13 Jan 2014

[BERGAMBAR] Oki & Rio Selamat Dijabkabulkan Dalam Suasana Islami Yang Kental


Pasangan aktris Oki Setiana Dewi dan Ory Vitrio rasmi menjadi suami-isteri. Dua insan itu hari ini telah melangsungkan pernikahan di Menara 165, Jalan TB Simatupang, Cilandak, Jakarta Selatan.

“Saya terima nikah dan kawinnya Oki Setiana Dewi binti Sunarto dengan mas kahwin tersebut secara tunai,” ucap Rio dengan tegas kepada penghulu, Ahad (12/1/2013).

Proses ijab kabul berjalan lancar dan khidmat. Rio meminang Oki dengan mas kawin emas seberat 12 gram, wang tunai satu juta rupiah, dan 10 dinar.

Suasana Islami begitu kental dalam proses akad nikah tersebut. Pembacaan Asmaul Husna dan kehadiran anak yatim yang sengaja diundang pada acara tersebut turut menambah sakral dan haru prosesi akad nikah tersebut.

“Sakralnya terasa, saya terharu, nuansa Islamnya dapat banget. Ritual dari awal sampai selesai, baca Asmaul Husna-nya juga.

Mempelai pria dan wanita juga dipisah, tata caranya bagus, menginspirasi juga,” ungkap Soraya Larasati, Artis cantik yang hadir bersama sang suami Doni Almadi.

Barakallahulaka wabaraka ‘alaika wajamaah bainahuma fiil khair. Semoga keberkaha senantiasa menaungi kedua pasangan yang berbahagia ini. (okezone/detik/sbb/dakwatuna)




2 ulasan:

  1. Pengantin semua cantik berseri2, mcm aku dulu2, Tahniah smuga bahagia dlm redha Allah dunia akhirat.

    Ada iras2 ustazah Norhafizah Musa.

    BalasPadam
  2. heroin 'ketika cinta bertasbih', memang dia benar-benar bertudung.
    Moga kekal hingga ke syurga.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.