Perkasa mahu Jakim siasat ucapan Kassim Ahmad
PETALING JAYA: Perkasa mendesak pihak Jakim segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Naib Muhammad, rabut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.
“Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam,” katanya kepada FMT.
Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.
“Jika benar beliau berktata demikian, ia satu kecelupran yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja Raja serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam,” katanya.
Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera. -FMT
Mahathir pertahan Kassim Ahmad
Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.
Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.
Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.
"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.
"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.
'Orang cubit pun repot polis'
Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.
"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.
“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.
"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.
Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas. -mk
ULASAN GB
PERKASA sepatutnya hentam Penaungnya juga iaitu Tun Dr Mahathir. Ini kerana TDM turut menghadiri dan merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad itu.
Dimanakah JAKIM yang sebelum ini hebat mengenai isu syiah, kalimah ALLAH dan kristianisasi? Mengapa membisu apabila terdapat kumpulan anti-hadith yang terang-terangan menghina Rasulullah?
Asyik-asyik repot polis kata TDM. kena cubit pun repot polis. Abis tuh yang beratus-ratus repot polis mengenai video "Onderfull" Teresa Kok tu apa hal? Lepas ni buat undang-undang anti-video sindiran youtube? Apasal tak hentam juga polis yang membuat laporan polis terhadap Anwar yang mengdadakan sesi penerangan di Kajang?
semakin lama di kurniakan usia semakin membebankan. pihak bertanggongjawab jgn membuat siasatan terpilih, buktikan keadilan di mertabatkan dah lama daaaah..
BalasPadamHanya Syaitan yang kenal Dan rakan Syaitan yang dikenali, musuh utama orang beriman
BalasPadamMana pergi NGO2 Islam yg begitu marah pd video Kok dikatakan menghina Islam? Kenapa tak repot polis? Kenapa tak sembelih dan palit darah ayam pd gambar DKA & TDM.
BalasPadamKenapa Mufti Perak membisu juga sprt Jakim? Mungkin mereka ini sedar bahawa Kassim Ahmad ini lebih baik ilmu keislamannya.
BalasPadamMr. Kassim, mulut kau tu biar bertapis sikit kalau nak cakap pasal agama kalau tak pandai cakap jangan cakap. Sekarang tengok bro Ibrahim tension sama lu walaupun bro Ibrahim tidak sedar yang dr. M pun sama juga.
BalasPadamLagi satu lu kena ingat tiada orang yang suka - suka nak lapor polis. Tapi yang buat laporan utk benda - benda yang bukan - bukan itu banyak, lebih lebih lagi laporan polis dari umat melayu mr. Bean.
So bro ibrahim,lu jangan simpan telurmu sebaliknya guna telur mu yang ada untuk ambil tindakan keatas dr. M. Kalau tidak jangan tension nanti kalau org labelkan lu sebagai PENAKUT.
Mereka ambil Islam yang logik pada pandangan mereka saja.
BalasPadamPerkasa hanya perjuang Melayu macam UMNO, bukan perjuang islam
BalasPadamBetul la tu..x abis2 dgn majis raja2. Ingat raja tu mulia ke
Padammeh nak tolong ingatkan Perkasa@Pekida@ApeApePon lahhh...
BalasPadam1. jgn luper MCA hina hukum hudud
2. jgn lupe MCA perlekehkan hukum bersalam antara llki vs ppn
3. jgn lupe kassim hina Rasul
4. jgn buat2 lupe mahathir sokong kassim
jangan lupeee tu uolssssss tolonglaaaa defend Islam uols kan NGOK jemaah Islam cap ayam kampung
Marilah kita semua mengadu kpd Raja2/ sultan2 kita, kerna merekalah yg ditugaskan ttg hal berkenaan. Inilah baru dikatakan saluran yg betul.
BalasPadamInilah bahananya apabila orang-orang UMNO di ajar oleh pemimpin mereka bahawa hanya PARTI UMNO yang dapat mempertahankan ISLAM di Malaysia ini. Bercakap macam menafikan hak bangsa lain untuk mempertahankan ISLAM di malaysia ini. ISLAM UNTUK SEMUA BANGSA DI DUNIA INI. Satu lagi, Kata nak pertahankan bahasa MELAYU, tapi maksud singkatan UMNO sendiri pun dalam bahasa inggeris. Jadi boleh ke kite percaya kate-kate deme ni...
BalasPadamAnonymous said...
BalasPadamDari kita mengambil tindakan,
Lebih baik kita memberikan Pendidikan.
Selain penghasad, Kassim juga sebenarnya adalah seorang pembohong yang menyembunyikan sumber sebenar pengambilan idea-idea asasnya. Dia tidak memiliki sebarang idea asli yang mampu meletakkannya sebaris dengan alim-ulama' dahulu yang dikritiknya itu, apatah lagi mengatasi sumbangan mereka kepada Tamadun Islam. Ketika dia heboh mencanangkan kepada Kaum Muslimin kepentingan berfikir dan berijtihad, dia sendiri bertaklid buta terhadap idea-idea pemikir sekular yang merupakan dewa-dewa pujaannya. Maka kita dapati tiada apa yang baharu mahupun asli dalam bacaannya terhadap sejarah dan tradisi. Dia hanya sekadar mengulang-ulang pandangan Harvey Cox, Max Weber, Freidrich Schiller dan lain-lain tanpa kefahaman.
BalasPadamMaka Kassim Ahmad sebenarnya bukanlah menentang pendewaan kepada selain Allah, dia hanya menentang pendewaan terhadap Muhammad dan alim-ulama'. Sebabnya adalah kerana pendewaan itu bercanggah dengan pendewaan yang dipersetujui dan diamalkannya iaitu pendewaan terhadap pemikir-pemikir sekular Barat khususnya dari kalangan ahli sosiologi sepertinya. Mereka semua menyeru manusia ke arah perubahan dan keduniaan. Perubahan yang mereka maksudkan itu merujuk kepada perubahan dalam pemikiran manusia sejajar dengan perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam dunia. Ia menuntut perubahan nilai, kepercayaan dan ilmu, dan perubahan itu hendakluh dibiarkan terus-menerus berlaku sebagai suatu evolusi. Dalam pemikiran sebegini, tradisi adalah musuh utamanya. Justeru Kassim menjadikan tradisi Islam yang diasaskan kepada tradisi ilmunya yang tersendiri itu sebagai sasaran serangannya. Beliau tahu, selagi mana Kaum Muslimin berpegang kepada tradisi itu maka amat sukar untuk pemikiran sekular yang menjadi akidahnya itu diterima-pakai sebagai asas baharu pentafsiran al-Qur'an.
Ulama' bukanlah maksum, dan setiap Muslim mengetahuinya. Mereka juga tahu bahawa kemaksuman bukanlah syarat penerimaan umat terhadap kepimpinan mereka. Mereka diterima kerana jasa dan keikhlasan mereka berkhidmat kepada Islam. Kecaman melulu Kassim Ahmad terhadap ulama' sudah mengeluarkannya dari golongan yang menghormati batas-batas Allah. Namun, disebabkan oleh keterujaannya yang melampau terhadap persoalan politik dan kuasa, Kassim terlepas pandang bahawa masalah sebenar yang dihadapi oleh Kaum Muslimin adalah masalah ilmu. Disebabkan ketiadaan ilmu yang benar itulah mereka tidak dapat membezakan antara ulama' sebenar dengan ulama' palsu. Yang sepatutnya menjadi sasaran Kassim adalah ulama' palsu akan tetapi kerana kehampaan ilmu maka beliau juga tidak dapat membezakan antara keduanya. Justeru, tentulah melucukan melihat gelagat Kassim berucap memberi amanat pada suatu perhimpunan yang membicarakan tentang kepimpinan. Ia ibarat menjemput orang buta berbicara tentang warna...ikim.