BN akan kalah lagi di bandar
BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan.
“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan.
"Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka.
“Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu),” katanya.
Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga
“Bila dah lama sangat tangguh (melaksanakan sesuatu keputusan), akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga (kenaikan yang dirancang),” katanya.
Ditanya apa seharusnya dilakukan kerajaan sekarang bagi mengurangkan beban rakyat, Nur Jazlan berkata, keputusan yang tepat berada di tangan kerajaan, sama ada mahu tangguh lagi atau teruskan dengan kenaikan (harga barangan dan perkhidmatan). barangan dan perkhidmatan yang sebahagian daripadanya dibuat setelah ditangguhkan.
“Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara.
"Jika kenaikan itu terus ditangguhkan, kemungkinan besar rakyat akan makin terbeban kerana kos semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukan hukuman kepada rakyat, tetapi disebabkan tuntutan semasa.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata, kemarahan rakyat adalah berpunca daripada kurangnya penjelasan agensi terlibat.
“Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.
“Oleh itu, agensi yang terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasi bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.
"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya.
Media, katanya, berperanan besar dalam menyampaikan maklumat tepat agar rakyat faham apa ingin disampaikan kerajaan. -SH
ULASAN GB
Amat jarang terjumpa kenyataan ahli parlimen UMNO BN apatah lagi para menterinya mampu bercakap benar. Dan pengakuan YB Nur Jazlan bahawa BN bakal kalah teruk pada PRU14 akibat dari kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup adalah dipuji berbanding dengan kenyataan-kenyataan bebal seperti GST bakal menurunkan harga oleh Ahamd Maslan atau kenyataan Husni Hanadzlah kononnya dakwaan pembangkang mengenai GST tidak berasas dan seumpamanya.
Laksanakan GST, naikkanlah tol dan lain-lain yang menindas rakyat, UMNO BN akan tetap dikuburkan oleh rakyat!
Tanda tanda bukan semua ahli ahli umno bahalol tapi mengesahkan majoriti nya memang benggap tahap nyok !
BalasPadambiar rakyat mampus janji tembolok suku sakat x susut.. ayat utk kepentingan negara ke atau kepentingan kroni ?? mengaku ajelah UBN gagal tadbir negara setelah diberi peluang lebih 50 tahun..
BalasPadamSekurang-kurangnya sudah ada pemimpin UMNO sadar apa yg dirasai oleh rakyat jelata.Yg lain masih hidup atas kesenangan dan kepura-puraan.Depa lupa apa maknanya jadi "Wakil Rakyat", mengemukakan kesusahan dan rungutan rakyat, bukan dok buat kerja mengampu pemimpin UMNO.Depa lupa rakyat yg memilih mereka bukan UMNO, bukan Najib dan bukan Rosmah.
BalasPadamJiwa berpaksikan setan. Dah beruntung berbilion dan beratusan juta, masih ada hati nak naikkan harga dengan alasan menampung kos pengurusan. Kalau dah ada untung yang banyak, kenapa tak serapkan keuntungan itu? Kalaulah dia isytihar depa tu untung sikit pun, rakyat tak marah. Janji keuntungan tu balik kepada rakyat. Ini tidak, untung masuk poket. Kos yang lebih, rakyat yang bayar. Inilah yang dikatakan HARAMJADAH oleh Tok Jib @ Kak Ros.
BalasPadamTak nampak lagi setan di depan mata? Tak nampak lagi manusia berjiwa setan di depan mata? Tak nampak lagi setan jelmaan manusia di depan mata? Tak nampak lagi .... atau HANG tu adalah setan.
BN akn kalah di bandar dan separa bandar pd pru14. Jadi kampung dan pendalaman amacam ya? Answernya selagi org kampung dan pendalam tinggal dalam tempurung kelapa selagi tulah BN akn menang besar di kawasan kampung. For sure BN dengan joint venture surahanjaya penipu rakyat (SPR) akn buat pemsempadanan semula dengan perbanyakkan kawasan kampung supaya BN boleh menang.
BalasPadamSaid no to pemsempadanan semula kawasan semula melainkan ada campurtangan oleh rakyat.
Kepada sesiapa
BalasPadamyang beriman
Bro..
Apapun yang kita usahakan jangan takbur.
Ingat dan fahami erti beriman dengan Qada' dan Qadar itu.