8 Mac 2013

[PANAS] Benarkah ISMA / BERJASA Jadi Kuda Tunggangan BN Untuk Pecahkan Undi Melayu?


Petaling Jaya – Adun Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang mahu bertanding 20 kerusi Parlimen dan Dun atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) adalah tidak lebih sebagai kuda tunggangan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa tindakan Isma itu seolah-olah mahu menggagalkan strategi pertembungan dua penjuru antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Haniza lagi, tindakan Isma itu bukannya bertujuan membawa kesejahteraan umat seperti diperkatakan sebaliknya untuk memecahkan undi Melayu.

“Saya lihat tindakan ini adalah sebagai usaha nak gagalkan lawan dua penjuru dan mereka kuda tunggangan BN.

“Tindakan ini akan mengakibatkan perpecahan undi Melayu terutamanya golongan atas pagar,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat Isma sebelum ini.

Haniza berkata, tindakan itu juga dilihat memberi lebih manfaat kepada BN sekiranya undi Melayu berpecah di kawasan polariti kaum 50-50 antara Melayu dan kaum lain.

Menurutnya, PR sentiasa bersedia apa sahaja keadaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini kali ini termasuk helah digunakan pihak lawan.

“Kita tahu pihak lawan akan guna apa sahaja cara untuk menang dan kita sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

“Ini bukan perkara baru sebelum ini di pilihan raya kecil pun ada calon Bebas bertanding,” katanya.

Patutlah Samseng UMNO Bermaharajalela, Ada Ketua Polis Negeri Bekerja Untuk BN


Gambar fail" Datuk Chua Ghee Lye bersama Tan Sri Ismail Omar

Baling batu: Samseng Umno buat serangan, KEADILAN pula disalahkan

PETALING JAYA 8 MAC: Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye (gambar) dikecam kerana menyalahkan KEADILAN ekoran kecederaan dua polis ketika menyuraikan serangan samseng Umno di Bukit Katil, Melaka malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pimpinan parti dimarahi ketika beliau menghubungi Chua bagi merujuk insiden serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Menurut Saifuddin, pemimpin berkenaan memberitahunya, Chua menyalahkan penganjur kerana mengadakan ceramah Anwar Ibrahim di kawasan Umno.

Beliau malah melempar kata-kata seperti ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’.

“Itu adalah kenyataan politik yang sangat bias dan tidak profesional.

“Beliau tidak layak jadi Ketua Polis Melaka. Mana ada dalam Malaysia ditandakan sebagai kawasan Umno. Kita tidak buat ceramah di markas Umno.Beliau menuduh penyokong kita yang mengakibatkan dua polis tercedera,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.


Kejadian sekitar 10 malam tadi bermula apabila puluhan samseng Umno BN bertindak liar melontar bertalu-talu batu ke arah bas.

Serangan itu mengakibatkan empat cermin bas yang dinaiki Anwar pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

Seorang pengawal keselamatan Anwar turut cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

Susulan kejadian tersebut, Saifuddin akan mengutus surat untuk bertemu Ketua Polis Negara (KPN) bagi membincangkan soal keselamatan terutama berkaitan kempen pilihan raya.

“Kita tengok semakin dekat pilihan raya makin banyak keganasan. Memandangkan ini kejadian keenam, saya akan tulis surat kepada KPN untuk bincangkan jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat ketika kempen pilihan raya. Kita bagi masa untuk dia selesaikan isu Lahad Datu dahulu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu yakin serangan berterusan akan menambah sokongan kepada KEADILAN.

“Serangan samseng seperti ini akan melonjakkan simpati dan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.

“Rakyat seluruhnya menolak amalan budaya politik samseng dan ganas Umno BN,” katanya.

Kejadian pertama serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat berlaku di Kota Bharu pada 1 September 2012 apabila cermin depan retak dan disimbah cat merah. Seterusnya pada 8 September, kejadian serangan sama turut berlaku di Jasin Melaka.

Manakala kejadian ketiga dan keempat berlaku di Johor pada 14 September di Tangkak, ketika solat Jumaat, dan di Johor Baharu apabila paku payung ditabur di atas jalan dan dibaling ke arah bas.

Pada 16 Disember pula, bas itu dibaling dengan objek ketika melalui lebuh raya berdekatan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang mengakibatkan cermin penumpang bahagian atas berlubang. – NS

Ulasan GB

Baru dapat gelaran "Datuk" sudah lupa diri, sudah bias dan bekerja secara tidak professional.

Jika anda menyatakan " ‘saya tidak hormat Anwar Ibrahim, saya tidak hormat Ketua Pembangkang, saya tidak hormat Pakatan Rakyat’" maka bererti anda tidak hormat orang yang dipilih rakyat, maka rakyat berhak untuk tidak menghormati kamu, tidak menghormati pegawai atau anggota polis yang tidak menjalankan tugas secara adil, saksama dan professional!

Akhirnya, Anwar Fail Saman RM100 juta Terhadap Utusan, TV3

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.

Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

“Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri,” kata N. Surendran ketika sidang media di sini.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?”

Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan “perkataan-perkataan firnah” sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.

Jelas Surendran, dalam penyataan tuntutan mereka mendakwa, TV3 dan Utusan Malaysia melaporkan “Anwar Ibrahim adalah antara tiga dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang menyebabkan pertumpahan darah.”

“Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat...,” kata N. Surendaran kepada pemberita.

“Perkataan-perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat ... plaintif telah mengalami kecederan yang teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, politik, dan menjejaskan kedudukannya,” kata Surendran, yang juga Naib Presiden PKR.

Anwar diwakili firma peguaman Tetuan Daim dan Gamany dalam mefailkan tuntutan saman tersebut. -TMI


Lahad Datu: Anwar fail saman fitnah terhadap Utusan & TV3


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 Malaysia Bhd, berikutan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

“TV3 dan Utusan pada 2 Mac mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Anwar, kononnya beliau ‘dalang’ di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Kenyataan ini amat serius dan palsu tanpa ada bukti,” kata Surendran kepada media.

Utusan sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan ‘Tiga kumpulan jadi dalang’ dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.

TV3 pula menggunakan istilah ‘dalang’ ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.

“Tuduhan itu berkaitan keselamatan negara dan fitnah terhadap Anwar adalah percubaan untuk menipu rakyat. Kita memandang kenyataan tersebut sebagai kenyataan Umno,” jelas Surendran.

“Ia kerana Utusan dimiliki Umno, wakil Datuk Seri Najib Razak duduk dalam lembaga pengarah Utusan. Perdana Menteri bertanggungjawab penuh terhadap fitnah itu. Kerajaan perlu berhenti mempolitikkan isu Lahad Datu dan mengaitkan Anwar,” tegasnya.

Anwar pada 4 Mac lalu melalui notis tuntutan 24 jam menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, dan ganti rugi masing-masing RM100 juta.

Pada 6 Mac, TV3 meminta untuk menangguh jawapan kepada notis itu kepada dua minggu sementara Utusan pula tidak menyatakan tempoh.

“Kami tidak respon terhadap permintaan untuk tangguh oleh TV3 dan Utusan.

Kami respon dengan memfailkan saman. Hari ini sudah hampir seminggu sejak notis diberikan kepada mereka,” kata Latheefa.

“TV3 pula masih menyiarkan laporan mengaitkan Anwar dalam insiden Lahad Datu dan itu menunjukkan mereka tidak serius dengan notis yang kita berikan,” katanya lagi.

Anwar turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta injunksi menghalang kesemua defendan dari menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Turut dinamakan sebagai defendan, pengarang utama Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; pengarah kumpulan TV3, Datuk Shaharuddin Abdul Latiff dan editor berita TV3, Ing Boon Seng. – NS

[PANAS] Bapa Saiful Bukhari Akui Kes Liwat Kedua Sebuah Konspirasi


Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”
tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. -TMI


Liwat II konspirasi untuk jatuhkan Anwar – Bapa Saiful Bukhari



Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.


“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,
kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.

“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS/KD



Ulasan GB

Bukankah GB kata selalu, kebenaran akan tetap terbongkar juga. Habislah Najib, UMNO dan sekalian macainya

UMNO akan tetap binasa jua akhirnya.

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Arahan HKL Ketinggalan Zaman - Dr.Lee Boon Chye

Arahan supaya semua anggota Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang pada kenderaan masing-masing disifatkan tidak bijak dan ketinggalan zaman.

Ini kerana kakitangan berhak memilih mana-mana parti politik untuk disokong tanpa perlu disekat selaras dengan sistem demokrasi yang selama ini diamalkan, ujar Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

“(Arahan) ini menceroboh hak kakitangan untuk memilih. Logo merupakan satu tanda menyokong mana-mana parti.

“Kalau begitu, logo 1Malaysia, lambang ‘Janji Ditepati’ juga tidak boleh ditampal,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Sebelum ini, HKL mengesahkah semua anggota HKL tidak dibenarkan meketakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.

Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook.

Perkara ini disahkan Pembantu Peribadi Pejabat Timbalan Pengarah HKL, Nur Hazlin Mohd Yunus ketika dihubungi Tv Selangor.

Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut.

Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[VIDEO & GAMBAR] Samseng UMNO Baling Batu Di Ceramah Anwar Di Melaka


Berpuluh-puluh samseng Umno Barisan Nasional (BN) bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.


Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.


Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.


Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.


Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.

Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.


Sementara itu, Utusan Malaysia terus menerus melakukan pembohongan apabila dalam laporannya mendakwa dua anggota polis cedera dalam serangan malam tadi.


Bagaimanapun, akhbar yang disaman Anwar RM100 juta itu tidak menjelaskan siapa yang memulakan serangan dan dari pihak mana.

Utusan sering kali melaporkan berita yang kurang tepat malah boleh dikatakan apa sahaja yang terjadi semuanya salah Anwar dan bukannya Umno BN.

Dalam laporan itu, Utusan langsung tidak menyatakan bahawa samseng yang diupah pemimpin Umno yang menyerang Anwar hingga menyebabkan sedikit serpihan kaca tingkap pada sisi bas yang pecah mengenai Anwar yang biasanya duduk di kerusi tepi.

Anggota polis yang cedera itu tidak pula Utusan tunjukkan siapa sebenarnya yang menyerang mereka tetapi hanya mendiamkan diri tanpa bukti dan keterangan sahih.

Jelas sekali laporan Utusan berkenaan sengaja mahu menyalahkan Anwar sedangkan pemimpin Umno sendiri yang mengupah samseng tersebut bertindak liar hingga mengancam anggota keselamatan yang bekerja keras menghalang kebiadaban samseng berkenaan.


Imej batu dibaling dari arah penyokong BN diambil dr vedeo pd 50saat rakaman. Diarahkan ke DSAI tp mengenai seorg mangsa berbangsa China


Perbuatan samseng UMNO Melaka membaling batu ke arah bas Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga cermin bas pecah dan badan bas berlubang. Motif jelas untuk mencederakan Anwar dan rombongannya.


Ribuan hadir walaupun terpaksa menghadapi provokasi samseng oleh UMNO/BN Melaka


KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BUKIT KATIL MELAKA.. ALI RUSTAM NAIK ANGIN PENYOKONGNYA NAIK MINYAK!!!!!!



Macam mana Ali Rustam tak naik angin satu badan beb!!!!!.. Kubunya sendiri di Bukit Katil beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian disana telah roboh dengan kehadiran ribuan warga Bukit Katil yang tekun tidak berganjak tanpa rasa  gentar dan cuak dengan ugutan,serangan serta teriakkan gerombolan samseng UMNO.

Walaupun difahamkan 2 penyokong cedera kena balingan batu namun mereka tetap tidak berganjak untuk mendengar pidato dari pemimpin kesayangan mereka yang mereka anggap bakal menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri ke-7.. INS'YA ALLAH.

Dulu kalau nak lihat orang ramai hadir ceramah pembangkang nak dapat 100 orang hadir cukup sakit dan perit. Kini suasana dan permandangan sedemikian sudah menjadi sejarah. Permandangan itu kini sudah berhijrah ke ceramah anjuran UMNO/BN pula.

Inilah yang memeningkan kepala para pemimpin UMNO yang sudah pun ketika ini pening lalat.

Kepada rakyat Melaka... INI KALILAH....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.
-omakkau



sumber: KD/jalanpulang/omakkau/fb

Ulasan GB

GB, melalui blog ini telah berkali-kali meminta polis menjalankan kerja dengan adil dan saksama. GB berkata hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Sepatutnya pihak polis boleh menghalau atau menahan samseng-samseng UMNO BN yang hadir untuk mengacau-ganggu program-program Pakatan. Tetapi dibiarkan.

Akhirnya kini polis sendiri yang merasai sendiri perbuatan jahat samseng-samseng UMNO BN berkenaan.

Ayuh polis, berubahlah! Laksanakan tugasmu dengan adil dan saksama, tahan dan tangkap segera mana-mana samseng UMNO BN yang cuba menganggu di mana-mana program Pakatan selepas ini.

Sesungguhnya hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dan terus berjalan.

Apabila Pengarah Hospital KL Bermentaliti Pencacai....

Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkah semua anggotanya tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.

Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalu sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook.

Tv Selangor menghubungi pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus mengesahkan perkara ini.

Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut.

Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini. -selangorku


Ulasan GB

Mengapa hadkan hanya "pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang"? Jika mahu kakitangan hospitalnya bebas dari politik mengapa tidak disebutkan "pelekat yang mempunyai logo parti politik"?

Sepatutnya beliau letak jawatan dan masuk bertanding di atas tiket BN jika mahu berpolitik.

Amat memalukan seornag penajwat awam mempunyai mentaliti seorang pencacai!