Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin di dalam satu tweetnya mengecam pihak tertentu yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik dan menganggap bahawa negara akan musnah jika pihak berkenaan menguasai kepimpinan negara.
Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada isu penyebaran video seks lucah yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang dimainkan oleh pihak blogger pro-UMNO melalui laman sosial dan blog-blog sejak beberapa hari ini.
Sementara itu harakahdaily melaporkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk.
Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.
Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.
"Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.
Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.
"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.
Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu.
Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab.
"Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti? "Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau.
Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka.
“Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan.
Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai.
"Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis.
“Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya.
Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu.
"Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media.
"Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan.
"Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian.
"Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu.
"Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara.
"Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya.
Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang.
Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah.
"Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat.
Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat.
Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas.
"Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya.
Prof Dr Sidik Baba dan Tuan Mufti Harunsani apa nak komen? Mana pergi semua mufti di Malaysia? Masih diulit kemewahan duniakah?
BalasPadamHassan Jati begitu bersungguh2 mangatakan video itu betul. Memang dasar PEMBAWA FITNAH besar. Inikah rupa bentuk pejuang yang nak menegakkan dan mdmpertahankan Islam????
BalasPadamWahai Hassan Jati...
Adakah Menyebar FITNAH dan memburukkan seseorang di khalayak ramai itu lebih utama dpd membawanya kemuka pengadilan jika ia benar2 diyakini...???
Itukah kaedah ajaran Islam yang kamu faham???
from : D'Jango@TheRedBURET tm
BalasPadamTU LAH SIFAT GENG UMNONOK...TAK HABIS HABIS FITNAH...FIKIR DUNIA SAJA AKHIRAT LUPA...UMPAMA DUNIA DIA YG PUNYA...PR AKAN MENANG BERGAYA....INI KALI LAH....TAKBIRRRR....REFORMASI.....LAWAN TETAP LAWAN....
P/S : NONOK DLM BAHASA LAMA MELAKA ADALAH BURIT...JADI DAH KENE LAH TU UMNO DITUKAR KE UMNONOK....SEBAB ASYIK CERITA PASAL BURIT AND MANTAT MANTAT AJE...BENGONG PUNYA UMNONOK...HANG PA DAH MABUK KEPAYANG DAH LA NI BOHHHHH...TUNGGU UTK REBAH KE BUMI AJE UMNONOK NI BOHHHHH....
REFORMASI....LAWAN TETAP LAWANNNNN
Udang busuknya bermula di kepala.
BalasPadamBg dollah semaah komen la..br bernas..kah3..
BalasPadamMereka tak buat kalau tidak restu dari pihak berwajib. Di Malaysia semua undang2 ada. Cuma pelaksanaannya sangat teruk. Sekarang menonton video lucah, mengedar video lucah dan menonton video lucah tak salah. Yang salah ialah bila tidak menonton video lucah.
BalasPadamDr mahathir dlm ucaptama di sebuah program baru2 Ini kpd warga KPM mengatakan ramai rakyat Malaysia dah tak tahu malu...
BalasPadamMaksudnya dah tak tahu malu kerana sanggup buat kerja yg memalukan...yg mengaibkan org...tak tahu hak sendiri Dan hak org lain Dan tidak berdisplin
Beliau kata kita masih gagal menjadi negara berdaulat Dan bebas
Paling best Beliau kata calon winnable pd fahaman DSN
Tak sama dgn calon winnable yg org lain faham...Beliau senyum sinis....
Perbuatan penyebaran video lucah tersebut adalah sama dengan kerja-kerja orang jahilliyah di zaman Nabi dahulu.
BalasPadamKalau makan yang haram macam rasuah, bagaimana nak keluar yang baik-baik?
BalasPadamMahathir sedang lihat fitnah liwat diguna pakai, pengikut untuk fitnah sex pula, firaun ada pengikut?
BalasPadamAku tak hairan apa yg berlaku kini,kerama apa yg kita lihat seolah penyebar video ini mendapat restu pemimpin UMNO/BN,apatah lagi ramai ulamak umno pun membisu seribu bahasa,bagi ulamak umno apa yg haram bila dilakukan oleh umno/bn ia akan menjadi halal.umpamanya soal rasuah tiada pun ulamak umno yg menyeru rakyak menolak pemimpin yg rasuah,malah mereka terus mendesak rakyat terus memilih UMNO/BN.JUSTERU ITU WAJARKAH SEPERTI MENJADI IKUTAN DAN RUJUKAN UMMAH?
BalasPadamMahathir dan Najib begitu teringin nak kekal berkuasa, tapi rakyat muda sekarang tak mudah tertipu
BalasPadamAkan datang, semua pemimpin PR akan ada video sex sendiri. Selamatkanlah Malaysia sebelum lebih parah. ABU
BalasPadamHati yg kotor dan busuk mrealisasikan amalan yg keji...
BalasPadam