Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menyiarkan berita yang didakwanya berunsur fitnah kerana mengaitkan dirinya dengan insiden keganasan di Lahad Datu.
Saman tersebut difailkan peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya dan N Surendran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.
Turut dinamakan dalam saman tersebut adalah lima defendan iaitu; Utusan Malayu (Malaysia) Bhd; Editor Utusan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3, Pengarang Urusan Kumpulan TV3, Datuk Shahruddin Abdul Latif; dan Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.
“Tuduhan-tuduhan itu amat berat kerana ia seolah-olah menggambarkan Anwar (gambar) nak tawan negara sendiri,” kata N. Surendran ketika sidang media di sini.
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 telah menyiarkan artikel bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?”
Selain ganti rugi am RM100 juta, Anwar turut menuntut gantirugi teruk dan gantirugi teladan, termasuk injuksi menghalang defendan-defendan menyatakan atau menerbitkan “perkataan-perkataan firnah” sama ada melalui percetakan, lisan atau Internet.
Jelas Surendran, dalam penyataan tuntutan mereka mendakwa, TV3 dan Utusan Malaysia melaporkan “Anwar Ibrahim adalah antara tiga dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu yang menyebabkan pertumpahan darah.”
“Artikel ini menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang bagi kejadian Lahad Datu. Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan amat jahat...,” kata N. Surendaran kepada pemberita.
“Perkataan-perkataan fitnah tersebut adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat ... plaintif telah mengalami kecederan yang teruk terhadap karektor, penghormatan, reputasi peribadi, politik, dan menjejaskan kedudukannya,” kata Surendran, yang juga Naib Presiden PKR.
Anwar diwakili firma peguaman Tetuan Daim dan Gamany dalam mefailkan tuntutan saman tersebut. -TMI

Lahad Datu: Anwar fail saman fitnah terhadap Utusan & TV3
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 Malaysia Bhd, berikutan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.
“TV3 dan Utusan pada 2 Mac mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Anwar, kononnya beliau ‘dalang’ di sebalik pencerobohan Lahad Datu. Kenyataan ini amat serius dan palsu tanpa ada bukti,” kata Surendran kepada media.
Utusan sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan ‘Tiga kumpulan jadi dalang’ dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.
TV3 pula menggunakan istilah ‘dalang’ ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.
“Tuduhan itu berkaitan keselamatan negara dan fitnah terhadap Anwar adalah percubaan untuk menipu rakyat. Kita memandang kenyataan tersebut sebagai kenyataan Umno,” jelas Surendran.
“Ia kerana Utusan dimiliki Umno, wakil Datuk Seri Najib Razak duduk dalam lembaga pengarah Utusan. Perdana Menteri bertanggungjawab penuh terhadap fitnah itu. Kerajaan perlu berhenti mempolitikkan isu Lahad Datu dan mengaitkan Anwar,” tegasnya.
Anwar pada 4 Mac lalu melalui notis tuntutan 24 jam menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, dan ganti rugi masing-masing RM100 juta.
Pada 6 Mac, TV3 meminta untuk menangguh jawapan kepada notis itu kepada dua minggu sementara Utusan pula tidak menyatakan tempoh.
“Kami tidak respon terhadap permintaan untuk tangguh oleh TV3 dan Utusan.
Kami respon dengan memfailkan saman. Hari ini sudah hampir seminggu sejak notis diberikan kepada mereka,” kata Latheefa.
“TV3 pula masih menyiarkan laporan mengaitkan Anwar dalam insiden Lahad Datu dan itu menunjukkan mereka tidak serius dengan notis yang kita berikan,” katanya lagi.
Anwar turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta injunksi menghalang kesemua defendan dari menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Turut dinamakan sebagai defendan, pengarang utama Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; pengarah kumpulan TV3, Datuk Shaharuddin Abdul Latiff dan editor berita TV3, Ing Boon Seng. – NS
blogger2 pro umno masih lagi memfitnah anuar,berkaitan gambar beliau bersama misuari, menuduh anuar terlibat.mereka tidak dapat bezakan tentera sultan sulu, mnlf,milf. suka fitnah melulu.
BalasPadamUM dan TV3 kalah pun takper, bukan banyak pun yang depa akan kena bayar. Tengok kepada keputusan-keputusan lepas, ianya sekitar RM100k jer. Kata orang, amaun tu sebesar taik gigi jer!!! Sebab tu UM ni tak serik-serik. Kot-kot ada yang sponsor (macam pukisa minta derma dulu) bayaran tu!!!
BalasPadamSoal berapa tak timbul.Pokoknya saman,saman,saman.RM 100 juta tu boleh jadi TV 3/4 terkedu sebab pendapat iklannya pun tak sehebat mana.
BalasPadamSemoleknya ahli keluarga DSAI dan ahli PKR pun ambil tindakan yg sama terhadap kedua dua media ni,tindakan ini sewajibnya diteruskan agar mereka terlepas dari fitnah fitnah yg lebih buruk lagi.
BalasPadam