5 Jan 2014

Hujjah Harussani Rapuh, "Guling Kerajaan" Jadi Sandaran "Bughah"


Sejak kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan.

Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini?

Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu ‘guling kerajaan’.

Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; ‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’ Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama.

Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat?

Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.

Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya.

Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan?

Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap.

ULASAN GB

Oh rupa-rupanya Mufti Perak itu ternyata menyandarkan hujjah dan kenyataannnya berdasarkan kepada pendirian UMNO dan media massa arus perdana yang mengecap demonstrasi TURUN tempohari sebagai satu rancangan untuk "guling kerajaan".

GB pernah membuat ulasan bahawa jika selalu perkataan "guling kerajaan" disebut-sebut, maka benarlah ia akan terjadi demikian. Petikan:

"Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok.

GB merasa lega kerana pihak TURUN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, NGO-NGO mesra-PR tidak terlibat dengan himpinan yang dimaksudkan untuk guling kerajaan tersebut. Yang ada ialah himpunan untuk mendesak kerajaanj menurunkan harga barang akibat kenaikan kos sara hidup jika kenaikan harga barang tidak dibendung.

.........

Menurut Ilmu Psikologi, sesuatu perkara yang tidak wujud tetapi apabila acapkali disebut dan diulang-ulang ia bakal menjadi kenyataan. Itu dinamakan Hukum Suggesti (cadangan). Apabila perkataan "guling kerajaan" diulang-ulang, ia akan diterima oleh alam separa-sedar sebagai "perkara yang benar" dan alam separa sedar akan bertindak mengikut seperti yang disebutkan. Maka akan berlakulah "realiti" iaitu kerajaan akan terguling!
Baca: Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling!

Kedua jika "guling kerajaan" itu "bughah" bagaimana pula dengan episod rampasan kuasa oleh UMNO terhadap kerajaan negeri Perak yang telah dipilih oleh rakyat secara sah dahulu? Bukankah itu lebih jelas "bughah"nya?

Kemudian Mufti berkenaan menggunakan Surah Al-Hujurat ayat 9 di dalam konteks dan pemahamannya yang salah. Di dalam ayat tersebut jelas menyatakan: maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH),

Jika salah satu bersikap zalim terhadap yang lain - siapa sekarang yang berlaku zalim? Bukankah kerajaan UMNO BN yang terus berkeras ingin menaikkan harga sekaligus menaikkan kos sara hidup itu yang zalim? Kalau peserta TURUN itu yang zalim, dimana bukti kezaliman mereka? Timbulkan huru-hara? Bilamasa berlaku huru-haranya? Kerana tersekatnya pesta bunga api di majlis detik 12 malam yang penuh dengan acara pembaziran wang rakyat itu dikatakan zalim? Sungguh keliru pemikiran Mufti berkenaan!

Mufti itu mengeluarkan hujjah lagi :

Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.

Rakyat sehingga kini tertanya-tanya: siapa letak bom? Siapa bawa parang tak bersarung? Sehingga kini belum ada tangkapan, belum ada peserta TURUN yang ditahan kerana kedua-dua insiden berkenaan. Bererti, sehingga kini, tiada BUKTI yang ianya dilakukan oleh peserta TURUN. Daripada sekalian 10,000 mereka yang hadir menyertai demonstrasi TURUN tempohari, TIADA yang membawa sebarang senjata. Jika ada mana laporannya? Mana tangkapannya? Mana pendakwaannya?

Yang memainkan isu bom dan parang itu hanyalah pihak berkuasa dan media massa yang takut dengan bayang-bayang. Ia adalah FITNAH yang amat besar? Bukankah yang memfitnah itu zalim dan bukankah yang zalim itu yang perlu diperangi jika berdasarkan ayat yang dibacakan oleh Mufti itu tadi?

Selanjutnya Mufti berkenaan berkata:

Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya.

Suruh hantar memorandum? Kalau hendak dikira, hakikatnya berjuta rakyat nak jumpa PM nak hantar memorandum. BERSIH pernah menghantar memorandum bukan setakat kepada PM malah kepada Agong untuk menuntut SPR dibersihkan. Namun pihak berkuasa tetap menghalang. Tetap menyatakan itu perhimpunan haram. Tetap menyatakan itu nak gulingkan kerajaan.

Apa pilihan lain selain daripada demonstrasi aman sekadar rakyat nak meluahkan bantahannya kepada kerajaan? Perlembagaan sendiri menjamin rakyat berhimpun secara aman. Apakah Tuan Mufti jahil mengenainya?

Apa sebenarnya kepakaran Mufti? Di dalam hal agama? Katakanlah benar, di dalam hal agama (samada qatie atau ijtihadi), jika semua berpegang kepada kepakaran dan pendapat masing-masing, hancur binasalah ummah. GB sudah ulas hal ini. Petikan:

Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak.

Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah.

Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan & menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga. Apa akan jadi jika berlaku demikian?

Baca di Jawapan Harussani Buktikan Kefahaman Islamnya Dangkal!

13 ulasan:

  1. Jawapan Tuan Mufti Perak memang didalam jabgkaan. Seperti mana jawapannya dalam isu-isu sensasi sebelum ni.

    Pelik bila Tuan Mufti Perak mengeluarkan fatwa hanya berlandaskan pada input dari media perdana tanpa membuat penyelidikan yg mendalam terlebih dahulu.

    BalasPadam
  2. menegak benang basah,..suruh pergi jumpa PM bawa memerandum , beratus dah memorandum dari semua kes dan permasaalahan tetapi tidak ada jawapan konkrit, jangan ingat rakyat malaysia bodoh bolih di perkotak katik..hanya denga sedikit ayat Quran dah nak hukum kan orang,Allah tidak menzalimi makhluk dan banyak ayat lagi bolih di buat keputusan, jangan ikut sedap dan hanya berpihak kepada kita maka kita anggapkan org lain semua tak cerdik. Biar bersandar ayat dan hadis serta pandangan org muktabar, siapa kita nak hukum kan org, kezaliman tetap akan terhapus dan kebenaran akan mengambil tempat. biar lah institusi Mufti berada di tempat yg adil dan saksama serta di pandang mulia.

    BalasPadam
  3. Siapa sebenarnye yg memperbsarkn isu Guling.?x kn dato mufti x selidik dulu.Hairan jg seorng bertaraf mufti blh percaya dgn mainan media Masa tanpa usul periksa.

    BalasPadam
  4. As salam... berlandaskan ayat surah al Hujurat ayat 9 itu, saya ingin mendapat penjelasan Tan Sri Mufti.. yang mana satu golongan yang berlaku zalim itu sepertimana dinyatakan di dalam ayat tersebut? Kenapa yang golongan yang zalim itu mengikut pendapat Tan Sri Mufti terkena kepada rakyat yang berhimpun bukan kepada pemerintah yang merupakan pelaksana dasar yang menyebabkan rakyat berhimpun kerana terhimpit dengan kos yang semakin meningkat??? orang yang semacam Tan Sri mungkin tak terasa sangat di atas kenaikan kos ini kerana Tan Sri mampu yang mempunyai pendapatan yang besar.. begitu juga pak-pak menteri yang semua ditanggung oleh wang rakyat melalui cukai yang dikenakan... tapi bagi kami di kampung dan bandar ... cukup amat terasa kerana pendapatan yang kecil dan sedikit.... Jangan tanya pendapat Prof... kerana mereka adalah golongan yang berpendapatan tinggi!!! marilah ke ceruk kampung melihat sendiri kehidupan rakyat yang semakin terhimpit ini!!!!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Y.Bhg. Mufti Perak,

    Di mata rakyat marhain, tuan adalah contoh yang dikatakan ulama yang membawa umat ke neraka. Fatwa tuan adalah tidak dapat diterima, malah dilihat sebagai alasan membodek kerajaan, BUKAN terhadap kebenaran dan memerangi kebathilan dan kezaliman. Sudah terbuktikah di pemikiran tuan mufti bahawa perhimpunan itu benar2 untuk menggulingkan kerajaan. Tuan mufti, tanpa siasat-selidik, terus termakan tohmahan kerajaan dan pihak polis. TURUN bukan untuk mengguling kerajaan! Ia adalah gerakan anak muda yang berani menentang kebathilan dan kebobrokan kerajaan BN yang boros. Mereka TURUN untuk menyatakan rasa tidak puas hati.

    Tuan,

    Sedarkah tuan bahawa kerajaan Barisan ini adalah sebuah kerajaan yang zalim? PM, para menteri, para kroni, malah sang mufti (dan sesetengah ulama) sedang bersenang-lenang dan berseronok, rakyat jelata dipaksa berjimat dan menjalani kepayahan hidup. Pernahkah tuan merasakan kepayahan seperti kami? Atau sekurang-kurangnya terfikir akan masalah kami?

    PM kita bermewah-mewah dengan jet peribadi bercuti ke luar negara. Boros, seboro-borosnya. Percayalah, tiada siapa yang inginkan pemimpin seperti ini.

    Jika tuan bersekongkol dengan pemimpin seperti ini, tuan sama-sama menanggung dosa dengan kerajaan Barisan Nasional dan PM kita yang boros itu. Kami akan menuntut di akhirat nanti!

    Alangkah baiknya jika Mufti dipilih melalui pilihanraya ...

    Mungkin kami akan benar-benar mengggulingkan mufti yang dangkal ilmunya, sebelum kami menggulingkan kerajaan. Kami tidak lagi menghormati tuan sebagai mufti. Tuan hanyalah hamba abdi kepada kerajaan Barisan Nasional. Ilmu tuan tidak kami hormati. Tuan boleh membodohkan orang2 UMNO yang sememangnya bodoh itu. Tidak kami.

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya bahalol lah sesuatu umat itu jika ia di pimpin oleh umat yang bahalol juga......

    Common sense saja bah !

    BalasPadam
  7. Kudeta mesir mesti suka fatwa dia ni.. Mufti ni kalau bg tgk cita spongebob pun dia percaya kot.. Ni la satu kelemahan dapat Islam ikut pusaka berbanding golongan berfikir..

    BalasPadam
  8. Pendidikan
    1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
    1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
    1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
    Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
    Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
    Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

    patut lahhh bodoh piang punya statement keluar... belajar tak tinggi mana pun.

    Mufti itu mengeluarkan hujjah lagi :


    Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.


    “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6

    BalasPadam
  9. Dia berbicara berkenaan adil tetapi beliau x berlaku adil dalam memberikan hujahan iaitu berdasarkan sebelah pihak semata2 (bersumberkan media arus perdana ttg parang). Apabila beliau x berlaku adil, maknanya beliau sendiri yang zalim

    BalasPadam
  10. Semakin jelas sekarang pendirian mufti Perak dan kecenderungannya.

    BalasPadam
  11. Mufti "Harus" Sani ni dpd dulu bnyk kontroversi. Tidak bnyk buat kaji selidik pasal ummah. Cakap secara sepontan tanpa fikir. Oleh itu perlakuan lebih teruk dpd Profesor Kangkong yg ada PhD. (baca Perangai Hasut Dengki). Kelayakan Ilmiyah x tinggi manapun. Oleh itu patut letak jawatan dan bagi kat org yg lebih layak dan ilmu tinggi serta adil hakamul alim.
    Kerajaan Perak patut tendang dia keluar ataupun suruh pencen awal secara hormat.
    Memang dpd dulu lagi otg dah tau dia ni kaki pengampu dan berat sebelah. Malu rakyat Perak kalau biarkan dia jadi mufti.
    Low Class.
    Rasulullah pernah lantik panglima perang yg lebih muda dpd sahabat dan apabila sahabat yg tidak di pilih itu bertanya knpa bukan dia mendpt jwtn itu maka Rasulullah pun jwb sesungguhnya pemuda itu lebih layak dan amanah menjalankan tugas dpd shbt yg mahu kan pangkat shja dan tidak layak pikul tugas.
    Ini dahlah x layak dan kaki ampu...ilmu pun x cukup dan syok sendiri buat fatwa karut tanpa siasat.
    Kita x sebut pun pasal politik....sbb hal antara rakyat marhaen dan pemerintah...sipa yg zalim? Siapa ygbfi tindas?...siapa yg bayar cukai?... siapa yg meletakkan mereka2 ni jadi pemimpin?... siapa yg lupa diri?... siapa yg x mau jumpa rakyat?... siapa yg sombong mau jumpa siapa?... siapa yg bagi alasan ada mtg lain pd hal bole susun aturcara?...
    Cehh!!!? .. Mufti cap ayam...aba wastakbar... betul lah mufti cap ayam ni...!!!

    BalasPadam
  12. Datuk depa p bhmpun plak kat kelang dtuk.. Krajaan dh ckp jgn datuk depa p jugak.. Ni apa plak dh datuk? Datuk kuaqkan lh cpat fat tawa-tawa datuk..

    BalasPadam
  13. Ramai pak2 mufti di remote oleh umno.Penaung2 disetiap negeri(Majoriti) pun umnoo remote.Umnoo terus selesa sebab golongan2 ini terus menjadi batu penghalang Kemarahan Rakyat Kpd Pemerintah Pusat.Pembelaan Kpd Rakyat tidak langsung diambil peduli.Haruskah org2 begini terus dihormati?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.