13 Apr 2013

Setelah Video Lucah Kantoi, FB Palsu "Mustafa Ali" Pula Diwujudkan...


Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul.

Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

Ulasan GB

Ringkas sahaja,

Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.

Allah sudah berfirman:



Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

17 ulasan:

  1. Memang puak2 ni tak sudah2 membuat fitnah. Ramainya cai2 ni berlumba2 ingin sangat jadi bahan api neraka jahanam.

    BalasPadam
  2. Lancarkan majlis bacaan yasin seluruh Malaysia, mereka makin melampaui batas nak berkuasa

    BalasPadam
  3. Terlalu banyak kerja lucah UMNO sampai orang tak percaya

    BalasPadam
  4. Berdoalah kepada Allah SWT agar segala kejahatan manusia jahannam ini dibalas balik dengan api neraka. Amin.

    BalasPadam
  5. from : D'Jango@TheRedBURET tm

    TU LAH SIFAT GENG UMNONOK...TAK HABIS HABIS FITNAH...FIKIR DUNIA SAJA AKHIRAT LUPA...UMPAMA DUNIA DIA YG PUNYA...PR AKAN MENANG BERGAYA....INI KALI LAH....TAKBIRRRR....REFORMASI.....LAWAN TETAP LAWAN....

    P/S : NONOK DLM BAHASA LAMA MELAKA ADALAH BURIT...JADI DAH KENE LAH TU UMNO DITUKAR KE UMNONOK....SEBAB ASYIK CERITA PASAL BURIT AND MANTAT MANTAT AJE...BENGONG PUNYA UMNONOK...HANG PA DAH MABUK KEPAYANG DAH LA NI BOHHHHH...TUNGGU UTK REBAH KE BUMI AJE UMNONOK NI BOHHHHH....

    REFORMASI....LAWAN TETAP LAWANNNNN

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Saya amat menyokong agar bacaan yasin dan solat hajat dibuat...

      Padam
  7. dh tutp pun akaun fb di atas..terbukti fitnah jahat....ulamak umno diam je...agaknya setuju dgn semua bnda mcm ni

    BalasPadam
  8. Masya ALLAH !!!!

    Taubat lah puak puak DUMBNO...

    BalasPadam
  9. Dapatkan siapa yang membuka akaun FB itu jangan tak cari, dapatkan dengan kadar segera biar dia tahu langit tinggi rendah. Mereka ini tidka boleh diberikan muka , ajarin mereka supaya mereka tahu apa itu dosa, apa itu pahala. Kita cari siapa manusia yang munafig ini?

    BalasPadam
  10. Boleh cek siapa empunya akaun. Login menggunakan email. Empunya email mesti ada pengesahan email. Email berangkai berangkai dan boleh jejak siapa sebenarnya create akaun ini.... Pakar cyber PR boleh siasat. Saya hanya bg cadangan je... ;)

    BalasPadam
  11. ntahla.. nak kata puak macai umno ni bodo, x mgkin sbb org bodo x reti buat benda ni.. nak kata gila jauh skali.. Hanya "Syaitan" saja yg mampu buat keja2 jijik ni.. Maka sbgai umat Islam "WAJIB" hapuskan ejen syaitan ni..

    BalasPadam
  12. Sekarang kita semua sedang berjuang di medan perang untuk humbankan BN. Jika ada rakan2 yang tercedera,tersemput,
    tercirit etc.masa tu, adakah kita perlu berhenti berjuang? Percayalah video lucah tu boleh di buat, ditempek dibhgn muka dsbnya.Kita mesti fokos unt kejayaan.Jng peduli, TOLAK BN.

    BalasPadam
  13. Solat hajat Dan Baca yasin bagi petunjuk utk puak2 macai ni.kalau aku individu ikut hati dah lama aku buat ISI perut yg buat fitnah ni terburai. Kalau ikut Islam dah kira sama taraf dgn pembunuh.

    BalasPadam
  14. Bagus gak buat solat hajat dan yasin. Insyaallah semua skandal dan munafik akan Allah dedahkan. Ini balasan Allah di dunia lagi kerana menipu.

    BalasPadam
  15. Sila layari www.spfxmasks.com

    muka bleh tiru sebijik guna topeng silikon. Kita nak order online pn bleh.

    Mcm2 teknik superimpose... kalu ada modal lebih skit bleh guna cgi graphic tambah dgn teknik blue screen.. green screen dll..


    Video adalah siri jujukan gambar (a series of images) jd kita bleh edit image frame by frame... pixel by pixel pn bleh... teknologi dah canggih skg...

    lagi satu tips kalu nak lindung kecacatan takut terkantoi bleh bg video kabur skit, low quality video atau bg hitam putih.. taruk mekap skit bg real.. tiru tingkah laku dll.... Jgn bg video HD quality nanti akan kantoi...

    Saranan aku kalu ada video seumpama ni tak kira la dr BN ka dr PR ka jgn la kita dok berkelahi sesame kita sbb tak tau hjg pangkal kesahihan.. takut bersubahat fitnah sama kalau benda tu tak benar. Korang tau kan hukum org yang menabur fitnah...

    Biar org PoliTik saja yg main PulaihTaik.

    Yang penting 5 Mei nanti jgn lupa mengundi Parti pilihan masing2 ok...

    Selamat Mengundi...

    wallahualam...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.