13 Apr 2013

Setelah Video Lucah Kantoi, FB Palsu "Mustafa Ali" Pula Diwujudkan...


Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul.

Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

Ulasan GB

Ringkas sahaja,

Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.

Allah sudah berfirman:



Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

UMNO Kelantan Terdesak, Paksa Guru Tampal Pelekat "T"


Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka.

Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri.

Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat.

"Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan.

"Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu.

T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan.

Ianya timbul selepas pelekat R yang mewakili sebuah NGO menuntut hak royalti Kelantan menjadi fenomena dikalangan rakyat di negeri ini sejak setahun lalu.

Bagi menyaingi gelombang R itu, mereka telah memaksa rakyat khususnya guru untuk menampal pelekat T di kenderaan masing-masing bagi menampakkan sokongan menyeluruh terhadap perjuagan NGO itu.

Selain pelekat R, turut menjadi fenomena di Kelantan ketika ini adalah pelekat 'K' iaitu membawa maksud 'Kekal Kelantan' yang diperjuangkan juga oleh sebuah NGO.

Dr.Asri Dan NGO Kecam Politik Kotor Dan Lucah UMNO


Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin di dalam satu tweetnya mengecam pihak tertentu yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik dan menganggap bahawa negara akan musnah jika pihak berkenaan menguasai kepimpinan negara.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada isu penyebaran video seks lucah yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang dimainkan oleh pihak blogger pro-UMNO melalui laman sosial dan blog-blog sejak beberapa hari ini.

Sementara itu harakahdaily melaporkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk.

Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.

Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.

"Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.

Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.

"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.

Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu.

Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti? "Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka.

“Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan.

Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai.

"Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis.

“Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya.

Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu.

"Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media.

"Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan.

"Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian.

"Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu.

"Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara.

"Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya.

Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang.

Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah.

"Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat.

Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat.

Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas.

"Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya.

Berita Cikgu Pa Letak Jawatan Fitnah Jahat UMNO Selepas Video Lucah


Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.

Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini.

Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon.

Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gag order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya.

Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini.

MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini.

Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang.

Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek.

Poll yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan berbanding moneyfesto BN.

Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,”
katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.

” Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.


Peguam Mustafa dakwa ia fitnah Umno


Seorang peguam yang mewakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa individu dalam video seks terbaru adalah anak guamnya.

Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.

"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.

"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.

Asmuni memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.

"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.

Mustafa sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan itu.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily .
-mk

[PANAS] Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai...


Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu.

Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut.

Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau?

Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed.

Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata.

Cuba baca:

Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...







  • VIDEO INI TULEN
  • PELAKON JUGA TULEN
  • AKSI JUGA TULEN
Jangan cepat melenting.. Sabar.. bagi aku terangkan pada setiap point aku..

VIDEO INI TULEN

Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya..

PELAKON JUGA TULEN

Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI..


Minit ke 6:43 

Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..


Minit ke 6:46 

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..

Minit ke 6:52 

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43



PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama?

AKSI JUGA TULEN

Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini..

Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji...


**UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI..

Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat..

Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS,
Jelas nampak WUJUD & REAL,
Inikan pulak video murahan macam ni..
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!

Mustafa Ali Akan Terus Berpahala Selagi Video Disiarkan


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.

"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

"Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. - Bernama

Ulasan GB

GB sudah nukilkan sebelum ini di dalam kes video liwat DSAI. Petikan:

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

Keengganan papagomo untuk mengakui blog itu kepunyaannya dan keenganan Mohd Azri untuk mengakui beliiau adalah papagomo adalah bukti awal kebinasaan papagomo sendiri! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.



Keengganan puak UMNO untuk mengaku merekalah selama ini di sebalik pembikinan dan penyebaran video-video lucah sebaliknya membuat cerita ia dilakukan oleh PKR sedangkan puak UMNOlah yang melompat-lompat macam kera dengan berita penyebaran video lucah itu menunjukkan parti UMNO itu sudah cukup terdesak dan sedang menuju kehancuran!

Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menuduh seseorang itu berzina.

Empat orang saksi yang boleh dipercayai perlu dikemukakan. Itu QAZAF namanya. Demikian hebatnya keadilan yang dituntut oleh Islam. Bukkan sekadar tuduh-tuduh. Video boleh membantu siasatan tetapi tidak dapat diterima sebagai bukti kerana adakalanya video itu palsu dan rekaan. Ada video yang boleh diedit, diubah dan seumpamanya.

Di dalam inkues kematian Ahmad Sarbani di bangunan SPRM, video cctv dikemukakan, tetiba didapati ada bahagian rakaman cctv yang terputus. Dan bahagian yang terputus itu ialah bahagian yang paling penting dan krtitikal di dalam siasatan. Membuktikan bahawa cctv itu boleh diubah pihak tertentu untuk tujuan tertentu.

Lihat pula bagaimana video superimposed dilakukan:



Selain itu satu cara lagi ialah penggunaan "mask" (topeng)



Justeru itu menjadi tugas kepada mereka yang menuduh orang lain berzina untuk mengemukakan 4 orang saksi, jika tidak tanggunglah dosa selagi fitnah itu berjalan.