MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan
Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.
Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. -TMI
KM Melaka nafi guna dana awam beli nombor plat mewah
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam.
Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut.
"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider.
MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister).
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan.
"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan."
Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. -tmi
ULASAN GB
Sekalipun Idris Haron menafikan penggunakan dana awam untuk membida plat MCM 2 hingga MC 11, namun langkah beliau untuk menggunakan nama isterinya, setiausaha politik dan setiausa sulitnya amat jelas amat tidak beretika.
Perkara pertama ialah tiba-tiba beliau melenting dengan membuat penafian beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam sedangkan MyWatch baru "mempersoalkan" dari mana sumber kewangan beliau dapat apabila membuat bidaan nombor-nombor plat berkenaan?
Kedua, tiba-tiba juga beliau menyatakan beliau masih "siuman". Tiada siapa pun menuduhnya tidak siuman (gila) - tetapi beliau semacam begitu "terasa" sangat yang langkahnya itu sebagai tidak siuman.
Ketiga untuk tujuan apa nombor plat banyak-banyak itu di bida? Dari MCM 2 hingga MCM 11 - sepuluh plat semua sekali yang kesemuanya bernilai RM200,000?
Keempat, sehingga ke penghujungnya beliau masih tidak menjelaskan sumbe rkawangan dari mana? Dari poket sendiri? Jika benar kenapa perlu guna nama setiausaha-setiausaha?
Ia mengulangi kehidupan membazir dan penyalahgunaan penjawat awam yang diamalkan oleh bekas ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam sebelum ini.
Dan memang pun corak pentadbiran Idris Haron 2 x 5 sahaja dengan Mohd Ali Rustam. Gambar di bawah ini mungkin menjelaskannya dengan lebih baik:
Bukan kita nak mengaibkan Idris Haron tetapi hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan wajah sebenarnya... beliau yang mengaibkan dirinya sendiri!
Dan jika demikianlah Idris Haron, maka tidak mustahil beliau bakal di"alirustam"kan pada pilihanraya akan datang nanti.
Umno tu tetap umno.
BalasPadamMelayu melayu asal kampong memang orang banyak duit ke boleh bazir bazir macam beli nasi lemak.
Habislah duit rakyat belum setahun sudah kluar belang nya.
Mula sudah menongkat langit umat melayu ini.
idris ni teruja sesangat dpt jd ketua menteri agaknya. semua plat 'mcm' nk dipulunnya..
BalasPadamPemimpin lain buat juga tapi tak "kena" pun. Mungkin itu pegangan Idris Haron
BalasPadamBetul la tu Muka Cencaluk Malaysia
BalasPadamApa pemimpin UMNO Melaka buat pun kerusi2 UMNO tetap akan selamat dlm PRU akan datang. Org2 luar bandar Melaka masih tak tahu parti lain. Katak bawah tempurung pun lebih baik minda mereka.
BalasPadamPeringatan.....
BalasPadamhanya org bodo aje sanggup beli no plat kenderaan sampai ribu2. bukankah elok klu duit ribu2 tu sedekah kat anak2 yatim dan fakir miskin.... bagi sedekah dapat pahala. beli plat tujuan riak nak menunjuk dan membangga diri, dapat dosa, masuk neraka.
kat kubur kita nanti tak akan ada nombor mcm ii. Kat akhirat nanti kita tak bawa mcm ii gantung kat leher masa menghadap Allah. Malaikat penjaga neraka tak akan hormat kita sikit pun kalau masa tu kita gantung mcm 2 hat leher. Sebab itulah duit banyak tu lebih besar nilainya jika disedekahkan pada anak yatim, piatu dan fakir miskin.
Tak caya? Pi tanya ustaz balik. Mungkin kita dah lupa sebab kita sedang dibuai kemewahan dunia lantas kita lupa kenikmatan di syurga.
Teringat aku akan kata-kata macai UMNO, awat yang hangpa kelam kabut sangat? Tak baguskah orang Melayu jadi kaya? Daripada 11 plat tu, 7 plat dibida oleh Melayu, 3 oleh Cina dan 1 oleh syarikat. Siapa kata Melayu susah? Beli nombor saja dah guna puluhan ribu. Itu belum masuk harga kereta lagi. Sehingga hari ini, plat yang paling di Malaysia dimiliki Melayu juga. Tahniah sebab dah ramai Melayu kaya sehingga sanggup membazir. Kalaulah duit bida plat diguna untuk bantu orang Melayu yang miskin, alangkah baiknya?
BalasPadamLepas ni, jangan cakap Melayu masih miskin. Lihat dan tengok serta analisis. Melayu memang dah kaya. Terima kasih kepada kerajaan UMNO kerana telah mengkayakan Melayu sehingga mampu membazir dalam perbelanjaan. Kalau takat ayam di"bunuh" secara sia-sia, ini baru bidaan plat yang tiada nyawa. Apa nak hairan???????
Org pendek ni akal panjang tau wlaupun misai kontot
BalasPadamBiasalah umat melayu katakan diaorang ni ibarat pelakon drama paling hebat di Malaysia even Aarron Aziz tak dapat lawan lakonan diaorang kerana KM Melaka ini hari - hari terpaksa berlakon di depan rakyat sedangkan Aaron Aziz hanya berlakonan time shuting filem sahaja.
BalasPadamTapi yang hairan, sudah tahu dia ni berlakon sahaja masih ada lagi satu umat spesis mr. Bean percaya dengan lakonan KM Melaka even Mr. Bean (Pelakon Mr. Bean ada lulusan PHD jangan lu main - main) di dunia realiti tidak akan buat perkara bodoh sepertimana umat melayu buat.