13 Jan 2014

[BERGAMBAR] Bukan Lakonan / Latihan, Tetapi Polis Betul-betul Mabuk!


Anggota polis mabuk diambil tindakan

Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya. -SH

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan


SHAH ALAM - Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Namun seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat mengatakan gambar itu bukanlah situasi sebenar dan turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan.


ULASAN GB

GB awal-awal lagi merasa sangsi mengenai komen Nordin Mansor (anggota polis?) yang menyatakan gambar itu bukan situasi sebenar tetapi adalah latihan bagi mengambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sangsi kerana jika latihan atau lakonan mana anggota yang lain, mana camera-man, mana crew yang lain?

Kini kebenaran terdedah. Ketua Polis Selangor pantas mengambil tindakan menukarkan serta-merta kedua-dua anggota terbabit dan siasatan lanjut berkaitan insiden dijalankan.

Sebenarnya kegiatan polis meminum minuman keras dan alkohol bukan perkara baru. Semua orang tahu hal ini.

Ingat semasa perbicaraan kes Suwandi & Azman di Terengganu satu ketika dulu. Seorang anggota polis secara terang-terangan mengaku dia tidak pernah mendirikan solat, kemudian mengaku bahawa dia seorang peminum arak, sekalipun di luar waktu bertugas.

Ia perlu disiasat habis-habisan. Demi menjaga nama baik pasukan polis, mana-mana anggota polis yang terlibat meminum arak/alkohol perlu diambil tindakan tegas. Kerana dengan menjadi seorang peminum arak/alkohol bererti ia boleh membuka pintu bagi anggota polis berkenaan melakukan kesalahan dan jenayah yang lain.


8 ulasan:

  1. Yang paling bahaya adalah keselamatan orang awam.Apa lagi dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri bolih berlaku perkara2 yg tidak diingini sebagaimana tembak menembak..

    BalasPadam
  2. ada pulak latihan mabuk.. nnti ade pulak latihan polis ambik rasuah, rogol pati, salah tembak org. byk la latihan kesalahan kalau nk buat.

    sedangkan kesalahan hanya perlu dimaklumkan, kenapa perlu latihan buat kesalahan. org berlatih buat kerja kualiti, nk buat salah tk perlu latihan la.

    tolong jgn bagi alasan mcm org mabuk..gelak mendengarnya

    BalasPadam
  3. terus menjadi wild wild west kat badar!!!
    tembak menembak.. hahahaaha

    BalasPadam
  4. pak menteri pun mabuk..elok dah tu

    BalasPadam
  5. Malaysia masih aman...

    BalasPadam
  6. Aku selalu memikirkan, bila kes2 rahsia mcm ni, yang tukang amik gambar tu sangat teror, siapa yang tukang amik gambar tu?

    Macam mana dia bole tau yg polis tu mabuk? Selalunya kita, kalau nampak sapa2 park kete ke, kita buat don no aje. Any way syabas, anda prihatin.

    BalasPadam
  7. Amcm ni beb polis pun terlibat dgn minum arak? Patutnya perlu letakkan syarat beb bagi anggota polis beragama islam kalau terlibat arak bukan disuruh pindah beb tapi pecat terus 24 jam tanpa notis. Tapi since arak mempunyai link acara keagamaan lain especially bagi suku kaum sabah dan sarawak, u all (org islam sabah sarawak tidak termasuk sebab lu terikat peraturan agama islam) janganlah minum masa bertugas beb. Pandai - pandai tahulah sudah time bertugas jangan minum.

    Sekadar kena pindah sahaja tu mungkin juga anggota polis bukan beragama islam (agama melayu). Semestinya tak kira apa agama pun kalau sudah namanya polis disiplin tu kena ada.

    BalasPadam
  8. Lepas ni kita pakat ramai-ramai ambil gambar pakai handset, jika didapati polis melakukan kesalahan semasa dalam tugas mahu pun luar tugas...lebih-lebih lagi bawa wanita pati naik mpv untuk tujuan maksiat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.