAT YG MENYOKONG PR AGAR MULAI HARI KITA PAKAT PAKAT BOIKOT MANA PERNIAGAAN YANG ADA HUBUNGKAIT DGN BN/UMNOO.Pastikan dulu sesebuah kedai bukan ahli dan penyokong umnoo. Takguna kita orang membantu majukan perniagaan milik mereka.
BalasPadamSetuju dendam madey kutty akan berterusan sehingga dia mati. Allah berikan umur yg panjang supaya segala kejahatannya maksimum spt firaun. Tetapi hari pembalasan tetap akan datang samada lambat atau cepat.
BalasPadamSpt kata Ustaz Fadzil Noor : madey akan saksikan kehancuran dari bekas tangannya sendiri. Apakah kita tunggu negara hancur spt Filipina ditangan marcos dulu?
Haya Allah yg menentukannya. Kezaliman tetap akan hancur.......InsyaAllah
Kaum mandaliar dari benua dravidian sampai yamaul kiamah pun xleh buat kawan nampak aje baik tapi belit mereka hanya Allah swt saja yang tahu....wallahualam
BalasPadamPsal kalid Ibrahim ke Nuar masuk penjara psal tandatangan mou sebelum prk Kajang ! Tu yg nampak dlm blog Nuar x beri bust mou dulu. Atau kebetulan
BalasPadamsabarlah wahai anwar.pcayalah yg batil pasti lenyap
BalasPadamorang nak seluk saku pun aku sempat tampo inikan pula nak liwat
BalasPadamhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=1429765233928561&set=a.1378275505744201.1073741827.100006852934522&type=1&theater
BalasPadamgulingkan kera jAN zalim
BalasPadamAmik kau, penangan si mamak mamak habis melayu hancos, aku ada peduli melayu mau hidop ke mati...ya Allah laknatilah mamak mamak musuh melayu ni...esok lusa berkabong, seluroh rakyat malaysia yg cinytakan keadilan pakai hitam bukti sokongan
BalasPadamApalah nak diraikan dunia ni...bukankah akhirat juga akan kita tuju sehingga bila2. Tiada apa nak dikesalkan kalau saudara Anwar tidak bersalah. Hanya Allah kita berserah dan tawakkal selepas berusaha bermati-matian. Hidup dan mati kita hanya untuk Allah semata2.
BalasPadamHidup dan mati hanya utk Allah.. pahamke ape yg ko kata..buat ke mcm yg ko kata??
BalasPadamApa agaknya anak si Saiful bila bertanya "Ayah, apa itu liwat? Kenapa ayah kena liwat? Kenapa ayah tak lawan waktu kena liwat? Liwat sakit tak?"
BalasPadam