Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya” kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.
“Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan,” kata Pua di Kuala Lumpur.
Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.
Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.
“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.
Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.
“Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan,” katanya.
Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.
“Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.
Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.
“Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.
“Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.
“Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu.
Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.
“Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.
Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.
“Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.
GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.
Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.
Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan,” katanya.
Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. -TMI

Pakatan akan ‘gagal dan merana’ kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan
Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.
“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.
Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat.
SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut.
Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham. -TMI
Kampong maslan yang ada kilang Kondom ter besar kan ? Kalau komdom buleh masok , apa lagi tak boleh keluar dari pontian.....
BalasPadam6% harga barang dah tentu akan naik.
BalasPadamSebelum GST, Tesco/Giant dll tak perlu bayar cukai. GST akan menambah bilangan pembayar cukai. Bayangkanlah boleh dikatakan seluruh rakyat tidak dapat tidak bertukar menjadi pembayar cukai.
Bagaimana pula mini market/kedai di kampung? Semua kena bayar cukai.
Sebelum GST.......
Perkhidmatan Servis kenderaan bermotor; Sebelum GST, hanya syarikat yang mencapai 'threshold'
labour charges RM150,000 setahun ke atas shj yang mengenakan 6% service tax ke atas pelanggan.
Apabila GST dilaksanakan tiada threshold lagi, sesiapa saja repair kenderaan mesti ada tambahan 6%.
Banyak lagi perkhidmatan lain umpamanya gunting rambut, tailor dll yang selama ini tak dikenakan 6% akan dimasukkan ke dalam GST.
Bayangkanlah...............
Saya amat bersetuju jika pendapatan rakyat ditingkatkan kemudian laksanakanlah GST nescaya tiada rakyat yang melatah....
Formula baru
BalasPadam"10 + 0.06 = 8"
Bijak atau bangang? Kena pergi sekolah balik tak?
Inilah cerita di zaman Pak La. Bila umum yuran sekolah (sebanyak RM8) dibatalkan, semua rakyat sokong (entah-entah bodoh kot). Nah lepas tu, "yuran" yang dikenakan oleh sekolah bukan saja melebihi yang sebelum malahan menjadi berlipat kali ganda. Rakyat Malaysia memang tidak cerdik, mudah dipermainkan terutama yang UMNONgok.
BalasPadam