19 Feb 2014

[VIDEO] Kerana Rahsianya Untuk Gulingkan Najib Bocor, Mahathir Serang Anwar Habis-habisan


Di Kajang, Anwar dakwa Dr Mahathir takut beliau jadi MB Selangor

Perang panjang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan apabila ketua pembangkang mengatakan bekas ketuanya itu takut beliau menjadi menteri besar Selangor.

Menurut Anwar, Dr Mahathir bimbang jika beliau dilantik mengetuai Selangor, negeri terkaya Malaysia selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac.

"Daripada dulu hingga kini memang semua salah Anwar, Ops Lalang pun dikatakan salah saya, padahal ketika itu yang menjadi perdana menteri Dr Mahathir, bukan saya,” kata ketua umum PKR itu ketika berceramah di Taman Impian Murni, Kajang.

"Dan tiba-tiba katakan pula dikatakan saya pro-Amerika Syarikat. Kemudian cuba melagakan PAS dengan PKR, ini semua membuktikan betapa takutnya beliau sekiranya saya menjadi menteri besar Selangor.”

Beliau mengulas amaran Dr Mahathir semalam yang mengatakan jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan Umno sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998.

Selepas itu, pertarungan politik beliau yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan bersama Dr Mahathir tidak pernah berhenti.

Dalam ceramah yang dihadiri hampir 300 yang rata-ratanya merupakan penduduk Kajang, Anwar berkata, Dr Mahathir dapat menjangkakan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) menuju Putrajaya dengan kehadirannya bersama kerajaan negeri Selangor.

Hal itu sendiri turut diakui Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut berucap terdahulu sebelum Anwar.

Beliau berkata Mahathir cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan hubungan sesama parti komponen PR.

Beliau berkata, amat menghairankan apabila Dr Mahathir tiba-tiba mengambil berat tentang kedudukan PAS di Selangor, walaupun semasa memerintah, parti Islam itu sentiasa menjadi mangsanya.

"Ini taktik kotor Dr Mahathir, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka melagakan PKR, PAS dan DAP, sejak bila pula kamu begitu prihatin dengan PAS," katanya.

Khalid berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan taktik Dr Mahathir dan Umno itu.

"Kamu (Dr Mahathir) ingat kami seperti kamu yang suka memainkan politik kotor, kita tidak akan terpedaya lagi, PAS berpegang teguh dengan pendirian akan menjadi kawan paling setia dan jujur menyokong Anwar di pentas Selangor ini," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Beliau juga berkata, selama ini Umno sentiasa mengkritik PAS kerana sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP kebanyakan pemimpin bukan Melayu, tetapi tidak pada parti Islam itu yang disifatkan sesama Islam.

"Ia bukan tentang siapa namun lebih kepada apa yang dilakukan, kalau kita bekerjasama sesama Islam, namun pihak sebelah sana merompak?

"Namun sekiranya kita bekerjasama dengan bukan Islam dengan wawasan yang sama, iaitu mengutamakan kepentingan dan meringankan beban rakyat, harta diberi sama rata, maka kita tetap perolehi syariat dan pahala," katanya.

Kempen "Serampang Kajang" PR bagi PRK Kajang bermula selepas peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh.

Biarpun kehadiran penduduk tempatan pada malam tadi dilihat kurang memberangsangkan, namun Anwar tetap mempunyai penyokong yang setia.

Orang ramai yang hadir dapat menyaksikan sikap merendah diri ketua pembangkang itu di mana beliau tidak kisah untuk duduk di kaki lima bersama hadirin sementara menunggu gilirannya untuk berucap.

"Nama saya Anwar Ibrahim, saya bintang utama TV3 dan RTM," katanya ketika memulakan ucapan, sekaligus mengundang gelak tawa orang ramai.

Selain Anwar dan Khalid Samad, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Speaker DUN Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw turut berucap malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan sebelum ini, hari mengundi kepada PRK Kajang adalah pada 23 Mac sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. -TMI

Dr M: Undi Anwar bererti undi Amerika

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia boleh mengundi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mahu sebuah "kerajaan pro-Amerika".

"Jika kamu mahu sebuah kerajaan pro-Amerika, sila undi Anwar Ibrahim (dalam pilihan raya kecil DUN Kajang)," katanya.

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucap utama satu majlis di Institut Diplomasi dan Hubungan Laur di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, beliau membidas kuasa Barat kerana "mengenakan syarat terhadap demokrasi" termasuk hak komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LGBT).
-mk


ULASAN GB

Lepas satu, satu, leparan tuduhan dilakukan oleh TDM ke atas Anwar. Anwar main peranan penting dalam Ops Lalang, Anwar bukan seorang pemikirlah dan kini Anwar pro Amerika pulak.

Tetapi umum mengetahui yang pernah berjumpa dan bersalam dengan George Bush itu tidak lain dari TDM sendiri dan PM-PM Malaysia!


TDM menyerang Anwar kerana rahsianya untuk menggulingkan Najib telah bocor. Dibocorkan oleh Pengarah Strategi PKR, Sdra Rafizi Ramli.

Malah akhbar antarabangsa, Financial Times di dalam keluaran 5 Februari 2014 di dalam artikelnya bertajuk Knives out for Malaysia PM Najib Razak turut mendedahkannya:

But the knives seem to be out once again for Mr Najib, as rightwingers in his United Malays National Organisation, the country’s dominant political party, agitate for his removal, political sources say.

Mahathir Mohamad, the ageing former prime minister who was instrumental in the ousting of Mr Najib’s predecessor in 2009, has been stirring things up from behind the scenes, too.

“You can argue that a perfect storm is brewing against him,” says James Chin, professor of political science at the Kuala Lumpur campus of Australia’s Monash University.


Ada eloknya kita dengar semula ucapan terbaik Rafizi di dalam Forum "The kajang Move". GB kata ucapan terbaik kerana menteri-menteri UMNO pun belum mampu berucap seperti yang Rafizi lakukan, termasuk yang mendapat penddikan di Oxford, jauh lagilah sekalian para macainya. Selamat mendengar dan menonton.

WHAT & WHY KAJANG MOVE?





10 ulasan:

  1. Sape nak caya penyangak matawang Ni ah. Kasim amat boleh la!sebab dia intelek melayu!!!!!!! Ptui!

    BalasPadam
  2. Dr. M lu dah nyayukkah atau lu masih bermimpi lagi? Lu lupakah masa kegawatan ekonomi time 1998 siapa yang pinjam duit di bank dunia yang masa itu diurus oleh orang amerika bernama George Soros?

    Kalau lu cakap Anwar pro Amerika, kenapa time 1998 dulu lu boleh pinjam duit dengan orang Amerika bernama George Sorors? Siapa pro Amerika sebenarnya ni beb? Tak tahu malu.

    Umat Melayu yang macam Mr. Bean of course caya cakap lu Dr.M sebab lu bodohkan diaorang sampai dah jadi Mr. Bean, sampaikan perkara salah pun rasa OK sahaja.

    Tapi Dr. M, lu jangan sama kita dengan umat melayu Mr. Bean sebalik lu kena beranggapkan kita ni seperti Salahuddin Al Ayubi yang tidak akan ampun orang Munafik (lebih - lebih lagi munafik bernama umat melayu) dan mana - mana musuh yang menjadi musuh Allah S.W.T.

    BalasPadam
  3. Sedap mulut ko berkata kata ye..mamak kutty....sesiapa yg undi UMNGOK...maka dengan tulus hati menyokong ISRAEL DAN YAHUDI.....umngok adalah israel di malaysia.....

    BalasPadam
  4. Kalau dah keturunan eeeee. Kesalahannya bukan Che Det ni keturunan eeee tapi Che Det talh membenarkan tuduhan orang ramai terhadap keturunan eeee. Dulu, kini dan selamanya sedangkan ramai keturunan eeee yang baik-baik.
    Berkali-kali Che Det dah berbohong. Bukankah suka berbohong tu sifat orang munafik? Che Det bukan saja suka berbohong tapi suka mengkhianati kawan dan lawan. Bercakap seolah-olah dia lebih maksum dari para nabi. Adakah tuduh Nabi tak cukur janggut sebab tak ada pisau cukur? Masihkah kau (bani Melayu) ingat? (petik dari lagi kopratasa).
    Tahu pun sedar dah umur lewat 80an tapi masih berperangai sedemikian. Che Det tak akan bertaubat dan menyesal selagi tak jumpa dengan malaikat maut. Bani Melayu UMNO ingat Che Det dah buat banyak "kebaikan" untuk bani Melayu dan merungut bila Bani Melayu tak membalas "jasa" baiknya sehingga sanggup menuduh Melayu mudah lupa. Allah swt dah berpesan "jasa-jasa" yang dibuat oleh Che Det ni tiada nilainya disisiNya kerana bertujuan tidak bermoral yang dilarang oleh Islam. Ulamak yang riak pun tak diterima Allah swt, ini pulak Che Det yang selalu mempermain dan memperlekehkan hukum hakam Islam dan hadis Nabi.
    Janganlah kita dok layan orang tua yang menuduh Allahyarham Tunku nyanyuk pada suatu masa apabila Tunku mempertikaikan tindakannya. La ni tengok apa dah jadi. Pulang paku buah keras, dah pun terbalas. Tak perlulah kita berbuat dosa kering dengan melayan karenah Che Det ni. Masa telah membuktikan dan Allah swt akan melondehkan siapa sebenarnya Che Det. Aku khuatir suatu hari ni, rakyat Malaysia (generasi akan datang) akan "kencing" kat kubur Che Det ni. Harap-harap ianya tidak berlaku. Biarlah Che Det menjadi sejarah. Tak perlu melayan munafikun ni.
    Ingat pepatah Melayu, "Sedar dahulu berpendapatan, sesal kemudian makan tahu".

    BalasPadam
  5. KEBENARAN TETAP TERSERLAH DAN KINI HAMPIR MENINGGALKAN KEBATHILAN DAN AKAN TERHAPUS DENGAN KENYATAAN2 DARI ORG YG PERNAH MEMEGANG TAMPOK KUASA, DAN SETELAH KUASA SUDAH DI GIGI2 AIR DAN AKAN HANYUT DENGAN KEHADIRAN OMBAK MAKA KEINGINAN MELIHAT OMBAK BESAR DATANG SEGALA GALA NYA CUBA DI KOCAKKAN, TETAPI KOCAKAN ITU SUDAH TIDAK MENJADI, KERANA TERKILAN IKAN DI AIR ORANG DAH TAHU JANTAN BETINA NYA. LUPAKAN LAH POLITIK BUSUK, KERANA USUS NYA TELAH MEMBURUK DAN MEMBUSUK, ITU LAH KATA KATA KERAMAT NYA,.

    BalasPadam
  6. APCO PENASIHAT KERAJAAN UMNO, BAGAIMANA MAHATHIR BOLEH TAK NAMPAK?

    BalasPadam
  7. Rakyat dah tahu apa nama kelentung Mahathir tu.

    BalasPadam
  8. Rafizi layak utk jadi salah seorang menteri kabinet apabila PR berkuasa.

    BalasPadam
  9. Mahathir nak guling Najib, Harus Sini Harus Sana tak Kata bunghah juga?

    BalasPadam
  10. Mahathir Kutty ni ingat rakyat dah lupa dia belanja lebih dari RM 2 juta bayar kpd peloby Rumah Putih sekadar nak pergi keRumah Putih cium tangah Bush.Balik dari situ terus umumkan tarik bantuan kpd sekolah agama rakyat.Dia ni anti-sekolah agama rakyat bermakna anti pendidikan Islam.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.