14 Feb 2014

[SAKMONGKOL] Tampar Teresa: Zahid Hamidi Macam Orang Tak Sekolah


Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan ugutan kekerasan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukanlah satu kesalahan jenayah.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ternyata amat memalukan dan menyerlahkan lagi kegagalannya selaku pemimpin negara.

“Zahid Hamidi menggayakan dirinya seperti orang yang tidak bersekolah apabila menyatakan tawaran untuk menampar Teresa tidak mempunyai asas untuk diambil tindakan oleh pihak polis.

“Masa depan negara kita gelap jika seorang menteri boleh bercakap seperti ini.

“Zahid ni dapat PhD dari mana? Buat sendiri atau upah orang lain siapkan tesis? Ada PhD tapi bercakap macam orang kurang akal,” katanya.

Katanya, jika Zahid memahami undang-undang jenayah, beliau sepatutnya mengambil pendekatan tegas dan tidak bertolak ansur dengan mengarahkan polis bertindak segera.

“Ancaman serta ugutan untuk mengasari seseorang secara fizikal adalah suatu jenayah kerana ia telah meletakkan individu itu dalam keadaan cemas, itulah kesan yang sedang dihadapi Teresa.

“Undang-undang jenayah bukanlah perkara peribadi antara dua individu, ia adalah satu aksi antara pemerintah dengan pesalah.

“Kecuali Menteri Dalam Negeri yang kurang cerdik ini menganggap semua puak-puak yang membuat ancaman itu adalah sahabat dan rakannya,” ujarnya.

Sehubungan itu tegasnya, jalan terbaik kini adalah mengarahkan pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan menangkap mereka yang terbabit secepat mungkin sebelum keadaan bertambah parah.

“Setiap individu bebas untuk tidak menyukai klip video itu tetapi ia tidak memberikan alasan supaya dapat berlagak dan bertindak seperti samseng,” kesalnya. -Roketkini

ULASAN GB

Di dalam satu ulasan GB pada Julai 2010 di entri Dr. Ahmad Zahid Hamidi? pernah GB tulis begini:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, begitulah sebutan namanya sekarang. Oh, dah ada Ph D, kurniaan UPM walaupun ada di kalangan akademis amat meragui kurniaan tersebut.

Namun yang terserlah mentaliti, sikap dan pertuturannya tidak melambang beliau seorang yang mempunyai Ph D.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya.

Begitulah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan cuma ada diploma dan bukan ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Musa Hassan didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa.

Itu sebab kita lihat mentaliti, tindakan dan pertuturannya tak sampai ke darjat yang didakwanya.


Nampaknya apa yang GB tulis hampir 4 tahun lalu kini turut sama diluahkan oleh Sakmongkol. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Akan terdedah siapa sebenarnya Zahid Hamidi.

5 ulasan:

  1. Bohong, Tipu, Palsu, ... perkara yang biasa bagi Melayu UMNO dan macai-macainya.
    Dr. ... bukan Zahid seorang shj yang tidak berkelayakan. Ramai Dr. di universiti pun begitu? Dulu waktu aku belajar kat universiti, ramai pelajar yang terkandas kerana tak lulus. Sekarang ni pernahkah kita dengar ada pelajar yang tak lulus? Bodoh macam mana sekali pun, mesti diluluskan oleh Dr-Dr di universiti. Kalau tidak Dr-Dr ni akan dipersoalkan. Jadi apabila graduan menyambung pengajian sampai ke Ijazah Kedoktoran, proses tetap serupa. Jadi kualitinya kat mana?
    Itu cerita universiti. Di peringkat sekolah pula, sukatan pelajaran diringkas dengan harapan ramai murid lulus periksa. Markah lulus adalah sangat rendah. Murid diajar untuk lulus peperiksaan sahaja. Tahap A+nya rendah. Ini nak perkenalkan kemahiran berfikir aras tinggi pulak, bagaimana nak berfikir aras tinggi kalau dah sukatannya rendah. Inilah kerja orang atas yang ada title Dr. dan Datuk. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
    Inilah spesis yang menjahanamkan sistem pendidikan. Generasi Xkah? Generasi Ykah? Generasi Zkah? Mentaliti depa dalah sama. Yang beza ialah murid-murid tu hidup dalam zaman yang berbeza. Kalaulah generasi aku hidup dalam zaman la ni, kami pun pandai IT juga. Kehidupan ini bersifat taburan normal tetapi minnya telah diubah untuk menampakkan generasi la ni pandai sedangkan ianya serupa dengan dulu saja.
    Kenapa murid tu memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi? Dari kecil lagi, murid didedahkan soalan yang memerlukan tahap pemikiran tinggi sehingga sekolah menengah. Sebab tu pada waktu tu, pencapaian kita mengatasi Singapura. Sekarang hampas ....
    Benar seperti kata-kata Prof Ungku Aziz, terlampau banyak tangan-tangan ghaib yang merosakkan sistem pendidikan negara kita ni. Semasa nak buat penambaikan, proses seperti tikus membaiki labu. Sampai bila pun tak akan meningkat prestasi kita selagi tangan-tangan ghaib tu masih ada.

    BalasPadam
  2. mangkuk spesis NFC yang pandai main wayang ! ABU !

    BalasPadam
  3. Menteri sepatutnya bertindak adil kerana setiap jalan penyelesaian itu akan menunjukkan tahap pendidikan dan mentaliti seseorang yang diberi kuasa.Apa-apa bentuk jenayah menurut undang2 tetap salah dan perlu diambil tindakkan, kenapa perlu tunggu berlaku dahulu baru hendak ambil tindakkan sedangkan ancaman tampar itu sudah wujud.Kalau tak salah menurut undang2 umngok tak akan tidak salah disisi agama.Mana mufti bughah...takan tak boleh keluarkan fatwa dan hukum perbuatan sembelih binatang untuk tujuan sia-sia dan menawarkan upah untuk menyakiti seorang perempuan.Rakyat mohon pencerahan dan bukannya Satira live tapi komidi pula.

    BalasPadam
  4. Apa kah sams manusia yang hidup takutkan alam kubur dengan manusia yang taksub hal hal dunia ?

    Mereka hanya lah menipu diri mereka sendiri.

    BalasPadam
  5. PHD ini adalah Perangai Habis Dahsyat

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.