Polis siasat Mufti Perak kes ‘bughah’, kata Ketua Polis Negara
Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau “bughah”.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.
"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.
Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.
"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.
Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.
Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.
Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.
Seorang khatib di Rawang Selangor dalam khutbah Jumaatnya minggu lalu turut membantah fatwa itu.
"Bayangkan jika fatwa ini dibuat menjelang perhimpunan itu dan ada pihak mengambil kesempatan untuk bertindak kepada peserta perhimpunan itu.
"Apakah akan berlaku kepada negara ketika itu?" kata Mohamad Zuhdi Mat Piah ketika memberikan khutbah Jumaat di surau As Siddiqin Bandar Tasik Puteri Rawang.
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan tidak melihat pangkat dan kedudukan seseorang. Malah lebih tinggi pangkat dan kedudukan seseorang akan lebih besar dan hebat hukumannya. Itulah sunnatullah yang tidak akan berubah sepanjang zaman.
Polis telah memanggil Harussani, kata KPN. Namun rakyat masih sangsi samada polis akan bertindak ke atas beliau sekalipun bukti amat nyata bahawa mufti itu telah mengeluarkan kenyataan yang amat merbahaya.
Bagi GB katakanlah polis enggan bertindak ke atas Harussani, tidak ada apa yang perlu kita gusar. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan juga dan Harussani akan tetap menerima hukumannya.
Dulu GB pernah mengulas tentang pemfitnah-pemfitnah dari UMNO seperti papagomo di Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja pada 16 Ogos 2011. Petikan
GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.
Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.
Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.
Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.
Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.
Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....
Dan selepasnya di dalam entri yang lain pada 8 Dis 2012 GB menulis begini:
Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!
Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!
Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!
Dan akhirnya pada 13 September 2013, mahkamah memerintahkan papagomo membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan di dalam satu kes saman fitnah oleh seorang ahli perniagaan itu. Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. Baca di SINI.
Begitulah nanti, dengan izin Allah, yang bakal berlaku ke atas Harussani.
Elok2 tak ada penyakit cari pula penyakit, jika terlepas di dunia di akhirat tiada siapa yg boleh tolong. Berselindung di sebalik jubah mufti pula tu. Sekarang ni pun rasanya hati jadi tidak tenang, sendiri yg buat fasal tanpa memikirkan akibat.
BalasPadamAku perhatikan, semua manusia terutama pemimpin2, pakar2 motivasi, penyanyi2, pendakwah2, bos2 , esp yg sangat terkenal, kaya raya, yg kbnyakan dipuja dipuji, akan diuji di dunia ni, hingga kadangkali buat mereka pening juga kot. Mau tak pening.
BalasPadamYg aku ingat, di Msia ni, Dr Fadilah Kamsah, Dr Muhaya, Hasan Ali, & bnyak lagi le, termasuk le Rosmah, Najib, malah DSAI, DNik Aziz..dll.
Kita pun diuji tapi sbb tak terkenal, tak le sampai masuk surat kabar.
Tu pasal le, jgn ingat bila ternama & terkenal tu bole senang2 cakap , wlu bgaimana pun, kalau kita dipihak yg benar semata2 kerana Allah, Allah akan tulung, tak jadi hal kalau diuji, sbb manusia ni memang gitu.
Ini lah kelebihan pihak berkuasa kita,
BalasPadamseharusnya isu yang perlu dilihat siapa' pemula isu yang dibangkitkan' dan 'siapa pencetus isu' . Kerana jika tidak ada pemula atau pencetus isu, tidak akan orang atau orang awam atau ngo yang bangun menentang .
Jika isu 'bughal' boleh dipanggil dan disiasat , bagaimana pula beberapa isu yang disuarakan atau dimainkankan oleh 'pemimpin pembangkang' yang dikira lebih menghasut dan membawa keburukan' contoh nya " fatwa hj hadi mengenai yang mengkafirkan orang islam yang berlainan fahaman parti, bagaima pula Guan Eng Kit Sial atau KapalSInk yang sentiasa mengapi-apikan perasaan perkauman rakyat.
jadi jika mahu bertindak biar adil dan betul, jangan lagi pihak polis dipermain-mainkan
"siasat"
BalasPadamMana perginya ulamak pas harun din dan harun taib dan ulamak pas yang lain .... dah terlampau melantak air jampi sendiri jadi setan bisu pulak......berselindung di sebalik nama ulamak dan jubah...jadi setan bisu...
BalasPadamSebab apa huruhara sanasini jadi mafti bodo ialah kerana dia ahli umno laknatullah.
BalasPadamsesejuk mata memandang, lebih baik kamu diam supaya kejahilan/ kebebalan kamu tidak diketahui ramai.Nampak sangat bodohan dlm mbuat comment. buat malu kaum BN.
BalasPadamsesejuk mata memandang,
BalasPadamFatwa hj hadi yg anda katakan itu bukannya fatwa tapi amanat. Eloklah pergi belajar dgn terpeinci bab-bab rukun iman sepenuhnya, termasuk perkara2 yg membatalkan iman secara disedari dan tanpa kita sedari. Kemudian dengar dgn teliti amanat tersebut serta faham secara jelas, supaya tidak buat ulasan tanpa isi.
Apa apa perkara pun yang belaku dimalaysia ini mempunyai kelebihan pada yang ada kuasa (didunia saja. Mereka nak selewing, rasuah kah dan sebaginya menjadi kelaziman akan lambat diambil tindakan, pura-pura tuli mahupun buta hati sebabnya mereka adalah tergolong pada spesis sama. Mereka tidak takut kepada ALLAH tetapi takut pada pemimpin agung mereka yang nyata berlagak cerdik tetapi auta penipu besar. Suka berjanji menagih simpati untuk diberi kuasa sebelum PRU sudah tetapi bila kuasa ada ditangan tak tahu pula nak buat. Rakyat bukannya saja-saja nak kritik mahu pun bantah tetapi ini semua adalh salah kerajan pemimpinan Najib, nak saja kan siapa lagi. UMNO-BN dalam aku-janji mereka berjanji, jika tak percaya cuba siarkan kembali dalam utusan malaysia, akbar nombor satu dalam bab fitnah-memfitnah gan cakap bohong. Rakyat sedia menanti penyiaran aku-janji ini kembali untuk tetapan supaya kita dapat menilai kejujuran UMNO-BN. Jika tiada penyiran dalam dekat ini maka ternyata memang UMNO-BN pembohong dan penipu rakyat nombor satu kerana mengambil kesempatan atau kebodohan rakyat yang telalu diperbodohkan. Rakyat sekali lagi meminta jika tidak pandai tabir-urus negara sila lah berundur, kamu adalah pentabir negara cap ayam.
BalasPadamsesejuk mata memandang termasuk dalam puak harusana.. rupanya. puak-puak ni memang tak nampak isu lain dah.. dia ingat betul amanat hj hadi.. tahniah.. yang dia tak nampak kos sara hidup dah naik menggila. sedarlah wahai SMM kalau nak berhujah kene buat 'google' sikit baru nampak kamu tu pandai. moga Allah bukakan hati dan minda menerima kebenaran.
BalasPadam