Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani
Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan ‘bughah’ halal darah peserta perhimpunan sebelum ini.
Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan mencari publisiti murahan.
“Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas beliau.
“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.”
“Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan,” katanya lagi.
Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud ‘bughah‘ yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.
Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!!
ULASAN GB
Sekadar itu sajakah kefahaman Mufti berkenaan tentang "bughah"?
Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak.
Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah.
Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan & menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga. Apa akan jadi jika berlaku demikian?
(Itu sebabnya di Malaysia ini hanya Parti Islam SeMalaysia PAS meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti. Kemua hal mengenai hukum dan dasar adalah diputuskan melalui permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura, bukan diputuskan oleh seorang dua ulamak).
Telah didedahkan sebelum ini bahawa mufti berkenaan hanya berkelulusan diploma. Ini bererti ruang-lingkup ilmu Islamnya masih terlalu cetek dan perlu belajar lagi. Akibat kecetekan ilmu menyebabkan seringkali keluar daripadanya "fatwa-fatwa" yang juga cetek dan dangkal hasil kefahaman Islamnya yang cetek dan dangkal itu.
Itu sebab mengapa kini timbul suara lantang bahawa Harussani perlu dipecat dari jawatan mufti. Kenyataan dan pendapat beliau yang tak bertapis itu perlu diambil tindakan, malah wartawan dan akhbar yang melaporkannya juga perlu diberikan tindakan yang wajar. Ini kerana "fatwa" yang dikeluarkan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam.
Sesungguhnya Dajjal yang berjaya adalah di kalangan umat manusia itu sendiri , bergaya sholeh tetapi munafik. Ketahui lah sikap mereka mereka yang gagal bahalol hanya lah untuk menutup diri mereka dari di sangka bijak yang akan menarik pendengki menjejaskan tujuan Dajjal mereka di bumi ini.
BalasPadam
BalasPadamApakah maksud kenyataan di bawah....?
--------------------
“Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan,” katanya lagi.
--------------------
i. Dangkalnya alasan. Kenapa perlu kaitkan dengan kafir.
ii. Bagaimana pula dengan pemerintah yang Melayunya jelas memberi keizinan menganjurkan sambutan tahun baru yang jelas tidak selari dengan Islam....dan yang berbondong2 datang juga Melayu?
iii. Malaslah nak ambil port dengan tuan mufti ni....Moga tuan terus berjuang untuk menegakkan tiang UMNO yang makin reput.
Nie ler mufti yg pada mula nya mengatakan upacara ancak tu haram.bilamana hal ancak tu melibatkan zamri mb haram,lantas haram jadi harus.aper ker jenis mufti nie.hukum Allah swt diubah ikut sesedap mulut/otak longkang dia jer.
PadamMufti dah gila dunia yang serba rosak
BalasPadamInilah sifat seorang agamaWang.dah selesa hidup berumahkan Istana Berkereta Mewah.apa lagi yg menyusahkan dia.biarkan lah SiTua ni hidup dengan kePura puraannye.kita berserah pd ALLAH SWT semoga SiTua ni BERTAUBAT.
BalasPadamMalaysia bukan negara Islam... Malaysia negara sekular... jadi bughah apa kejadahnya?
BalasPadamTuan Mufti perlu juga menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan yg masih lagi terang-terangan melawan hukum Allah.
BalasPadamKerajaan serta DBKL, mengatakan dengan wujudnya kumpulan TURUN di Dataran Merdeka pada malam tahun baru yg lepas telah menyebabkan kerugian kepada rakyat kerana konsert serta bunga api terpaksa di tamatkan lebih awal. Apa kejadahnya laporan dan mentaliti yg sangat dangkal ni...?
Tuan Mufti, sebagai seorang anak jati negeri Perak, ada baiknya Tuan Mufti melihat sendiri pusat-pusat maksiat yang wujud di sekeliling kediaman rasmi Menteri Besar serta di Jalan Kampar tu. Yang itu ijma' ulama dah mengatakan HARAM dan memang boleh hukum sekurang-kurangnya 80 rotan (anak teruna dara) atau pun rejam sampai mati (pada yg dah berkahwin). Kalau yang faham tentang hukuman tu, fahamlah apa maksiat yg diperkatakan...
"fatwa" tanpa dalil al-quran dan hadith mengundang azab ALLAH. musuh islam yang paling bahaya ialah golongan munafik di kalangan kita. mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. perpecahan umat islam kat malaysia makin menjadi2! nauzubillah....
BalasPadamHarus-sana-sini ni jelas sekali melihat dengan Mata yang Satu. Sifatnya jelas disebelah pihak Kerajaan Barisan Nasional. Ia hanya berani menegur rakyat kebanyakan. Sepatutnya ia harus memainkan peranan sebenar sebagai Mufti Negeri. Adakah Mufti kini hanya mengeluarkan fatwa yang seboleh-bolehnya untuk melindungi sebelah pihak tanpa memperdulikan kepada kebenaran. Malang sekali apabila Mufti meluahkan pendapat mengikut hukum akal tanpa memperdulikan sekalian Majlis Hukum yang ada.
BalasPadamSeperti biasa, mesti Ada Soalan macam ini = apa lagi kafir mahu? Ayat ini sesuai pakai. Tukar jer kata kunci kafir kepada cina, amerika, Singapore Dan sbg
BalasPadamAssalam admin!Sya pun x faham dengan tok peti ni. Fahaman apakah yang dianuti oleh tok peti ni.Dia duk nampak KAFIR tu orang cina india sebab bukan Islam sebab kaum ni yang ramai kat m'sia.Dia duk nampak orang melayu tu islam.Apakah orang melayu tu Islam?Dah ada Persatuan Melayu Kristian.Masa isu MURTAD dialah jadi juara,last2 sekali senyap begitu saja.Bila kena atas batang hidung UBN dan2 keluar statement. Kena atas batang hidung orang buat do no ja.Ulama UMNO
BalasPadamHang tu tok peti silap mufti, orang kuat UMNO. Sekarang apa macam di dunia lagi hang dapat penghinaan. Malu mejadi rakyat perak dapat mufti macam ni.
BalasPadamSaya setuju dengan fatwa Mufti Haramsani dijatuhkan hukum rejam dengan batu sebab dangkal fahamannya dan kekuar pula fatwa2 yang merosakkan.
BalasPadamItu fahaman saya fasal Islam.
Bolih tak?
Apa punya mufti nyang ada di Perak ni!Macam ni kah penasihat Ketua agama Perak?
Penasihat 25% jadinya.
Langkah terbaik olehnya ialah bersara. Pencen pun lebih dari cukup. Kemudian berdakwah merata bersama2 rakyat, di warong2, di jalanan, di padang2 dll supaya ilmu dicurah bukan secara lisan tetapi praktikal, selain dia sendiri mendapat ilmu , belajar ttg kehidupan semasa bersama2 rakyat .
BalasPadamNabi saw tak pernah rehat & bersenang2 hingga hayat baginda.
Mufti ni sepatutnya merupa orang yang pertama menyelamatkan orang Islam khasnya. Kalaulah mufti ni pun dah goyang, pasti kesannya amat buruk dan membimbangkan.
BalasPadamKalaulah dia sebagai Melayu yang amat amat menyayangi Melayu, dia sepatutnya ajak Melayu ke Islam dan bukan Islam ke Melayu. Islamlah yang menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.
Apakah mungkin orang Melayu UMNO betul betul menyayangi BANGSA MELAYU ni? Adakah kita menyayangi anak bini kita dengan membawa mereka menjuruskan ke arah jalan neraka????? Aku amat menyanjungi TG Nik Aziz yang pada aku, beliau amat menyayangi Melayu dan beliau tersangat ingin ramai Melayu memasuki syurga Allah swt. TAPI, sayangnya, ramai Melayu yang tak sedar diri. Cuba lihat di Malaysia, bangsa mana yang paling korup sekali pada masa la ni? Cina? Melayu? India? ....
Kita harus ingat yang kita ni Islam ~ umat yang terpilih. Kalaulah kita berkelakuan tidak serupa orang Islam malahan lebih buruk daripada orang bukan Islam, layakkah kita membidas orang bukan Islam? Jangan sampai di penghujung hayat, kita terjatuh kufur manakala orang bukan Islam yang kita caci dan cerca tu menerima hidayah Allah swt. Minta simpang.