Najib, PM paling boros?
PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 bilion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM4juta sehari.
Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?
Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.
Oleh kerana wang RM7.2 juta ini wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya. Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini?
Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ia dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.
Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan "kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat.
Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi.
Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.
Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan.
Apakah kakitangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja?
Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik memberi khidmat perunding itu adalah dari luar negara atau sekurang-kurangnya dari Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan.
Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya?
Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya.
Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan pelbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara.
Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri. Bayangkanlah berapa puluh bilion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang? – shahbudindotcom
RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.
Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.
"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.
"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut.
"Lebih banyak ketelusan diperlukan.
"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta.
"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam.
"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan.
"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama.
Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu. -TMI
kerja gila pemerintah Malaysia.... letak jawatan kalau tak pandai urus Negara... jgn tau syok ajee..... ingat sama hari mati... jgn syok sgt jadi ketua Negara atau jadi YB YB.... ingat tak ada hari pembalasan kee...
BalasPadamrakyat negara naya sebab ada rakyat juga yang lantik mangkuk pemboros & perasuah memerintah mesti ada lobang 'masyuk' sesama diri & kroni, ABU !
BalasPadamJanganlah gaduh2,Najis dan Umporno BN tak pernah berjanji tak akan boros dan tak akan guna tenaga perunding luar.Najis dan Umporno BN tak pernah letak dalam manifesto bahwa mereka yakin kapada penjawat awam terhadap kewiwabaan dan kecekapannya.Penjawat awan hanya lah "fixed deposit" undi.
BalasPadamRakyat terima je lah dan undi lagi dacing karat.
biasalah pemimpin UMNO/BN kan datang dari "persatuan penyamun2" spt kata P Ramlee......inilah cara dia org menyamun wang negara......bila dia lantik perunding...mereka akan adakan org tengah(agen).....agen ini terdiri dari kroni2 mereka.....bila mereka menuntut bayaran ...itulah yg berkali2 ganda dari yg sepatutnyer......dan mereka akan membayar kpd agen dlm nisbah satu utk kau...sepuluh utk aku.......nak tahu perjanjian tersebut...kene mansuhkan OSA dulu.....sbb OSA adalah pelindung kpd kegiatan samunan mereka.......kalu nak tgk juga....lapuran audit negara..itu pun tempias sajer.....belum ribut hayyan lagi......
BalasPadamNak suruh org berjimat kononnya. Sebelum u suruh rakyat berjimat bagus start u sendiri dgn ahli - ahli umno.
BalasPadamIngat bukan semua rakyat m,sia matematiknya dpt F bukan seperti umat melayu yg semestinya mendapat F matematiknya biarpun spm dia dapat A.
Apa taknya...dasar pendididkan Negara pun minta consultant luar buat...bayar 20 juta lagi...gobloq sangat ke pakar-pakar pendidikan yang ada dalam negara kita....sia-sia hantar rakya buat PhD habis juta-juta kalau kepakaran tidak digunakan.
BalasPadamapa pun, yang dihasilkan ialah beg budak-budak sekolah semakin hari semakin berat, sama berat dengan buda sekolah.
Apa nak gaduh-gaduh. Nasi dah jadi bubur. Najib pilihan Mahathir sebab kononnya Pak Lah lembik.
BalasPadamSelembik-lembik Pak Lah dapat mebgembalikan maruah Sekolah Agama Rakyat yang hampir dilumpuhkan oleh Mahathir. Dan kini diikuti oleh Anaknya Mukhriz menggagalkan perancangan Almarhum Ustaz Azizan mewujudkan Sekolah Tahfiz dan Sains di Kedah.
Cubalah puak-puak sekuler UMNO termasuk para ulamaknya fikir sejenak. Kemana korang nak bawa rakyat Malaysia ni.
macai karat biru tanya "boros" tu apa ke bendanya? aku jawab maksud boros itu berbelanja secara berlebihan. dia kata bagus la mcm tu. jadi memang hebat la pm yg ada sekarang ni. dengan duit yg pm belanja tu rakyat dah dapat hidup senang, aman damai tak mcm di mesir tu. ....tiba tiba gelap sedar sedar ada kat sipital. rupa aku pengsan sebab dengar hujah bernas macai tu....."sinikal ptg jumaat"
BalasPadam