15 Nov 2013

Siling Wad Hospital Serdang Runtuh Kali Ke 4, Menteri Perlu Letak Jawatan!

Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi semalam.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang, berkata runtuhan kira-kira jam 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi tetapi tiada sebarang kecederaan dilapor. Gambar fail.

“Bahagian berkenaan sebelum ini dikosongkan untuk kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit dialihkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Memetik Malaysia Kini yang bersumberkan Bernama, usaha untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Hospital itu menelan belanja RM690 juta itu eroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

Sebelum ini, kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan.

Pada 30 September lalu, siling wad bersalin runtuh, menyebabkan timbul gesaan supaya Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan jika siling runtuh lagi.

Insiden pertama berlaku pada 30 Januari 2011 di lobi utama tetapi tidak ada yang tercedera. Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera apabila berlaku lagi insiden siling runtuh, kali ini di Jabatan Kecemasan pada 13 Ogos 2012.

2 ulasan:

  1. So UMNO JANGAN PANDAI - PANDAI JADIKAN IA SEBAGAI ISU KPD PR SEBAB HOSPITAL DIBINA PD ZAMAN UMNO MRMERINTAH SELANGOR DIPERINTAH OLEH ANAK TOYOL YG KINI YG TELAH DI KAMBING HITAMKAN.

    RAKYAT MALAYSIA BUKAN SEMUANYA BODOH. HANYA UMAT MELAYU SHJ YG BODOH DARI DULU KINI DAN SELAMANYA.

    BalasPadam
  2. Menteri itu kata , saya mana tau itu bukan kerja saya. Kerja saya cakap aje

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.